Syakir mati kutu. Dia sudah cukup lembut memujuk Azyan tapi langsung tidak berjalan dengan lancar. Bagi bunga tak nak! Bagi coklat tak nak! Apa agaknya Azyan nak? Rumah banglo sebiji atau kereta BMW. Kereta BMW lagi macam tiada kereta lain.
Ameerul hanya tersenyum-senyum melihat ayahnya memujuk. Kali ini memang merajuk betul ibunya itu. Jika tidak sekali pujuk dengan air liur sahaja sudah cair. Dia yang syorkan ayahnya beli bunga dan coklat. Ala dia tengok dalam televisyen macam mana seorang pakwe memujuk makwe yang merajuk. Dia suruh ayahnya pujuk dengan aiskrim Conetto. Ayahnya kata mengarut! Ingat iklan Wall ke?
“Ala bucuk-bucuk abang ni. Buruklah muka tu buat bibir muncung.” Syakir mengusap-usap bahu Azyan. Usaha itu tangga kejayaan. Dia akan terus memujuk Azyan.
“Siapa yang busuk. Saya mandi tahu! Siap pakai sabun mandi May haruman Rose lagi.” desis Azyan. Sesuka hati Syakir kata dia busuk.
Syakir menekup mulut menahan tawa. Boleh tahan juga lawak isterinya itu walaupun bercakap dengan muka yang serius. Nasib baik tak keluar pantun dua kerat dari Azyan. Azyan kalau bab pantun dua kerat ini serahkan saja pada dia.
“Sayang…abang ada pantun untuk sayang. Pak Semeon naik lori, I’m so sorry…Satu lagi pen merah pen biru, you marah I Love You!” Ingat Azyan seorang saja pandai buat pantun dua kerat. Doktor Muhammad Syakir pun pandai tahu tak.
Ameerul ketawa. Terer jugak ayah dia berpantun. Azyan menjuihkan bibir. Dia tidak akan termakan dengan pujukan romantis dari Doktor Muhammad Syakir itu. Bukan senang nak pujuk hati anak Mejar Idris ini tahu! Hati kental. Azyan sudah bersiap sedia dengan pendinding kalis peluru agar Syakir tidak bisa menembusinya.
Adui! Azyan buat muka tak berperasaan pulak. Macam mana ni? Masakan dia perlu menggunakan khidmat Puan Mahani untuk memujuk hati anak Mejar Idris ni? Kalau beritahu Puan Mahani memang dialah yang akan dipersalah seratus-peratus. Cikgu Ilyas pun akan berpihak kepada Puan Mahani. Syamil pun sama. Pedih telinga jika kena bebel dengan Puan Mahni and the geng. Kalah teruk dia nanti. Dia kena fikirkan taktik lain. Pujuk isterinya lagi susah dari nak memujuk pesakit makan ubat.
“Ayah…” Ameerul turun dari katil.
Dia membisikkan sesuat apda telinga ayahnya. Syakir angkat kening. Baguslah kepala otak anak bujang dia ni. Tak terfikir pula dengan idea bernas dari Ameerul. Syakir bergegas keluar dari bilik. Ameerul membuntuti ayahnya dengan senyuman.
Apalah yang anak-beranak itu rancangkan? Azyan pula menggaru kepala. Dia jadi blur seketika. Tidak lama kemudian pintu bilik itu di kuak semula. Syakir muncul bersama gitar di tangan. Bukan main lagi lagak gayanya ala zaman remajanya dulu. Tengoklah stail rambut Syakir yang ala-ala rambut Jepunnya. Maco lagi rupanya suami dia ini. Kalaulah dia buat stail rambut begini ke hospital mahu pengsan jururawat dan pesakit wanita.
“Jeng! Jeng! Jeng!” Ameerul sudah duduk di sisi ibunya sambil bertepuk tangan. Azuan hanya memerhati dari luar. Nasib baik dia masih ada simpan gitar lamanya.
“Isteriku…lagu ini abang tujukan khas untuk sayang agar hati sayang yang merajuk itu akan terpujuk.” Syakir memetik gitar di tangannya.
Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun belum kita bersua muka
Namun aku tetap jatuh cinta
Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Azyan terkedu mendengar suara lunak Syakir. Bukankah ini lagu ‘Luahan Hati’ nyanyian asal dari Apit. Lagu yang mengusik perasaan. Azyan memang suka mendengar lagu ini di corong radio tetapi dinyanyikan oleh kumpulan Kristal. Siap dia buat lagu tema bagi telefon bimbitnya menggantikan lagu tema Doraemonnya. He he he…
“Ayah tu makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi dah tak basah dah ibu.” suara Ameerul perlahan. Tidak salah jika Ameerul berpihak pada ayahnya kali ini.
Azyan tersenyum lalu mengusap lembut rambut Ameerul. Dia cuba menghayati lagu yang di sampai oleh Syakir.
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku takkan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari
Dirimu tetap ku nanti
Sayangku pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih
Lepas ini Syakir boleh daftar masuk ke Akademi Fantasia. Tidak pun masuk dalam racangan MENTOR yang ada kat TV 3 itu. Boleh bawak duit. Mana tahu boleh beli rumah banglo sebiji dan kereta BMW. BMW lagi! Azyan mula buat angan-angan Mat Jeninnya.
“Terpujuk tak dengan lagu abang tadi. 25 minit abang hafal lirik tadi.” Syakir merapati Azyan.
“Ada ayang kisah.”
“Tapi abang kisah.” Syakir kucup pipi Azyan laju. Merah padam muka Azyan menahan malu. Ameerul sudah ketawa kecil melihat perilaku romantik ayah dan ibunya.
Azyan merengus kecil. Apa ni curi-curi cium pipi orang!
“Marah abang lagi tak?” soal Syakir lembut.
“Marahlah…”
“Iya ke?”
“Iya…”
Syakir mencubit pipi Azyan. Azyan menepis. Bulat anak matanya merenung wajah Syakir. Ikutkan hati mahu saja dia telan Syakir hidup-hidup. Kenyang perut yang sedang berkeroncong lagu dangdut ini. Lapar!
HARI ini Khams malam Jumaat. Malam ini memang sesuai untuk Katrina dan Leena bertemu dengan Mak Esah. Katrina rasa seram sejuk melihat rumah buruk Mak Esah. Rumah Mak Esah terpencil dari rumah-rumah kampung lain. Di sekelilingnya rumah Mak Esah gelap gelita. Katrina menyorok di belakang Leena. Temannya itu tampak biasa sahaja. Seolah-olah langsung tidak tergugat dengan suasana yang menyeramkan itu.
Katrina dan Leena mendekati tangga kayu rumah Mak Esah. Leena melaung-laung nama Mak Esah beberapa kali. Tiada sahutan dari dalam. Leena merengus kecil. Ke mana pulak orang
ini. Mak Esah pergi menyantau orang kampung ke?
“Agaknya Mak Esah tiada rumah kot, Leena.” bisik Katrina.
“Mak Esah! Mak Esah! Mak Esah!” Leena melaungkan nama orang tua itu semula.
Kus Semangat! Tiba-tiba sahaja pintu rumah itu terkuak sendiri. Katrina sudah memeluk Leena dari belakang. Tiada pula wajah Mak Esah tertonjol depan pintu.
“Masuklah!” Kedengaran ada suara orang tua di dalam.
Leena melirik senyuman. Dia menarik Katrina naik ke atas. Sebaik saja memijak lantai rumah Mak Esah, Katrina segera memaut lengan Leena. Rumah macam nak roboh! Kata bomoh profesional. Takkan tak mampu nak buat rumah baru kot! Katrina buat komen sendiri dalam hati. Bau dalam rumah ini busuk semacam hingga buat Katrina terpaksa menutup hidung sedikit.
Mak Esah sedang duduk berteleku di hadapan kemenyan. Mulut Mak Esah terkumat-kamit membaca sesuatu. Katrina tidak faham apa yang dibaca oleh wanita tua itu. Rambut Mak Esah yang keputihan itu sanggul rapi. Ada paku berkarat dicucuk pada sanggulnya. Tengok raut wajah Mak Esah pun sudah menggerunkan Katrina. Katrina dan Leena duduk bersipuh di hadapan Mak Esah.
“Mak Esah…kedatangan kami ke sini ada hajat besar. Ini teman baik saya, Katrina. Dia inginkan pertolongan dari Mak Esah.” Leena membuka bicara. Katrina di sebelah hanya tersenyum.
Mak Esah mengangkatkan wajahnya. Matanya tajam merenung Katrina. Cantik perempuan ini! Perempuan secantik ini pun mahukan khidmat bantuannya. Mak Esah mengerutkan dahi.
“Pertolongan apa yang kamu mahukan dari aku!” suara Mak Esah agak keras.
“Begini Mak Esah…kawan saya ni sudah jatuh hati pada seorang lelaki di tempat dia bekerja. Masalahnya lelaki itu sudah beristeri dan langsung tidak pandang kawan saya ini.” Leena bercakap bagi pihak Katrina.
Kiranya perempuan ini gilakan laki oranglah. Kalau orang sudah meminta pertolongan dari dia maka da akan menolongnya. Apa yang penting dia mendapat pulangan yang besar dari khidmat yang dia berikan pada pelanggannya.
“Kamu ada membawa gambarnya atau apa-apa saja milik dia.” Kalau tiada barang dari milik orang yang ingin dipuja itu dia tidak boleh menjalankan kerjanya dengan mudah.
Katrina menganggukkan kepalanya. Dia membuka beg tangannya lalu mengeluarkan sekeping gambar milik Syakir. Gambar itu dia ambil secara curi-curi beberapa hari yang lalu.
“Ini gambarnya Mak Esah. Saya mahu Mak Esah buat dia tergila-gilakan saya sampai dia lupa pada isteri dia.” Katrina menyerahkan gambar Syakir kepada wanita tua kerepot itu. Bibirnya sudah mengulum senyuman lebar.
“Bisa diatur…” Mak Esah tersengih menampakkan barisan giginya yang berkarat itu. Entah berapa tahun agaknya Mak Esah tidak gosok gigi.
Eeiii…gelinya. Katrina rasa loya anak tekak. Wanita tua ini pengotorlah. Bau mulutnya macam bau longkang pun ada. Kalau bukan disebabkan dia sudah kepinginkan Syakir tidak akan dia jejakkan kaki ke rumah Mak Esah.
Mak Esah bingkas bangun dan membawa semangkuk air jernih. Beberapa biji limau nipis dihiriskan lalu dia masukkan ke dalam mangkuk berisi air jernih berkenaan. Gambar itu Mak Esah layangkan pada kemenyan. Jampi serapah sudah di mulakan. Katrina dan Leena hanya memerhati tanpa bersuara. Mereka membiarkan sahaja Mak Esah melakukan kerjanya.
bestt... hurm, ade typo error lah kak ilya...
ReplyDelete*Apa penting dia mendapat pulangan yang besar (daro) khidmat yang dia berikan pada pelanggannya.
*“(Kami) ada membawa gambarnya atau apa-apa saja milik dia.” Kalau tiada barang dari milik orang yang ingin dipuja itu dia tidak boleh menjalankan kerjanya dengan mudah.
Kami or Kamu?
tue je kut.. hehehe....
cpat2 smbung.... xsbr nk baca part syakir n azyan... suka syakir pujuk azyan... so sweet... heheh
sweet gla r syakir..:))
ReplyDeletebenci ngan katrina!!!! sian azyan nnt....
ReplyDeleteharap-harap syakir guna pendinding...
ReplyDeleteharap-harap syakir guna pendinding...
ReplyDeleteisyyy !! jadi jugak si Kat tu pergi jumpa Mak Esah..
ReplyDeletet'haru gk ye azyan dgr lgu y d nynyikn syakir 2..
ReplyDelete(cm ilya t'pjuk ngn mr.coke)..heheheh.
Jht tul c Kat 2..dh d bmoh c syakir 2..
Ilya nk stop post smpi bab bp?
Hehehehehe...Tq atas komen2 yg sentiasa menyokong e-novel ini. Kesilapan yang berlaku telah saya perbetulkan. Tq atas teguran Farah :D:
ReplyDeleteromantik gilerrrrr.....
ReplyDeletecayalah syakir....boleh dapat title mat romeo...
thanks to ameerul sebab bagi idea tu kat ayah dia (syakir)\
ganbatte syakir
Cayalah Dr Syakir... dah ada anak sebesar Ameerul pun masih cool & steady nyanyikan lagu2 romantis utk pujuk-memujuk Azyan.. :-) sian Meerul yg jadi org tengah ibu & ayah dia... hehehehe.. Azyan..Azyan.. memang bestt...!!!
ReplyDeletenak baca versi bercetak plak....tak puas lah bc kat sini....coke & sundae 1 dah ada dlm koleksi...tak sabar nak tnggu coke & sundae 2..hu..hu..hu....
ReplyDeletekatrina~~katrina~~apa la..pg la ngorat org lain..cian azyan..arap2 p'khwinn syakir n azyan akn kekl~~
ReplyDeletesweet nyer syakir,hehe..:)
ReplyDeletejahat sgtx100 katrina x gne!!