Tab Menu

Followers

Saturday, January 14, 2012

Queen Control - Bab 25


PUTRI Tasnim menyanyi kecil. Hari ini Tiryaq akan keluar dari hospital. Selepas perbincangan dengan Mr. Don tadi Putri Tasnim bercadang ingin terus ke hospital. Dalam meluat dia mengambil berat juga dengan Tiryaq. Lagipun Tiryaq sudah menyelamatkan nyawanya. Putri Tasnim tidak reti mahu memasakkan sup untuk Tiryaq. Sudah terang-terangan dia memang tidak pandai memasak. Dia hanya membelikan sup buat Tiryaq di kedai yang agak bertaraf. Kalau Tiryaq cerewet maka dia tuang sup ini pada kepala Tiryaq. Putri Tasnim tersenyum sendiri.

            Belum sempat dia membuka pintu kereta ada beberapa orang lelaki menahan Putri Tasnim di tempat parkir kereta itu. Wajah Putri Tasnim berubah. Mereka ini yang menyerang dia dan Tiryaq pada malam itu. Putri Tasnim mengecam muka-muka penyangak itu.

            “Kamu yang menyerang I dan husband I malam itu.” Putri tasnim bersuara berani. Lelaki yang memukul kepala Tiryaq itu tersengih.

            Perempuan ini bukanlah lawa sangat. Harapkan bergaya sakan saja tapi manisnya ada. Kalau buat ‘lauk’ pun sedap. Body pun solid. Sayang tuan mereka tidak mahu mereka mengapa-apakan perempuan ini.

            “Kau nak kami bawa kau secara sukarela atau secara paksa.”

            Apa ni main paksa-paksa orang pula. Putri Tasnim mula rasa tidak senang. Tempat parkir kereta ini pula sunyi sepi. Itulah berani sangat mahu balik seorang diri. Siapa yang susah kalau bukan diri sendiri.

            “You nak culik I ya!” Putri Tasnim merengus.

            “Pandai pun awak ni.” Lelaki itu makin meleret dengan senyuman jahatnya.

            “You nampak apa yang ada di tangan I ini?” Putri Tasnim menunjukkan telefon bimbit yang dikeluarkan dari beg tangannya.

            “Awak ingat saya bodoh ke? Itu handphonelah perempuan!” Lelaki itu membalas. Teman-teman yang lain menganggukkan kepalanya. Perempuan ini ingat mereka ngok sangat sampai tidak kenal dengan telefon bimbit.

            “Oh! Tahu rupanya…ingatkan bodoh tadi.” Desis Putri Tasnim. “Jadi you all tahulah apa kegunaan handphone inikan?”

            “Kau nak telefon polis ya.” Lelaki itu menjawab.

            “Clever!” Ingatkan bodoh sangat tadi. Pandai juga lelaki jahat ini meneka.

            Sebenarnya Putri Tasnim yang bodoh. Sekelip mata telefon bimbit di tangannya telah dirampas oleh lelaki terbabit.

            “What? Pulangkan handphone I semula.” Putri Tasnim bersuara lantang.

            “Aduiii! Pekak telinga aku dengar perempuan ini memekik. Korang tutup mulut dia!” Arah lelaki itu kepada teman-teman. Kalau ada orang yang dengar suara perempuan itu kan payah. Nanti kerja mereka tergendala.

            Mulut Putri Tasnim ditekup. Mereka dengan payah mengheret Putri Tasnim masuk ke dalam kereta yang agak cikai itu. Kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan parkir kereta itu.

            “Aduh!” Salah seorang teman lelaki itu menjerit. Tangan telah digigit oleh Putri Tasnim.

            “Berani tangan kotor you mengotorkan mulut I.” Suara Putri Tasnim bengis. Bau tangan sudahlah bau kari mamak. Busuk! Putri Tasnim geli-geleman. Kalau Tiryaq yang menekup mulut dia memang rela. Kalau penjahat ni hensem macam Tiryaq boleh juga diberikan kelonggaran.

            “Maaf…” Lelaki membalas sambil mencium tangannya. Betullah bau kari.

            “Eiiii…you all ni tak mandi sebulan ke? Seekor-ekor macam bau kerbau dalam lumpur.” Putri Tasnim buat komen. Dia menutup hidungnya. Orang jahat ni langsung tidak tahu menjaga penampilan. Bukan setakat selekeh tapi berbau badan lagi. Wangi lagi Tiryaq. Tiryaqkan memang sentiasa kemas dan berbau wangi-wangian. Agaknya Tiryaq selalu pergi spa kot masa dia sedang sibuk di pejabat.

            “Baik kau diam! Mulut kau boleh tahan juga becoknya.” Lelaki itu mengugut.

            “Huh!” Putri Tasnim mencebik sambil menyilangkan tangan.

            Heran betul. Perempuan seorang ini macam tidak takut langsung sudah diculik begini. Boleh pula dia buat muka selamba dia.

            “I ni bukan anak Datuk dan Tan Sri. Tiada faedah untuk culik I.” Putri Tasnim bukan jenis yang takut pada ugutan.

            “Aku hanya mengikut arahan Tuan Megat!”

            “Tuan Megat? Siapa Tuan Megat tu. I tak pernah ada hubungan dengan megat-megat ni.” Bukan sahaja megat dengan Datuk dan Tan Sri pun dia tiada sebarang hubungan sulit. Dia tidak sukakan lelaki tua!

            “Mulut kau boleh diam tak! Kalau tak mahu diam aku suruh tangan yang berbau kari tu tekup mulut kau sampai lemas.” Lelaki itu melenting. Mungkin tidak tahan dengan bebelan Putri Tasnim.

            Putri Tasnim terus senyap. Dia cukup tidak selesa apabila dihimpit oleh lelaki yang berbau badan itu. Udara yang cukup melemaskan. Sudahlah kereta pun semput. Kereta cikai katakan.

            Lelaki itu menarik nafas lega. Bertambah lega kerana lelaki yang dicederakan itu masih bernyawa. Kalau tidak mati dia kena cantas dengan Tuan Megat.

            Kereta itu meluncur masuk ke kawasan bangunan lama. Putri Tasnim ditolak keluar dari kereta. Dia mengikut saja langkah geng lelaki itu. Putri Tasnim mengerling sekelilingnya. Apalah orang-ornag jahat ni. Tempat buruk macam ini pun dijadikan lokasi untuk perjumpaan ke? Buatlah di tempat yang meolek sikit.

            “Korang jaga dia sekejap. Aku nak telefon Tuan Megat sekejap.” Ujar lelaki itu.

            Lelaki mengeluarkan telefon Nokia model 3310. Ceh! Ada lagi makhluk manusia yang memakai telefon jenis zaman tok aduk itu. Ketinggalan zaman sungguh!

            Lelaki kelihatan menganggukkan kepalanya. Butiran bicara tidak begitu jelas didengari. Putri Tasnim tidak dapat menangkap apa butiran bicara lelaki itu dengan Tuan Megat tersebut.

            “Tuan Megat dah sampai.” Dia mengukir senyuman melihat kellibat lelaki yang melangkah penuh gaya ke arahnya.

            Putri Tasnim terkesima. Lelaki lewat 40-an namun masih segak dan kacak orangnya. Putri Tasnim memandang lelaki yang di panggil Tuan Megat itu atas dan bawah. Muka lelaki ini macam familiar sahaja.

            “Kau pastinya kenal dengan aku.”

            Putri Tasnim menggeleng laju.

            “I tak kenal you!”

            Berani perempuan ini tidak kenal dengan Tuan Megat Alam. Lelaki itu mahu saja merobek-robek mulut perempuan seorang ini.

            “Hahahaha…” Tuan Megat Alam ketawa besar.

            Apa yang dilucukan oleh orang tua ini. Dia tidak buat lawak kelakar pun.

            “Jika you tiada urusan dengan I maka you kena hantar I balik.” Gerutu Putri Tasnim.
            “Aku memang ada urusan dengan kau.” Nada suara Tuan Megat Alam bertukar serius. Dia pandang tepat pada wajah Putri Tasnim.

            Putri Tasnim turut memberikan reaksi serius terhadap lelaki di hadapannya. Ada yang menggerunkan pada pancaran mata lelaki itu.

TIRYAQ bingkas bangun dari katil. Dia sudah hampir tiga jam menunggu Putri Tasnim. Kelibat isteriya itu masih tidak kelihatan. Tiryaq rasa tidak sedap hati. Dia puas menelefon Cherly dan Jaime. Mereka mengatakan Putri Tasnim pulang awal selepas perbincangan dengan Mr. Don kerana mahu menjemputnya di hospital.

            Tiryaq tidak menunggu lama. Dia terus menukar pakaiannya. Dia tidak peduli jika dia meninggalkan hospital itu tanpa menjelaskan bil. Dia lebih risaukan keselamatan Putri Tasnim. Telefon berbunyi saat Tiryaq mahu mengaturkan langkah.

            “Tiryaq…”

            Serentak itu wajah Tiryaq berubah. Tuan Megat Alam. Apa lagi yang Tuan Megat Alam mahukan dari dia.

            “Tuan Megat Alam!” Tiryaq menekan nada suaranya.

            Tuan Megat Alam ketawa kecil.

            “Ada ada seseorang yang kau sayang bersama ayah kini.”

            Tiryaq sudah mengagak maksud Tuan Megat Alam itu. Pastinya Putri Tasnim berada di dalam genggaman lelaki itu.

            “Jangan berani kau sentuh dia.”

            “Ayah sedikit pun tidak sentuh isteri kau. Dia baik-baik sahaja di sini bersama ayah.” Tuan Megat Alam mengerling ke arah Putri Tasnim yang sedang duduk bersimpuh di atas sofa itu. Wajah Putri Tasnim keruh sekali.

            “Aku tidak akan mebuat sebarang perjanjian dengan kau. Ingat! Aku tidak akan lepaskan kau jika berlaku apa-apa pada dia!”

            Tiryaq seakan tahu apa yang dia rancangkan. Tiryaq seperti harimau liar yang sememangkan sukar untuk dijinakkan. Amat jika tidak pandai menggunakan umpan yang mampu menundukkannya.

            “Kalau begitu apa kata kau jemput dia di sini. Kau tahukan di mana vila ayah.” Tuan Megat Alam meletakkan ganggang telefon.

            Tiryaq tidak mahu berlengah lagi. Nombor telefon Apple ditekan. Dia akan meminta Apple menjelaskan bil hospital. Dia terus meluru keluar sebaik meninggalkan pesanannya kepada Apple.

            Kereta BMW itu sudah sedia menanti di luar hospital berkenaan. Tiryaq melangkah masuk. Veelu mengukir senyuman. Begitu lama dia tidak melihat Tuan Pengarahnya itu.

            “Tuan Pengarah mahu ke mana?”

            “Vila Tuan Megat Alam.” Balas Tiryaq. Dia menghalakan pandangan mata ke luar.

            Vila Tuan Megat Alam? Untuk apa Tuan Pengarahnya mahu ke sana. Bukan Tuan Pengarah tidak tahu yang Tuan Megat Alam itu merbahaya orangnya. Apa pun Veelu akan sentiasa melindungi Tuan Pengarahnya.

            Tuan Megat Alam seakan sudah tahu kedatangan Tiryaq. Dia menyambut Tiryaq sendiri di depan pintu vilanya. Manakala Veelu di tahan dari luar. Tiryaq memberikan isyarat kepada Veelu agar pengawalnya itu tidak perlu risaukan keselamatan dia. Dia menyuruh Veelu beredar. Veelu mengikut kemahuan Tiryaq.

            Tuan Megat Alam merenung wajah Tiryaq tajam. Kepala Tiryaq masih kemas berbalut. Tiryaq langsung tidak mahu memandang wajah Tuan Megat Alam.

            “Di mana kau sorokkan dia?”

            “Sabar…apa kata temankan ayah minum dulu.” Tuan Megat Alam mengajak Tiryaq ke ruang tamu.

            Tiryaq menurut tanpa banyak soal. Mereka duduk di ruang tamu. Tuan Megat Alam mengarahkan pembantu rumahnya menyediakan minuman untuk dia dan anaknya Tiryaq.

            “Macam mana kecederaan kau?”

            “Erm…sudah semakin pulih.”

            Beberapa minit kemudian pembantu rumah Tuan Megat Alam menghidangkan dua cawan kopi di atas meja.

            “Ayah tidak faham macam mana kau boleh jatuh hati pada perempuan seperti Putri Tasnim itu?” Tiryaq ada rupa yang tampan namun perempuan biasa-biasa itu yang menjadi pilihan hati Tiryaq.

            “Itu bukan urusan kau. Dan jangan cuba berlagak sebagai seorang ayah dengan aku. Aku tiada masa mahu bermain dengan kau. Mana Putri Tasnim!” Tiryaq tidak akan membuang masa di sini dengan lebih lama.

            “Kau begitu sayangkan dia?”

            Tiryaq menghentakkan tangannya di atas meja sehingga bergegar kedua cawan kopi berkenaan. Air kopi turut mengalir dari cawan itu.

            Tuan Megat Alam tersenyum. Dia mencapai cawan kopi berkenaan dan menghirupnya perlahan. Matanya masih tertumpu pada wajah Tiryaq yang sedang amarah. Saling tidak tumpah dengan wajahnya ketika muda dulu.

            “Ita…kau panggilkan Zek ke mari. Suruh dia bawa perempuan itu keluar.”

            Pembantu rumah yang dipanggil Ita itu menganggukkan kepalanya. Dia bergegas naik ke tingkat atas.

            Seorang lelaki dan pembantu rumah bernama Ita itu mengiringi Putri Tasnim. Tiryaq bingkas bangun dari tempat duduk. Dia tidak menghiraukan Tuan Megat Alam. Tiryaq mendapatkan Putri Tasnim. Dia memeriksa keadaan isterinya itu. Tiryaq menarik nafas lega. Tiada seberang kecederaan pada Putri Tasnim.

“I tiada apa-apa.” Desis Putri Tasnim. Janganlah ambil kesempatan pulak.

Tiryaq tidak membalas kata-kata Putri Tasnim. Lantas tubuh Putri Tasnim dipeluk erat tanpa rasa segan silu. Terkedu Putri Tasnim. Mukanya merona merah. Tiryaq ini sengaja buat dia malulah.

“Macam mana awak boleh kena kidnap dengan penyangak ni?” Tiryaq membuka mulut. Dia meleraikan pelukannya.

Putri Tasnim merengus kecil.

“Manalah I tahu. Mamat busuk ini yang pukul you kan? Dia heret I sampai ke sini. You ada hutang apa-apa dengan mereka? Kalau berhutang jangan pula melibatkan I. I takkan bantu bayar hutang you!” Putri Tasnim mula membebel entah apa-apa. Tidak tahu pangkal pokok cerita terus menembak.

“Saya cium pulak nanti mulut awak tu. Cuba bertenang dulu.” Ujar Tiryaq lembut.

Putri Tasnim buat muka. Tiryaq ni mahu ambil kesempatan pada dia lagi.

“I nak balik. I nak mandi. Rasa melekit dah. Lagi pun I kena hilangkan tempias bau busuk yang kena pada badan I ini.” Mulut Putri Tasnim masih tidak tahu diam.

“Saya memang mahu bawa awak balik rumah pun.” Tiryaq mendukung tubuh Putri Tasnim. Lebih baik dia angkut isterinya itu terus keluar dari vila ini. Terjerit-jerit Putri Tasnim. Melampau punya lelaki!

“Tuan Megat….” Lelaki Zek ingin menahan tetapi…

“Biarkan mereka.”

Langkah Zek terhenti. Mengapa Tuan Megat Alam membiarkan pasangan itu beredar dari vila ini? Tuan Megat Alam menghirup sisa kopinya. Cawan kopi yang lagi satu masih tidak terusik. Dia tahu yang Tiryaq tidak beberapa sukakan minuman berkafein ini terutamanya kopi.

11 comments:

  1. apa motif tuan megat tu?

    ReplyDelete
  2. pergh..apa ek motif ayah Tiraq tu..pening nak memikirkan nya..comel pulak kan ..bila mamat poyo tu mendukung minah singa tu..macam mana ek perhubungan mrk selepas ini..

    ReplyDelete
  3. tgn penculik bau kari mamak..hahhaha..klakar btul la..smpat lagi mengomen, padahal nk kene culik tu..

    ReplyDelete
  4. haha.. klakar tul.. bile cite ni nk d buku kan erk?

    ReplyDelete
  5. hahaha lawak la putri nie... and tiryaq was so cool.. hehehe.. siap dukung sgi....

    ReplyDelete
  6. hehehe...
    berani betul putri tasnim tu...
    dalam kena culik sempat lagi dia kata bau penculik tu macam bau kari...hahaha
    apa sebenarnya motif tuan megat culik tasnim ye...
    semakin suspen pula citer ni
    thumbs up sis...

    ReplyDelete
  7. Selalu dok intai sambungan QC ni.. :-)

    Tak sukerlah Tuan Megat ni... jahat.. suka sbb Tiryaq dah boleh kuar hospital.. sian kat Tuan Puteri Tasnim ni bila Tiryaq sakit... suker kat diorang ni..:-)

    ReplyDelete
  8. sis....bila nak keluar novel nie?

    ReplyDelete
  9. bila nk kuar jd nvl ya.. suka sungguh kat Tiryad ni... sayang upanya kat P.Tasnim..

    ReplyDelete
  10. really nice story...rasa teruja nk tunggu khadirannya dlm btk buku..agak2 tahun ni juga ke ilya..? dibwh penerbitan syarikat mana ya..??

    ReplyDelete
  11. cerita nie bila nak kuar yerr...atau dah memang dah kuar jadi novel...!! Nanti bleh beli...tak sabar nak baca sambungan cerita nie...tak sabar nak tau apa tindakan P. Tasnim bila dia tau sapa Tiryad...!!

    ReplyDelete