Tab Menu

Followers

Thursday, May 19, 2011

Queen Control - Bab 13



AKU memang tak boleh tahan dengan bunyi telefon bimbit mamat seorang ini. Asal pagi saja memekak. Asal pagi saja memekak suruh bangun! Dia memang suka menaikkan darah aku. Lama-lama aku memang kena darah tinggi! Aku nak tidur dengan aman pun tak senang. Hari minggu begini kenalah tidur lebih sikit! Sudahlah aku penat bekerja. Lainlah dia hanya menguruskan rumah!

Putri Tasnim menekup kedua belah telinganya dengan tangan. Ikutkan hati mahu saja dia mencampakkan terlefon bimbit Tiryaq pada dinding. Baru puas hati dia! Putri Tasnim bingkas bangun dengan mata yang masih mamai. Rambut yang kust masai itu langsung tidak di ambil peduli. Appa yang penting dia mesti mendapatkan telefon bimbit Tiryaq yang sedang memekak itu. Bibir Putri Tasnim memalit senyuman apabila dia sudah dapat memengang barang yang dicari. Da tidak menunggu dengan lebih lama. Telefon bimbit itu dia lontarkan pada dinding. Maka tamatlah riwayat telefon tersebut. Jika dihantarkan ke ICU pun belum tentu dapat diselamatkan.

Selimut kembali ditarik ke seluruh tubuhnya. Barulah aman! Putri tasnim kembali berdengkur halus. Pintu bilik itu dikuak perlahan. Tiryaq menghela nafas kecil melihat telefon bimbitnya yang berderai di atas lantai. Ganas juga bininya ini. Dia merenung wajah Putri Tasnim yang sudah kembali diulit mimpi. Tiryaq mengusap dagunya yang licin. Ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Tiryaq melangkah ke bilik dan kembali dengan sebaldi air. Dia simbahkan sebaldi air pada Putri Tasnim. Ini ubatnya untuk orang yang suka lewat bangun!

Putri Tasnim bangun mendadak dengan tubuh yang sudah lencun. Dia mengetap bibit kegeraman. Tiryaq mengorak senyuman lebar. Senyuman yang sukup manis buat Putri Tasnim.

How dare you!” Getus Putri Tasnim. Habis basah baju tidur, selimut, tilam dan seangkatan denngannya. Tiryaq memang sengaja mahu bikin hatinya panas.

Good morning tuan puteri...intang payung...matahari sudah tegak di atas kepala maka tuan hamba pacar yang hina ini sekadar mahu mengejutkan tuan puteri untuk makan sarapan pagi.” Tiryaq berdialog dengan penuh rasa hormat pada permaisuri yang masih berada di atas katil itu.

“You tahu tak I penat! P-E-N-A-T! Sudah I terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung you!” Putri Tasnim menundingkan jari telunjuknya pada muka Tiryaq. Dia rasa nak cekik-cekik leher Tiryaq. Tiryaq lelaki yang tidak reti bahasa. 

“Ermmm...saya pun bekerja juga.” 

“Kerja apa yang you buat?”

Housewife.” Balas Tiryaq selamba.

Putri Tasnim mencengkam kepala. Dia segera turun dari katil dan menuju ke bilik air. Tiryaq menjongket bahu. Rasanya dia tidak salah cakap. Tiryaq segera mengemaskan tempat tidur mereka. Dia perlu mencuci cadar dan selimut yang sudah dibasahi air itu.

Putri Tasnim memandang wajahnya pada cermin. Kalau dia tumbuk cermin pada bilik airnya itu pasti tanganya berdarah. Tiada maknanya dia berbuat demikian. Buat sakit tangan sahaja. 

“Sampai bila aku nak menyimpan lelaki pembawa malang ini dalam rumah aku?” Putri Tasnim menggarukan kepala. Lambat-laun orang akan tahu juga dia sudah bersuami. Berkahwin sebab kena tangkap basah!

Setelah membersihkan diri, Putri Tasnim melangkah keluar dari bilik air. hatinya lega melihat Tiryaq sudah tiada di dalam bilik. Mungkin lelaki itu kembali melakukan kerja-kerja rumah. Kalau Tiryaq mahu dia menggantikan telefon bimbitnya yang baru dia boleh ganti. Telefon bimbit sekarang bukannya mahal. Dia boleh belikan telefon jenama Blueberry pada Tiryaq. Putri Tasnim segera mengenakan pakaian. Dia sekadar memakai T-shirt dan jeans. Baru dia hendak mencapai beg tangan telefon bimbitnya sudah memekak.

Malas-malas Putri Tasnim mahu menjawab panggilan berkenaan. Dia sedang tiada mood ketika ini. Kalau Datin Khalida yang menelefon semestinya ada mesyuarat kaum wanita. Ini mesti kes pasal suami berdahi licin. Dia tidak faham mengapa dia perlu turut serta sekali.

            “Helo...”

            “Tas...you datang rumah I. I ada berita tergempar nak berkongsi dengan you!” Putri Tasnim menjarakkan sedikit telefon bimbitnya. Bercakap macam pakai pembesar suara. 

            “Berita apa yang gempar sangat tu? Husband you kahwin lain ke Khal?”

            “Mulut you cabullah Tas. You fikir Datuk Husin berani cari lain ke? Langkah mayat I dulu.”

            Perempuan mana yang ingin bermadu kan. Kata orang madu itu pahit. Adakah sepahit hempedu? Itu Putri Tasnim tidak tahu.

            “I datang rumah you.” Putri Tasnim mematikan talian telefonnya. Dia baru bercadang ini ke The Mines untuk bermain bowling. Niatnya terpaksa dibatalkan. Malaslah dia mahu menukar pakaian yang lan untuk ke rumah temannya itu. Dia lebih suka berpakaian santai pada hari minggu begini.

            “Tiryaq...I nak keluar. You jangan ke mana-mana pula masa I tiada.” Putri Tasnim siap memberikan pesanan pada Tiryaq sewaktu dia mengenakan kasut tumit tingginya.

            “Baik tuan puteri. Hamba menurut perintah.” Ujar Tiryaq dengan senyuman yang tidak lekang di bibir seksinya itu. 

Senyumannya cukup menggoda hati Putri Tasnim. Ditambah pula dengan mata dan tubuh Tiryaq yang juga sudah cukup seksi itu. Kalau direnung lama-lama mahunya Putri Tasnim menyerahkan diri pada Tiryaq. Oh! Tidak....Lebih baik dia cepat beredar.

“KITA memang patut kena control suami kita. Bukan apa, nak elakkan suami kita curang di belakang kita.” Datin Khalida bersuara lantang. Putri Tasnim menongkat dagu. Dia hadir ke jamuan Datin Khalida kerana wanita itu teman baiknya. Kalau tidak jangan harap dia mahu tunjuk muka. 

            Seorang lagi wanita sedang menangis teresak-esak di samping Datin Khalida. Wanita itu membuat aduan yang suaminya telah bernikah dengan seorang gadis baya dengan anak sulungnya.

            “Betul tu! Lelaki sekarang bukan boleh bagi muka sedikit mulalah pasang lagi satu belakang kita. Apa pendapat you, Tas?” Puan Sri Lamia mengalih pandangan pada Putri Tasnim. 

            Putri Tasnim mengangkatkan keningnya. Dia hanya tersenyum. Rata-rata teman Datin Khalida itu semuanya jenis ‘Queen Control’. Suami mereka memang jenis spesis buaya darat. Pantang nampak perempuan cantik sikit mulalah mengayat. Depan bini pijak semut pun tak mati tapi belakang bini dialah hero.

            “Tas manalah tahu pasal isu rumahtangga ni. Dia belum berkahwin lagi.” Celah Puan Mustika.

            “Siapa cakap I tidak kahwin lagi.” Hati Putri Tasnim mula bengkek. Dia tahulah di kalangan mereka itu dia yang masih tidak berumahtangga. Sudah hampir ke tahap andartu. Tapi kini status dia telah berubah hanya dalam satu malam sahaja. Dia bukan lagi Cik Putri Tasnim Johari tetapi Puan Putri Tasnim Johari.  Title cik sudah bertukar menjadi puan.

            Kata-kata Putri Tasnim membuatkan semua mata terarah kepadanya. Mereka salah dengar ke? Rasanya saban hari mereka mengorek tahi telinga. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Putri Tasnim menekup mulut. Alamak! Dia terlepas cakap.

            “Bila you kahwin? We all tak dapat kad pun?” Soal Datin Khalida.

            “I kahwin express. Akad nikah saja.” Dalih Putri Tasnim. Tiada jalan lain selain membuat pembohongan besar dalam hidupnya. 

            “Macam terdesak pulak you berkahwin.” Datin Khalida merenung tajam ke arahnya. Bila masa pulak minah workholic ini bercinta? Sedangkan jejaka bernama Tihran yang tergila-gilakan Putri Tasnim itu pun di reject! Ada kemusykilan di sini.

            “Bukan terdesak...terpaksa! Dia tak boleh kehilangan I. Dia sudah tergila-gilakan I.” Putri Tasnim buat-buat ketawa besar. Kalau sudah pandai menggali lubang maka kenalah pandai menutup lubangnya. 

            “Jangan percaya sangat pada lelaki ni Tas. Mula-mula memanglah mereka sayang kita. Lepas itu mulalah datang penyakit miang keladi mereka.” Gerutu Datin Khalida.

            “Betul tu! I sokong!” Majoriti teman-teman Datin Khalida sebulat suara menyokong wanita itu.

            “Jangan lupa perkenalkan suami you pada we all.” Ujar Puan Sri Lamia.

            Sudah! Ini lagi satu bala buat Putri Tasnim. Sudah jatuh ditimpa tangga pulak. Masakan dia akan membawa Tiryaq untuk tatapan umum. Nak pitam pun ada. Habislah dia kalau kisah hidupnya diketahui umum! Reputasi kau Tasnim! Reputasi kau kena jaga!

            “Kenapa ni? You nampak berpeluh.” Tegur Datin Khalida.

            “I’m okay. Alrite...I akan kenalkan dia pada you all.” Dia berada di jalan yang buntu. Jalan mati!

            “Wah! Siapakah jejaka bertuah yang telah menambat hati batu you, Tas. Semestinya dia seorang yang begitu istimewa.” Puan Mustika memeluk lembut bahu Putri Tasnim.

            Istimewa tengkorak korang! Dia dianiaya tahu tak! Ini padahnya jika berbuat baik pada orang yang salah. Dia masih belum bersedia menjadi seorang isteri. Alih-alih kena cekup dengan JAIS! Dia bukannya kenal dengan lelaki yang sudah menjadi suami itu. Asal dan usul Tiryaq pun dia tidak tahu. Dan dia tidak mahu ambil tahu! 

            Putri Tasnim hanya melirik senyuman sinis di hujung bibir. Senyuman tidak ikhlas. 

            “Alamak meraunglah Tihran dengan you. You pun tahu Tihran sukakan you tapi you jual mahal dengan dia. Dasar hati batu!” Tambah Datin Khalida.

            Tihran...Dia tidak pernah sukakan Tihran. Dia hanya menganggap Tihran tidak lebih dari seorang teman. Soal hati dan perasaan ini mana boleh main paksa-paksa. Orang sudah tidak suka kenapa perlu nak terhegeh-hegeh.

            “Apa yang you merepek ni Khal. I tidak pernah bagi harapan pada Tihran.” 

Putri Tasnim buat muka cebik. Kalau dibandingkan Tihran dengan Tiryaq semestinya segala pakej lelaki idaman ada pada Tiryaq. Tiryaq kan seksi. Kalau tengok tubuh badan Tiryaq pun dia sudah cair. Nasib baik dia mampu bertahan hingga ke hari ini. Dia tidak akan biarkan Tiryaq menggoda hati wanitanya.

            “Okaylah...itu urusan peribadi you. I tak patut masuk campur siapa pilihan hati you.” Datin Khalida tersengih. Pada hal dalam hati meronta-ronta ingin tahu lelaki yang telah menakluki hati batu teman baiknya itu.

            Tahu tak apa! Kau orang memang suka menjaga tepi kain orang kan. Perempuan sukakan gossip panas! Lebih baik berbalik ke topik asal perbincangan asal dari topik perkahwinan dia. Dia tengah bingung memikirkan pasal Tiryaq. Siapa yang salahkan. Siapa suruh dia terlepas cakap tadi! Masalah...Masalah...

13 comments:

  1. waa..jln cerita makin menarik laa..keep it up :)

    ReplyDelete
  2. syookk! yeah! dh ada sambungannya.. sambung lg... ;) love this...

    ReplyDelete
  3. kak dah terlepas cakap..... best ni nanti malam ni update lagi kak ilya.

    ReplyDelete
  4. cepat2lah update,,,x sbar nak tahu smbungannya...

    ReplyDelete
  5. Uwaaaaaa...cpt2 sambung cite nie dah P.E.N.A.T tunggu uwwaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Tihran...Dia tidak pernah sukakan Tahrin. <<<<< ~~ byk kali dah ni. tiap n3 ade nama tihran mesti jd tahrin.

    tihran ke tahrin??? :d ke nama dia tihran tahrin? heeee

    ReplyDelete
  7. Tq aFAISH kerana menegur kesilapan nama tu..Nama sebetulnya Tihran bukan Tahrin. Hehehehe nama pendek pun boleh terkeliru gak akak ni :H: Akak dah betulkan dalam manuskrip dan juga dalam blog ni.

    ReplyDelete
  8. best la akak...cepatla sambung x sabo deng menunggu citer niw~~

    ReplyDelete
  9. Tq atas komen2 semua :D: Ada silap dans alah harap dapat ditegur utk sy betulkan kesilapan yang berlaku.

    ReplyDelete
  10. k.ya..nick bru jpa blog ni..hahahaaa..ska citer ni...cpt2 biskn

    >i<

    ReplyDelete
  11. cerita menjadi semakin menarik...
    hehehe
    wah cayalah kat tiyraq...berani dia siram tas dgn air semata2 nak kejut pagi...memang cool lah...
    hai bilalah tas nak tangkap cintan dgn tiyraq...
    hmmmm....

    ReplyDelete
  12. akak,,bila mau sambung ini cerita ma?? sakura tak sabar nak tahu sambungan ni..hehe

    teruskan usaha kak!! chaiyok!!

    ReplyDelete
  13. interesting! pliz...tlg smbung ye kak...hehe ;)

    ReplyDelete