Tab Menu

Followers

Saturday, May 21, 2011

Coke And Sundae II - Bab 20

APABILA ibu dan ayahnya berperang, Ameerullah yang menjadi mangsa. Kalau sebelahkan ayah pun payah. Kalau sebelahkan ibu pun payah. Ameerul kena duduk di tengah-tengah. Bila ayah dan ibunya saling bertatapan mata maka keduanya akan tarik muka. Ayah pun satu, bukan nak mahu nak mengalah sikit dengan ibu. Ibukan sedang bawa adik dalam perut tu. Nenek kata orang yang sedang mengandung ni emosinya kena jaga sikit. Kalau emosi ibu terganggu siapa yang susah. Ayah juga yang susah. Ameerul menggelengkan kepala sendiri.

            Ibu sedang mogok memasak. Balik tadika angkat tudung saji satu makanan pun tiada. Dia juga yang menjadi mangsa perang dingin ayah dengan ibunya. Ameerul mengeluh kecil di atas sofa. Perut sedang lapar ni. Nak masak maggi dia tak pandai. Ameerul menggarukan kepala. Masakan dia akan membiarkan keadaan berterusan macam ini. Kecil-kecil sudah kena berfikir macam orang dewasa. Susahlah kalau ayah tidak mahu menjalankan misi memujuk ibu.

            Syakir menarik nafas panjang. Balik penat-penat begini dengan perut kosong. Apa pun Azyan tidak masak! Bertuah punya isterinya. Boleh pula dia tinggalkan nota pada peti ais keluar berhibur untuk mengubat hati yang duka nestapa. Ini mesti bertenggek di rumah Salwa. Jika tidak pun Azyan mengadu kasih dengan Puan Mahani, ibunya itu. Kalau dengan Puan Mahani memang dialah yang akan kena bebel. Nasib baik tidak ke rumah Mejar Idris, pak mertuanya. Mampus dia nak menghadap Mejar Idris misai melintang itu. Gerunnya tetap ada.

            Syakir turut melabuhkan punggung di sebelah Ameerul. Kedua anak-beranak itu menongkat dagu memandang antara satu sama lain. Ameerul renung ayahnya semacam. Renungan yang buat Syakir tidak senang hati. 

            “Meerul…bukan ayah yang mulakan dulu ye.” suara Syakir.

            “Ayah yang salah.” Ameerul seperti memihak pada ibunya. Tak acilah macam ini.

            “Apa pulak salah ayah? Ibu tu yang sesuka hati tumpang lelaki lain hantar balik rumah. Ayah jealous tau. J-E-A-L-O-U-S!” Syakir menyilangkan kedua belah tangannya. Kalau tumpang Rizlan bleh juga di maafkan lagi. Ini entah lelaki ceruk mana yang Azyan kutip ntah.

            “Jeles…cemburu ke ayah.”

            “Iyalah sayang.” Syakir mencubit pipi tembam Ameerul. Tapi kalau dapat cubit pipi Azyab lagi best. Alahai rindunya nak usik-mengusik dengan isteri dia yang comel itu.

            “Ayah jeles buat pe! Pakcik tu memanglah ngorat ibu tapi itu bolayan.” Ameerul menepuk perlahan bahu ayahnya. Tarik telinga ayah dia baru tahu! Buat siasatan dulu sebelum nak cari gaduh. Ini tidak terus isytiharkan perang. Kalau ibu angkut sekali kain baju kan susah. Mana Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas mahu mencari Nur Azyan Binti Idris nanti? Baru padan dek muka.

            “Boleh percaya ke?” 

            “Ayah ni jahatlah. Meerulkan bodyguard setia ibu. Meerul selalu take care ibu bukan macam ayah.” Amboi! Anak bujang dia yang seorang ini sudah bercakap macam orang dewasa pulak. 

            “Agak-agak ibu mengubat hati duka nestapa di rumah siapa ye Meerul?” Syakir memandang muka Ameerul. Ameerul menjongket bahu.

            “Ayah tiponlah rumah atuk.”

            “Rumah atuk yang mana satu?”

            “Atuk yang misai melentik tu.” 

            Syakir ketawa kecil. Atuk misai melentik. Siapa lagi kalau bukan bapa mertua dia, Mejar Idris.

“TAK baik biarkan suami kelaparan di rumah Yan.” Encik Idris yang sedang sibuk memotong sayur itu bersuara. Asal gaduh je mesti nak merajuk. Syakir pun satu. Cemburu tak bertempat. Azyan pun bukan jenis suka beralah.

            “Syakir pandai masak. Biarlah dia masakkan untuk Meerul.” desis Azyan. Bawang yang dihiris sudah hancur.. Ikutkan hati mahu saja dia hiris kulit Syakir macam dia hiris bawang ini.

            Encik idris gelengkan kepala. Ada lagi rupanya panas baran anak perempuan dia ini. Azyan…Azyan…

            “Yan…seorang isteri kena minta izin suami dia kalau nak keluar rumah. Yan sudah minta izin dari Syakir. Yan dah beritahu Syakir yang Yan datang rumah ayah.” Encik Idris mengerling anak perempuan tunggalnya itu. 

            Azyan buat muka poyo depan ayahnya. “Yan sudah buat nota. Yan tampal pada peti ais.”

            “Ya Allah budak ni…ada ke patut buat macam itu. Yan tulis apa?” Berkerut dahi Encik Idris yang sememangnya berkedut itu.

            “Yan tulis yang Yan keluar berhibur untuk mengubati hati yang duka nestapa.” balas Azyan bersahaja.

            Encik Idris tepuk dahi. Bertuah punya anak. Buny deruan kereta di luar buat Azyan bergegas meninggalkan dapur. Siapa lagi yang pulang dari kerja kala bukan Azuan. Azyan meluru mendapatkan abang sulungnya itu.

            “Ada beli tak?” soalnya.

            “Ada. Sejak bila kau mengindamkan aiskrim sundae ni? Setahu abang kau anti benda alah ni.” ujar Azuan. Dia menyerahkan aiskrim sundae kepada Azyan. 

Nasib baik sempat singgah McDonald’s tadi. Kelam kabut dia bekejar ke sana ke sini. Jalan pula sesak kerana kemalangan. Fuh! Letih gila beb.

            “Sibuklah abang ni.” gerutu Azyan. Banyak mulut!

            “Aik! Abang sibuk sikit pun dah muncung. Yan…jangan muncung panjang macam tu nanti berjangkit dekat anak dalam perut tu.” 

            Azyan mencebik pula. Dia cubit lengan Azuan. Menjerit sakan kawan. Aduh! Ini mesti berbekas kena ketam Azyan. Berbisa!

            “Rasakan! Mulut celupar!” marah Azyan.

            Bunyi telefon di ruang tamu mematikan perbualan Azyan dan Azuan. Encik Idris yang menjawab panggilan. Sesekali mata Encik Idris melirik ke arah Azyan seakan panggilan itu ada kena-mengena dengan Azyan. Entah-entah Syakir yang telefon. Ayah pun bukan serius bercakap dalam talian. Kalau Syakir nak jemput dia balik rumah, jangan haraplah dia nak balik! Dia kecil hati dengan Syakir. Buat tuduhan tidak berasas. Ingat dia kebulur ke dengan lelaki bernama Encik Ikhwan itu. Bagi sedozen BMW pun dia tidak sudi.

            Azyan segera lari masuk ke dapur semula. Lebih baik dia melantak aiskrim sundaenya sebelum mendengar ayahnya memberikan kata nasihat nanti. Azuan turut mengikut langkah Azyan. Azuan membuka peti ais mengambil sebotol air mineral.

            “Sahlah suami kesayangan kau call tu.” Azuan main pakai tembak sahaja meneka.

            “Pandai-pandailah Abang Zuan ni. Mana tahu yang telefon itu bakal ibu tiri kita. Ingat ayah kita tu tak hensem. Misai melentik ayah itu yang ada saham tinggi tau.” 

            “Bila masa ayah ada girlfriend? Abang duduk serumah dengan ayah, segala rahsia ayah ada dalam genggaman abang.”

            “Rahsia ayah dalam genggaman abang ke atau rahsia abang dalam genggaman ayah.” Azyan mengangkat keningnya. Ingat dia tidak tahu Azuan kerap keluar berdating dengan Emelda. Pasangan merpati sejoli katakan.

            Azuan bercekak pinggang. Ada pulak mulut yang nak kena sumbat dengan sambal belacan.

            “Yan…nanti Syakir datang dengan Ameerul jemput Yan.” Encik Idris terpacak depan pintu dapur.

            “Skuter Yan mana nak campak? Cakap kat Doktor Muhammad Syakir tu, Yan tak nak balik. Esok Yan balik sendiri. tak payah nak jemput-jemput Yan.” Azyan buat muncung panjang sedepanya. Dia tdak ingin menghadap muka Syakir. Geram!

            “Nur Azyan…” Encik Idris mengeraskan sedikt suaranya. Dia bukan apa risaukan keadaan Azyan yang berbadan dua itu bawa skuter. Kalau Azyan merempit macam mana? Encik Idris tidak boleh membayangkannya. Azyan sudah cukup nakal masa remaja.

            Ini yang tak best bila ayah sudah mula buat serius. Kalau membantah mesti jadi kes naya. Azyan bangun dari tempat duduknya. Aiskrim yang masih belum luak ditinggalkan begitu sahaja. Da merajuk pula dengan si ayah. Ayahnya memang suka menyelebahi ‘Doktor Cicak Kobeng’ itu.  Nah! Gelaran lama Syakir sudah diberikan.

5 comments:

  1. Hahahaha !! rindu time azyan merajuk dengan syakir..masing masing taknak kalah..huhuhu..terbaikk kak ! next :D :D

    ReplyDelete
  2. hehe . .sO swEet kAk . .merAJuk2 LAgi . .tp siAn syAkir dgn amEerUL berLApAr. .hehe

    ReplyDelete
  3. ade lg ek 'dktor cicak kobeng' 2....

    ReplyDelete
  4. hehehe...
    padan muka syakir...
    apa pasal jeles x bertempat...
    kan diri sendiri yang merana..
    lagi kesian kat ameerul...

    ReplyDelete
  5. x suke la gaduh2 ni..mmg la salah syakir 2 sbb main jealous,tp azyan pn kuat jealous jgk ape..

    ReplyDelete