Tab Menu

Followers

Friday, March 8, 2013

Millennium's_1


Prolog..

Pertumpahan darah dan ketamakan lahirnya kerana MILLENNIUM’S. MILLENNIUM'S namanya megah menjadi sebutan hingga ke pelusuk antarabangsa. Sebuah hotel yang unik dengan tarikkan tersendiri. Berdirinya MILLENNIUM'S demi cinta sang suami buat sang isterinya. Sayangnya cinta itu dikhianati oleh hasad dengki. Perasaan hasad dengki mencemari keagungan MILLENNIUM'S. Nyawa tidak berdosa menjadi galang gantinya. ­­
            
Kekacakan masih terpapar pada wajahnya yang kian dimamah usia. Biar pun dia memiliki segala-galanya dia telah kehilangan insan yang cukup penting dalam hidupnya. Kemewahan yang dimiliki tidak mampu membayar perbuatan yang dia lakukan. Apakah ini hukuman TUHAN untuk dia. Hidup kesepian dan kesunyian. Dia merintih pilu dalam hati. Kesalnya bertimpa-timpa.
            
"Tuan…." pintu bilik itu terkuak perlahan. Seorang lelaki dalam lingkugan 60an melangkah masuk. Dia menatang dua cawan kopi atas dulang.
            
"Terima kasih kerana sudi temankan aku, Karim. Hanya kau yang memahami apa yang terpendam dalam hatiku." ucap lelaki itu. Dia labuhkan punggungnya atas kerusi goyangnya. Permandangan luar vila tepi pantai itu cukup mempersonakan. Tempat ini saja yang memberikan dia kedamaian. Lelaki yang dipanggil Karim itu menghulurkan secawan kopi kepada tuannya.
            
"Puan tentu sedih lihat keadaan tuan begini." Lelaki bernama Karim itu berdiri bersebelahannya. Turut memandang suasana di luar seperti tuannya.
            
"Aku benar-benar bersalah terhadap dia. Aku sudah kehilangan dia. Vila ini sahaja tempat untuk aku mengingati dia. Pertemuan pertama aku dengan dia." Dia tidak akan melupakan wanita jelita yang bermata biru hazel itu. Wanita yang cukup kaya dengan senyuman di bibirnya. Dia seakan-akan tercium haruman lavender kegemaran wanita itu.
            
"Tuan…" Karim menepuk-nepuk lembut bahu tuannya. Apa yang berlaku sudah tidak boleh diundur lagi.

"Terima kasih Karim kerana kau setia menjaga Vila ini seperti sedia kala. Ash…." Wajah tuanya makin sayu. Dia pandang tepat ke dalam anak mata lelaki bernama Karim itu. Lelaki bernama Karim itu tersenyum dan seakan tahu apa yang bermain difikiran tuannya. Dia anggukkan kepalanya.
            
"Dia juga sering datang ke sini dan bersiar-siar seorang diri di tepi pantai ini tuan. Sesekali dia akan bermalam di sini. Dia juga merindui ibunya tuan."
            
"Anak itu masih memarahiku. Aku punca keretakkan hubungan antara kami. Aku pisahkan dia dari ibunya. Mana mungkin dengan mudah dia akan memaafkan aku."
            
"Tuan…" Lelaki bernama Karim itu menepuk-nepuk bahunya lembut. "Bersabarlah. Berikan dia masa untuk merapatkan kembali hubungan antara dia dengan tuan."
            
"Apakah masa dua belas tahun itu masih tidak mencukupi untuk dia Karim."
            
"Bersabarlah tuan."
            
“Dia saja yang layak menerajui MILLENIUM’S. Aku tidak yakin untuk menyerahkan kuasa MILLENIUM’S kepada anak-anakku yang lain.”


KUALA LUMPUR. Pemilik hotel terkenal MILLENNIUM'S, Tuan Ilham Qais telah dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung. Berita tergempar itu telah menarik perhatian seluruh pihak media. Keadaan Tuan Ilham dilaporkan kriktikal. Tiada siapa yang tahu puncanya Tuan Ilham di serang sakit jantung secara mengejut. Tuan Ilham dijumpai tidak sedarkan diri dalam pejabatnya. Para wartawan menanti di luar hospital. Mereka tidak dibenarkan untuk masuk atas permintaan ahli keluarga Tuan Ilham sendiri. Sememanganya kehadiran mereka tidak disenangi. Mereka hanya menunggu berita yang akan di bawa kerana tindak-tanduk mereka diawasi ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas.
            
Tersedu-sedu Puan Hilda menangis di bahu Ayu Sofea. Kesedihan yang ditunjukkan mengundang simpati kepada mereka yang turut berada di situ. Izuan dan Ally duduk bermenung di kerusi panjang luar wad kecemasan itu. Sudah dua jam ayah mereka berada di dalam. Hati masing-masing dirudung rasa gelisah. Nur Qaseh pula teresak-esak berada dalam pelukkan neneknya, Datin Mala. Datin Mala begitu tenang mengusap-usap rambut cucunya. Tidak tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

“Apa sudah berlaku?” Tan Sri Farid yang baru tiba meluru mendapat kaum keluarga Tuan Ilham. Dia dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Sebagai kawan karib Tuan Ilham dia sendiri tidak tahu Tuan Ilham mengidap penyakit jantung. Tuan Ilham sentiasa kelihatan sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit pun. Lelaki itu hanya sering-kali murung kerana teringatkan anaknya yang lagi satu. Anak yang tidak pernah sekalipun pulang menjenguk wajah si ayah. Anak itu jua yang dirinduinya saban
waktu.
            
Uncle Farid…uncle Ilham kena serangan jantung. Kami juga tidak tahu dia ada penyakit ini.” balas Ayu Sofea mewakili Puan Hilda sekeluarga.
            
“Hmmmm….kamu sudah hubungi Ash?” Pantas Ayu Sofea menggelengkan kepala. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghubungi lelaki itu.
            
“Buat apa kau nak hubungi budak yang tidak tahu diuntung tu Farid. Dia bukannya ambil pernah ambil peduli tentang daddy dia.” Datin Mala menyampuk. Dia sememangnya tidak suka Tan Sri Farid buka cerita tentang cucu tirinya itu. Kalau boleh biar cucu tirinya itu lenyap dan tidak muncul-muncul lagi depan matanya.
            
Tan Sri Farid melepaskan keluhan berat. Datin Mala umpama duri dalam daging. Keruntuhan rumahtangga Tuan Ilham yang pertama puncanya dari wanita ini. Keretakkan hubungan Tuan Ilham dengan anaknya juga kerana wanita ini. Wanita ini penuh dengan hasad dengki.
            
“Sofea.” Mendengar suara garau itu buat Ayu Sofea memalingkan kepalanya. Bibir gadis manis itu menguntum senyuman.
            
“Papa!” Ayu Sofea bersuara. Lelaki bertubuh tegap dan berambut separa putih sedang mengatur langkah menghampiri mereka. Tan Sri Farid tarik muka. Sungguhnya kehadiran lelaki itu tidak disenangi oleh Tan Sri Farid. Ayu Sofea segera mendapatkan ayahnya.
            
"Sofea. Apa yang sudah berlaku?" Lelaki itu mengusap-usap wajah anak gadisnya.
            
"I don’t know papa. Semuanya berlaku begitu pantas. Uncle Ilham di srang sakit jantung. Dia masih berada dalam bilik kecemasan." Jelas Ayu Sofea. Dato’ Syed Khalid anggukkan kepalanya. Ada garis senyuman nipis di bibirnya. Dia mengerling ke arah Puan Hilda dan Datin Mala.
            
"I tak sangka kita akan bertemu di sini Khalid.” Dato’ Syed Khalid berpaling. Tidak diduga mereka akan bersua di sini sejak Dato’ Syed Khalid berada di luar negara atas urusan bisnes. Bertemu musuh lama tidak meyenangkan hati Tan Sri Farid. Tan Sri Farid sudah lama dapat menghidu segala perbuatan kotor Dato’ Syed Khalid. Hanya bukti yang tidak dapat didedahkan. Entah mengapa Tuan Ilham buta dengan kebaikan yang Dato’ Syed Khalid tunjukkan.
            
“Oh! Farid. Setengah tahun kita tak berjumpa ya.” Dato’ Syed Khalid melirik senyuman sinis. “I ingat you dah mati. Hidup lagi rupanya you.”
            
“Kalau I mati pun sekurang-kurangnya I tidak sekotor you.” Tan Sri Farid membalas. Tegang muka Dato’ Syed Khalid. Tan Sri Farid sudah lama mengesyaki aktiviti-aktivi haramnya selama ini. Hanya dia tidak punya bukti yang kukuh untuk menuduh lelaki itu.
            
“You ingat I takut mati Farid.”

Uncel! Daddy! Please jangan buat kecoh di sini. Tidak kesiankah pada auntie Hilda?” Ayu Sofea segera mencelah. Jika pertelingkahan kecil itu berterusan pasti akan lebih parah.
            
“Papa rasa panas di sini. Lebih baik papa beredar dulu. Kita jumpa di rumah nanti Sofea.” Dato’ Syed Khalid mencium pipi Ayu Sofea. Dia memberikan isyarat mata ke arah kedua pengawal peribadi yang dibawa bersamanya.

“Api neraka lebih panas Khalid. You jangan lupa itu.” sinis Tan Sri Farid menyindir. Dato’ Syed Khalid membeliakkan biji matanya.
            
“Papa…see’s you at home.” Ayu Sofea memeluk ayahnya dan membalas dengan ciuman di pipi yang makin dimamah usia itu. Dato’ Syed Khalid tersenyum manis. Sebelum beredar dia merapati Puan Hilda di sisi Ayu Sofea.

“I bersimpati dengan you Hilda.  Rasanya impian you hampir terlaksana.” bisiknya pada telinga Puan Hilda. Puan Hilda kerutkan dahi. Dato’ Syed Khalid membuka langkah.

Tan Sri Farid melihat saja langkah Dato’ Syed Khalid. Dia sempat mengerling ke arah Datin Mala. Tan Sri Farid boleh menduga bila melihat reaksi Datin Mala terhadap Dato’ Syed Khalid. Mereka itu satu pakatan untuk memiliki MILLENNIUM’S.

“Saya akan hantar telegram pada Ash hari ini juga.” suara Tan Sri kemudiannya.

DIA memandang suasana malam di tasik tersebut. Hatinya tenang bila berada di sini. Dia akan lupa pada masalah dalam kepalanya. Dia menghirup udara malam itu sambil mendepakan kedua belah tangannya. Dia tersenyum lega. Sepuluh tahun dia tidak menjejakkan kaki ke MALAYSIA. Sedangkan sudah beberapa hari dia berada di tanah tempat lahirnya itu atas permintaan Mama Nina. Kepulangan tidak diketahui oleh sesiapa termasuk ayahnya sendiri. Mama Nina beria-ia mahu dia pulang mendapatkan kembali haknya. Kalau boleh dia tidak mahu bersemuka dengan ayahnya lagi.
            
Gadis-gadis yang berdekatan memandang dia tidak berkelip mata. Lelaki kacak yang sedang bersandar pada motorsikal Cagiva itu cukup elegant sekali. Raut wajahnya tidak menunjukkan dia lelaki tempatan sedangkan darahnya bercampur Melayu-Inggeris. Dia lebih mirip dengan wajah arwah ibunya. Mata yang cukup menawan itu mampu melemahkan si gadis yang terpandang. Jarang sekali terlihat mata yang punya warna berbeza. Dia memiliki dua warna mata yang berbeza iaitu warna biru dan hazel. Keadaan seperti ini disebut sebagai Heterochromia Iridium. Warna mata yang sama dengan artis popular dari barat Kate Bosworth.

Irama muzik Jazz bergegar dalam kocek seluar jean lusuhnya. Dia segera menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Telefon bimbit berjenama Nokia itu dikeluarkan. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Seketika dia berbicara penuh kerutan pada wajahnya. Telefon bimbitnya dimatikan. Dia mengeluh kecil. Kunci motorsikalnya dipulas. Deruman bunyi ekzos motorsikal itu memecah kesunyian di tasik itu. Dia langsung tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Helmet dicapai lalu menutup seluruh wajahnya. Dia menghidupkan motorsikalnya. Sudah tiba masanya untuk beredar. Motorsikal Cagiva itu memecut laju.

3 comments: