Tab Menu

Followers

Sunday, June 17, 2012

Lebuhraya Utara-Selatan - Bab 2


“OKAY…sudah beres.” Tayar kereta yang pancit sudah diganti.  Lelaki itu meraup rambutnya yang sudah basah itu ke belakang.

            Syikin menurut arahan yang lelaki itu berikan. Alhamdulillah…lelaki itu bukan orang jahat-jahat. Dia seorang mekanik yang secara kebetulan jua seiring dan sejalan dengan Syikin. Muka ada nampak macam samseng sikit tetapi punya hati yang baik sekali.

            Ada juga mekanik yang begini hensem orangnya ya. Betul kata mama, lelaki melayu pun ada pakej. Syikin tersenyum sendiri. Timbul simbol ‘love’ dalam anak mata Syikin. Waduh-waduh kok macam sudah jatuh cinta pandang pertama.

            “Terima kasih sebab tolong saya.” Kepala Syikin menunduk sedikit. Malu-malu kucing. Dia sudah tidak kisah basah ditimpa hujan.

            “Manusia kena menolong sesama manusia. Tapi cik kena berhati-hati juga kerana ada juga manusia yang menolong dengan niat tidak baik.” Siap bagi nasihat percuma lagi.

            Syikin mencebik.

            “Boleh berkenalan? Nama saya Saidatul Syikin.” Masakan Syikin tidak mengambil kesempatan yang ada.

            Lelaki itu mengangkatkan keningnya sebelah. Riak muka macam tidak berminat saja. Namun dia menyerahkan satu kad nama kepada Syikin.

            “Kalau kereta cik ada problem kelak boleh hantar ke bengkel dalam kad ni. Satu lagi nasihat saya. Jangan sesuka hati berkenalan dengan lelaki yang tidak dikenali.” Lelaki itu mencapai topi keledarnya.

            “Jual mahal pulak.” Desis Syikin dalam hati. Lelaki itu sudah bertenggek dia motorsikal Kawasaki Ninjanya. Wow! Kelas gitu. Maco…

            Berderum bunyi motorsikalnya setelah dihidupkan. Motorsikalnya meluncur laju meninggalkan Syikin sebaik kereta Syikin bergerak semula di atas jalan raya.

            Syikin hanya mampu memandang motorsikal berkuasa tinggi itu melintasinya. Kalau mekanik hensem itu ke majlis perkahwinan anak Mak Ngah kan bagus. Mana tahu kali ini dia beritahu namanya. Mata keranjang ya kau Syikin. Buah hati kau anak kacukan tu kau mahu letak mana.

            Syikin mengetuk kepala sendiri. Dia terlupa pada buah hati pengarang jantungnya Evan. Evan yang dia kenali masa belajar di overseas dulu. Jejaka kacak kacukan Inggeris- Indonesia itu. Pilihan hatinya itu mama bukannya berkenan sangat. Kalau boleh mama mahu dia cari lelaki melayu. Masa itu dia memang tak pandang lelaki melayu ni. Tunjuk keras

kepala pada mama dengan pemberontak kecil. Mama terima juga pilihan hati dia.

            Sekarang kes sudah jadi lain. Syikin sudah terpukau dengan mekanik hensem tadi. Saidatul Syikin kau sengaja bikin masalahkan…

“INGATKAN Syikin sudah tak sudi datang ke teratak buruk Mak Lang.” Baru pijak anak tang sudah kena sembur dengan Mak Lang.

            Eeiii… Mak Lang ni bikin panas hatilah.

            “Syikin terpaksa tahu.”

            “Aik! Nak datang ke teratak buruk Mak Lang pun sampai kena paksa. Tak ikhlas namanya tu. Inilah bebudak sekarang.” Mula dah Mak Lang membebel.

            “Mak Lang patutnya bersyukur tau sebab Syikin datang jugak ke teratak buruk Mak Lang ni. Syikin sanggup merempuh pelbagai dugaan yang melanda tahu.” Macam biasa Syikin akan membidas kata-kata Mak Lang.

            “Dugaan apa yang Syikin tempuh kat lebuhraya tu?”

            “Kalau cerita pada Mak Lang pun tiada faedahnya.” Syikin mencebik. “Mak Lang h sudah sediakan bilik untuk Syikin nak tidur malam ni. Syikin penatlah nak berehat.” Syikin sudah menguap panjang.

            “Bagusnya perangai anak dara seorang ni. Orang lain sedang sibuk dengan persiapan dia mahu tahi mata pulak. Banyak cantik!” Mak Lang sudah menjanajan kuasa vetonya. Ingat Syikin akan takut. Tolonglah…

            Syikin selamba saja melepasi halangan Mak Lang. Mak Lang cekak pinggang. Anak dara sunti adiknya ini memang tidak beradab sopan langsung. Ini ke sikap graduan dari overseas. Entah apa yang Syikin ambil ilmu di sana.

            Budak manja macam Syikin ni memang susah mahu ditegur. Nasib baik tak jadi calon menantu dia. Kalau tidak mahu meraung tiga hari tiga malam.

            “Mak…Syikin dah sampai ke?” Zayed anak bongsu Mak Lang bertanya sebaik muncul di muka pintu. Dia nampak kereta Myvi milik Syima di halaman. Setahu dia memang Syikin yang akan datang sebagai wakil Mak Usu.

            “Dah.” Jawab Mak Lang sepatah.

            “Mana dia?”

            “Dia sudah jadi ular sawa melingkar dalam bilik. Kau jangan nak berangan jadikan Syikin menantu mak pulak ya. PEMALAS!” Mal Lang memberikan amaran pada anak bongsu bujang itu. Zayed dilihat macam ada hati dengan Syikin.

            “Mak ni…”

            “Kau ingat m,ak tak boleh teropong hati kau. Jangan sesekali ada niat di hati okay.”

Mak Lang berlalu. Dia masih banyak kerja yang perlu dibereskan dari bercakap pasal budak Syikin itu.

            Zayed menjongket bahu. Emaknya itu bukan mahu mengenali Syikin dengan lebih rapat. Syikin memang jenis gadis moden yang suka berlipur lara, happy go lucky tapi Syikin baik sebenarnya.

            Syikin menarik nafas lega sebaik menghempaskan diri atas tilam yang empuk itu. Hilang sengal-sengal pada tulang yang penat memandu. Terbayang wajah mekanik hensem itu semula. Ini yang buat Syikin angau dan tersenyum sendiri. Tahap kehenseman mekanik tu memanglah tidak dapat menjangkau Evan lagi tapi entahlah Syikin suka dengan mata redup miliknya yang menawan itu. Syikin mahu tahu sangat nama yang empunya diri. Otak ni tak habis-habis memikirkan nama dia.

            Deringan lagu Alyah – Kata Hati mengacau ilusi Syikin. Siapa pula yang kacau daun?  Syikin meraba mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Alamak! Evan yang menelefon. Sepatutnya Syikin telefon Evan sebaik sampai ke kampung Mak Lang. Tapi dia sengaja buat-buat lupa.

            “Helo…” Malas-malas Syikin menjawab.

            “Helo sayang. Syikin you di mana sayang?”

            “I baru sampai di rumah Mak Lang I.”

            “Why you tak call I yang you sudah sampai?” Bunyi nada suara Evan seakan merajuk.       “Evan…I penatlah…” Rengek Syikin. Alasan yang munasabah.

            “Okay-okay. You patut rehatkan. Sorry I kacau you.”

            “Pandai pun you.”

            “Janji dengan I you tak main mata dengan cowok lain?”

            “Evan…you tahu kan yang I jenis tak suka berjanji. You jangan risaulah. Hati I ada nama you lagi.”

            “Syikin…aku cinta bangat sama kamu okay. Tak boleh kehilangan kamu.” Evan sudah bicara dengan loghat Indonesianya.

            Syikin garu kepala. Dia tidak berapa suka bila Evan bercakap dengan loghat dari ibundanya itu.

            “Iya…I tahu.”

            “Kapan you akan pulang ke Kuala Lumpur?”

            “Maybe lusa.”

            “Okay. You rehat baik-baik, I mahu sambung kerja I. Bye sayang.” Evan menamatkan
perbualan mereka.

            “Bye-bye.” Syikin terus memadam telefon bimbitnya. Lepas ini dia tidak perlukan gangguan dari sesiapa lagi. Dia mahu tidur dengan nyenyaknya. Syikin ambil bantal dan tekup muka. Suasana bising di rumah itu tidak akan membuatkan Syikin terjaga. Syikin tidur mati. Bom meletup pun mungkin dia tidak sedar. 

1 comment: