Tab Menu

Followers

Tuesday, May 10, 2011

Coke and Sundae II - Bab 19

DOCTOR…please help me.” Lelaki berperwatakan lembut itu menunjukkan luka pada lengan kanannya. Gelagatnya seperti cacing yang kepanasan. Mulutnya pula macam bertih jagung tidak reti nak behenti bercakap.

            Pakaiannya…MasyaALLAH! Kalah perempuan. Skirt sendat atas peha terbelah kiri dan kanan. Pakai sarung kaki tu. Sudahlah memakai baju yang bertali halus. Make-up tebal satu inci. Tengok dari segi rupa paras kalau jadi lelaki tulen memang hensem! Ini ajaran songsang yang diikut. Rosak…rosak…Syakir gelengkan kepala. 

            Doctor…you tengok apa lagi? Tolong ubati luka kat lengan I ini. Sakit tau!” desisnya.

            Ya Allah suara….bukan main manjanya. Siap main kenyit mata dengan Syakir! Nampak seperti ingin menggoda. Boleh tahan juga gatalnya si lembut ini. Rasa nak termuntah pun ada. Seram sejuk pulak badan ni. Sudah elok-elok Allah jadikan awak seorang lelaki tetapi memandai sendiri tukar jantina nak jadi perempuan. Halkum dekat leher itu mana mahu buang nyah!

            “Saya akan berikan sedikit bius sebelum saya jahit luka awak.” Syakir mencapai picagarinya.

            “Jangan cucuk I kuat-kuat doctor. Sakit….” Dia merengek kecil. 

            Syakir buat dek saja. Dia terus cucuk pada lengan mamat sotong terbabit. Apa lagi bukan main mamat sotong itu menjerit sakan. Semua mata memandang ke arahnya. Syakir sekadar tersenyum sinis. Rasakan! Jururawat di sebelahnya sudah ketawa kecil.

            “Saya cucuk sikit dah sakit. Awak ni anak lelakilah Encik Salleh.” gerutu Syakir.

            “Hey! Nama I sally tau bukan Salleh.” Dia menghentak-hentakkan kasut tumit tingginya atas lantai. Gedik betul mamat sotong ini.

            Mak bapak sudah sudah elok-elok bagi nama Mohd Salleh Bin Kassim mahu tukar jadi Sally pulak. Best sangat ke jadi perempuan ni? Kalau dia bertukar jantina mahu Puan Mahani hambat dia dengan penyapu. Azyan pula tak mengaku dia suami lagi. Itu yang paling parah sekali. Kalau menangis tiga hari tiga malam pun belum tentu Azyan dapat maafkan dia.

            “Sally...tapi dalam kad pengenalan Mohd Salleh Bin Kassim. Betul tak nurse?”

            Jururawat di sebelah anggukkan kepala.

            “Eii…menyampahlah doctor ni.” Dia memukul lembut tubuh Syakir.

            Syakir ketawa kecil. Pukul manja tu. Gelilah tengok lelaki gedik begini. Kalau berjumpa dengan Cikgu Ilyas mahunya kena ceramah free. Kalau Cikgu Ilyas sudah berceramah, sampai esok pun belum tentu habis. Mukadimahnya pun sudah hampir dua jam.

            “Kalau awak gedik macam ni, saya panggil Doktor Singh lah.” Syakir mengalihkan mata pada doktor yang berbulu tangan lebat itu. Doktor Singh mengukir senyuman. 

            “Tak maulah…I nak you doctor.” Dia meloncat dan memeluk tubuh Syakir spontan. Aksi manjanya itu menjadi perhatian.

            Sabar Syakir…sabar…Syakir mengurutkan dada. Ikutkan hati mahunya mamat sotong ini lebam sebelah mata. Ikut suka hati dia peluk laki orang ye.

HARI minggu begini SOGO memang penuh sesak dengan kaki membeli-belah. Tambahan pula ada jualan murah. Ibu sibuk bershoppping anak pula entah hilang entah ke mana. Bukan si ibu yang mencari anak tetapi anak pula yang mencari si ibu. Lihat pasangan di sebelah sana itu. Teruk isterinya kena bebel kerana leka menjaga anak. Mujur saja anak mereka dijumpai kalau hilang terus bagaimana? Siapa yang susah? Ayat biasa…mereka dan keluarga mereka.

            Azyan memilih beberapa helai baju kanak-kanak. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk Ameerul Hasif! Anaknya itu sudah bising sebab tidak dibelikan baju baharu. Ameerul nakkan baju Shin Chan. Satu SOGO dia buat pusingan untuk mencari baju Shin Chan Ameerul. Nasib baik jumpa. Azyan mengukur baju tersebut pada tubuh Ameerul. Ameerul melonjak-lonjak keriangan.Kanak-kanak ribena katakan.

            “Kita ni memang ada jodohnya kan Puan Azyan.” Ada suara parau menegur dari belakang.

            Azyan buat muka seposen. Kenapalah dia bertemu lagi dengan lelaki ini. Kalau Fahrin Ahmad yang menegur tadi ada juga bestnya. Boleh dia minta sain autograf. Azyan mengerling Encik Ikhwan dengan tajam.

            “Pakcik ni memang gatallah ibu. Ibu saya tak suka pakciklah.” suara Ameerul. Ameerul sudah berdiri di depan di hadapan ibunya. Lagaknya seperti mahu melindungi ibunya itu. Anak yang bagus. Bravo Ameerul Hasif!            

Encik Ikhwan tersengih mendengar kata-kata Ameerul. Dia memang gatal. Dia sedang angaukan isteri orang. Kenapalah dia tidak dipertemukan dengan Azyan dengan lebih awal. Rumahtangganya pasti aman dan bahagia. Apa gunanya harta melimpah-ruah kalau tiada teman setia di sisi. 

“Tak baik tuduh pakcik macam tu. Pakcik cuma nak berkawan dengan ibu Ameerul.” Encik Ikhwan merapati Ameerul. Dia usap lembut rambut anak bujang Azyan itu.

“Tak boleh!” Ameerul menepis. Dia menjegilkan biji matanya. 

Encik Ikhwan ketawa kecil melihat gelagat Ameerul. Ibu dengan anak sama-sama comel. I like it!

“Apa kata pakcik belanja Meerul aiskrim. Nak tak?” Encik Ikhwan cuba mengumpan anak kecil itu. Budak-budak suka aiskrim kan.

“Ibu cakap makan rasuah itu berdosa. Nanti perut boroi. Tak hensem! Lagi satu ibu pesan jangan ambil apa-apa benda dari orang yang tidak dikenali.” balas Ameerul. Ameerul menjelirkan lidahnya. 

“Bijak.” Encik Ikhwan memuji. 

Azyan mengangkatkan keningnya. Tengoklah siapa ibunya. Nur Azyan Binti Idris kan. Azyan senyum meleret. 

Manisnya senyuman dia. Ini yang buat aku tak boleh tahan dengan perempuan seorang ini. Dahlah comel…senyuman dia meruntun jiwa.

Encik Ikhwan seperti dibuai perasaan sendiri. Azyan segera menarik tangan Ameerul melintasi lelaki tiga suku itu. Buang masa sahaja melayan Encik Ikhwan. Lepas membayar baju Ameerul, Azyan naik ke tingkat atas pula. Ada barang lain yang ingin dia cari. Harap-harap lelaki sewel itu tidak mengekori mereka. 

Di perhentian teksi, Azyan menghela nafas kecil. Satu teksi pun tidak kelihatan. Hairan benar rasanya. Hari ini teksi buat boikot ke? Tak mungkin ada hari teksi sedunia. Azyan mengusap dagu. Ameerul turut meniru aksi ibunya itu. 

Sebuah kereta berjenama mahal betul-betul behenti di hadapan Azyan dan Ameerul. Bukan main hebat kereta berkenaan. BMW kereta idaman Azyan. Huhuhuhu…Agak-agak siapa pemandunya ye. Takkan Syakir kot? Laki dia mana ada BMW. Tapi mana tahu Syakir nak bikin suprise pada dia dan Ameerul. Wajah keceriaan pada Azyan dan Ameerul pudar seratus-peratus sebaik sahaja melihat pemandu kereta BMW berkenaan. Hampeh sungguh!

“Saya rasa waktu begini sukar untuk awak dapatkan teksi, Puan Azyan.” Encik khwan tersenyum manis. 

Alamak! Macam mana ni? Azyan berfikir sejenak. Nak tumpang ke tak nak. Nak tumpang ke tak nak. Kalau ada bunga boleh jugaklah dia tarik satu demi satu kelopak untuk dapatkan keputusan.

            “Kita tumpang dialah Meerul. Tak payah keluar duit.” Azyan berbisik halus pada telinga anaknya.

            “Ibu…nanti dia bawa lari kita macam mana? Meraung ayah kat rumah tahu. Tak pasal-pasal ayah masuk hospital bahagia. Ibu nak ayah gila.” ujar Ameerul. Dalam pada itu sempat dia menjeling Encik Ikhwan. Gigit telinga Encik Ikhwan nanti baru tahu!

            “Isk! Budak ni, sampai ke situ pula fikirnya. Dia buat apa-apa kat kita nanti ibu belasahlah dia.”

“Ibu larat ke nak belasah dia? Ibu nak belasah ayah pun dah tak larat.” cebik Ameerul. Apa tidaknya perut ibunya sedang membesarkan.

“Kita tawakal. Sebelum naik baca bismillah dan selawat dulu.” Azyan telah membuat keputusan berani mati. Konon-kononnya. 

“Macam mana Puan Azyan? Mahu tumpang kereta mewah saya?”

“Baiklah kami akan tumpang kereta Encik…” Azyan garukan kepala yang bertudung liput itu. Dia lupa pulak nama mamat sewel campur tiga suku ini.

“Ikhwan.”

“Ya…Encik Ikhwan.” Azyan buat-buat ketawa. “Tapi ingat! Jangan berani cuba mengapa-apakan kami. Saya lipat Encik Ikhwan nanti.” Azyan memberikan amaran kerasnya. Kena tunjuk berani!

“Betul-betul. Ibu saya bekas juara Takewando tau. Kadang-kadang dia smackdown ayah saya kat rumah.” Ameerul menyampuk. Terangkat-angkat kening Ameerul ala macam The Rock lelaki pujaan ibunya suatu ketika dulu.

Encik Ikhwan pecah ketawa. Sungguh kedua anak-beranak ini bikin lawak kelakar dengan dia. Sudah lama dia tidak ketawa besar begini.

AZYAN pandang Syakir atas dan bawah. Apa pasal Syakir lain macam hari ini? Syakir nampak seperti bad mood sahaja. Tidak pernah pulak dia lihat laki dia bermuka tegang begini. Ini yang tak syok kalau tidak ada lawak tempatan dari mulut laki dia. Agaknya Syakir nampak Encik Ikhwan hantar dia dan Ameerul balik rumah tadi. Cemburulah tu. Itulah kita telefon suruh ambil kat SOGO tak boleh datang. Ada kecemasan di hospital. Aala dia tumpang kereta Encik Ikhwan saja bukan ada buat apa-apa pun. Ameerul pun ada bersama. Dia bukan jenis isteri curang belakang suami tau. Syakir seorang sahaja buah hati pengarang jantung dia. Tiada jantung lain dah! Kalau jantung pisang dia buat gulai lemak. Sedap tu.

            Azyan buat senyuman paling manis sambil mengerdipkan mata tapi Syakir buat muka serius. Apa senyuman bini dia ini tidak memikat lagi ke? Cepat-cepat Azyan membelek mukanya pada cermin yang ada pada ruang tamu rumah mereka itu. Tiada yang kurang dia masih comel gitu. Ameerul sudah duduk di atas sofa sambil menyilangkan tangan. Ini lagi seorang buat lagak macam tuan besar. Ada yang nak kena jentik telinga nanti.

            “Siapa lelaki yang hantar awak pulang tu?”

            Kan dah agak. 

            “Ayah…tadi Encik Ikhwan hantar ibu dan Meerul balik rumah. Hensem tak Encik Ikhwan tu, ayah?” Ameerul pantas menjawab bagi pihak ibunya. Azyan membulatkan anak mata. 

            “Ops!” Ameerul segera menekup mulutnya.

            “Ooo…nama dia Encik Ikhwan ye.” Syakir bercekak pinggang.

            “Apa? Abang nak nak minum kopi O. Kejap ye ayang buatkan.” Azyan buat muka tak bersalahnya. Dia meluru masuk ke dapur. Bukan main Azyan menyanyi riang sambil memanaskan air dalam cerek elektriknya.

            Syakir merengus kecil. Bila masa pula dia minum kopi O. Syakir menggarukan kepala yang tidak gatal. Azyan mahu tukar topiklah ni. Syakir turut masuk ke ruang dapur. Dia buat sekatan pada pintu dapur. Ala macam roadblocks JPJ.

            “Sejak bila pandai tumpang kereta orang ni. Bukan main tampan dan segak bergaya orang yang bagi tumpang tu.”

            Azyan buat tidak dengar. Dia sibuk membancuhkan kopi dalam teko. Sikap tidak endah Azyan buat Syakir hangin satu badan. Azyan sengaja mencabar tahap kesabaran lakinya ini. Siap isterinya itu menghidangkan secawan kopi O atas meja makan. 

             “Tadi kata nak kopi O kan. Ayang dah siapkan. Lepas minum pandai-pandailah basuh cawan sendiri ye.” 

            Azyan menolak perlahan tubuh Syakir. Namun Syakir tidak mahu berganjak dari tempat dia berdiri. Dia keraskan tubuhnya di situ. Selagi dia tidak dapat penjelasan kukuh dari Azyan, jangan harap dia nak bagi laluan pada isterinya itu.

            “Ayang nak abang angkat ayang, lepas itu kurung ayang dalam bilik ke?” Syakir seakan mengugut Azyan. Azyan mencebikkan bibir. Orang sudah meinta penjelasan maka kena kasi jugalah nampak gayanya. Kalau merajuk dia juga yang susah nak pujuk laki dia yang seorang ini. Syakir merajuk mengalahkan Ameerul.

            “Okay-okaylah kita cerita. Mamat tu yang baik hati sangat bagi ayang dan Meerul tumpang. Just hantar balik rumah je. Jimat duit minyak bang. Don’t worry lah ayang masih isteri yang mithali.” Azyan buat muka sayunya. Dia pun pandai buat drama queen jugak! Jangan lupa yang Puan Nur Azyan Binti Idris ini bekas pelakon teater masa di kolej dulukan. Siapa tok gurunya? Sudah tentu Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas.

            “Boleh percaya ke? Kenapa tak naik teksi?” Beberapa inci saja muka Syakir pada muka Azyan.

            “Teksi buat boikot. Tak tipu satu teksi pun tak ada tadi. Tak percaya tanya anak teruna abang tu.” Azyan muncungkan mulut pada Ameerul yang masih duduk atas sofa di ruang tamu. Ameerul semestinya sedang menonton kartun di televisyen.

            “Teksi buat boikot? Alasan tak logik langsung.” desis Syakir. Bila masa pula teksi dekat Malaysia ini buat boikot?

            Azyan ketap bibir melihat reaksi muka Syakir. Syakir meragui kesetiaan dialah tu. Syakir mahu buat tunjuk perasaanlah pada dia. Dia pun boleh buat tunjuk perasaan pada Syakir. Perjanjian yang termeterai dalam kertas A4 yang ditandangani baru 1/10 Syakir tunaikan. Apa lagi isytiharkan perang!

7 comments:

  1. first! yes! skit sgt la kak..haha..tgh syok2 bce.. haha.. nk lagi! :D

    ReplyDelete
  2. habis lah.. adehhh.. konflik kemuncak nk start da nih. btol ke cik writer?

    ReplyDelete
  3. ..mulut si ameerul tu pon cam mulut shin chan,leh tahan gak laser nye..

    ReplyDelete
  4. cayalah Ameerul...you're my hero...
    cayok bro...defend you're mom...
    mana kuah tumpah kalau x ke nasi...sama laser macam ayah dia....hehehehe...

    nak lagi...nak lagi...

    ReplyDelete
  5. alamak...syakir dah tunjuk aura cemburu...
    mesti syakir lupa perjanjian dia dengan azyan....
    hmmm...nampak sangat syakir dah berusia...hahahaha

    ReplyDelete
  6. wAh gler sweet dorg suami isteri nie kak ..siap merajuk lagi . .cemburu kan tandanya sayang . .seriusly mmg sweet la pasangan Azyan dgn Syakir nie ((:

    ReplyDelete
  7. PERANG!!!!!!
    sye kini berada d pihak Doktor Muhammad Syakir bin Ilyas!
    h3h3, plih brde d phk dye sbb dye ni ensem gilesss!!
    i like it!
    tpi x de la suke sngt2 cm Katrina!
    h3h3... bab ni x de kat... ptut la rse aman smcm jew bile mmbce...

    ReplyDelete