Tab Menu

Followers

Monday, May 11, 2015

B'COZ OF YOU - Slot 8

SENYUM lebar Gibs melihat setiap masakan di dalam magkuk tingkat tersebut. Ikan masin sambal tumis, sayur tumis kacang panjang dan Nasi putih bersama sambal tempoyak. Dia ingin cuba merasa masakkan Teja.
            Puan Jelita hanya memandang Gibs dengan gelengan. Dia tahu anak saudaranya itu mengupah Teja untuk menyediakan lunch box setiap hari. Tapi bagus juga kerana serba sedikit akan membantu Teja menghadapi masalah kewangannya. teja tu bukannya suka orang bersimpati dengan dia. Dia tidak akan menerima bantuan kewangan secara percuma. Gadis itu kuat sangat bekerja.
            “Auntie nak cuba rasa atau auntie on diet.”
            Puan Jelita ketawa.
            “Auntie dah berusia. Untuk apa auntie nak diet-diet ni. Takde faedah.”
            “Tua sangat ke? Auntie tu baru 40-an masih nampak jelita seperti nama auntie juga ‘Jelita’.”

            “Pandai kamu nak membodek auntie.”
            “Gibs puji not bodek-bodek.”
            “Auntie ingat Gibs dah tak suka masakkan macam ni. Maklumlah bertahun-tahun Gibs duduk di London nun.”
            “Hahaha…. Saya takkan lupa aunite. I’am lidah melayu. Ibu sentiasa memasakkan lauk-pauk seperti arwah opah. Ibu juga pening kepala melayan kerenah saya kerana saya cukup cerewet bab makanan.”
            Gibs membesar di bawah penjagaan opahnya selepas kedua ibu bapanya bercerai. Ibunya berhijrah ke London dan berkahwin dengan lelaki mat salih di sana. Kali pertama ibunya pulang ketika pengembumian opahnya. Kemudian Gibs mengikut ibunya duduk di London. Ayah tirinya bernama Steven itu juga seorang lelaki yang baik.
            “Ikan masin di Malaysia memang takkan ada di London tu.” Kakaknya… ibu kepada Gibs sering kompelin perihal Gibs yang memang cerewet soal makanan. Sampai belacan pun kena di’terbangkan’ ke sana.
            “Auntie… lepas ni Mak Timah tak perlu kemaskan penhouse saya lagi.”
            “Gibs dah ada pekerja untuk diupah?”
            “Yup. Dia akan kemaskan penhouse tu sabtu dan ahad.”
            “Cepat Gibs cari orang.”
            “Bukan susah sangat pun. So, lepas ni auntie tukarkan jadual kerja Teja. Sabtu dan ahad dia off sebab dia akan kemaskan penhouse saya.”
            Tersedak Puan Jelita.
            “Teja…”
            “Ya, Teja.”
            Puan Jelita meletakkan gelas minumnya pada dada meja. Dia pandang wajah Gibs lama.
            “Kamu mahu buli dia ke apa?” Puan Jelita menyoal serius.
            “Buli? No-no…” Gibs mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. “Takde sampai tahap tulah auntie. Saya dapat tahu dia ada buat part time luar. Selalu lambat. So, lebih baik dia buat personal job dengan saya. Salah satu sebabnya untuk dapatkan ‘point’ untuk dia jugak. Elakkan dia selalu lewat datang kerja.”
            “Ehem… kenapa Gibs pilih dia?”
            “No komen.”
            Lepas baca bismillah, nasi terus disuap dalam mulut. Kalau orang luar tengok gaya dan lagak Gibs pasti mereka tidak percaya lelaki ini adalah pemilik ResidentGlobal Hotel dan Global Corporation.
            Bila makan Gibs tidak akan bercakap. Senyap menikmati hidangannya.
           

SAPURA cuti mengejut. Emergency leave. Ayahnya sakit. Teja tiada kawan lain selain Sapura di situ. Bukannya dia tidak mahu berkawan dengan yang lain tu. Mereka tak sudi jadi dia tak memaksa.
            Tidak jauh dari meja dia duduk, Aznita dan rakan-rakan berada di situ, Saiful ada sekali.
            “Nampaknya orang tu dapat kabel yang kuat. Cepatlah naik pangkat nanti.” Aznita memerli Teja. Senagja suaranya itu dikuatkan bagi Teja dengar.
            “Kan… siap buatkan lunch box untuk bos.” Saiful mencelah.
            “Itu sebab I tak suka muka-muka innocence ini. Pandai ambik kesempatan.” Aznita menjuih bibir. Tak suka bila staf low class seperti Teja mendapat perhatian.
            Teja diam tanpa suara. Sekejap betul gossip menjadi viral pada staf-staf di hotel itu. Macam viral-viral di facebook pulak. Citer panas je cepat tersebar. Lepas tu mulalah ada yang tokok-tambah-tolak bagai. Belum lagi campur dengan bahagi, darab dan kuasa tiga lagi tu. Biarlah apa yang mereka nak kata. Tak berkudis di hatinya. Teja sudah kalis dengan benda-benda macam ni. Kalau nak merentap pilu sekali pun sama aja. Muak Teja nak nangis-nangis bila diperli begitu. Teja bukan puteri air mata.
            “Agak dia fikir dia boleh pikat big boss kut.” Ada lagi yang mencelah.
            “Haah. Bajet cun sangatlah kan.”
            “Aku, kalau dia yang naik pangkat sah-sah aku orang pertama bagi surat resign pada bos.”
            Mereka ketawa.
            Teja masih selamba. Tak luak apa-apa pun dengan kata-kata berbaur ‘kutukan’ tu. Dia tak kebulur langsung harta benda bos okay. Dia cari rezeki halal. Buat kerja dengan tulang empat kerat. Bos bagi gaji tahu. Niat dalam hati ni suci. Takde pun niat nak feeling-feeling pada bos. Bos tu nampak aja cam samseng tapi dalam hati ada intan berlian.
            Bengang juga Saiful tengok tiada sebarang efek pada Teja. Gadis itu masih selamba menjamah santapnya. Kut-kut Teja bangun dan beredar ke? Menangis dalam toilet ke? Dia tak sedar ke mereka sedang kutuk pasal dia?
            “Woi, perempuan!” Saiful hentak kedua belah tangan atas meja tempat Teja duduk. Bergegar jugalah bekal makanannya itu. Tingkah Saiful menarik perhatian yang lain.
            “Aku ada namalah. Perempuan panggilan tu umum. Rakan-rakan kau tu pun perempuan.”
            Terkena sebijik Saiful.
            “Aku depan kau maka aku tujukan untuk kaulah. Jangan bengap sangat.”
            “Kau pun jangan kurang ajar sangat bila bercakap.” Teja membalas.
            Saiful tenung muka dia. Dia tenung muka Saiful balik. Hilang rasa sabar yang terpendam dalam hati.
            “Teja… aku rasa kau ni patut cermin muka kau sikit. Ada hati nak berlagak dengan aku.”
            “Aku sentiasa tengok cermin. Kalau aku tak tengok cermin seketul dua jerawat pada muka aku pun aku tak nampak. Untuk pengetahuan kau memfitnah orang ni dosanya sama dengan membunuh. Jangan main sedap mulut menuduh kalau tak tahu cerita sebenar. Kalau aku nak menggatal bukan dengan bos aja dengan kau sekali aku goda.”
            Kata-kata Teja cukup sudah untuk membakar Saiful. Kalau panggang aja tak menjadi. Biar dibiarkan hangus terus dengan api.
            Aznita sempat mencelung tajam Teja. Teja tidak endah. Dia tak sakitkan hati sesiapa kenapa pulak mereka nak sakit hati pada dia? Kalau nak naik gaji, nak naik pangkat pergilah sendiri membodek pada bos. Itu pun kalau bos tu makan bodek.
            “Wah-wah… pandai dah membidas ye.” Saiful bercekak pinggang. “Besar kepala dah kau.”
            “Aku cakap benda yang betul. Kalau aku ni tak betul aku tak back-up diri aku sendiri. Aku minta maaflah jika mulut aku terkeluar ayat-ayat kasar.” Teja menutup kembali bekal makanannya. Mati selera dia mahu menjamu selera.
            “Apa hal yang bising-bising ni. Ada drama action ke?” Entah bila Gibs terpacak di belakang staf-staf yang mengerumuni meja Teja.
            Bila suara bos yang bergema, masing-masing beredar. Aznita mendengus kecil menghadap hidangannya semula.
            “Ada yang tak puas hati dengan saya? boleh jumpa saya di bilik pejabat. Jangan tunjuk kepala di belakang saya.” Gibs mendekati Teja. “Mangkuk tingkat kau.”

            Teja mengambil tanpa berkata apa-apa.Senyap tanpa bicara.

4 comments: