Tab Menu

Followers

Saturday, February 11, 2012

Tuan Dan Puan - Bab 3

TUAN Aakif termenung menongkat dagu memikirkan masalah yang berselirat dalam kepala. Kerja-kerja yang berlonggok di atas meja tanpa disentuh. Lukisan-lukisan projek juga hanya diusik sedikit. Hatinya masih tidak tidak tenteram. masalah hendak berkahwin lagi berat dari masalah kerja. Abah sudah terang-terangan menolak calon isterinya itu. Atuk pula terpaksa berada di sebelah abah. Dua lawan satu, sah-sah undian tidak berpihak pada Tuan Aakif. Abah tidak suka pada ibu bapa Aimy jangnlah dikaitkan dengan anak gadisnya pula.

            Dia akan gila meroyan kalau Aimy berkahwin dengan Raiyan. Raiyan si kaki mengampu dan kaki bodek mama Aimy itu bukan boleh dipandang rendah. Kalau Raiyan kaki mengampu dan kaki bodek maka dia akan menjadi kaki sepak untuk mamat itu. Aimy asyik suruh dia bertenang saja. Entah apalah rancangan yang bakal dibuat oleh buah hati pengarang jangtungnya itu. Agaknya sedang ceria-ceria melayan Raiyan di ofisnya. Al-maklum yang Raiyan memang selalu membuat lawatan tidak rasmi di pejabat Datuk Sharif Dol.

            “Pakcik macam tak boleh percaya lelaki maco abad ini jatuh hati pada musuh tradisi keluarga yang muka tak berperasaan itu.” Entah bila si Amsyar ada tercongok di depan matanya. Ini mesti main terjah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Tidak moleh punya perangai bapa saudara. Bukan elok ketuk pintu dan memberikan ucapan salam dahulu.

            Tuan Aakif merengus kecil. Siapa pula yang buka cerita dia fasal dia dan Aimy pada Amsyar. Ini mesti abah yang beritahu Amsyar. Amsyar kan penasihat percuma yang abah selalu import khas untuk dia.

            “Itu bukan urusan kau.” Desis Tuan Aakif.

            “Siapa kata itu bukan urusan aku. Aku ini pakcik kau tahu. Tak baik kurang ajar pada orang yang lebih tua. Jangan upa ayat ini. Hormatilah orang tua.

            “Aku tiada pakcik yang tua dua tahun dari aku.”

            Amsyar ketawa. Dia dilahirkan oleh isteri kedua Tok Nadim. Tok Nadim berkahwin dengan ibunya atas dasar mahu membantu keluarganya yang mengalami masalah kewangan. Mulut siapa tidak mengumpat jika wanita muda seperti ibunya menikahi lelaki yang berumur lanjut macma Tok Nadim. Semua itu kuasa Tuhan. Syukur Alhamdulillah Tuan Aali menerima dia dan ibunya. Malah hubungan dia dan Tuan Aali bertambah rapat setelah ketiadaan ibunya yang meninggal dunia akibat kemalangan. Tuan Aali yang menjaganya dari kecil.

            “Kau kena mengaku yang aku ini pakcik kau, adik tiri abah kau. Bukan susah sangat pun mahu panggil aku, pakcik.” Amsyar mengenyitkan sebelah matanya.

            “Tak mahu.” Tuan Aakif menggelengkan kepalanya. Dulu dia ingat Amsyar itu abangnya. Malah dia asyik memanggil Amsyar abang ketika di sekolah rendah. Amsyar pula mengiakan. Kalau Tipah yang tertipu itu dia tidak hairanlah sangat. Ini dia yang tertipu.

            “Ayah dan anak sama-sama degil dan keras kepala.”

Tuan Aakif sama degil dengan abahnya. Dia pun tidak begitu ambil kisah jika anak saudaranya itu mahu berkahwin dengan Aimy. Cerita lama tidak perlu dikenangkan lagi. Masing-masing sudah tua dan punya kehidupan sendiri. Jangan pulak jadi seperti kisah Laila dan Qais. Merana badan.

“Kalau kau pun begini keras kepala macam mana pakcik nak bantu kau berkahwin dengan Aimy.” Amsyar sudah duduk bersilang kaki.

“Boleh ulang sekali lagi?” Tuan Aakif rasanya tidak salah dengar tadi.

“Ini mesti sudah berbulan-bulan tidak korek telinga. Pakcik cakap punya kuat pun kau masih tak boleh dengar.”

“Aku kurang jelas. Ulang sajalah balik. Banyak songeh betul kau ni.” Tuan Aakif mencebik.

“Pakcik cakap pakcik nak bantu kau berkahwin dengan Aimy.” Ulang Amsyar sekali lagi.

“Betul ke?” Wajah murung Tuan Aakif terus berubah. Dia tahu kalau Amsyar yang memujuk abah pasti berjaya.

“Tapi ada syaratnya..”

Ini yang tak syok mahu mendengarnya. Ada saja syarat mahu dikenakan macam cerita dalam novel yang dia baca. Kalau tiada syarat tak bolehkah?

“Apa main-main syarat ni. Dalam cerita Tuan Aakif tiada kahwin kontrak atau kahwin paksa tahu.” Tuan Aakif merenung tajam ke dalam anak mata Amsyar.

Amsyar tersengih. Baru mahu buat syarat sedikit sudah bising.

“Jangan risau. Syarat pakcik kecil saja.”

Karang kalau tak menolong alamak meroyanlah jawabnya anak Tuan Aali ini pada anak gadis Datin Amalia itu. Mak datin seorang itu pun satu. Apa salahnya restu sahaja hubungan Tuan Aakif dan Aimy itu. Kalau hendak dikatakan macam filem dua darjat Tuan Aakif pun ada banyak harta. Bukannya Tuan Aakif kerja sebagai penarik beca.

Dari segi penampilan Tuan Aakif memang sentiasa bergaya. Tuan Aakif bukan jenis lelaki busuk. Rasanya jika berada di dalam bilik air sampai satu jam dia mandi. Kalau mahu menunggu Tuan Aakif mandi mahunya sampai tertidur. Amsyar sudah merasa ketika duduk sebilik dengan Tuan Aakif di hotel. Dia tidak tahu apa yang anak saudaranya itu buat di dalam bilik air terlalu lama mengalahkan orang perempuan.

“Ada surat perjanjian tak?”

“Tiada.”

“Apa syaratnya tu?”

Just call me Uncle Amsyar…” Amsyar mengangkatkan sebelah keningnya. Bibirnya mengulum senyuman cukup manis sekali.

Tidak sudah-sudah mahu dia panggil pakcik. Itu yang payah sangat buat Tuan Aakif. Dia pandang Amsyar atas dan bawah. Tuan Aakif meraup rambutnya. Benda yang kecil macam itu pun rasa berat baginya.

“Pak…pak..pakcik Am…Pakcik…Amsyar…” Terbelit-belit lidah Tuan Aakif mahu menyebutnya.

“Biasakan…Ingat Aakif, hanya pakcik yang boleh memujuk abah kau.” Amsyar mengoyangkan jari telunjuk. Amsyar ketawa. Muka Tuan Aakif merah menahan marah. Bukan main sukanya Amsyar ya.

USAI menunaikan solat, Aimy menghadap mamanya, Datin Amalia. Mamanya kata ada perkara perlu dibincangkan. Ada kaitan dengan masa depan dia. Aimy boleh agak yang mama mahu membincangkan soal dia dengan Raiyan. Dia tidak sukalah dengan kaki bodek itu. Apa ingat dengan berikan ‘rasuah’ pada mama, dia akan mengahwini Raiyan. Dia bukan ada hati dengan Raiyan. Zaman sekarang bukan lagi ibu bapa yang menentukan jodoh anak. Aimy sudah menetap calon menantu untuk mama. Tiada orang lain selain Tuan Aakif Bin Tuan Aali.

            Aimy sudah bersiap sedia untuk menangani mamanya. Mama pasti akan bersetuju dengan permintaan dia kali ini. Dia tidak akan berkahwin dengan Tuan Aakif tanpa restu dari mama dan papa. Papa memang tiada masalah dengan pilihan dia tetapi dia harus menangani mama yang keras hati itu. Manakala neneknya pula tiada bantahan yang diutarakan. Agaknya nenek juga mahu menyatukan keluarga yang sudah bertahun-tahun bermusuhan ala Romeo dan Juliet ini.

            Wajah serius mama tidak menggetarkan hati Aimy. Aimy duduk bertentangan mata dengan mamanya di ruang tamu itu. Raiyan juga ada bersama. Raiyan tersengih-sengih macam kerang busuk apabila melihatnya. Aimy tak suka kaki bodek yang seorang ini. Harap muka saja ada rupa tapi jahat! Geram tahu.

            “Duduk sini sayang.” Datin Amalia menarik lembut tangan Aimy.

            Aimy mengikut sahaja.

        Datuk Sharif Dol menjeling isterinya. Faham benar dia dengan isteri kesayangannya itu yang mahu Aimy berkahwin dengan Raiyan. Pujian untuk Raiyan memang melambung tinggi. Raiyan itu…Raiyan ini…Suaminya ini langsung tidak di puji melangit. Dia hanya tahu kompelin perut Datuk Sharif Dol ini sudah semakin boroi. Ada ke patut? Tak patut….

            Raiyan sudah malu-malu kucing merenung wajah ayu Aimy.  Aimy buat wajah bersahaja. Loya anak tekak melihat lagak mengelitis Raiyan itu. Macam cacing kepanasan.

            “Malu-malu pulak Raiyan ni dengan Aimy. Macam tak biasa pula.” Ujar Datin Amalia lembut.

            “Macam sotong pun ada.” Celah Aimy.

            “Aimy….” Datin Amalia menjeling anak gadisnya tajam.

          “Aimy hanya bergurau sahaja tu auntie.” Raiyan mengenyitkan matanya ke arah Aimy. Aimy tidak layan.

       “Muka saya ada nampak macam orang bergurau ke?” soal Aimy. Lengannya dicubit oleh Datin Amalia.

            Raiyan menelan air liur. Aimy tampak macam tidak sukakan dia. Dia tengok dari sinar mata Aimy pun dia tahu. Aimy sukakan orang lain. Siapa lagi kalau bukan mamat hidung tinggi itu. Tuan Aakif! Kacau daun betullah Tuan Aakif tu. Sibuk mengacau buah hati orang!

            “Raiyan jangan ambil hati ya. Aimy ni memang tak pandai bergurau.” Datin Amalia ketawa kecil.

            “Papa tengok pun memang macam sotong.” Sampuk Datuk Sharif Dol. Jelingan isterinya dia buat tidak peduli. Silakan jika isterinya itu mahu merajuk. Dia tidak kisah tidur atas sofa. Dia takut isterinya itu yang mengilai tiada teman di sebelah malam nanti.

            Aimy tersenyum. Papa tentu sahaja akan berada di sebelahnya.

            “Aimy tetap nak kahwin dengan Tuan Aakif.”

          Kata-kata Aimy yang cukup lancar itu mengejutkan Datin Amalia dan Raiyan serentak. Sesak nafas Datin Amalia dibuatnya. Aimy masih berkeras mahu berkahwin dengan anak si botak itu. Oh, Tidak! Oksigen…oksigen…

            Raiyan pula terasa seperti ditikam dengan lembing. Kejam sekali bicara dari gadis pujaan hatinya itu.

            “Aimy….” Datin Amalia sudah membeliakkan biji mata sebesar biji guli.

            “Papa akan menyokong Aimy kan…” Aimy memandang papanya.

            “Papa berikan restu papa untuk Aimy sebab papa yang akan jadi walinya nanti bukan mama kamu.

       “Abang!” Suara Datin Amalia bagaikan halilintar. Anak dengan bapa sama-sama bersubahat.

            “Mama mahu Aimy kahwin lari dengan Tuan Aakif ke?”

            “Jangan ugut mama!”

            “Aimy serius mama! Mungkin mama tidak kisah dengan reputasi mama agaknya.” Aimy masih tenang mengungkapkan butir katanya.

            Datin Amalia terkedu.

         Raiyan sudah tidak sedap hati. Ada aura-aura macam dia tidak dapat memiliki hati Aimy saja. Tengok wajah keruh Datin Amalia pun dia dah boleh agak. Huhuhuhu…mengapa Aimy….mengapa sayang mesti pilih Tuan Aakif? Raiyan meraung dalam hati. Aimy tak nak kahwin dengan aku!

            “Mama tak suka Tuan Aakif.”

          “Masalahnya sayang, anak kita sukakan Tuan Aakif. Awak mahu anak kita kahwin lari ke Golok? Atau awak suka tengok anak kita menderita. Orang kalau sedang sakit bercinta ini macam-macam dia akan buat.” Datuk Sharif Dol memaut bahu isterinya.

            Datin Amalia merengus kecil. Handal betul Tuan Aakif anak kepada Tuan Aali mempengaruhi fikiran anaknya. Hebat betul penangan cinta Tuan Aakif. Aimy pun satu, boleh pula dia terpedaya dengan cinta Tuan Aakif. Kalau Tuan Aakif ada depan mata dia memang dia racun lelaki itu dengan racun serangga.

            “Auntie…” Raiyan tidak berpuas hati. Dia tidak mungkin mengaku kalah begini.

          “Raiyan…auntie sedang berserabut ni,” Datin Amalia tidak senang duduk.

       Aimy masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Riak wajah tidak berperasaan Aimy makin buat Datin Amalia susah hati. Dia sukar untuk membaca apa yang difikirkan oleh Aimy
.
        Apa keputusan yang harus Datin Amalia buat. Reputasi dia akan jatuh kalau benar Aimy berkahwin dengan Tuan Aakif di Golok. Sah-sah akan menjadi  liputan ahli mesyuarat tingkap. Datin Amalia harus bertemu dua mata dengan keluarga Tuan Aakif.

            “Apa kata mama fikirkan dulu.”

            “Aimy tahukan yang mama tak sukakan Tuan Aakif.”

            “Mama boleh belajar sukakan dia.”

            “Aimy tekad nak berkahwin dengan Tuan Aakif.”

            “Ya mama.”

            Datin Amalia menghela nafas kecil. 

4 comments:

  1. hehehe...
    best juga tu kawin lari...
    alah aakif panggil je amsyar tu uncle mana tau dengan pujuk rayu dapat ayah aakif akan setuju....

    ReplyDelete
  2. saya lg ske kalau tuam aakif 2 kawen ngn aimy drpd raiyan 2.....

    ReplyDelete
  3. Raiyan kaki bodek...xde hrpn la tu..haha.
    Vote 4 aakif..:)

    ReplyDelete
  4. best nye akak..:)
    waiting 4 the next entry...

    ReplyDelete