Tab Menu

Followers

Friday, March 8, 2013

Millennium's_1


Prolog..

Pertumpahan darah dan ketamakan lahirnya kerana MILLENNIUM’S. MILLENNIUM'S namanya megah menjadi sebutan hingga ke pelusuk antarabangsa. Sebuah hotel yang unik dengan tarikkan tersendiri. Berdirinya MILLENNIUM'S demi cinta sang suami buat sang isterinya. Sayangnya cinta itu dikhianati oleh hasad dengki. Perasaan hasad dengki mencemari keagungan MILLENNIUM'S. Nyawa tidak berdosa menjadi galang gantinya. ­­
            
Kekacakan masih terpapar pada wajahnya yang kian dimamah usia. Biar pun dia memiliki segala-galanya dia telah kehilangan insan yang cukup penting dalam hidupnya. Kemewahan yang dimiliki tidak mampu membayar perbuatan yang dia lakukan. Apakah ini hukuman TUHAN untuk dia. Hidup kesepian dan kesunyian. Dia merintih pilu dalam hati. Kesalnya bertimpa-timpa.
            
"Tuan…." pintu bilik itu terkuak perlahan. Seorang lelaki dalam lingkugan 60an melangkah masuk. Dia menatang dua cawan kopi atas dulang.
            
"Terima kasih kerana sudi temankan aku, Karim. Hanya kau yang memahami apa yang terpendam dalam hatiku." ucap lelaki itu. Dia labuhkan punggungnya atas kerusi goyangnya. Permandangan luar vila tepi pantai itu cukup mempersonakan. Tempat ini saja yang memberikan dia kedamaian. Lelaki yang dipanggil Karim itu menghulurkan secawan kopi kepada tuannya.
            
"Puan tentu sedih lihat keadaan tuan begini." Lelaki bernama Karim itu berdiri bersebelahannya. Turut memandang suasana di luar seperti tuannya.
            
"Aku benar-benar bersalah terhadap dia. Aku sudah kehilangan dia. Vila ini sahaja tempat untuk aku mengingati dia. Pertemuan pertama aku dengan dia." Dia tidak akan melupakan wanita jelita yang bermata biru hazel itu. Wanita yang cukup kaya dengan senyuman di bibirnya. Dia seakan-akan tercium haruman lavender kegemaran wanita itu.
            
"Tuan…" Karim menepuk-nepuk lembut bahu tuannya. Apa yang berlaku sudah tidak boleh diundur lagi.

"Terima kasih Karim kerana kau setia menjaga Vila ini seperti sedia kala. Ash…." Wajah tuanya makin sayu. Dia pandang tepat ke dalam anak mata lelaki bernama Karim itu. Lelaki bernama Karim itu tersenyum dan seakan tahu apa yang bermain difikiran tuannya. Dia anggukkan kepalanya.
            
"Dia juga sering datang ke sini dan bersiar-siar seorang diri di tepi pantai ini tuan. Sesekali dia akan bermalam di sini. Dia juga merindui ibunya tuan."
            
"Anak itu masih memarahiku. Aku punca keretakkan hubungan antara kami. Aku pisahkan dia dari ibunya. Mana mungkin dengan mudah dia akan memaafkan aku."
            
"Tuan…" Lelaki bernama Karim itu menepuk-nepuk bahunya lembut. "Bersabarlah. Berikan dia masa untuk merapatkan kembali hubungan antara dia dengan tuan."
            
"Apakah masa dua belas tahun itu masih tidak mencukupi untuk dia Karim."
            
"Bersabarlah tuan."
            
“Dia saja yang layak menerajui MILLENIUM’S. Aku tidak yakin untuk menyerahkan kuasa MILLENIUM’S kepada anak-anakku yang lain.”


KUALA LUMPUR. Pemilik hotel terkenal MILLENNIUM'S, Tuan Ilham Qais telah dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung. Berita tergempar itu telah menarik perhatian seluruh pihak media. Keadaan Tuan Ilham dilaporkan kriktikal. Tiada siapa yang tahu puncanya Tuan Ilham di serang sakit jantung secara mengejut. Tuan Ilham dijumpai tidak sedarkan diri dalam pejabatnya. Para wartawan menanti di luar hospital. Mereka tidak dibenarkan untuk masuk atas permintaan ahli keluarga Tuan Ilham sendiri. Sememanganya kehadiran mereka tidak disenangi. Mereka hanya menunggu berita yang akan di bawa kerana tindak-tanduk mereka diawasi ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas.
            
Tersedu-sedu Puan Hilda menangis di bahu Ayu Sofea. Kesedihan yang ditunjukkan mengundang simpati kepada mereka yang turut berada di situ. Izuan dan Ally duduk bermenung di kerusi panjang luar wad kecemasan itu. Sudah dua jam ayah mereka berada di dalam. Hati masing-masing dirudung rasa gelisah. Nur Qaseh pula teresak-esak berada dalam pelukkan neneknya, Datin Mala. Datin Mala begitu tenang mengusap-usap rambut cucunya. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

“Apa sudah berlaku?” Tan Sri Farid yang baru tiba meluru mendapat kaum keluarga Tuan Ilham. Dia dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Sebagai kawan karib Tuan Ilham dia sendiri tidak tahu Tuan Ilham mengidap penyakit jantung. Tuan Ilham sentiasa kelihatan sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit pun. Lelaki itu hanya sering-kali murung kerana teringatkan anaknya yang lagi satu. Anak yang tidak pernah sekalipun pulang menjenguk wajah si ayah. Anak itu jua yang dirinduinya saban
waktu.
            
Uncle Farid…uncle Ilham kena serangan jantung. Kami juga tidak tahu dia ada penyakit ini.” balas Ayu Sofea mewakili Puan Hilda sekeluarga.
            
“Hmmmm….kamu sudah hubungi Ash?” Pantas Ayu Sofea menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghubungi lelaki itu.
            
“Buat apa kau nak hubungi budak yang tidak tahu diuntung tu Farid. Dia bukannya ambil pernah ambil peduli tentang daddy dia.” Datin Mala menyampuk. Dia sememangnya tidak suka Tan Sri Farid buka cerita tentang cucu tirinya itu. Kalau boleh biar cucu tirinya itu lenyap dan tidak muncul-muncul lagi depan matanya.
            
Tan Sri Farid melepaskan keluhan berat. Datin Mala umpama duri dalam daging. Keruntuhan rumahtangga Tuan Ilham yang pertama puncanya dari wanita ini. Keretakkan hubungan Tuan Ilham dengan anaknya juga kerana wanita ini. Wanita ini penuh dengan hasad dengki.
            
“Sofea.” Mendengar suara garau itu buat Ayu Sofea memalingkan kepalanya. Bibir gadis manis itu menguntum senyuman.
            
“Papa!” Ayu Sofea bersuara. Lelaki bertubuh tegap dan berambut separa putih sedang mengatur langkah menghampiri mereka. Tan Sri Farid tarik muka. Sungguhnya kehadiran lelaki itu tidak disenangi oleh Tan Sri Farid. Ayu Sofea segera mendapatkan ayahnya.
            
"Sofea. Apa yang sudah berlaku?" Lelaki itu mengusap-usap wajah anak gadisnya.
            
"I don’t know papa. Semuanya berlaku begitu pantas. Uncle Ilham di srang sakit jantung. Dia masih berada dalam bilik kecemasan." Jelas Ayu Sofea. Dato’ Syed Khalid anggukkan kepalanya. Ada garis senyuman nipis di bibirnya. Dia mengerling ke arah Puan Hilda dan Datin Mala.
            
"I tak sangka kita akan bertemu di sini Khalid.” Dato’ Syed Khalid berpaling. Tidak diduga mereka akan bersua di sini sejak Dato’ Syed Khalid berada di luar negara atas urusan bisnes. Bertemu musuh lama tidak meyenangkan hati Tan Sri Farid. Tan Sri Farid sudah lama dapat menghidu segala perbuatan kotor Dato’ Syed Khalid. Hanya bukti yang tidak dapat didedahkan. Entah mengapa Tuan Ilham buta dengan kebaikan yang Dato’ Syed Khalid tunjukkan.
            
“Oh! Farid. Setengah tahun kita tak berjumpa ya.” Dato’ Syed Khalid melirik senyuman sinis. “I ingat you dah mati. Hidup lagi rupanya you.”
            
“Kalau I mati pun sekurang-kurangnya I tidak sekotor you.” Tan Sri Farid membalas. Tegang muka Dato’ Syed Khalid. Tan Sri Farid sudah lama mengesyaki aktiviti-aktivi haramnya selama ini. Hanya dia tidak punya bukti yang kukuh untuk menuduh lelaki itu.
            
“You ingat I takut mati Farid.”

Uncel! Daddy! Please jangan buat kecoh di sini. Tidak kesiankah pada auntie Hilda?” Ayu Sofea segera mencelah. Jika pertelingkahan kecil itu berterusan pasti akan lebih parah.
            
“Papa rasa panas di sini. Lebih baik papa beredar dulu. Kita jumpa di rumah nanti Sofea.” Dato’ Syed Khalid mencium pipi Ayu Sofea. Dia memberikan isyarat mata ke arah kedua pengawal peribadi yang dibawa bersamanya.

“Api neraka lebih panas Khalid. You jangan lupa itu.” sinis Tan Sri Farid menyindir. Dato’ Syed Khalid membeliakkan biji matanya.
            
“Papa…see’s you at home.” Ayu Sofea memeluk ayahnya dan membalas dengan ciuman di pipi yang makin dimamah usia itu. Dato’ Syed Khalid tersenyum manis. Sebelum beredar dia merapati Puan Hilda di sisi Ayu Sofea.

“I bersimpati dengan you Hilda.  Rasanya impian you hampir terlaksana.” bisiknya pada telinga Puan Hilda. Puan Hilda kerutkan dahi. Dato’ Syed Khalid membuka langkah.

Tan Sri Farid melihat saja langkah Dato’ Syed Khalid. Dia sempat mengerling ke arah Datin Mala. Tan Sri Farid boleh menduga bila melihat reaksi Datin Mala terhadap Dato’ Syed Khalid. Mereka itu satu pakatan untuk memiliki MILLENNIUM’S.

“Saya akan hantar telegram pada Ash hari ini juga.” suara Tan Sri kemudiannya.

DIA memandang suasana malam di tasik tersebut. Hatinya tenang bila berada di sini. Dia akan lupa pada masalah dalam kepalanya. Dia menghirup udara malam itu sambil mendepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lega. Sepuluh tahun dia tidak menjejakkan kaki ke MALAYSIA. Sedangkan sudah beberapa hari dia berada di tanah tempat lahirnya itu atas permintaan Mama Nina. Kepulangan tidak diketahui oleh sesiapa termasuk ayahnya sendiri. Mama Nina beria-ia mahu dia pulang mendapatkan kembali haknya. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan ayahnya lagi.
            
Gadis-gadis yang berdekatan memandang dia tidak berkelip mata. Lelaki kacak yang sedang bersandar pada motorsikal Cagiva itu cukup elegant sekali. Raut wajahnya tidak menunjukkan dia lelaki tempatan sedangkan darahnya bercampur Melayu-Inggeris. Dia lebih mirip dengan wajah arwah ibunya. Mata yang cukup menawan itu mampu melemahkan si gadis yang terpandang. Jarang sekali terlihat mata yang punya warna berbeza. Dia memiliki dua warna mata yang berbeza iaitu warna biru dan hazel. Keadaan seperti ini disebut sebagai Heterochromia Iridium. Warna mata yang sama dengan artis popular dari barat Kate Bosworth.

Irama muzik Jazz bergegar dalam kocek seluar jean lusuhnya. Dia segera menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Telefon bimbit berjenama Nokia itu dikeluarkan. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Seketika dia berbicara penuh kerutan pada wajahnya. Telefon bimbitnya dimatikan. Dia mengeluh kecil. Kunci motorsikalnya dipulas. Deruman bunyi ekzos motorsikal itu memecah kesunyian di tasik itu. Dia langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Helmet dicapai lalu menutup seluruh wajahnya. Dia menghidupkan motorsikalnya. Sudah tiba masanya untuk beredar. Motorsikal Cagiva itu memecut laju.

Wednesday, March 6, 2013

Nilai Cintanya ...-NC25


SUFI Alisha geleng kepala melihat pakaian yang suaminya ingin dia sarungkan pada tubuhnya itu. Baju itu terdedah di bahagian dada dan ada labuci memenuhi di hadapannya. Bahagian bawah baju itu pula ada belah di belakang. Tersenyum kecil Sufi Alisha. Jika dia memakai pakaian tersebut dan bertudung litup seperti orang gila pun ada. Baju jenis apalah yang Ameer Dylan belikan untuk sampai mencecah ratusan ringgit ini. Dia sudah menerima cadangan Ameer Dylan untuk melihat cara hidup lelaki itu selama satu bulan namun bukan bermakna dia perlu ikut apa yang Ameer Dylan suruh.


            Pandai-pandailah dia bersoal jawab dengan suaminya itu nanti. Sufi Alisha membuka almari bajunya. Dia mengambil jubah seluar berwarna maroon. Pada Sufi Alisha pakaiannya ini lebih sesuai untuk dikenakan pada dia. Sufi Alisha memilih tudung dengan warna yang sama. Tudungnya dibentuk hingga menutupi bahagian depannya secara menyeluruh. Sufi Alisha masih sempat mengerling jam dinding. Ameer Dylan mahu dia bersiap awal tetapi dia minta tangguhkan selepas solat Maghrib. Kelibat suaminya itu masih tidak nampak sampai sekarang.


            Tidak mengapalah dia bersiap lebih awal dulu. Butir biacara Ameer Dylan itu boleh tahan lancangnya jika dia lambat bersiap. Deruan enjin kereta di laman rumah menunjukkan Ameer Dylan sudah pulang.


            Ameer Dylan agak tergesa-gesa melangkah keluar dari perut kereta. Dia sudah agak terlewat untuk ke parti malam ini. Ameer Dylan terus memanjat anak tangga. Dalam banglo ini tiada orang gaji yang digaji. Dia mahu Sufi Alisha menguruskan semua keperluan di banglo ini.


            Tombol pintu biliknya dipulas. Mata Ameer Dylan terpaku melihat si isteri yang sudah bersiap. Dia pandang Sufi Alisha atas dan bawah.


            “I tak suruh you berbungkus macam ini. I sudah belikan baju untuk you. Kenapa you tak pakai?”


            Sufi Alisha tersenyum manis.


            “Berbungkus pun tak salah kan? Lagipun mana sesuai Sufi nak pakai baju tu dengan bertudung.” Sufi Alisha membalas lembut.


“Pakai tudung tu tak wajib pun…”


“Sufi tahu….tapi abang, menutup aurat memang dah wajib.” Sufi Alisha membidas.


Ameer Dylan terkesima.


“Mahu jadi ustazah lagi?”


“Jika kita ingin menasihati atau berbuat baik tidak perlu menjadi seorang ustazah. Kecantikkan seorang isteri hanya untuk suaminya.”


Ameer Dylan merenung wajah Sufi Alisha. Geram bercampur marah. Dia mahu saja cium bibir basah Sufi Alisha agar behenti menjawab.


Malulah dia mahu menghadap muka teman-temannya dengan pakaian Sufi Alisha yang berbungkus ini. Ameer Dylan menepuk dahi. Ada keluhan kecil di bibirnya. Tidak boleh jadi ni.


“Tukarlah baju you dengan baju yang I belikan ni.” Arah Ameer Dylan.


Sufi Alisha menggeleng.


“Sufi tidak mahu pamerkan kecantikkan buat suami Sufi kepada orang lain. Abang bangga ke orang lain tengok aurat isteri abang? Lagipun baju tu memang tak sesuailah untuk Sufi.”


Ameer Dyaln terdiam. Ya, dia selalu bangga bersama teman-teman wanitanya yang terdedah sana-sini itu. Teman-temannya memuji. Malah ada yang langsung tidak lepas pandang ke arah teman-teman wanitanya. Mata mereka jadi juling melihat tubuh yang mengiurkan di depan mata mereka.


“Ikut suka youlah!” Ameer Dylan malas mahu melanjutkan pertelingkahan lidah dengan Sufi Alisha. Dia capai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Bunyi pancuran air kedengaran.


Sufi Alisha menyediakan pakaian buat Ameer Dylan. Ameer Dylan tidak pula menyatakan pakaian yang dipakai. Sufi Alisha yang mengikut naluri hatinya.


Sebaik Ameer Dylan keluar dari bilik air, pakaian sudah tersedia. Dia memuji Sufi Alisha dalam hati. Isteri itu bijak memilih ton warna yang digemarinya.


“Terima kasih Sufi.” Ucap Ameer Dylan lembut.


Dia mengenakan kemeja lengan panjang itu pada tubuhnya.


“Biar Sufi bantu katupkan butang baju abang.”


Ameer Dylan hanya mengangguk. Mula-mula dia mengenali Sufi Alisha, isterinya itu tampak garang. Berpendirian tegas. Yang itu masih ada. Dan sekarang dia lihat sifat keprihatinan Sufi Alisha. Kalau dia lihat isteri-isteri teman rapatnya mereka hanya tahu berhibur, bergaya, bersolek, membazirkan wang dan menggunakan khidmat orang gaji menguruskan anak-anak dan rumah. Mereka tidak perlu menggerakkan tulang empat kerat untuk bangun awal atau menguruskan keperluan suami.


“You pernah buat begini pada lelaki lain?


“Pernah.”


Terjegil biji mata Ameer Dylan.


“Dengan arwah ayah Sufi ketika dia sudah lumpuh dan tidak terdaya untuk bangun, Sufi yang uruskan arwah ayah segala makan, minum dan pakainya.”


            Lega…Buat suspen betul Sufi Alisha ini. Kadang-kadang manusia ini tunjuk saja alim tapi perangai sebenarnya macam parasit!

 

“I dengar Dylan mahu bawa isteri dia malam ini.” Seorang wanita berpakaian ala bahu terdedah itu bersuara. Gosip panas mestilah disebarkan.


            “Oh…isteri yang berbungkus macam ustazah itu ya. Majlis kahwin punyalah simple ya amat. Dylan itu banyak duit boleh buat majlis besar-besaran dekat hotel lima bintang dan jemut atirs popular.” Wanita yang berpakaian rona merah itu mencelah.


            “Betul tu. I cukup tak percaya bad boy yang hensem macam Dylan itu akan berpakaian dengan perempuan tiada class dan ketingalan zaman.”


            “Kalau bad boy tu kahwin dengan I sah-sah dapat layanan first class.” Wanita bertubuh tinggi lampai itu ketawa kecil. Siapa yang tidak mahukan lelaki kacak dan berharta macam Ameer Dylan itu. Hari-hari duduk dalam bilik pun tidak apa.


            “Layak ke? Dylan itu bukan sedang ditawan hatinya. I pun tidak faham macam mana dia tersangkut dengan perempuan tu? Dylan kena guna-guna agaknya.”


            Carolyn geleng kepala mendengar umpatan-umpatan tentang Ameer Dylan itu. Orang yang mengumpat itu hanya tahu tambah dosa sahaja. Kalau sudah jenis perempuan murahan lelaki mana mahu jadikan isteri di rumah? Lelaki bodoh saja yang buta tengok kejelitaan dan keseksian pada tubuh tapi sebenarnya hampeh bab rumahtangga. Kes cerai-berai pun berlaku. Mulalah salahkan sesama sendiri.


            Pada Carolyn perkahwinan Ameer Dylan dan Sufi Alisha itu adalah perkara baik. Sufi Alisha itu bukannya kolot pemikiran tetapi lebih cerdik pandai dari kelompok perempuan di belakangnya itu. Dia bukan beragama Islam namun dia tahu aurat seorang itu wajib ditutup dengan sempurna kecuali muka dan telapak tangannya.


            “Mulut orang bukannya kita boleh tutup.”


            “Ya…tapi I tak suka orang mempertikaia sesuatu perkara yang baik itu for example macam bertudung. Mereka suka kata bila sampai seru baru nak pakai. Dalam Islam tidak pula katakan sudah sampai seru boleh pakai pulakkan. Aurat itu memang wajib ditutup.”


            Lelaki di hadapan Carolyn merasa kagum.


            “Wow! You lebih pandai dari mereka.”


            “I hanya belajar sikit-sikit bersama wife Dylan itu.”


            “Satu perkembangan bagus.” Puji lelaki yang berkumis nipis itu.


            Carolyn tersenyum.


            “I sukakan Sufi. Dia seorang wanita yang simple dan merendah diri. I akan mengamuk dengan Dylan jika dia berani mempersia-siakan Sufi.”


            “Takutnya I…”


            Suara tetamu yang kecoh mengejutkan Carolyn dan lelaki tersebut. Nama Ameer Dylan seakan diseru-seru kaum wanita di majlis itu. Tahu-tahu Ameer Dylan sudah terpacak di sisi meja Carolyn.


            “Carolyn…you sudah jumpa keksaih baru?”


            “Shut up! Julian you jangan ambil hati dengan kata-katanya.”


         Lelaki yang dipanggil Julian itu tersengih. Dia sempat mengerling sekilas Sufi Alisha yang berdampingan dengan Ameer Dylan itu. Wanita inikah yang dikatakan kolot oleh kelompok wanita tadi? Julian hanya berani memuji yang Sufi Alisha ini seorang wanita yang cantik. Tenang matanya melihat wajah isteri Ameer Dylan itu. Pakaiannya juga tidak nampak di mana kolotnya? Bagi Julian pakaian jubah berseluar itu cantik dan cukup kainnya.


            “Julian…ini wife I, Sufi Alisha….”


            “Apa khabar?” Julian menyapa.


            “Alhamdulillah…baik.”


            “I tinggalkan wife dengan you all. I mahu bertemu dengan kawan-kawan lain.”


            “Dylan…”


            Belum habis Carolyn bersuara Ameer Dylan sudah beredar. Carolyn mendengus kecil. Sufi Alisha tersenyum.


            “Tak mengapa Sufi…I ada untuk melayan you.”


            “Terima kasih Carolyn.”


            Kecil hatikah Sufi Alisha dengan sikap Ameer Dylan itu? Carolyn cuba membaca pada riak wajah Sufi Alisha. Sufi Alisha seperti biasa saja. Tahan sabar betul Sufi Alisha. Ini baru beberapa hari dia bergelar isteri kepada bad boy itu.


            Ameer Dylan merapati beberapa orang wanita. Sengaja dia mengucup pipi-pipi wanita itu. Dia tahu Sufi Alisha melihat apa yang dia lakukan. Malah wanita-wanita itu tidak segan silu membalas kucupannya dan memeluknya.


            Sufi Alisha beristighfar menenangkan hati yang bergelora. Dia tahu dia rasa sedikit cemburu dan tidak menyenangi cara Ameer Dylan itu. Ameer Dylan mahu menguji tahap kesabarannya.


            “You rasa isteri you akan kisah ke kalau I bawa you temankan I malam ini?” Wanita di sisinya itu berbisik.


            Ameer Dylan ketawa.


            “You rasa dia akan kisah ke?” Ameer Dylan mencuri pandang ke arah Sufi Alisha. Isterinya masih tenang dan berbual-bual dengan Carolyn.


            “Dia tidak akan kisah. Dia hanya suri di rumah I saja.” Ameer Dylan sengaja menguatkan nada suaranya.


            Carolyn tidak senang dengan kata-kata Ameer Dylan itu. Dia menggengam jari-jemari Sufi Alisha. Sufi Alisha ni sakit ke apa?  Dia masih boleh tersenyum saja. Kalau Carolyn memang dia bagi penampar pada perempuan tak sedar di sisi Ameer Dylan itu. Sedarlah lelaki yang awak peluk itu suami orang.


            Ameer Dylan memaut pinggang wanita itu lalu berjalan merapati meja Carolyn tadi. Dia mahu Sufi Alisha lebih sakit hati lagi.


            “Sufi…ini kehidupan I. I memang suka jadi perhatian wanita lain. Lihat wanita ini…dia begitu mudah berada di dalam dakapan I.” Pipi wanita itu diusap-usap.


            Terbeliak mata Carolyn dan Julian. Bukan main terbukanya lagi si Ameer Dylan ini. Melampau pun ada.


            “Oh…cantiknya dia. Sufi izinkan jika abang mahu berkahwin dengan dia dari abang buat maksiat bersama dia. Hubungan halal itu lebih diredhai jika niat itu ikhlas. Jangan bernikah kerana nafsu.”


            Atmosfera di sini mula berubah. Jelas muka Ameer Dylan membahang. Wanita disebelah sudah tersipu malu. Bagusnya isteri Ameer Dylan. Siap bagi lampu hijau lagi untuk suaminya menikah lagi seorang.


            “Bagaimana kalau I bawa dia pulang ke rumah malam ini.”


            “Sufi panggil Jabatan Agama Islam untuk tangkap abang dan dia dan dinikah malam ini juga. Kalau sudah bermadu tiada masalah untuk dia duduk serumah dengan Sufi.” Sufi Alisha seperti tiada rasa apa-apa.


            Carolyn kerut dahi begitu jua Julian. Mereka tidak faham dengan sikap Sufi Alisha itu. Jika wanita lain mahunya tidak sanggup mengizinkan suami mereka menikahi wanita lain. Madu itu ibarat racun bagi mereka.


            Taktik yang Ameer Dylan jalankan masih belum menyakitkan hati Sufi Alisha. Tidak mengapa. Dalam sebulan ini dia akan tunjukan keindahan dunianya pada Sufi Alisha.


           “Emmm…” Ameer Dylan mengusap dagunya. “You balik sendiri. I mahu temankan si jelita ini bersuka-ria.”


            “Dylan…” Carolyn bingkas bangun.


            Sufi Alisha menarik lengan Carolyn.


            Ameer Dylan ketawa kecil lalu membawa wanita itu ke kelompok teman-temannya. Carolyn melepaskan keluhan panjang.


            “Saya hantar awak balik nanti Sufi.”


            “Terima kasih Carolyn.” Ucap Sufi Alisha. Wanita berbangsa cina ini memang baik orangnya.


            “I temankan you, Carolyn.”


            “Okay.”


          Kesian pada Sufi Alisha yang perlu pulang sendiri. Seorang wanita menghampiri dan melayangkan senyuman buat Sufi Alisha.


           


ORANG kata bila sudah berkahwin komitmen pada rumahtangga itu utama. Namun tidak pada Ameer Dylan. Perkahwinan itu tidak akan mengikat aktiviti bebasnya seperti biasa. Malam yang masih panjang. Tambahan pula parti itu sudah berubah menjadi parti bebas. Teman-temannya sudah berhibur dengan pasangan mereka. Botol-botol minuman keras bersepah sana-sini.


            Ameer Dylan masih menari-nari bersama teman perempuannya. Dia tidak peduli dengan keselamatan Sufi Alisha yang sudah awal-awal pulang. Dia sengaja suruh isterinya itu pulang awal.


            “Baby…I dah penat menari. I mahu rehat sebentar.” Ujar wanita persis anak kacukan itu. Apa tidaknya menari dengan kasut setinggi 1 inci.


            “I teman you.” Ameer Dylan memimpin wanita itu.


            Wanita itu duduk sambil mengurut-urut kakinya. Ameer Dylan tidak ketinggalan untuk mengambil peluang membantu memberikan urutan percuma.


            “Thanks baby…wife you kalau nampak you main dengan perempuan lain mesti marah?”


            Ameer Dylan tertawa.


            “Perempuan itu hanya untuk simpanan I di rumah.”


            “Sanggup you kata wife you itu untuk simpanan di rumah.” Gumam wanita itu.


            “I berkahwin dengan dia atas beberapa sebab yang orang lain tak perlu tahu. Lagipun tugas dia memang khas untuk menjaga rumah, makan, minum dan pakai I.”


            Reaksi wanita itu berubah.


            “Isteri you nampak seperti orang yang baik-baik. I ada berbual dengan dia tadi. I rasa malu pula pada dia.”


            “Untuk apa yang you mahu malu dengan dia?”


            “Bila I tengok diri I dengan dia macam langit dengan bumi. I rasa segan bila dia sedikit pun tidak marah pada I bila I minta izin dengan dia I mahu kahwin dengan you. Sedangkan I olok-olok sahaja untuk menguji dia.”


            Lain macam pula bunyinya. Ameer Dylan behenti dari meneruskan urutan di kaki wanita itu.


            “I tahu dia ada rasa cemburu tapi dia pendamkan. I wanita I tahu perasaan dia.” Sambung wanita itu lagi.


            “Ah! Bosanlah.” Ameer Dylan melenting. Dia berlalu dalam keadaan agak terhoyong-hayang sedikit. Mabuknya masih ada.  


            Wanita itu tergamam. Dia bangun menuruti langkah Ameer Dylan. Kesian pula mahu membiarkan lelaki itu pulang dalam keadaan sebegitu pula. Ameer Dylan tidak minum banyak namun masih ada kandungan alkoholnya



            “Baby…I hantar you pulang.”


            Ameer Dylan hanya tersengih.

 

SUFI ALISHA melipatkan telekung dan sejadahnya. Dia melihat jam di dinding. Ameer Dylan masih belum pulang walau sudah pukul dua pagi. Ke mana agaknya Ameer Dylan melencong? Dia risau dengan keselamatan suaminya itu. Carolyn ada mengatakan yang Ameer Dylan jika sudah pergi berhibur akan balik dalam keadaan mabuk. Salah tabiat Ameer Dylan yang sukar dikikis.


            “Suami you itu memang jenis kaki perempuan, kaki mabuk dan kaki rokok juga. I bukan mahu burukkan dia tapi tabiat itu yang perlu you ubah pada dia. I tahu Sufi, you boleh lakukan.”


            “Insya-Allah….”


            “Sufi…I takut apa-apa terjadi pada you kelak kerana you seakan memperjudikan masa depan you pada Dylan. Jika itu berlaku please cari I.” Itu pesanan Carolyn buat Sufi Alisha.


            Ya Allah…lindungi suaminya itu dari sebarang musibah yang tidak dingini. Dia akan cuba membantu suaminya itu kembali ke pangkal jalan. Semoga segala niat ikhlasnya itu dipermudahkan. Dia juga mengucapkan syukur kerana Jeffrey sudah mahu berubah dan hidup berdikari. Itu satu perkembangan yang baik buat Jeffrey.


            Telefon bordering di ruang tamu. Sufi Alisha bergegas turun. Adakah panggilan dari


Ameer Dylan? Ganggang telefon terus diangkat.


            “Assalamualaikum…Helo…”


            “Helo…you wife Dylan?”


            “Ya…saya isteri dia. Kenapa dengan suami saya, cik?”


            “Suami you bermalam di rumah I malam ini. I sudah suruh dia pulang ke rumah tapi dia tak mahu. Sorry..” Talian terus dimatikan.


            Ya Allah…kuatkan semangat hambamu ini. Sebak hati Sufi Alisha. Dia perlu kuat menghadapinya. Sufi Alisha tidak akan tunduk. Sufi Alisha tidak akan mengalah. 


*belum abis tulis lagi...ada lg sambungannya...

Friday, February 22, 2013

Nilai Cintanya - NC 24



AMEER Dylan membuka matanya perlahan-lahan. Dia meraba di sisi. Tiada Sufi Alisha tidur di sebelah. Alunan suara mengaji itu menarik perhatian Ameer Dylan. Dia gagahkan diri untuk bangun walau rasa mengantuk itu masih ada. Ameer Dylan melihat Sufi Alisha sedang duduk di atas sejadah sambil mengaji. Bukankah Sufi Alisha ‘bercuti’umum? Kalau sudah solat dan menyentuh Al-Quran maka sudah habis ‘bercuti’lah tu.

            Sufi Alisha menutup Al-Quran setelah dibaca Suara azan subuh berkumandang. Alhamdulillah kawasan banglo milik Ameer Dylan ini berdekatan dengan masjid. Dia bangun meletakkan Al-Quran di atas meja.

            “Abang dah bangun?” Sufi Alisha baru menyedari suaminya sudah terjaga dari lena.

            “Emmm..”

            “Mari bersolat bersama bang.”

            “I mengantuklah. You kejutkan I pukul Sembilan nanti.”

            “Abang…”

            Belum habis Sufi Alisha bercakap, Ameer Dylan sudah menarik selimut menyebulungi tubuhnya. Sufi Alisha hanya tersenyum. Dia tetap bentangkan sejadah buat Ameer Dylan.

            Di sebalik selimut, Ameer Dylan mencuri pandang ke arah Sufi Alisha yang sedang bersolat itu. Bertahun-tahun dia sudah tidak mengejarkan solat lima waktu itu. Ameer Dylan mengetap bibir. Ayah angkatnya ada menegur sikapnya itu namun Ameer Dylan buat tidak peduli. Dia pernah bersolat memohon dan meminta mamanya kembali tetapi mamanya tidak kembali juga. Sejak itu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Entah mengapa hati Ameer Dylan rasa ada yang tidak kena apabila melihat Sufi Alisha bersolat. Ada rasa bersalah menyelubungi hati gelapnya itu. Bagai ada getaran di situ.

            Ameer Dylan berpura-pura tidur semula sebaik Sufi Alisha mengucapkan salam. Ameer Dylan memasang telinga saat Sufi Alisha menadahkan tangan memanjat doa kepada Ilahi. Baik betul isterinya itu mendoakan untuk suaminya itu. Isteri solehah katakan.

            Sufi Alisha melipatkan telekung dan sejadahnya. Dia mengalihkan pandangan pada Ameer Dylan yang terbaring di atas katil itu. Sufi Alisha bingkas bangun. Tombol pintu bilik itu dipulas perlahan. Langkahnya diatur menuruni anak tangga satu-persatu.

            Sufi Alisha menuju ke ruang dapur. Tugasnya sebagai seorang isteri perlu dipikul. Sarapan perlu disediakan buat si suami. Mujur bahan-bahan yang dingini ada tersedia di dapur. Prihatin juga Ameer Dylan terhadap barangan dapurnya.

            Nasi lemak, sambal ikan bilis dan telur dadar adalah menu sarapan yang Sufi Alisha siapkan buat Ameer Dylan. Dia sediakan nesface o buat Ameer Dylan. Kata Tuan Haji Abbas, Ameer Dylan tidak cerewet tentang makanan janji sedap. Sarapan pagi telah terhidang di atas meja makan. Sufi Alisha mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul tujuh pagi. Cahaya matahari sudah menerangi bumi Allah ini.

            Sementara menunggu Ameer Dylan turn untuk bersarapan, Sufi Alisha mengemas dapur tersebut. Dia tidak sukakan keadaan yang berselerak di dapur. Pinggan mangkuk yang sudah tidak digunakan dicuci dengan bersih.

            “Bagus! Rajin isteri I. Boleh jadi isteri mithali.” Ameer Dylan muncul dari belakang.

            Astaghfirullahalazim….” Sufi Alisha mengucap panjang. Ya Allah, terkejut dia. Dia tidak sedar langsung dengan kehadiran suaminya itu. Nasib baiklah pinggan tidak terlepas dari tangan.


            “Abang kata tadi suruh Sufi kejutkan abang pukul Sembilan pagi?”


            “Emmm…tak tahan bau masakan dari you. Itu sebab I bangun lebih awal.” Ameer Dylan jongketkan keningnya. “Elok juga hirup udara segar pagi-pagi begini.”


            “Kita bersarapan bersama…”


            “Okay..”


            Ameer Dylan membuntuti langkah Sufi Alisha. Dalam garang ada lembutnya Sufi Alisha ini. Layanan pun baik walau ada ada jua tegasnya.


            Sufi Alisha mencendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Ameer Dylan. Sedikit sambal ikan bilis turut diletakkan pada pinggan suaminya itu. Ameer Dylan sudah tidak sabar untuk menjamah masakan Sufi Alisha buatnya. Bau pun sudah cukup menyelerakan. Ameer Dylan membasuh tangannya pada mangkuk air yang disediakan.


            “Abang…baca doa makan dulu. Kalau tak baca doa makan, syaitan akan makan sekali dengan kita.” Sufi Alisha menegur lembut. Dia sudah menadah tangannya menunggu Ameer Dylan memulakan bacaan doa.


            Ameer Dylan merengus kecil. Nasib baik dia ingat lagi membaca doa makan. Kalau tidak memang malu dia di depan Sufi Alisha.


            Alhamdulillah…sekurang-kurangnya masih ada doa yang Ameer Dylan hafal. Kalau mahu membawa perubahan ke arah kebaikan itu perlu di mulakan dari abwah. Jangan terlalu mendesak.


            “Malam ini I mahu you ikut ke parti kawan baik I. Mereka juga nak sambut I sebagai pegantin baru.” Ameer Dylan mengerling Sufi Alisha yang sedang menghirup air nesfacenya.


            “Abang mahu Sufi ikut sekali ya?”


            Sufi Alisha bijak meneka.


            “Ya. I ada sediakan baju untuk majlis malam itu nanti. You boleh tengok dalam dalam beg kertas yang I letakkan atas katil dalam bilik.”


            Sinis senyuman Ameer Dylan. Dia mahu lihat sama ada Sufi Alisha sanggup atau tidak memakai pakaian tersebut.


            “Nanti Sufi tengok ya.”


            “Dalam pukul tujuh malam kita bertolak. Jangan terkedek-kedek pula bersiap.”


            “Boleh tak kita pergi selepas Maghrib. Sufi mahu solat Maghrib dahulu.”


            “I bukan jenis tak tepati masa.”


            “Abang…antara solat lima waktu, solat Mahgrib dan solat Subuh mempunyai jangka waktunya yang singkat. Tak baik mengabaikan solat. Orang yang berada di medan perang pun boleh menunaikan waktu solat sedangkan kita yang mempunyai masa tidak terhad mengabaikan solat dengan mudah.”


            Ambik kau Dylan. Kena ‘smash’ dengan isteri kau!


            Sudahnya Ameer Dylan hanya membisu menghabiskan sarapan paginya. kemudian dia bersiap untuk keluar bertemu dengan Carolyn dan Damien. Ameer Dylan masih bercuti dan dia tidak langsung bercadang mahu mengajak Sufi Alisha pergi berbulan madu.

 

CAROLYN memandang Ameer Dylan dengan pandangan tidak berkelip. Lelaki itu tampak seding bermenung panjang. Orang kalau sudah berkahwin mestilah bergembira. Tidak faham dia dengan sahabatnya ini. Carolyn berharap Ameer Dylan akan berubah selepas mengahwini Sufi Alisha. Sufi Alisha itu baik orangnya. Kalau boleh memang Carolyn tidak benarkan Sufi Alisha berkahwin dengan lelaki seperti Ameer Dylan ini. Dia takut tidak menjamin kebahagiaan. Sufi Alisha yang akan merana.


            Damien pula hanya memberikan reaksi yang serius. Damien langsung tidak tunjuk muka ketika majlis perkahwinan Ameer Dylan. Katanya ada urusan kerja  di luar daerah. Ameer Dylan bukan jenis yang mudah ambil hati. Majlis perkahwinan yang berlangsung cukup sederhana tanpa jemputan-jemputan orang ternama. Dia ingin menjemput penyanyi nombor satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza pun Sufi Alisha menolak keras. Banyak sangat yang tidak boleh dari bibir Sufi Alisha.


            “Jangan buat muka macam ayam tertelan kapur.” Tegur Damien.


            Ameer Dylan mencebik.


            “Rupa I ada macam ayam tertelan kapur ke?”


            “Adalah sikit.” Damien mengiakan.


            Carolyn ketawa kecil.


            “Jangan ketawa.”


            “Ketawa pun salah ke?” Sengaja Carolyn membakar Ameer Dylan. “You ni teruklah Dylan. Kenapa tak bawa Sufi pergi honeymoon?”


            “Bazirlah pergi honeymoon dengan Sufi.” Desis Ameer Dylan.


            “What?! Habis buat apa you ambil cuti panjang begini. Baik you masuk pejabat you buat kerja.” Betul-betul lelaki yang tidak tahu beromantis. Sejahat-sejahat Jason ada juga bekas suaminya itu membawa dia berbulan madu.


            Giliran Ameer Dylan ketawa. Carolyn menjuih bibir.


            “I rasa isteri itu tidak kisah pun I tidak bawa dia pergi honeymoon. Cukuplah dia honeymoon dengan I dalam rumah tu.”


            “You memang teruk.”


            “You berdua ni memang suka bertekak bila jumpa. Tak berubah-ubah.” Damien mencelah.


            “You pun sama Damien. You jadi tukang tengok bila I dengan bad boy ni bertekak.”


            “Bad boy? Dylan ni sudah tak layak sandang status bad boy itu lagi, Carolyn. Dia sudah isteri di rumah yang akan jaga makan dan pakai dia.”  Damien menghirup minuman jus yang masih bersisa itu.

            “Ouch! I terlupa lepas ini Dylan akan sandang status bad hubby.”


            “Bad hubby? Not bad.”


“Ikut suka hati you berdua letak sandaran pada I ya.”


“Itu sebab you punya habit yang cukup bad. I harap you buang habit you ada perempuan bersilih-ganti tu.” Jari telunjuk runcing Carolyn hampit mencecah ke batang hidung Ameer Dylan.


“I sokong kata-kata Carolyn.”


“Itu hal peribadi I lah. You ingat nak bertaubat dengan habit I tu. Pleaselah…”


“Mulut you…” Geram pula Carolyn dengan Ameer Dylan. Kalau diberikan nasihat pun masuk telinga kiri maka akan keluar telinga kanannya.


Carolyn ingin melihat sejauh mana kata-kata angkuh dari Ameer Dylan itu. Siapa tahu kelak Ameer Dylan akan mengogoi menangis apabila Sufi Alisha meninggalkan dia. Baru padan dengan muka dia!