Tab Menu

Followers

Thursday, September 19, 2013

Teman Pengganti - Episode 1

Joe mencoretkan penanya di atas kertas. Setitis air matanya tumpah mengenai coretan yang ditulis. Joe menekup mulut. Batuknya semakin berterusan hingga menumpahkan darah. Darah yang hampir menitis segera di tadah dengan tangan kirinya. Dia tidak mahu coretannya itu dicemari oleh darah.

Fika…

Coretan ini adalah coretan terakhir dari Joe buat Fika. Joe tidak menduga hati Fika sekeras kelikir. Joe tahu Joe telah lukakan hati Fika. Joe tidak layak menjadi seorang suami dan ayah. Joe membiarkan Fika menderita sendirian. Joe biarkan Fika terumbang-ambing. Joe tahu Fika begitu marahkan Joe tetapi di dalam hati Fika masih cintakan Joe. Buktinya? Tidak perlu rasanya Joe jelaskan kepada Fika. Fika tahu sndiri.


Fika…

Fika… Joe ini lelaki pengecut. Lelaki yang tidak mampu mempertahankan Fika sedangkan Fika tidak bersalah. Joe hanya tahu melarikan melarikan diri. Joe tahu Fika kecewa dengan perbuatan Joe itu. Joe malu menjadi seorang lelaki. Lelaki yang sepatutnya melindungi Fika. Joe tahu yang Joe tidak layak dimaafkan.

Joe kembali hanya ingin melihat Fika dan anak kita. Kali ini Joe ingin pastikan Fika dan anak kita bahagia. Joe mahu betulkan smeua kesilapan yang berlaku meskipun sudah terlewat untuk Joe.

Fika…

Jaga anak kita baik-baik. Jangan jadi seperti ayahnya ini. Joe sudah meletakkan nama Jaslee sebagai pewaris Joe. Segala-galanya telah tersedia buat Fika dan Jaslee. Terimalah pemberian dari Joe ini ya Fika. Fika dan Jaslee memang berhak.
Fika…

Joe sudah tidak mampu menitipkan lagi coretannya buat Fika. Tanggannya menggeletar. Coretannya masih belum tamat. Dia masih mahu menulis lagi untuk Fika. Nafas Joe turun naik. Wajahnya yang kian pucat menyebam pada dada meja. Pen di tangan terlepas dari pegangan lalu jatuh ke atas lantai.


Episode 1

JOE muka memang berlagak. Tiada perasaan. Siapa yang mahu mendekati si ego ini. Fika pun tidak ingin berkawan dengan Joe. Dia tidak mahu menambahkan masalah dalam hidupnya. Cukuplah dia bermasalah dengan keluarga angkatnya. Fika… tumpuan kau hanya pada pelajaran. Jangan kau fikirkan tentang klon Jerry Yan itu. Bukannya dia ada kena-mengena dengan kau pun.

Fika terus terus melangkah melintasi Joe dan rakan-rakannya. Sempat juga matanya melirik ke arah Joe yang sedang sibuk memeriksa telefon bimbitnya itu.

“Joe… hari ini aku bet kau clash dengan Ratna.” AJ memaut leher Joe.
“Apa hal ni. Tiba-tiba nak bet aku clash dengan Ratna pula. Bila masa aku couple dengan perempuan muka tepung gomak tu.” Desis Joe.
“La… abis tu yang kau ke hulur hilir dengan Ratna tu apa hal?” AJ kerut dahi.
“Dia yang gedik ikut aku. Tak aman betul hidup aku. Tiada privacy.”
AJ ketawa kecil.

Sorrylah bro. Aku ingat kau couple dengan Ratna.”
“Orang gila pun akan reject dia. Inikan pulak aku yang waras ini.”
“Teruk sangat ke Ratna tu?”
“Kau couplelah dengan dia kalau kau nak tahu sangat.”
“Kau suka perempuan yang macam mana?” Soal AJ.
“Jenis yang itu..” Jari telunjuk Joe dihalakan pada gadis bertudung ala Hana Tajima yang sedang berbual dengan teman sekuliahnya.

Terjegil biji mata AJ.
“Itu Fika.”
“Kau kenal dia.”
“Taklah kenal. Aku cuma tahu nama dia sahaja. Budak kesayangan pensyarah. Budak pandai tu.”
Joe mengusap dagu.
“Ada aku kisah.”
“Muka macam kau nak mengorat dia? Aku rasa dia takkan layan kaulah.”
AJ ketawa kecil.



“Aku maco apa?”
“Memang kau maco dan hensem tapi cuba kau cermin muka.”
“Ada cacat cela ke dengan muka aku?” Keruh riak muka Joe.
AJ garu kepala. Teman baiknya seorang ini memang tidak mengerti akan maksud kata-kata dia.
“Tiada yang cacat. Cuma perempuan sewel macam Ratna sahaja yang mengedik dengan kau yang muka macam gorilla ni. Takkan itu pun kau tak perasan kot.” Selamba tutur kata AJ. Ala.. Joe tidak akan mengamuk dengan dia kalau dia kutuk begitu.

Tersengih Joe.

Begitu Berat Melangkah
Melihat Kau Bersamanya
Adakah Aku Yang Salah
Atau Hanya Helah Saja
Ku Masih Mencintai Diri Kamu
Bila Kau Menjauh
Ku Rindu

Telefon bimbit Joe sudah berdering lagu penyanyi kegemarannya Faizal Tahir. Panggilan dari papanya. Joe berikan isyarat pada AJ. AJ buat muka laju beredar. Kebiasaan apabila dia menjawab panggilan telefon dia tidak suka orang lain mendengar perbualannya.

“Assalamualaikum papa…”
“Waalaikumusalam… hujung bulan ni papa nak Joe balik.”
“Balik.. tapi Joe ada examlah papa.”
“Joe… boleh tak jangan membantah.” Keras kedengaran suara papa. Agaknya ada hal yang
mustahak menyuruhnya pulang.
“Baiklah papa.” Joe menarik nafas panjang.
“Bagus. Kau heret sekali adik kau balik.”
“Papa…”
Talian telah diputuskan.

Papa mahu dia mengheret adik perempuan dia yang berambut blonde tu balik? Minta maaflah. Bukannya papa tidak tahu dengan sikap keras kepala Juliez anak kesayangan papa itu. Pantang ada yang tidak kena mulalah melenting. Paling penting dia memang tidak sebulu dengan si rambut blonde itu. Mereka bagai anjing dengan kucing apabila bertemu dua mata.


“PSST… Joe tu..” Seorang teman sekuliah berbisik pada Fika.
“Biarlah dia.”
“Dia tengok kaulah Fika.” Temannya itu menyiku.
Berkerut-kerut muka Fika
“Dia ada mata, biarlah dia tengok.”
Fika segera mengambil buku-buku dan berlalu. Tak kuasalah dia mahu melayan tentang gossip lelaki seperti Joe itu. Ulang kaji pelajaran lebih baik.

Joe masih memerhatikan gelagat Fika dengan ekor mata. Betul kata AJ yang gadis seorang ini lain sikit. Mungkin tidak beberapa sesuai dengan dia.

Joe capai buku yang ingin dibaca dan berlalu.

Fika urut leher. Lenguh asyik menghadap buku. Sewaktu dia mengalihkan pandangan ke hadapan, anak matanya membulat besar. Joe duduk memerhati bertentangan dengan dia. Fika mengetap bibir. Bila masa pula mamatg muka sombong ini duduk berhadapan dengan dia. Joe selamba tersengih panjang. Entah kenapa dia suka melihat gadis ini walau gadis ini tidak memandang dia.

Fika bingkas bangun. Buku-bukunya disusun dan dipegang erat. Dia segera mengalihkan pandangan mata dari Joe. Mukanya sudah merah searakan menahan marah.

Joe tidak berganjak dari tempat duduknya. Lirikkan matanya hanya pada Fika hingga gadis itu hilang dari pandangan matanya.

12 comments: