Tab Menu

Followers

Wednesday, February 15, 2012

Kisah pendek - Coke and Sundae

Kisah Azyan

NAMA dalam kad pengenalan aku Nur Azyan Binti Idris. Tarikh lahir aku 30 Mei dan tahun dirahsiakan. Hehehehe…Aku anak ketiga dari tiga adik-beradik. Kiranya aku anak bongsulah. Aku satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Orang ramai mengatakan aku gadis tomboy. Tapi sebenarnya aku bukan tomboy. Aku tidak berpakaian seperti lelaki? Aku tidak pakai cap (kecuali masa aku pergi menonton perlawanan bola antara kolej dan terpaksa bertemu janji dengan Syakir) untuk menyimpan rambut panjang aku. Erti kata lain aku memang kuat tapi tidak bermakna bila aku kuat dan kasar maka aku dalam kategori gadis tomboy. Tidak sama sekali. Habis kalau aku tomboy kenapa aku jadi budak nerd masa aku sekolah. Hehehehe…Lupa ingin memberitahu pembaca sekalian. Aku ini penggemar air coke.


            Kita behenti pasal ‘tomboy’ dan kita berbalik pasal cerita aku. Aku bukannya gadis yang lemah lembut sangat. Al-maklumlah aku sudah diajar oleh abang-abang aku menjadi lasak seperti mereka. Tapi masa kecil-kecil aku comel tahu (perasan sungguh). Khairil Azuan Bin Idris adalah nama abang aku yang sulung manakala Khairil Anuar Bin Idris adalah nama abang aku yang kedua. Nama mereka memang dekat-dekat sikit. Ada juga yang mengatakan mereka kembar. Kembar tak seiras! Hehehehe…Abang Zuan agak bangga sebab dia lebih kacak dari Abang Nuar. Abang Nuar bukan heran sangat pada paras rupa. Apa yang penting kata dia ‘hati mahu baik’. 


            Ayah aku mejar pencen. Dialah yang uruskan segala keperluan kami setelah ibu aku tiada. Ayah sangat sayangkan ibu dan sanggup menduda sampai sekarnag. Setianya ayah pada arwah ibu. Aku mahu mencari lelaki yang gagah dan setia seperti ayah. Aku tidak mahu lelaki kurus macam cicak kobeng. 


            Ops! Sebut pasal cicak kobeng dengan automatiknya aku teringat Muhammad Syakir Bin Ilyas. Budak lelaki yang anti sangat masa sekolah dulu. Dia orang pertama yang menggelarkan aku gorilla! Aku yang comel ini dikaitkan dengan gorilla. Tidak kena-mengena langsung aku dengan menatang tu! Sesuka hati Syakir letakkan gelaran pada aku. Muhammad Syakir Bin Ilyas a.k.a cicak kobeng ini penggemar aiskrim sundae


            “Yan!” Syakir memang suka tarik ekor tocang aku.


            Aku merengus kecil. Kenapalah muka ini saja yang aku jumpa kebelakangan ini. Aku nak bernafas sikit pun susah. Nasib baik aku tidak tersedak ketika sedang menghirup air coke ini. Hantu punya Syakir!


            “Boleh tak kau bagi salam kat aku dulu! Sesuka hati kau tarik tocang aku! Apa kau
Ingat tocang aku ekor kuda?” Apa lagi memang aku melentinglah jawabnya.


            Syakir macam biasa. Dia akan bagi senyuman susu cap teko dia pada aku. Manis berkrim disukai ramai! Tapi aku tak suka sebab aku tak minum susu.


            “Di sini kau melepak gorilla. Puas merata tempat aku mencari kau. Kau ponteng kelas teater ya.”


            Aku mencebik. Salahkah aku ponteng latihan tetaer Syakir? Pada pandangan aku sendiri memang perbuatan aku tidak salah. Ala bukan susah mahu cari tempat aku melepak kalau bukan di Kak Min kafe. Aku bosanlah asyik mengadap muka Syakir. Apa hal asyik muka aku kena jadi heroin dan dia jadi heronya. Aku mahu juga jadi watak nenek kebayan. Paling komen pun jadi mak tiri bawang merah. Huhuhuhu…


            “Lantak akulah. Aku suka…kalau kau tak suka kau boleh buang aku dari kelab.” Aku balas selamba.


            “Banyak cantik muka kau. Kau fikir dengan displin kau yang buruk ini aku akan buang kau dari kelab? Kau bermimpi di siang hari Cik Nur Azyan?” Syakir pandang aku tajam. Dia mahu lawan mata dengan akulah tu. Nasib baik mata dia cantik. Bulu mata dia melentik tahu. Aku tidak kisahlah sangat menatap renungan mata dia.


            “Muka aku memang cantik. Kenapa? Kau jeles!


            Syakir ketawa mengekeh depan aku. Aku mengetap bibir. 


            “Aku nak jeles dengan kau. Cikgu Ilyas naik lori, so sorrylah!”


            Main pantun dua kerat macam aku jugak. Tak boleh jadi! Anak Cikgu Ilyas ini kalau dilayan buat sakit hati aja. Aku bingkas bangun. Minuman yang masih bersisa tidak aku habiskan. Tekak aku sudah tidak berselera selepas melihat muka Syakir.


            “Aku nak baliknya.” desisku.


            “Jangan harap kau boleh lari dari latihan aku.” Syakir menarik tocang aku. 


            “Sakitlah!” jeritku kecil. Syakir memang jenis suka memaksa oranglah. Dia fikir aku ini orang suruhan dia ke? Selamba dia heret aku dengan gaya yang sungguh memalukan. Tocang rambut aku sentiasa menjadi mangsa.


            “Hari ini kau kena buat latihan tambahan dengan aku dan yang lain! Pasal kau, budak-budak lain turut terlibat.”


“KEKANDA…” ayat ini memang buat aku geli anak tekak. Rasa mahu terluah isi makanan dalam perut aku. Aku sudah bertarung habis-habisan menolak watak ini dengan Syakir. Aku tak faham betul dengan mamat seorang ini? Calon punyalah ramai di luar sana? Mengapa aku juga yang dia pilih?


            Kak Nani aku lihat hanya mampu tersenyum. Dia memang tidak dapat untuk menolong. Syakir memang sudah bertegas mahu Azyan memengang watak Bawang Merah Syakir pula dengan bangga memilih dirinya sendiri menjadi Tuan Putera. Biasalah dia tuan pengerusi mestilah tiada yang berani yang membantah. Siap yang membantah pasti ada habuan yang mereka terima. Syakir lebih kejam dari aku!


            “Saya tiada moodlah Kak Nani.” Aku hempaskan skrip itu di atas meja. Aku tidak akan masuk kelab teater ini kalau bukan kena paksa dengan cicak kobeng itu! Elok-elok aku masuk eklab catur memandai saja Syakir buangkan nama aku di kelab terbabit. Pengerusi kelab catur pulak dengar cakap si cicak kobeng itu. 


            “Arahan tuan pengerusi mana boleh kita nak membangkang. Kau pun tahu siapa tuan pengerusi kita tu, Yan.” ujar Kak Nani. “Tapi korang memang sesuai benar digandingkan bersama tau.” Sambung Kak Nani lagi. Aku menjegilkan biji mata sebesar bola mata ikan emas.


            “Tolong sikit! Saya membantah dengan keras!” Mulalah aku meninggikan nada suara aku ini. Tak hingin aku dengan si cicak kobeng itu. 


            “Yan…kau memang lembab!” Kak Nani menggelengkan kepala. 


            Lembab! Apa pasal pulak Kak Nani kata aku lembab. Otak aku sentiasa cergas dan sihat. Aku kerling Kak Nani. Ada apa-apa ke yang Kak Nani sorokkan dari aku?


            “Anak dara dua orang di sana itu? Sila behenti berborak!” sergah Syakir. Entah bila amsa dia boleh muncul dalam dewan latihan itu. Pada hal dia keluar tadi membeli makanan untuk makan tengahari kami dengan naib pengerusi kelab teater, Mat Karan.


 “Opocot! Cicak kobeng meletup!” Aku sudah melatah. Siap mengurut dada lagi. Terkejut beruk aku dengan Kak Nani. Nasib baik tidak lemah jantung. Kak Nani sampai terlepas skrip pada tangan. 


Syakir main sergah orang saja.


AKU buat muka tidak bersalah apabila aku melantak Mc Chicken kepunyaan Syakir. Bukan salah aku! Siapa suruh dia letak makanan dia dekat dengan aku. Aku main pakai tibai saja. Perut sudah lapar. Kak Nani beritahu aku Syakir allergic makan daging. Boleh percaya ke? Ada aku kisah? Pedulikan! 


            Seminggu Syakir tidak datang ke kolej gara-gara makan aku punya daging burger. Dia kena allergic teruk tau. Aku rasa bersalah tapi aku rasa ego nak minta maaf pada cicak kobeng tu. Hehehehe….
 

2 comments:

  1. hehehe...
    best betul citer ringkas coke dan sundae ni...rindu pada bab bagaimana syakir suka sangat usik azyan...
    zaman ketika coke dan sundae x sedar akan perasaan masing-masing

    ReplyDelete
  2. "NAMA dalam kad pengenalan aku Nur Azyan Bin Idris." ingatkan lelaki td...hehehe

    ReplyDelete