Tab Menu

Followers

Wednesday, September 7, 2011

Playboy - Prolog

HIV! Benarkah aku salah seorang pengidap penyakit yang tiada penawarnya itu?Jimi meraup wajah tampannya. Siapa penyebab aku dijangkiti penyakit sial ini?  Kelly? Elisha? Lara? Tantiana? Orang yang terakhir bersama aku adalah Kelly. Adakah Kelly pembawa virus itu? Tak mungkin? Kelly mengatakan dia hanya meniduri aku seorang? Jimi menggigit bibir. Mungkin kelly menipu dia? Siapa tahu?


Arghhh! Apa harus aku lakukan? Bagaimana aku bisa menghadapi Hasya gadis yang mengajar aku menjadi lelaki baik-baik itu? Aku tidak akan dapat bersamanya. Jimi merenung langit yang kian mendung. Langit mendung mendung umpama seperti hatinya yang suram.

Oh Tuhan! Aku tidak tegar menerima kecelakaan ini. Aku masih mahu bernafas di atas di muka bumi ini. Aku tidak mahu mati tertanam di dalam tanah. Aku belum membersihkan lumpur dosa pada tubuhku lagi.


Hasya...Jimi merintih pilu. Adakah ini balasan untuk aku kerana mempermainkan keikhlasanmu mendamping lelaki jahat seperti aku? Aku 'PLAYBOY' terhormat ini tunduk dengan balasan dari Tuhan. 

2 comments:

  1. xsabar nk tau kisah seterusnya..
    sabar menanti...kadang2 penulis pun ada masalah yg xdpt dielakkan..tu ceta lmbt nk smbung..betul x Ilya..

    ReplyDelete
  2. bc prolog dah best... mesti smbungannya lg best...

    ReplyDelete