Kedua-dua cerita ini punya kekuatan tersendiri. Aku tahu CNS telah mendapat tempat di hati pembaca. QC pun ada pun apa kurangnya. Kedua-duanya punya jalan cerita yang berlainan. Aku memantapkan lagi hasil penulisan dengan membuat rujukan. Hari sabtu kelmarin (26 Februari 2011) aku ke Pasar Seni membuat tinjauan di situ. Aku melihat karya-karya lukisan potret dan bagaimana mereka menghasilkannya untuk mencari rezeki. Satu potret hitam putih RM 50.00. Oil Pastel RM 180.00. Sungguh lukisan amat bernilai. Tinjauan ini untuk novel QC. Aku terjah internet untuk mencari info tentang pengiklanan dan Sabtu ini aku ke PD (Port Dickson) sebagai lokasi untuk aku mencurahkan idea bagi QC nanti. Aku mahu buat Tiryaq dan Putri Tasnim kena tangkap basah di PD. Hehehehe...Kalau biasanya novel kena tangkap basah dengan tidak sengaja so aku sengajakan dalam citer QC ini. Tiryaq menjadi dalangnya.
Bagi CNS II aku terjah ke internet mencari info dalam bidang kedoktoran, pasal kerja2 doktor dan hal2 berkaitan pembedahan serta penyakit. Pengalaman bekerja di tadika aku serapkan dalam novel ini untuk kisah anak Syakir dan Azyan iaitu Ameerul. CNS II kali ini lebih kepada konflik cinta dan rumah tangga namun unsur2 santai dan kelakar itu masih diselitkan. Aku cuba mencari pembaharuan dalam kisah CNS ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca CNS yang sentiasa menyokong dari belakang dan memberikan feed back yg baik kepada CNS II.
Aku menantikan feed back QC di P2U...tampak kurang memberangsangkan. Tidak mengapa baru permulaan. Mungkin masih ada yang belum mengenali QC di situ :)
wowowow..... ni yg i suke ni...
ReplyDeleteyes i admit that novel2 cik Ilya memang laen dari yg laen.. uniq gitu...
apepun... saya tetap menjadi peminat setia karya cik ilya...
sedaaapp dan sungguh menarik... cume nama tiryaq dan tasnim tu pelik and jarang digunakan oleh para novelist...
iyelah kah... nama melambangkan kehandsoman and kejelitaan watak...
Tq Korr...nama yg unik tapi punya maksud disebaliknya :) lagipun sy suka nama2 yg agak unik tak perlu panjang2 ringkas pun dah cukup
ReplyDelete