Joe mencoretkan penanya di atas kertas.
Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut.
Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis
segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari
oleh darah.
Fika…
Coretan
ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika
sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi
seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan
Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati
Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada
Fika. Fika tahu sndiri.
Fika…
Fika…
Joe ini lelaki pengecut. Lelaki yang tidak mampu mempertahankan Fika sedangkan
Fika tidak bersalah. Joe hanya tahu melarikan melarikan diri. Joe tahu Fika
kecewa dengan perbuatan Joe itu. Joe malu menjadi seorang lelaki. Lelaki yang
sepatutnya melindungi Fika. Joe tahu yang Joe tidak layak dimaafkan.
Joe
kembali hanya ingin melihat Fika dan anak kita. Kali ini Joe ingin pastikan
Fika dan anak kita bahagia. Joe mahu betulkan smeua kesilapan yang berlaku
meskipun sudah terlewat untuk Joe.
Fika…
Jaga
anak kita baik-baik. Jangan jadi seperti ayahnya ini. Joe sudah meletakkan nama
Jaslee sebagai pewaris Joe. Segala-galanya telah tersedia buat Fika dan Jaslee.
Terimalah pemberian dari Joe ini ya Fika. Fika dan Jaslee memang berhak.
Fika…
Joe sudah tidak mampu menitipkan lagi
coretannya buat Fika. Tanggannya menggeletar. Coretannya masih belum tamat. Dia
masih mahu menulis lagi untuk Fika. Nafas Joe turun naik. Wajahnya yang kian
pucat menyebam pada dada meja. Pen di tangan terlepas dari pegangan lalu jatuh
ke atas lantai.
Episode 1
JOE muka memang berlagak. Tiada
perasaan. Siapa yang mahu mendekati si ego ini. Fika pun tidak ingin berkawan
dengan Joe. Dia tidak mahu menambahkan masalah dalam hidupnya. Cukuplah dia
bermasalah dengan keluarga angkatnya. Fika… tumpuan kau hanya pada pelajaran.
Jangan kau fikirkan tentang klon Jerry Yan itu. Bukannya dia ada kena-mengena
dengan kau pun.
Fika terus terus melangkah melintasi Joe
dan rakan-rakannya. Sempat juga matanya melirik ke arah Joe yang sedang sibuk
memeriksa telefon bimbitnya itu.
“Joe… hari ini aku bet kau clash dengan
Ratna.” AJ memaut leher Joe.
“Apa hal ni. Tiba-tiba nak bet aku clash dengan Ratna pula. Bila masa aku couple dengan perempuan muka tepung gomak tu.” Desis Joe.
“La… abis tu yang kau ke hulur hilir
dengan Ratna tu apa hal?” AJ kerut dahi.
“Dia yang gedik ikut aku. Tak aman betul
hidup aku. Tiada privacy.”
AJ ketawa kecil.
“Sorrylah
bro. Aku ingat kau couple dengan Ratna.”
“Orang gila pun akan reject dia. Inikan pulak aku yang waras
ini.”
“Teruk sangat ke Ratna tu?”
“Kau couplelah
dengan dia kalau kau nak tahu sangat.”
“Kau suka perempuan yang macam mana?”
Soal AJ.
“Jenis yang itu..” Jari telunjuk Joe
dihalakan pada gadis bertudung ala Hana Tajima yang sedang berbual dengan teman
sekuliahnya.
Terjegil biji mata AJ.
“Itu Fika.”
“Kau kenal dia.”
“Taklah kenal. Aku cuma tahu nama dia
sahaja. Budak kesayangan pensyarah. Budak pandai tu.”
Joe mengusap dagu.
“Ada aku kisah.”
“Muka macam kau nak mengorat dia? Aku
rasa dia takkan layan kaulah.”
AJ ketawa kecil.
“Aku maco apa?”
“Memang kau maco dan hensem tapi cuba
kau cermin muka.”
“Ada cacat cela ke dengan muka aku?”
Keruh riak muka Joe.
AJ garu kepala. Teman baiknya seorang
ini memang tidak mengerti akan maksud kata-kata dia.
“Tiada yang cacat. Cuma perempuan sewel
macam Ratna sahaja yang mengedik dengan kau yang muka macam gorilla ni. Takkan
itu pun kau tak perasan kot.” Selamba tutur kata AJ. Ala.. Joe tidak akan
mengamuk dengan dia kalau dia kutuk begitu.
Tersengih Joe.
Begitu
Berat Melangkah
Melihat
Kau Bersamanya
Adakah
Aku Yang Salah
Atau
Hanya Helah Saja
Ku Masih
Mencintai Diri Kamu
Bila Kau
Menjauh
Ku Rindu
Telefon bimbit Joe sudah berdering lagu
penyanyi kegemarannya Faizal Tahir. Panggilan dari papanya. Joe berikan isyarat
pada AJ. AJ buat muka laju beredar. Kebiasaan apabila dia menjawab panggilan
telefon dia tidak suka orang lain mendengar perbualannya.
“Assalamualaikum papa…”
“Waalaikumusalam… hujung bulan ni papa
nak Joe balik.”
“Balik.. tapi Joe ada examlah papa.”
“Joe… boleh tak jangan membantah.” Keras
kedengaran suara papa. Agaknya ada hal yang
mustahak menyuruhnya pulang.
“Baiklah papa.” Joe menarik nafas
panjang.
“Bagus. Kau heret sekali adik kau balik.”
“Papa…”
Talian telah diputuskan.
Papa mahu dia mengheret adik perempuan
dia yang berambut blonde tu balik?
Minta maaflah. Bukannya papa tidak tahu dengan sikap keras kepala Juliez anak
kesayangan papa itu. Pantang ada yang tidak kena mulalah melenting. Paling
penting dia memang tidak sebulu dengan si rambut blonde itu. Mereka bagai anjing dengan kucing apabila bertemu dua
mata.
“PSST… Joe tu..” Seorang teman sekuliah
berbisik pada Fika.
“Biarlah dia.”
“Dia tengok kaulah Fika.” Temannya itu
menyiku.
Berkerut-kerut muka Fika
“Dia ada mata, biarlah dia tengok.”
Fika segera mengambil buku-buku dan
berlalu. Tak kuasalah dia mahu melayan tentang gossip lelaki seperti Joe itu.
Ulang kaji pelajaran lebih baik.
Joe masih memerhatikan gelagat Fika
dengan ekor mata. Betul kata AJ yang gadis seorang ini lain sikit. Mungkin
tidak beberapa sesuai dengan dia.
Joe capai buku yang ingin dibaca dan
berlalu.
Fika urut leher. Lenguh asyik menghadap
buku. Sewaktu dia mengalihkan pandangan ke hadapan, anak matanya membulat besar.
Joe duduk memerhati bertentangan dengan dia. Fika mengetap bibir. Bila masa pula
mamatg muka sombong ini duduk berhadapan dengan dia. Joe selamba tersengih
panjang. Entah kenapa dia suka melihat gadis ini walau gadis ini tidak
memandang dia.
Fika bingkas bangun. Buku-bukunya
disusun dan dipegang erat. Dia segera mengalihkan pandangan mata dari Joe. Mukanya
sudah merah searakan menahan marah.
wah..besttttt..
ReplyDeleteTq dear
DeleteBEST...
ReplyDeleteTq dear ;)
Deletemenarik cerita ni kak..lebih2 lagi Jerry Yan jadi hero walaupun imaginasi semata2 kan...hehehe
ReplyDeleteJoe mati ke?huhuhu
*sweetrose*
kena tunggu sampai abis nanti ;)
DeleteBest cite ni kak..joe mati ke?sdey la plak hero mati..huhu
ReplyDeletehuhuhu.... tunggu episode lastnya ye
Deletekak ilya, joe ni mati ke last2 nnt?
ReplyDeletebest....best...
ReplyDeletesuka model tu..... Do Ming Si....meteor garden... :)
Rindu kat Jerry Yan...best kak
ReplyDeleteotw membaca kelanjutannya
ReplyDelete