Tab Menu

Followers

Wednesday, May 6, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 6

TEJA memicit-micit leher. Hari yang cukup meletihkan. Dia meletakkan bekal makanan atas dada meja. Hotel mewah ini sememangnya menyediakan kantin untuk para pekerjanya menjamu selera.
            Teja jarang membeli makan di kantin tersebut. Dia lebih suka membawa bekal makanannya sendiri. Cukup sekadar membeli air mineral di situ. Teja memanjangkan leher mencari Sapura. Tidak kelihatan pula temannya yang seorang itu.
            Perut sudah berkeroncong. Baik dia menjamu selera sementara menanti Sapura. Pnadai-pandailah Sapura mencari dia. Teja membuka penutup bekas makanannya.
            Bismillah hir-Rahman nir-Rahim…
            Tak sempat nasi masuk ke mulut ada pula tamu tak diundang menyinggah duduk di hadapannya.

            Kacau daun betul bos ni. Dia nak apa lagi. Kan hari tu dia dah pulangkan pakaian  bos. Takkan cuciannya tidak menjamin kebersihan kut. Soal ucap minta maaf tak usahlah cakap. Berulang-kali dia minta maaf dah.
            “Jemput makan bos.” Pelawanya acuh tak acuh.
            “Bawa bekal?”
            “Bawak bekallah bos takkan nak bawak periuk dan kuali sekali.”
            “Kau loyar buruk dengan aku, ya.”
            “Ops, sorilah bos.”
            Teja melirik senyuman.
            “Apesal bos datang sini. Kantin ni kan untuk pekerja bawahan macam saya aja. Tak lunch di bilik khas bos ke?”
            “Suka hatilah aku nak datang sini. Tempat ni aku yang punya.”
            “Takderlah bos. Tak manis dipandang orang.”
            “Kenapa pula tak manis? Kita duduk dikelilingi orang bukan duduk di tempat sunyi.”
            Ha’ahlah. Munasabah juga kata-kata bosnya tu.
            “Em… bos layan diri sendirilah.”
            “Kenapa hari tu tak tunggu aku?”
            Gibs menyilang tangan. Tatapan matanya masih tidak lari dari raut wajah Teja.
            “Saya ada tinggalkan nota pada bos kan?”
            “Aku nak bagi kerja pada kau.”
            “Kerja?”
            Kerja apa pulak? Bukan ke dia memang sudah bekerja di sini.
            “Ya, kerja dengan aku secara personal.”
            Macam pelik aja bunyinya.
            “Jangan fikir yang negatif. Aku just nak kau sediakan lunch box untuk aku.”
            Tertelan terus nasi dalam mulut.
“Hah? lunch box?”
            “Ya, kau kena sediakan lunch box untuk aku.”
            Bos ni macam nak buli dia aja. Nak masak bekal makanan sendiri pun kelibut inikan pula nak memasak bekal untuk bos.
            “Saya tak pandai masaklah bos.” Teja tersengih. Dia cuba berdalih.
            “Tak pandai masak?” Gibs menjongket kening.
Teja mengangguk-angguk.
Pandangan mata Gibs terarah pada bekal makanan yang dibawa oleh Teja. Sambal tumis telur dan sayur kacang panjang. Nasi putih itu ditambah dengan kicap sedikit. Menu cukup ringkas tetapi nampak menyelerakan bagi Gibs.
So, yang ni siapa masakkan? Suami kau?”
“Saya belum kahwinlah bos. Manader suami. Mak saya yang masakkan.”
Teja… gadis itu tidak banyak bercakap dulu. Kini mulutnya sudah pandai menjawab bagai.
“Mak kau masak?”
“Ya.”
“Kenapa aku dengar auntie aku cakap kau pandai memasak pula.”
Adeh! Kantoi! Puan Jelita pula bocorkan rahsia. Dia pernah membantu chef hotel menyediakan hidangan ala kampung untuk seorang tetamu VVIP hotel. Puan Jelita yang meminta bantuannya.
“Emmm…emmm… itu… tu… tu kes emergency. Cincai je saya masak.”
Teja senyum kedip-kedip mata.
“Kau nak kelentong aku ya. Aku tukar fikiran aku. Lunch box setiap hari dan kau kena kemaskan penhouse aku sabtu dan ahad.”
“Hah?” Teja terngadah.
“Aku tak suruh kau buat kerja-kerja tu free. Aku bayar kau. Dua ribu sebulan.”
“Dua ribu?”
            Biar betul bos dia ni. Atau ada fius yang tercabut dalam sel-sel otak bos.
            “Bos demam ya?”
            “Aku sihat. Kau setuju atau tidak?”
            Wajah bos masih sama. Semedang serius. Kalau dia senyum, senyuman tu nampak gerun.
            Tawaran menarik. Masakan dia akan menolak. Teja tarik nafas dalam-dalam.
            “Saya setuju bos.” Dia tersenyum.
            “Bagus! Aku akan berikan surat perjanjian.”
            Aik, ada surat perjanjian pula. Tak kisahlah janji pulusnya masuk.
            “Oh ya, aku nak lunch box aku sama dengan kau. Bukan masakan lain.”
            “Erk.”
            Gibs bangun dan beredar. Teja memandang bekal makanannya.
Nampak sedap sangat ke bekal aku ni? Bisik hatinya.

           
“KAMU kena sediakan lunch box untuk bos kamu setiap hari. Kemudian kamu kena kemaskan penhouse dia sabtu dan ahad? Bila masa kamu nak berehat?”
            Teja menongkat dagu. Emak menghidang cucur bawang yang siap digoreng bersama air kopi yang masih panas.
            “Takper kudrat orang kuat. Bos cakap dia tak suka makanan western. Dia mahu masakan ala kampung. Dia berikan bayaran untuk dua kerja part-time tu.” Kalau buat kerja percuma memang dia menolak mentah-mentah. Bos bayar mahal tu. Rezeki jangan ditolak.
            “Berapa dia bayar kamu?”
            “Dua ribu mak.”
            Tiba-tiba dia teringat wajah bos yang seperti samseng itu. Rambut panjang bos. Jambang dan kumis bos. Pakai bos yangc ukup simple tanpa kot dan tali leher. Bos tidak seperti orang berkedudukan. Kadang-kadang dia merasakan bos seakan mirip seseorang yang dia kenali.
            “Dua ribu. Banyak tu. Gila apa bos kamu tu.”
            “Orang tak perlu dah kerja dengan Mak Long lagi. Mak Long cekik darah.”
            “Tak baik kamu cakap macam tu pada Mak Long kamu.”
            “Kadang-kadang orang hilang sabar jugak mak. Orang kerja setengah mati dia boleh bayar lima puluh ringgit je.” Teja mendengus.
            “Mak Long kamu dah banyak tolong kita. Dia bagi kita tempat berteduh. Bagi mak hantar kuih-muih kat kedai makan dia lagi.”
            “Pembetulan mak. Dia bukan ‘bagi’ tempat berteduh tapi bagi menyewa aja rumah ni. Tu pun mahal mak. 500.00 sebulan. Lewat bayar sikit dia mula kecoh kat kedai makan dia tu.”
            Bukan nak mengata tetapi itu hakikatnya. Saudara sendiri boleh menikam dari belakang ini pula orang lain. Depan emak memang Mak Long tu manis mulut. Belakang emak macam-macam dia jaja cerita. Kalau ikutkan panas hati memang dia bawa emak berhambus dari rumah ini tetapi memikirkan kesihatan emak dia memendamkan niatnya itu. Bukan mudah mendapatkan rumah sewa di kota ini.
            “Kamu ni…”
            Puan Hamimah tersenyum.
            “Ringan sikit masalah kewangan kita pasni. Orang buat dua kerja aja. Kalau tidak kelam-kabut jadinya.”
            “Mak cuma risau satu je.”
            “Ini mesti pasal kes abang kan?” Tengok riak muka emak saja dia sudah dapat meneka.
            “Mak selalu berdoa untuk abang kamu. Mak berharap sangat dia berubah sebelum mata mak ni tertutup rapat. Marah macam mana pun dia tetap anak mak juga. Abang kamu.”
            Sayu hati Teja mendengar kata-kata emak. Kenapa abangnya tidak mahu memahami perasaan emak. Kasih sayang emak. Teja menggenggam jari-jemari emak.
            “Orang pun sayang pada abang. Tak putus-putus doa untuk abang berubah. Orang akan cuba bawa abang balik ke pangkuan kita semula. Itu janji orang pada mak.”
            Air mata Puan Hamimah tumpah lagi.
            “Jangan berhenti berdoa Teja…”

            Teja angguk. 

Bersambung...

2 comments: