SUE beranikan diri untuk melangkah. Benar….kehadirannya buat Irfan terkejut besar. Irfan sengaja memaut pinggang ramping isterinya. Dia mahu Sue rasa iri hati melihat kebahagiaan yang dia kecapi. Sue bukan tandingan isterinya. Isterinya seorang model dan jelita. Sue mencebik melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Irfan itu. Apa ingat dia kepingin sangat dengan lelaki yang sudah menjadi laki orang itu. Tolonglah…
Sue menghulurkan hadiah yang di bawa khas buat Irfan. Terkebil-kebil Irfan memandangnya dengan senyuman sinis di hujung bibir. Teman-teman Irfan turut memakukan mata kea rah Sue. Mereka sememangnya mengenali Sue, bekas kekasih Irfan yang amat bodoh sekali itu. Siapalah Sue jika mahu dibandingkan dengan isteri Irfan. Sue hanya bekerja sebagai guru tadika sahaja.
“Untuk aku ke?” soal Irfan. Tidaklah besar mana hadiah Sue. Agaknya hanya gelas minuman.
“Orang bagi dengan hati yang ikhlas.” Balas Sue.
“Thank you.” Irfan menyambut hadiah dari Sue. Dia serahkan hadiah tersebut kepada pengapit di sebelahnya.
Irfan pandang Sue atas dan bawah. Sue tampak manis dengan berbaju kebaya ungu bersulam. Tudung yang dikenakan jua mengikut warna yang sama. Cuma Ifran tidak berkenan dengan sikap Sue yang agak kolot. Pegang tangan sikit pun tidak boleh. Apatah lagi mahu mencium pipinya.
“Hi Sue! Lama tak berjumpa dengan you.” Salah seorang teman Irfan tampil ke hadapan. Sue kenal dengan lelaki yang agak rendah darinya itu. Tidak padan dengan pendek berlagak!
“Hi, Adiputra. Lama tak berjumpa. Kau masih tetap tidak membesar ya.” Sue menyapa lembut. Bibirnya masih mengulumkan senyuman manis.
“I ni walaupun pendek masih ramai perempuan yang mengerumuni I tahu. Entah-entah you pun ada hati pada I.” Ala Adiputra ni main angkat-angkat kening pula dia. Dia fikir dia maco macam Tom Cruise ke? Tom Cruise tu walau agak rendah dari isteri dia Katie Holmes tu tapi dia ada rupa paras tau.
Kau tu dikerumuni perempuan sebab kocek kau penuh dengan duit. Cuba kalau tiada duit? Ada ke perempuan yang nak? Tiada bukan. Sekarang ini ramai orang yang pandang pada duit. Kata orang putihnya pula ‘no money, no talk’.
“Sue…kau mesti meraung-raung tengok aku sudah berkahwin.” Irfan mencelah. Dia amat yakin yang Sue masih mencintai dia.
Sue ketawa kecil.
“Tolonglah….Kau ingat aku akan melalak fasal kau. Aku pun sudah ada pengganti kau tahu. Lagi bagus dari kau yang gatal tu.” Getus Sue.
“Iyalah tu.” Irfan tidak percaya. Sue bukan jenis gadis yang mudah jatuh cinta. Gadis itu gadis yang keras kepala. Bukan takat keras kepala, Sue juga keras hati.
“Betullah! Orang datang dialah.” Sue muncungkan bibir pada lelaki yang sedang duduk masih menghadap juadah depan matanya itu.
Irfan memakukan matanya pada lelaki terbabit. Ala kurang jelaslah.
“Kau tak mahu kenalkan dia pada aku?”
Alamak! Nak berkenalanlah pulak. Rungut Sue di dalam hati. Apa boleh buat Sue…Terlanjak kata sudah tidak boleh diundur!
“Baiklah….” Sue menapak menuju ke arah lelaki itu. Langkah Sue menjadi perhatian Irfan dan teman-temannya.
“Macam mana you boleh sukakan perempuan seperti itu jadi kekasih you dulu.” Isteri Irfan membuka mulut apabila Sue sudah jauh dari mereka.
Irfan tersenyum. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh sukakan gadis berfikiran agak kolot seperti Sue. Sue pula jarang meluangkan masa bersamanya. Sibuk saja dnegan kerjanya di tadika. Entah berapa sen sangat yang Sue dapat bekerja di situ. Gajinya pun tidak sampai 1K.
“Assalamualaikum…” Sue menegur lelaki tadi lembut.
“Waalaikumusalam.” Lelaki itu mengangkatkan kepala. Tersembur nasi dari mulutnya sebaik melihat wajah Sue yang terukir dengan senyuman yang memng tidak ikhlas itu.
Sue pantas menghulurkan air kepadanya. Merah padam muka lelaki itu menahan kepedasa sambal belacan yang disuapkan bersama ulam.
“Awak nak apa?” soal dengan wajah berkerut-kerut.
“Saya nak pinjam awak sekejap.”
“Pinjam? Awak dah gila agaknya.” Rengus lelaki itu.
“Kalau saya gila, saya duduk di hospital Tampoi. Saya tak main-main!”
“Apa awak ingat saya ni barang yang boleh dipinjam-pinjam.” Lelaki itu menjegilkan biji matanya.
Tak Gerun pun.
“Sekejap sajalah.” Entah dari mana keberanian Sue datang dia menarik lengan baju lelaki itu. Topi yang berada di atas kepala jatuh ke tanah. Wajahnya jelas di mata Sue.
Terkocoh-kocoh lelaki itu mengikut rentak langkah Sue. Memang sah gadis ini sudah tidak betul. Main suka hati dia tarik orang tidak tentu pasal. Lelaki itu mengomel sendirian. Butiran katanya tidak begitu jelas di gegendang telinga Sue. Suasana bising di majlis perkahwinan itu membingitkan. Sedar-sedar mereka sudah berada di kelompok kumpulan Irfan. Irfan hampir tertonjol biji mta melihat lelaki di sebelah Sue itu.
“KENALKAN ini kekasih baru saya. Nama dia…” Sue garu kepala. Azrai ternganga. Sesedap hati perempuan seorang ini kata dia kekasihnya. Apa ke halnya ini!
Alamak! Lupa pula dia mahu tanya nama mamat seorang ini. Sue berbisik pada cuping telinga Azrai. Gelagatnya membuatkan Irfan dan yang lain kerut dahi. Masakan nama kekasih sendiri pun tidak ingat.
“Wei! Apa nama awak?”
“Awak nak nama panjang atau nama pendek.”
“Bagi sahaja nama glamer awak.” Rengus Sue.
“Azrai.” Balasnya ringkas.
“Hah! Nama dia Azrai.” Sue tersengih. Terkedip-kedip mata Sue.
Irfan ketawa. Betul ke mamat maco ini kekasih baru Sue? Dia susah mahu percaya. Dia tengok mereka berdua pun lain macam sahaja. Sue memang tampak tenang tetapi lelaki bernama Azrai ini poyo habis.
“Kau jangan kelentong akulah Sue. Kau sendiri kata aku ini kekasih awal dan akhir kau.”
Itu dulu! Masa aku gilakan kau! Aku bunuh pula karang Irfan ni. Sue mengetap bibir.
“Sue…kalau kau nak, aku boleh jadikan kau bini nombor dua aku.” Sambung Irfan. Dia ketawa terbahak-bahak. Tidak senonoh punya pengantin.
Sue tidak boleh menahan sabar. Aku carit-carit mulut tidak berinsurans Irfan itu. Apa dia ingat aku masih kemarukkan dia. Aku punya harga diri tahu!
Azrai mengerling Sue dengan ekor matanya. Jelas wajah Sue sudah merah menahan rasa marah di hati.
“Dia tidak akan jadi bini nombor dua kau.” AZrai bersuara. Dia kena membantu Sue. Tida dia duga pula majlis perkahwinan yang dia hadiri ini adalah majlis bekas kekasih gadis ini. Dan lelaki bernama Irfan ini adalah teman sekerja kepada sepupunya pula. Dia pula hadir sebagai ganti sepupunya yang tidak dapat kerana bekerja ke luar daerah.
Sue tersentak. Ala…terima kasih banyak-banyak kepada Azrai kerana sudi berada di sebelah pihaknya. Tidaklah sia-sia dia mempergunakan lelaki itu. Kekasih pinjam sekejap.
“Aku berani jamin yang kau dengan dia tidak bertahan lama. Gadis macam Sue ni jdenis spesis yang lelaki suka tolak tepi. Kolot!” Bukan main lagi Irfan merendahkan Sue.
Perkataan kolot itu asyik ditujukan kepada Sue sahaja. Peduli apa yang dia kolot. Dia bukan jenis gadis yang suka berkeliaran. Dia amat pantang sekali dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan.
“Tapi aku suka gadis spesis macam dia. Bukan sisa jantan lain. Aku suka awek yang bersih. Macam kata iklan tu clean and clear.” Pedas sekali sindiran dari Azrai itu.
Terkedu lidah Irfan. Sue memang suka dengan ayat dari Azrai itu. Pandai Azrai buat dialog ya. Tidak perlu baca skrip. Boleh jadi pelakon tambahan ni. Rupa pun memang hensem. Dia suka tahi lalat kecil di atas bibir Azrai. Bibir pun merah tanda lelaki tidak merokok.
“Irfan…” Sue bersuara cukup lemah lembut. “Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia hingga ke anak cucu dan cicit.” Ucap Sue seikhlasnya.
“Terima kasih.”
“Aku juga nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat kau. Eloklah berkahwin agar tidak melakukan benda-benda yang tidak senonoh.” Azrai melakarkan senyuman sinis di hujung bibir.
Boleh tahan juga mulut lelaki ini. Lancang sekali bila dia sudah berbicara. ‘Sound direct’gitu. Sue jalan beriringan dengan Azrai. Hatinya merasa lega yang amat. Dia benar-benar sudah boleh tidur lena malam ini. Nyata dia sudah boleh melupakan lelaki yang berhidung belang itu. Tiada makna dia mahu melalak lama-lama fasal putus cinta.
“Terima kasih sebab sudi membantu saya.”
“Sama-sama.” Azrai tidak menoleh. Dia laju jalan ke hadapan manakala Sue mengejar dari belakang.
Mereka sama-sama menuju ke arah jalan raya. Arah tujuan mencari perhentian bas atau
teksi. Kedua-duanya tidak betah untuk duduk lama di majlis perkahwinan itu. Selera Azrai pun sudah mati. Lebih baik balik dan buat tahi mata. Badan pun sudah letih. Rasa menyesal pula datang sampai ke kedah ini. Bertemu pula dengan gadis yang tidak beberapa betul ini. Buang masa…buang tenaga…Kalau duduk di rumah boleh jua dia menghadap kerjanya yang masih terbengkalai.
Mereka membisu hingga mereka berpisah ke destinasi masing-masing. Sue berharap dia tidak bertemu lagi dengan lelaki kerek itu. Dia juga tidak berharap untuk bertemu dengan Irfan lagi. Semua lelaki menyakitkan jiwa saja!
hehehe...
ReplyDeletealah sue nasib baik dah x jadi girlfriend si irfan tu...
irfan tu perasan bajet hensem jak...
biarlah orang kata kolot yang penting dapat jaga diri...
wah cayalah azrai...ayat memang power giler..."clean and clear"...hahaha
hehe.. suka lah kat azrai tu..
ReplyDeletehhehe., bgus3
pasangan pengantin senget....
ReplyDeletesuka sngt nak menghina org..
nasib mulut azrai takda insurance...
apa lagi terkedu lah.....
cik writer.... saya nak pergi jauh lagi...hehehe.. tunggu next n3... :)
Tq dear atas komen2 yg diberikan pada cik writer ni :)
ReplyDeleteterbaik lah Azrai..
ReplyDeletesuke3..
x sabar tggu next n3..
Bravo Azrai :)
ReplyDeletecik writer!!!!.. lamanya tak update citer ni... :(
ReplyDeletesalam , bilenyew na update ?
ReplyDeletebl nk smbg lg citer ni? miss it..
ReplyDeletebla nk sambung lg
ReplyDeletebla nk sambung ????
ReplyDeleteNanti ya.. akan sisambungkan sampai habis bila dah betul2 lapang. La ni kejar manuskrip nak terbit dulu huhuhu
Deletekak cpat2 sambung yer..dok ulang2 baca tp still blh enjoi!!
ReplyDelete