“GIBS
dah balik sini?” Azalee mengertap sini.
“Abang takut?”
Azalee berpura-pura ketawa. Musuh
ketat sudah balik tentulah dia susah hati.
“Kenapa abang perlu takut dengan
dia?”
Aznita senyum sinis.
“Really?”
“Cantik-cantik ni nak ke mana?”
Azalee mengubah topik perbualan.
“Party.”
“Party
siapa?”
“My
friendlah.”
“Kawan kau tu ramai. Siapa?”
“Bell. I mean Belinda. You don’t
liker her.”
Oh, gadis kacukan Belanda itu.
Belinda memang cantik. Bermata hazel . Berambut keperang-perangan. Perfect di mata lelaki!
“Huh! She so arrogant.”
Cintanya ditolak mentah-mentah oleh
gadis cantik itu.
“My
poor brother.”
Tawa halus Aznita memanaskan hati
Azalee. Adiknya itu mempersendakan dia. Dia dengan Aznita memang tidak berapa
sebulu. Nama saja adik-beradik.
“Kau tunggu apa lagi. Berhambuslah
cepat.” Kasar bicara Azalee.
Angin Azalee sudah datang.
“Malam ni maybe Nita tak balik. Beritahu pada mama okay. Bye-bye.” Aznita menyarung kasut tumit tingginya.
“Tak balik terus pun takper.”
Azalee menyandarkan tubuh pada sofa.
Tidak sabar rasanya ingin bersua muka dengan Gibs. Apa reaksi Gibs? Dari zaman persekolahan lagi mereka
bermusuhan. Gibs selalu kacau line memang
cari nahaslah. Konon-konon nak mencemarkan imej dia sebagai pelajar contoh. Kau
bermimpilah Gibs!
Ketua pelajar dan pelajar nakal,
siapa yang cikgu akan percayai. Sudah tentulah dia sebagai ketua pelajar.
Semuanya berpunca dari gadis polos situ. Teja. Ya, Teja. Di mana agaknya gadis
itu berada kini?
MANGKUK
tingkat itu sudah siap berisi dengan nasi, sayur dan lauk yang berasingan.
Mangkuk tingkat yang dibeli itu hasil dari duit saku bos. Surat perjanjian
antara dia dan bos sudah selesai ditandatangi. Lebih kurang seperti surat offer kerjalah. Hari ini juga dia akan resign kerja part-time dengan Mak Long.
Kuih karipap yang emak simpan dalam
peti ais pun sudah habis digoreng. Emak tak berapa sihat. Lepas solat subuh
tadi emak terus masuk bilik berehat. Karipap disusun rapi di dalam bekas yang
sudah tersedia. Risau pula dia mahu meninggalkan emak sendirian di rumah.
Nampak gaya dia perlu minta Makcik Gayah sebelah rumah tengok-tengokkan emak.
Teja bancuh air nescafe satu teko. Dia
sudah siap-siapkan sarapan pagi buat emak. Dia tidak mahu menganggu tidur emak.
Biar emak berehat cukup-cukup.
Teja sudah bersiap-siap untuk ke
tempat kerja. Makcik Gayah pun dah sampai di rumahnya. Teja meninggalkan kunci spare rumah kepada Makcik Gayah.
“Makcik tolong tengok-tengok mak ya.
Apa-apa nanti makcik telefon saya.”
“Teja jangan risau. Makcik akan
temankan mak Teja.”
“Terima kasih makcik. Teja gerak
dulu.”
Mujur sahaja ada jiran baik hati
seperti Makcik Gayah.
“Iyalah.”
TEJA
mengusap-usap muka. Punch card kaler
merah lagi. Semua ni gara-gara putra LRT yang tersekat akibat masalah sistem
dalaman. Satu jam dia terperangkap dalam tren tersebut. Nasib baik dapat duduk
kalau berdiri memang kejang urat otot kaki. Teja menutup pintu loker.
Kus, semangat. Nasib baik tak putus
nafas bila Aznita terpacak depan mata.
“Teja… Encik Khalil nak jumpa you.”
“Encik Khalil nak jumpa saya?”
“Ya. maybe nak bagi kau notis berhenti dua puluh empat kut.”
Aznita ni sengaja nak takut-takutkan
dia. Semalam baharu dia sign kontrak part-time personal job dengan bos.
Takkan bos sekejam itu.
“You tercegat apa lagi. Pergilah cepat.” Suara
Aznita memetir.
Suara petir Aznita tidak
meninggalkan sebarang parut pada hati Teja. Dia jenis yang tidak mengambil
hati. Adatlah orang bawah kena jerit-pekik dengan orang yang atas. Normallah
tu.
Teja mengorak langkah. Tidak lupa
mangkuk tingkat untuk bos. Lunch box aka
mangkuk tingkat untuk bos seperti yang dijanjikan.
Sekejap saja dia sudah terpacak depan
meja setisusaha manis bos, Salbiah. Wanita itu tersenyum melihatnya.
“Assalamualaikum. Selamat pagi Cik
Sal.”
“Waalaikumusalam. Pagi. Encik Khalil
sedang menunggu.”
Teja menarik nafas dalam-dalam.
“Angin bos okay tak?” Soal pada
Salbiah.
“Tak pasti.”
"Okay. Terima kasih Cik
Sal.”
Teja merapati bilik pejabat bos.
Tombol pintu dipulas dengan berhati-hati. Mata terus menerjah ke arah bos yang
sedang duduk di meja meneliti fail di tangan. Bos kelihatan kelihatan serius
sungguh.
“Mmm…
Assalamualaikum bos.”
Gib angkat kepala. Bibirnya mengulum
senyuman.
“Waalaikumusalam. Lewat hari ni.”
Alamak? Bos tahu dia lewat.
“Maaf bos… tren ada masalah teknikal.”
“Aku ada baca rekod kehadiran kau.
Banyak sangat warna merah.”
Teja hanya mampu senyum.
“Please
Teja. Tolong kurang warna merah pada punch
card kau.”
“Saya tak janji bos tapi saya cuba.”
“Kalau ada masalah pengangkutan kau
boleh beritahu pada aku.”
Pantas Teja menggeleng. Gibs tahu
gadis itu cuba berselindung.
“Bos…”
“Hmmm…”
“Mangkuk tingkat untuk bos. Er… lunch box bos.”
“Letak atas meja sana.”
Teja menurut.
“Kalau tiada apa-apa lagi saya
keluar dulu bos.”
“Emm…”
Teja memulas tombol pintu semula.
“Teja.”
Tersentak Teja. Dia berpaling
segera.
“Ya, bos.”
“Masakkan dalam Lunch box ni sama dengan kau punya?”
“Sama bos. Kalau tak percaya bos
boleh buat check-up bekal makanan saya.”
“Okay.”
“Ada apa-apa lagi bos.”
“Tiada.”
Teja segera memulas tombol pintu dan
melangkah keluar. Berdebar-debar pula
hati dia tadi.
Bersambung....
hmmm..nasib baek..Gibs memahami kepayahan hidup Teja... kan... rasa rasanya..setiap pagi kot dia rela mengambil Teja kalau lah dia tahu tugasan yg kena dilakukan sebelum pergi kerja..kan...
ReplyDeleteKenapa pendek sangat...
ReplyDeletehai blog yang menarik.
ReplyDeletejom follow blog saya untuk mendapatkan info kesihatan dan vitamin organik.