Tab Menu

Followers

Thursday, February 2, 2012

Blog akan aktif semula!

Assalamualaikum semua...

Semua sihat-sihat tak! Maaf sebab lama tidak 'update' blog sampai bersawang. Bukan sahaja sibuk dengan tugas seharian tetapi juga masalah internet yang terlalu lembab. Sekarang sudah tukar kepada Unifi harap2 okaylah. Blog pun masih dalam proses pengubahsuaian. Insya-ALLAH akak sedang dalam perancangan mahu letak dua bab dalam satu minggu mengikut giliran cerita :)

Akak ubahsuai agar pembaca setia blog akak senang mahu mencari e-novel akak. Ada yang mengadu serabutlah dan macam2 lagi. Malah CNS II (Sayang Coke, Rindu Sundae) akan masukkan semua linknya (bukan semua bab just link yg dah ada dlm bab ini sahaja) dengan cerita yang sudah akak edit dan diubahsuai mengikut manuskrip yg dihantar kepada KN) Tiada lah merungut pasal typo lg. Perkara itu bukan disengajakan. Novel yg telah dibukukan pun ada yang typo malah lebih banyak dan teruk. :) 

Dalam beberapa bulan ini memang sibuk memanjang sampai FB akak pun sunyi sepi. Huhuhu...agak memang sudah sampai masa akak bersara kot dalam bidang penulisan hehehehe....tapi sebagai penulis blog akak tak akan behenti. 

Insya-ALLAH akan sedang usahakan buku utntuk genre misteri/thriller dan seram. Ada rezeki bakal terbit. Ramai juga yang mahu akak buat cerita kahwin paksa/kontrak ni tetapi akak minta maaf akak ikut stail akak lari dari genre tersebut. Huhuhu...biarlah cara penulisan akak lari dan lain dari lain. Akak juga dah tak mahu dilabelkan penulis ikut stail cerita korean (x minat sangat) dan jepun...nak lari sekali lagi , akak mahu ikut stail akak sendiri.

Kadang-kadang bila menonton cerita hindustan datang idea untuk menulis. Begitu juga dengan filem2 dari Inggeris dan novel2 william shakespeares...Akak mahu menulis dengan lebih matang dalam 'Mari Kita Semua Menangis'.

Insya-ALLAH jika betul ada rezeki '566 Hari Mencari Cinta' bakal jadi telemovie di Astro Warna Februari ini dengan tajuk Setahun 'Setengah Mencari Cinta'. Tunggu kesahihannya saja lagi. SHHHH! Novel akak tak sehebat yg lain. Rasa masih berada di bawah. :)

Alhamdulillah rezeki yang Allah berikan walau macam2 dugaan akak terima sepanjang menjadi penulis ini. Jatuh semangat pun ada. Hehehehe...

Akak mahu buat cerita sedih dan 'sad ending' harap ada yang menyokong seperti Takdir Cinta Luka percubaan pertama. Tak terbit jadi versi cetak pun takper :) Akak suka menulis untuk tatapan pembaca tiada niat mahu menyinggung perasaan org lain.

10 comments:

  1. betul ke akak...
    wah tak sabar nak tunggu..
    tahniah...

    ReplyDelete
  2. betul ke kak ilya nak masukkan semua link CNS II ke dalam blog akak? kenapa? tak dibukukan ke? alah.. nak beli dalam bentuk buku. suke sangat watak dalam novel tu!! sampaikan satu malam bila baca n3 35 yang paling sadis.. ya allah rasa macam nak hempuk-hempuk kepala katrina kedinding zink batu nisan!

    hope sangat citer akak tu tak jadi spt citer nia arissa dalam penjara rindu. best tu memanglah best but once lelaki dia dah tercemar dengan perempuan lain, dah rasa lain dah. nak pandang jijik kat lelaki tu. susah nak terima. same goes to heroine yang dah ditebuk tupai. tak suka citer-citer yg macm tu. lain pembaca lain keminatannya. and that what im being and loved to.

    apapun... karya2 kak ilya sangat3 beestttt...

    walaupun TCL tu sangat menyakitkan dan menyedihkan sampai menangis kita disini...


    good luck and teruskan perjuangan. kami ddisini masih begitu setia mengharapkan n3 baru dari blog akak ni...

    ReplyDelete
  3. La...silap faham maksud akak ni...taklah sapa kata tidak dibukukan...akak just masukkan bab2 yang dah ada di blog ni dengan versi yg dah dieit :)

    ReplyDelete
  4. wahh... taniah kak...tak sabar nak tengok nanti... =)

    ReplyDelete
  5. Tumpang tanya, citer Queen Control bla nak publish eh, best sgt baca citer tu, seronok!!

    ReplyDelete
  6. Iyalah...bila boleh publish Queen Control ni...

    ReplyDelete
  7. akak roses (tengku dzaky & yi zhi ) x ad bab lg ke ?

    ReplyDelete