Mari-mari tuan dengar ini cerita
Suami saya asyik balik awal saja
Ada pembantu baru katanya
Tentu dia perempuan muda...
TUP! Dia menutup iklan
yang ditunjukkan dalam laptop tersebut. Iklan zaman tok kaduk itu tidak menarik
minatnya. Ingat ini zaman 90-an ke? Apa kena-mengena iklan Axion dengan iklan
kecantikan! Tidak ada kaitan langsung! Apakah staf-staf Elite sudah kekeringan idea untuk menghasilkan iklan yang lebih
bermutu. Jangan buat lawaklah. Dia tidak mahu staf-staf Elite makan gaji buta di sini.
Elite sudah
lima tahun bertapak dalam dunia pengiklanan. Malah Elite pernah mengungguli beberapa anugerah iklan terbaik atas
usahanya selama berkhidmat di Elite. Nama
Elite akan tercemar jika proposal
iklan sebegini. Di mana Putri Tasnim mahu letakkan muka cantiknya ini? Takkan
dia nak menyorok muka di dalam almari. Sudah macam lagu Jerangkung Dalam Almari
pula.
“Guys! Apa ini?
You ingat I mahu bikin iklan pencuci pinggan!” Putri Tasnim melenting.
“Miss Tas...kami benar-benar sudah kekeringan idea. Idea
kami asyik tidak boleh dipakai guna. Bayangkan kami terpaksa berhadapan dengan
klien yang begitu cerewet seperti Mr. Don tu!” Bangkang Jamie. Sebenarnya bukan
Mr. Don yang cerewet tapi Cik Putri Tasnim bakal andartu ini. Tambah garam dengan
gula pun masih tidak cukup perisa. Kalau
bukan kerana gaji bekerja di sini mahal, dia sudah lama angkat kaki. Lagipun
sekarang bukan senang mahu mendapatkan pekerjaan. Ada kelulusan pun belum tentu
dapat cari makan.
“Itu alasan lapuk. You fikir I akan terima alasan you all? Please....” Putri Tasnim sudah buat mimik muka menyampahnya itu. Adakala
mereka tidak tahan dengan kerenah Putri Tasnim the Heads of Executive in Elite. Hari-hari datang bulan!
Jamie menggigit bibir. Ikutkan hati mahu saja dia hentak-hentak
kepala perempuan itu di atas meja mesyuarat. Perempuan seorang ini sering
menguji kesabarannya.
“Tidak salah jika kita just copy that idea
tetapi kita ubahsuai seratus-peratus mengikut kreativiti kita.” Sampuk Cherly.
“My answer
it’s...NO!” Putri Tasnim menghentakkan kedua belah tangannya di atas meja.
“I tidak mahu iklan yang tangkap muat!”
“But Miss Tas...”
“I say NO!”
“Fine!” Cherly mengangkatkan
keningnya. Dia menghela nafas kecil. Bilik mesyuarat itu menjadi hening.
Putri Tasnim memicit kepala yang tidak sakit. Tiga hari
lagi! Tiga hari lagi dia akan membentangkan proposal iklan kecantikan itu
kepada kliennya Mr. Don. Satu kertas kerja pun tidak ada lagi. Masakan dia akan
melepaskan projek iklan yang akan memberikan dia keuntungan berganda. Ratusan
ribu ringgit berada dalam tangan jika projek iklan itu berjaya.
“Jamie! Esok saya mahu satu kertas kerja yang berkualiti
berada di atas meja saya! Meeting
kita tamat di sini!” Putri Tasnim bingkas bangun. Dia melangkah keluar. Pintu
bilik mesyuarat itu dihempaskan dengan kuat. Mereka mengurut dada
masing-masing.
Jamie menelan air liur. Dia berkali-kali meraup muka. Gua
mana dia perlu bertapa sepanjang hari ini untuk mendapatkan secebis idea yang
berkualiti. Atau dia kemaskan kain baju dan menghilangkan diri. Jamie rasa mahu
meraung!
Putri Tasnim melabuhkan punggung di atas kerusi
eksklusifnya. Apakah Staf Elite sudah
kekeringan idea? Buntu-buntu…jika dia tidak siapkan proposal iklan itu lebih
awal maka projek tersebut akan jatuh ke tangan orang lain. Sban hari dia perlu
berfikir untuk mencari idea iklan yang baru. Elite sedang menangung beban hutang yang berlipat kali ganda. Mana
hendak cari duit langsaikan hutang bank lagi. Pening kepala Putri Tasnim
memikirkannya.
Dia tidak akan meminta tolong dengan papa. Tidak sama
sekali! Apa jua halangan yang bakal ditempuhi dia akan hadapinya sendiri. Dia
tidak akan biarkan Elite jatuh
bankrap!
Bunyi ketukan di pintu biliknya mengejutkan Putri Tasnim
dari lamunan. Dia menghela nafas panjang.
“Masuk!” Arahnya.
“Miss Tas…”
Cherly membawa segelas air milo panas buat Putri Tasnim.
“Thanks.”
“Miss Tas. I tahu you sayangkan Elite. I dan yang lain juga sayangkan Elite. Kami sentiasa berusaha untuk Elite.”
Putri Tasnim melirikkan senyuman nipis.
BUNYI ketukkan di luar
bilik pejabatnya itu langsung tidak diendahkan. Kedua belah telinganya telah disumbatkan
dengan earphone. Tangan kanannya pula
menongkat pada dagu yang melekuk itu. Wajah tampan itu agak suram. Suram
seperti hari-hari sebelumnya. Deringan telefon juga sudah tidak diendahkan. Dia
tidak larat mahu menjawab panggilan 24 jam sehari itu. Dia juga tidak larat
menghadap fail-fail yang kian meningkat ketinggiannya di atas meja.
Pintu bilik pejabat itu dikuak perlahan. Seorang gadis
melangkah masuk bersama beberapa buah fail di tangan. Wajah gadis itu
menyeringai. Dia menyentap earphone pada
telinganya. Dia merenung tajam lelaki bersut serba hitam di hadapannya itu. Dia
hempaskan fail-fail tersebut di dada meja lelaki terbabit.
“Apple jangan renung I macam singa betina.” Desisnya.
“Tuan Tiryaq! Ahli lembaga pengarah sedang menunggu Tuan
Pengarah di bilik mesyuarat. Dua jam mereka panaskan punggung atas kerusi eksklusif
tu. Tuan pengarah masih terperap di sini.”
“Elok panaskan punggung. Lagipun dalam bilik itu berair-cond. Apa kata awak saja yang
gantikan tempat saya.” Tiryaq tersengih.
Apple menjegilkan biji matanya. Rasa nak lempang saja
muka Tuan pengarah-
nya itu. Dia boleh buat
lawak tidak kelakar waktu genting begini.
“Tuan Pengarah mahu saya minta tolong security guard heret tuan ke bilik
mesyuarat ke?”
“Boleh juga. Saya rasa malas sangat nak bangun dari
kerusi empuk saya ini. Best juga
kalau ada orang angkatkan.”
Bila masa pula lelaki ini buat perangai gila meroyan.
Tuan Pengarahnya itu ada salah makan ubat tak malam tadi. Semalam elok saja dia
mesyuarat sana sini. Kerja tidak menang tangan. Workholic punya pengarah besar. Apple mengusap dagu.
“Tuan Pengarah sakit ke? Atau ada fius yang tercabut
dalam kepala tuan.”
Tiryaq pecah ketawa. Dia bangkit dari kerusinya. Dia
merapati Apple. Dia jentik dahi luas Apple lalu melintasi gadis itu. Apple
memalingkan tubuhnya. Laju kakinya mengekori langkah Tiryaq.
Suasana riuh di dalam bilik mesyuarat itu menarik minat
Tiryaq. Dia menolak perlahan pintu bilik terbabit. Semua mata terarah kepada pemengang
syer terbesar syarikat berkenaan. Tiryaq mengambil tempat duduk utamanya. Dia
tidak duduk seperti gaya seorang pengarah besar sebaliknya dia naikkan kedua
belah kaki atas meja mesyuarat. Kedua belah kaki panjangnya itu disilangkan.
Lagak Tiryaq menjengkelkan hati mereka. Namun mereka tidak berani untuk
bersuara. Tiryaq melirik senyuman sinis di hujung bibir. Apple setia berdiri di
sisinya.
Bonda Arfah mengurut dada melihat kebiadapan Tiryaq. Dia
pelik dengan perubahan tingkah-laku Tiryaq. Di mana kredibiliti Tiryaq sebagai
pengarah besar? Tiryaq boleh menjatuhkan air mukanya. Bonda Arfah memberikan
isyarat mata. Dia mahu Tiryaq menurunkan kaki dari meja tersebut. Tiryaq buat
tidak peduli. Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar jeans hitamnya itu.
Apple menepuk dahi. Gula-gula getah! Tiryah mengunyah gula-gula getah di dalam
mulutnya. Pakar kajian psikologi kata mengunyah gula-gula boleh membantu
meningkatkan daya tumpuan untuk jangka masa yang panjang.
Pop! Belon yang dibuat dari gula-gula getah itu meletup. Tiryaq
memang sengaja mahu mengeruhkan suasana. “Di mana pembuka kata mesyuarat kita?”
Tiryaq membuka suaranya.
“Perlu ke ada pembuka katanya?” Soalan berbalas dengan
soalan. Siapa yang bersuara kalau bukan Tengku Sahara, ibu saudara Tiryaq.
“Apa salahnya. Kalau auntie
hendak berpantun sebagai pembuka mesyuarat pun boleh.” Tiryaq buat loyar buruk.
Tengku Sahara mengetap bibir. Panas hatinya kerana dipermainkan oleh Tiryaq.
“Tiryaq!” Bonda Arfah menjeling anak lelakinya itu. Tiryaq
sengaja ingin mengeruhkan keadaan yang sudah tegang. Betulkah pemuda di
hadapannya itu adalah Tiryaq? Hantu apa yang telah merasuk anak lelakinya itu?
Tiba-tiba Tiryaq berubah menjadi orang lain. Hati tuanya kian gelisah.
“Hari ini anda boleh meluahkan perasaan tidak puas hati
anda pada saya. Saya sedia mendengarnya. Biar saya jadi doktor psikologi anda.
Apa salahnya kita berbincang dari hati ke hati.”
Ahli lembaga pengarah berpandangan antara satu sama lain.
Ada yang berbisik sesama sendiri. Apple gelengkan kepala. Tuan Pengarahnya itu
sudah sakit jiwa agaknya.
Sudah! Apa yang Tiryaq mengarut ini. Bonda Arfah mula merasakan pandangan matanya kelam. Serentak itu dia jatuh pengsan. Gamat jadinya. Tiryaq sekadar ketawa kecil. Dia baru buat gimmick sedikit. Pelbagai kejutan yang bakal menunggu bondanya. Tiryaq meninggalkan bilik mesyuarat itu bersama Apple. Dia tidak risaukan keadaan bondanya. Orang tua itu hanya pengsan kerana alami kejutan.
emm baca sinopsis dh suka jln citer nie... bab1 pun dh wt sy nk lagi baca n baca.. so i'm juz wait 4 d'new n3... :)
ReplyDeleteSedap sangat...enak menjilat jari!!kalau boleh nak jilat skrin lappy ni. Tiryaq 2 nape??macam tak berapa nak jadi budak baik aje??tak sabar...next please...BTW, jenguk la my blog 2!!
ReplyDeletebest gila..tak sabar nak tau next episode :D
ReplyDeletedari tajuk cerita saya dah agak cita ni mmg best sebentar tadi saya baca dah nmpak jalan cerita dia menarik dan lawak tahniah ni nak tunggu bab 2 cpt smbung ye
ReplyDeleteMemang best cite ni kak... Lain dr yg laen.. Name hero n heroin pon unik je.. Novel Coke n Sundae akan WC dapat kn di PWTC nnti.. Hari tu nk beli bajet lari plk... Nnti p PWTC da smpan duwet utk bli CNS..
ReplyDeleteTq...tq...atas komen anda semua! :H:
ReplyDeleteWC akak akan berad di PWTC nanti utk sesi autograf pada 23 april bg novel terbaharu akak 566 hari mencari cinta. Jumpa di sana!
name unik...cte pn menarik... lookingforward to it...ganbatte
ReplyDeletekak Ilya, Hany SUKA watak Tiryaq! cool je ^_^
ReplyDeletenak sambung baca bab 2 pulak
wahh!!suke ngan tiryaq!!hihihi..
ReplyDeletehahhaaa mcm dh terpikt ngn Tiryaq je nie...huwaaa
ReplyDelete