Tab Menu

Followers

Sunday, March 15, 2015

Mewangi - Bab 2

“AKU tak bahagia Wan. Aku masih tak boleh lupakan Za’ara.” Keluhan Nazrin pada Wan.
            Puas dia mendesak Wan. Wan pasti tahu di mana Fatimah Za’ara berada tetapi Wan tetap mengunci mulut.
            “Aku dah berjanji Nazrin. Janji perlu aku kotai. Kalau aku mungkiri seperti aku manusia munafik.”

            “Aku sudah failkan penceraian aku dengan Ratna. Tidak tahan aku hidup sebumbung dengan perempuan itu lagi. Puas aku berusaha untuk bahagia bersamanya tetapi aku gagal.” Nazrin meraup wajah.
            Wan nampak. Wan nampak ketidakbahagiaan pada Nazrin.
            “Gagal kerana ingatan kau masih pada Za’ara?” Wan menduga.
            Nazrin melepaskan keluhan berat. Puas dia menyikirkan wanita itu dalam ingatan. Dia tidak berjaya. Dia berusaha mencintai dan menyayangi Ratna. Cemburu Ratna tidak bertempat. Mudah termakan hasutan kata orang lain. Nazrin jadi lelah menghadapi kepincangan rumahtangganya.
            “Tak apalah Wan.” Nazrin seakan kecewa.
            “Aku benar-benar minta maaf Nazrin.” Simpati Wan pada Nazrin.
            “Aku faham.”
            Nazrin bangun dengan langkah longai.


NAZRIN membantah tetapi dia yang mendesak. Air matanya mudah luruh. Dia merayu pada Nazrin untuk menerima Ratna. Mereka bercinta senyap-senyap. Hanya Wan dapat menghidu perhubungan mereka. Pada Wan dia bercerita. Berkongsi ceria dukanya.
Dia menjauh diri dari Nazrin. Lantaran itu Nazrin kecewa. Dia menganggap dirinya seorang perampas. Merampas cinta Nazrin dari Ratna. Ratna mengenali Nazrin dari usia remaja. Ratna telah lama mencintai Nazrin. Nazrin tidak sedari cinta yang berputik dalam hati Ratna. Kehadirannya menyebabkan cinta Ratna tidak berbalas. Dia menjadi punca.
Air matanya diseka.
Usah ditangis lagi pada cinta lama. Biarkan ia berlalu bagaikan mimpi yang hilang di mata.
Telefon bimbit yang berbunyi mematahkan memori semalam Fatimah Za’ara. Panggilan dari Wan.
“Assalamualaikum…” Dia memulakan bicara dengan mengucapkan salam.
“Waalaikumusalam. Kau berada di kampung lagi?”
“Aku dah berada di Kuala Lumpur. Malam tadi sampai.”
“Nazrin cari aku.”
Dia tersentak.
“Untuk apa?” Dia menyoal Wan.
“Fasal kaulah. Dia cari kau. Dia tanya tempat tinggal kau.”
“Jangan kau mungkiri janji kau pada aku, Wan.”
Wan tertawa kecil di talian.
“Wahai sahabat, aku manusia yang berpegang janji.”
Terukir segaris senyuman di bibir Fatimah Za’ara mendengar kata-kata Wan.
“Terima kasih, Wan.”
“Za’ara… kau boleh percaya.”
“Wan, aku nak minta tolong kau satu lagi perkara…”
Dengan Wan dia tidak pernah berahsia.
Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. Kata-kata itu dijadikan dorongan dan inspirasi.


“KAU ni Za’ara lepas satu-satu kau diduga.”
            “Tak apalah Wan. Allah sedang duga aku.”
            Jari halus Fatimah Za’ara bermain-main hujung straw minumannya. Tak tahu ke mana lagi kakinya akan melangkah. Yang sana tidak menerimanya, yang juga tidak menerimanya.
            “So, apa langkah masa depan kau?”
            “Aku belum fikirkan lagi.”
            “Kau tak payah fikir panjang-panjang lagi. Kau tolong aku handle pusat penjagaan kucing aku tu. Kau suka kucingkan?”
            “Dulu, kau takut kucingkan?”
            “Itu dulu. Sekarang tidak lagi.”
            Wan tergelak halus.
            “Terima kasih Wan.”
            Wan saja yang dia ada. Seorang sahabat yang setia di sisinya.
            “Tak semua orang membuang kau, Za’ara. Think positive.”

           Sembang mereka berlarutan. Wan berceloteh tentang kucing-kucing peliharaanya. Sesekali perbualan mereka diselit dengan gelak tawa. Senang hati Wan melihat tawa temannya itu. Cukup-cukuplah wajah ayu itu bermuram durja. 

No comments:

Post a Comment