SYAKIR mula rasa cemas dan risau. Bayang Azyan langsung tidak nampak. Pementasan sedang berjalan. Hanya tinggal beberapa jam lagi kelabnya teaternya akan naik ke atas pentas. Setahu Syakir…Azyan bukan gadis yang suka pada kelewatan. Gadis itu seorang yang menepati masa. Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku pada Azyan. Sudah beberapa kali dia menghubungi Azyan. Namun telefon gadis itu hanya meninggalkan peti suara. Nani juga turut membantu namun tiada jua jawapan yang diterima dari telefon bimbit Azyan.
“Sempat ke Syakir.” soal Hamidi. Dia juga sudah gelisah.
“Kau ada call dia tak?” Syakir pula menyoal.
“Dah. Setengah jam lepas. Masa aku call dia….dia dah on the way ke mari. Sepatutnya Yan dah sampai.” jelas Hamidi.
“Parah macam ini. Kita dah kesuntukkan masa. Aku nak pergi cari dia. Manalah tahu kalau skuter kesayangan dia rosak tengah jalan.” Syakir segera menukar pakaiannya. Pementasan tidak akan berlangsung tanpa Azyan.
“You nak ke mana Syakir?” Emelda terpacul di muka pintu.
“I nak keluar cari Azyan. Kamu semua buat apa yang patut di sini. Lengahkan masa selagi boleh.”
“Apa yang you nak susah-susahkan diri. I boleh gantikan tempat Azyan. Lagipun watak itu memang watak I sebelum inikan” Emelda memaut lengan Syakir. Dia tidak mahu Syakir mencari Azyan. Dia mahu Syakir menumpukan perhatian kepada dia seorang.
“Apa pegang-pegang anak teruna orang ni! Lepaslah!” Syakir melenting.
“Entah tak malu betul. Menggatal je tahunya kucing seekor ni. Geli aku tengok dia asyik dok nak menggesel dengan kau.” sampuk Hamidi. Cukuplah tak berkenan dengan Emelda yang gediknya meloyakan anak tekak.
“Kau sibuk apasal. Kau jealous sebab tak dapat pikat aku. Cerminlah muka kau dulu tu Midi. Muka macam tongkang pecah.”
“Aku nak pikat kau. Kau buat aku nak termuntahlah Emelda. Muka aku memang tak hensem tapi taklah sampai teringain nak mengorat perempuan menggeletis macam kau. Baik aku mengorat kakak kantin kat kolej tu. Dia jauh lebih cun dari kau. Muka kau pun tampal tepung sampai satu inci. Cantik plastic! Ingat dapat menutup segala parut-parut jerawat kau itu.” bidas Hamidi. Ahlui-ahli kelab lain anggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata Hamidi.
“Aku kalau dibagi free perempuan menggeletis macam Emelda ini aku fikir dua tiga kali. Harap muka cantik tapi study hancus. Masuk dapur entah reti entah tidak.” Sufi mencelah. Yang lain anggukkan kepala lagi.
“Tengoklah kawan-kawan you Syakir. Mereka kutuk I.” Emelda merengek.
“I tiada masa nak layan you. I nak cari Azyan. Baik you prepare watak yang you sedang pegang. You banyak kali ponteng latihan teater.” Syakir menarik lengannya dari pautan Emelda. Rimaslah bila Emelda asyik nak berkepit dengan dia. Macamlah tiada lelaki lain yang dia nak menggatal.
“Bukan ke I dah cakap tadi I boleh pegang watak Tun Teja. I lagi bagus dari ugly duckling you itu. Apa yang bagus sangat dengan Azyan sampai I pun you dah tak pandang dah!” Emelda meninggikan suaranya.
“Apa pulak. Dari dulu lagi I memang tak pandang you. I layan you hanya sebagai kawan tak lebih dari itu. You yang tergedik-gedik mengejar I tak kira waktu. Serang kawan-kawan perempuan I. You ingat diri you bagus sangat! I bukan macam jantan-jantan yang ikut punggung you itu. I lelaki tahu!” gerutu Syakir.
“Syakir….tergamak you hina I begitu. selama ini I hanya menunggu you seorang. I tak pandang lelaki lain tahu. I hanya cintakan you.” Emelda meneruskan lakonannya. Dalam hatinya ketawa berdekah-dekah. Waktu ini pastinya Azyan sudah disekat dengan budak-budak upahannya itu. Dia akan buat Azyan tidak sampai ke lokasi pementasan. Hanya dia yang layak membawa watak Tun Teja di samping Syakir.
“Dah jangan mengarut. Kalau you banyak soal you boleh keluar dari pementasan. I tidak akan gantikan tempat Yan dengan orang lain.” Tanpa menunggu lebih lama Syakir melangkah keluar dari belakang pentas. Emelda mencebik. Syakir tetap juga mahu mencari Azyan.
“Hahahaha….hahaha….padan dengan muka kau.” Sufi dan Hamidi sama-sama ketawakan Emelda. Bukan senang nak tawan hati tuan pengerusi kelab mereka yang mulutnya selalu tak berinsurans itu.
Aku mesti cari Azyan sampai dapat. Aku tak kira Azyan tetap akan bawa watak Tun Teja itu juga. Azyan tidak mungkin akan buat onar dalam pertunjukkan tersebut. Gadis itu begitu rajin berlatih dan tidak pernah ponteng latihan. Malah Azyan telah bersusah payah menjayakan watak yang dipegangnya. Azyan bukan seperti Emelda.
NAFAS panjang ditarik dalam-dalam. Azyan rasa mahu menyirap bila skuternya ditendang oleh kumpulan budak lelaki yang menghadangnya ditengah jalan lapang itu. Azyan menyumpah seranah dalam hati. Sudahlah pelan jalan yang diberikan tidak betul. Silap haribulan ada yang makan kasut nanti! Sekarang ada pula kumpulan budak lelaki yang menghalang jalan Azyan. Main kasar pulak tu. Suruh Azyan turun dari skuter. Lepas itu skuter kesayangannya pula ditendang. Kurang ajar betul. Kalau bukan kerana janjinya pada ayah pastinya kumpulan budak-budak lelaki seramai lapan orang itu dikerjakan Azyan cukup-cukup.
Aduh! Aku dah lambat ni. Mati aku kalau si cicak kobeng tu membebel nanti. Mulut dia kalau dah bercakap tak tahu nak behenti. Leternya mengalahkan leter ayah. Dahlah kalau bercakap ikut sedap mulut dia saja. Tak bertapis langsung!
“Kau Azyankan.” tanya budak lelaki yang tiada sehelai rambut atas kepala itu. Licin….Kita letak saja nama budak tak berambut itu Si Botak.
“Cantiknya bahasa. Kalau ya pun bagilah salam dulu. Sudahlah tahan anak dara tak tentu pasal tengah jalan lapang begini. Tendang skuter kesayangan kita pulak tu. Kau tahu tak bukan senang saya nak dapatkan skuter cantik ni. Buat kerja part-time tahu. Tak harapkan duit bapak.” gerutu Azyan.
“Aku tanya nama kau bukan pasal skuter kau bodoh!” Si botak menundingkan jari telunjuknya pada muka Azyan.
Kurang ajar punya budak botak. Berani dia tundingkan jari pada muka aku yang ayu nan comel ini. Lepas itu kata aku bodoh! Melampau tu! Syakir pun tak pernah panggil aku bodoh walaupun dia musuh ketat aku.
“Kau nak buat apa kalau betul aku ni Azyan.” Azyan meninggikan suaranya.
“Garang….tapi manis bila marah.” ujar Si botak. Teman-temannya bersorak ketawa. Azyan mengetap bibir. Benci betul kena permainkan sampai begini. Ini mesti ada orang yang dengki dengan dia. Kalau tidak tiadalah budak-budak lelaki yang macam tak cukup umur ini menahan dia di jalan lapang begini. Kenapa dia berani cakap budak- budak lelaki itu tak cukup umur. Kontot-kontot budak berlapan ini. Kontot bermaksud rendah atau pun pendek. Terlalu rendah dari Azyan. Macam budak-budak sekolah rendah saja. Itu sebab Azyan tak takut langsung meskipun dia dah tak boleh bertumbuk dalam masa sebulan ini. Nak ketawa terpaksalah tahan dalam hati.
“Kecik-kecik dah jadi samseng. Duit belanja sekolah pun mak bapak masih tanggung.” Azyan terpaksa tundukkan sedikit tubuhnya untuk mengadap muka Si botak. Wajah Si Botak merona merah bila tercium bau minyak wangi yang dipakai Azyan. Dah tu pula Azyan lawa orangnya. Boleh berdarah hidung dibuatnya.
“Si…siapa budak kecik. Kita orang dah berumur tiga belas tahun tahu. Dah bersunat. Jadi kami dah dewasa.” Tergagap-gagap dah Si Botak mengeluarkan suaranya kali ini. Azyan tersengih. Sebaya dengan Syamil rupanya geng budak-budak kecik ini.
“Baru umur tiga belas tahun nak mengaku orang dewasa. Dari korang semua buat kerja tak berfaedah di sini baik korang semua buat kerja sekolah di rumah. Esok tak adalah kena rotan dengan cikgu. Kalau perlukan cikgu tuisyen akak boleh jadi cikgu tuisyen korang.”
Si Botak berubah rupa. Salah seorang temannya merapati dan berbisik yang kononnya perlahan sangatlah tu tapi jelas sekali dalam pendengaran Azyan.
“Dah gertak pun dia tak nampak takut Lan. Macam mana ni?”
“Wang pendahuluan kita dah terima. Apa pun kita kena buat kerja kita jugak.”
Oooooooo….Si Botak itu namanya Lan. Tak pandai kecik dah pandai buat kerja samseng. Bahaya ni. Azyan mula bercekak pinggang. Mukanya saja diseriuskan seratus-peratus macam singa yang kelaparan.
“Ingat akak tak dengar apa yang korang bisikkan tu. Siapa upah korang semua ni. Kalau tak cakap nahas korang nanti. Korang tak kenal siapa ayah akak lagi. Kalau korang apa-apakan akak dia cari korang sampai lubang cacing. Tentu korang ada tengok cerita Castello dalam televisyen. Ayah akak macam itulah. Jangan memain.” Saja Azyan menakutkan budak-budak lelaki itu. Mereka menelan air liur.
“Ketua kongsi gelap ke kak?” seorang yang nampak sedikit lurus bendul itu bertanya. Azyan anggukkan kepala. Ala bukan susah mahu kelentong dengan budak-budak kecik ini.
“Dia dah tembak beratus-ratus orang tahu. Semua mati di tangan dia tiada seorang pun yang tinggal apatah lagi budak kecik macam adik-adik ni yang berani mengusik anak dara dia.” Azyan pula menundingkan jari telunjuknya pada muka Si Botak.
“Kita orang diupah oleh seorang kakak yang cantik. Dia kakak kepada Lan ni. Katanya tak mahu kasi kakak sampai di pementasan teater. Dia jugak yang tukar pelan jalan kakak dengan pelan yang salah.” Si lurus bendul yang membuka mulut. Si Botak menjeling temannya itu. Temannya itu buat bodoh sebab dia memang dah bengap.
“Begitu….patutlah aku tak sampai-sampai di tempat pementasan tetaer tu. Rupanya ada yang buat pedajal dengan aku.” bisik hati kecil Azyan.
“Begitu….patutlah aku tak sampai-sampai di tempat pementasan tetaer tu. Rupanya ada yang buat pedajal dengan aku.” bisik hati kecil Azyan.
“Yang kau bocorkan rahsia kenapa bodoh!” Si Botak mengetuk kepala temannya itu. Temannya itu mengaduh kesakitan. Salah ke dia buka rahsia. Demi keselamatan mereka juga. Dia tidak mahu mati muda.
“Dahlah tu Lan. Dah tahu si Mie tu bengap kau ajak jugak dia join geng kita. Kau pun sama bengap macam dia jugak.”
“Berani kau kata aku bengap Man. Kau nak kena debik.”
“Debiklah. Kau ingat aku takut dengan kau!”
Mereka mula bergaduh sama sendiri. Azyan jadi pemerhati. Memang dasar budak-budak kecik yang belum cukup umur. Azyan rasa tak tahan. Masa yang dikejar mula berganjak dari satu saat ke satu saat. Masa dia akan terbuang.
“Cukupppppp! Jangan nak bertekak lagi!” jerkah Azyan. Kedua-dua budak lelaki itu tersentak. Muka Azyan yang makin menyeringai itu mengecutkan usus-usus perut mereka. Apalagi kedua-dua cuping telinga budak itu ditariknya. Mereka menjerit kecil.
“Selain itu akak lupa nak beritahu yang akak juga seganas ayah akak tu. Akak rasa nak buat gulai kari dengan korang tahu.” Azyan memakukan mata tajamnya pada yang lain. Mereka berundur setapak ke belakang lalu cabut lari. Itu baru acah sikit je. Buat gimmick sikit saja. Lintang-pukang lari. Azyan ketawa kecil. Tinggallah Si botak dengan dua temannya itu.
Sekarang tinggal tiga orang budak kecik saja. Seorang botak, seorang rambut belah tengah dan seorang berambut tegak macam duri durian. “Tercongok apa lagi tu. Angkat balik skuter kesayangan akak tu!” arah Azyan garang. Tiga budak lelaki menelan air liur. Kecut perut melihat wajah Azyan yang sudah bertukar rupa. Pantas mereka bertiga mengangkat kembali skuter milik Azyan.
“Hah. Korang datang sini naik apa?”
“Naik basikal kak.” Ketiga-tiganya menjawab pantas. Samseng naik basikal.
“Hmmmmm! Tahu kat mana tempat pementasan teater tu tak?”
“Tahu kak.”
“Tunjukkan akak jalan ke sana.”
Syakir pula tidak tentu arah mencari Azyan dengan motorsikalnya. Dia pergi ke rumah Azyan. Gadis itu dikatakan sudah keluar awal dari rumah. Tapi ke mana pula sedangkan pelan jalan sudah diberikan. Itulah sudah disuruh pergi bersama Azyan menolak dengan keras. Tahulah Azyan benci sangat dengan dia. Sehari kalau mereka tak bertegang urat tak sah.
“Lepas subuh Yan tak tidur macam selalu. Dia kata tak nak lewat sampai ke tempat pementasan teater. Pelik juga. Yan bukannya suka dengan teater.” Itu kata Azuan ketika dia datang ke rumah Azyan tadi. Lega Syakir mendengar kata-kata Azuan. Dia tahu Azyan bila dah buat sesuatu itu dia akan bersungguh-sungguh tak kiralah dia suka atau tidak.
Ke mana pula Azyan menghilang. Syakir rasa ada yang tidak kena. Masakan Azyan boleh sesat sedangkan pelan jalan sudah diberikan. Biarpun Azyan memang kuat tapi Syakir tetap merasa risau. Siapa tak risau jika gadis kesayangan ditimpa sesuatu. Lebih-lebih pula bila dia mendengar perbualan Azyan dengan Nani tempohari.
“Dalam masa sebulan ini kau tak boleh guna langsung gunakan ilmu pertahan diri pada sesiapa. Okay jugak hukuman yang ayah kau berikan. Kau amat menakutkan bila kau marah Yan.” Nani menongkat dagu memandang wajah Azyan yang agak monyok.
“Ermmmm….tak baik melawan cakap ayah nanti jadi anak derhaka. Tak mahulah kena sumpah macam Si Tanggang.”
“Hehehehe…kau ni sebenarnya ada juga sifat lembut dalam hati kau, Yan. Akak pun tak tahu yang kau ni perempuan yang kuat. Luar begitu ayu dan comel gitu.”
“Tak salahkan kalau ingin menjadi kuat untuk keselamatan diri. Masa sebulan tidak begitu lama. Harap tiadalah orang yang mencari pasal dengan saya.” Azyan ketawa kecil sambil memeluk bahu Nani. Mereka tidak menyedari Syakir memasang telinga di-
balik pintu.
Ini mesti pasal Azyan bergaduh dengan budak lima ekor dekat taman bunga itu hari. Itu sebab dia mesti mencari Azyan sampai dapat. Dia bertanggungjawab pada keselamatan Azyan. Peluang Syakir untuk tunjuk hero depan Azyan.
Syakir behentikan motorsikalnya di bahu jalan. Kelibat Azyan masih tetap tidak ditemui. Dia melihat jam dipergelangan tangan. Tinggal beberapa minit lagi kelab teater dari kolej mereka bakal naik ke atas pentas. Syakir mengeluh panjang. Bunyi skuter di tengah jalan langsung tidak diambil endah. Kepala otaknya hanya memikirkan Azyan.
“Hah! Syakir kenapa kau boleh ada kat tepi jalan duk melongo begini. Awek kau mungkir janji ke?” jerkahan dari belakang mengejutkan Syakir. Ligat Syakir memalingkan kepalanya. Bibirnya mengukir senyuman bila terlihat wajah ayu itu. Namun hanya sekejap cuma. Dahinya timbul urat-urat dawai bila melihat tiga budak kecik di belakang Azyan.
“Awek mungkir janji hotak kau! Kau pergi mana? Kau main dengan budak-budak kecik ni ke? Kau tahu kita orang dah jadi kelam-kabut kerana kau!”
“Aik! Naik suara pulak! Kau tahu tak mengapa aku boleh lewat! Aku sesat jalan dengan pelan yang diberikan oleh kucing miang kau tu!” Azyan keluarkan kertas yang sudah renyuk-renyuk dalam poket seluar jeansnya. Dia campakkan pada muka Syakir. Sungguh tak baik perbuatan Azyan itu.
Kucing miang! Tahulah Syakir yang punya angkara. Patutlah Emelda beria-ia menghalang dia dari mencari Azyan. Dengki pada Azyanlah tu. Syakir sendiri pun tak tahu kenapa Emelda asyik terkejar-kejarkan dia. Nak kata dia kaya-raya tak pula. Emelda yang kaya. Dia hidup sederhana saja. Tapi kalau pada raut paras rupa dia memang ada pakej. Bukan nak bangga diri dah Tuhan kurniakan wajah yang elok molek gitu. Bersyukurlah….kerana pakej wajah ini dia ditawarkan kerja part-time model iklan televisyen dan majalah.
“Aku tak membela kucing miang tapi aku ada bela ayam jantan kat kampung tu.”
“Ooooooo…bela ayam jantan. Kau gaylah ye Syakir.”
“Gay kepala hotak kau! Sedap-sedap mulut saja mengata aku gay! Aku bela ayam jantan bukan bela lelaki. Manusia dengan binatang pun dah tak tahu nak bezakan! Kau nak tunggu apa lagi cepat kita dah lewat ni.” Syakir sudah menghidupkan motorsikalnya.
“Aku lupa nak tanya. Budak kecik bertiga ni kau culik dari mana pulak? Takkan adik kau Yan. Kaukan anak bongsu.” soal Syakir tiba-tiba.
“Aku jumpa di jalan masa aku sesat tadi. Mereka yang tolong aku tunjukkan jalan yang betul. Kalau tak mahu aku sesat selamanya.” Azyan kelentong. Tidak diceritakan perkara sebenar. Budak bertiga itu tercengang. Mereka saling berpandangan.
“Kita kena cepat ni. Budak kecik bertiga ni tak dapat bersaing dengan kita dengan basikal cabuk mereka. Takkan kau nak angkut mereka dengan kita.”
“Aku tahulah.” Azyan memandang ketiga-tiga budak lelaki itu. “Terima kasih atas bantuan kamu bertiga. Kamu tentu ada handset kan.”
Mereka anggukkan kepala. Si Botak yang bertindak sebagai ketua itu menghulurkan telefon bimbit berjenama Nokianya.
Mak oiiiii! Canggihnya telefon bimbit dia dari aku punya. Best betul jadi anak orang kaya ni. Azyan menekan-nekan nombor pada telefon Si Botak. Seketika dia memberikan semula kepada Si Botak kembali.
“Akak dah setkan nombor telefon akak pada handset adik. Ingat pada tawaran akak tadi. Kalau setuju call akak. Kalau tak setuju pun adik boleh call akak. Kita boleh jadi kawan yek. Boleh jadi satu team nanti.” Azyan mengusap-usap kepala Si Botak yang licin itu sambil mengenyitkan matanya. Si Botak tersenyum manis. Dua lagi kawan juga turut tersenyum.
“Kami nak panggil akak apa?”
“Panggil saja kak Yan. Take care. Jangan nakal-nakal lagi.” Azyan segera membuntuti motorsikal Syakir yang sudah bergerak di hadapan.
SEMUA ahli kelab teater menarik nafas lega kerana Azyan dan Syakir sampai tepat pada masanya. Bergegas Nani menyiapkan Azyan untuk pementasan mereka yang akan bermula kurang dari satu minit lagi. Syakir juga begitu. Mereka memang tidak boleh berlengah-lengah dengan masa.
Azyan berposing di hadapan Nani. Nani meleret senyuman. Azyan bertambah cantik bila dia didandan begini. Kalah Era Fazira. Lepas ini pasti Azyan akan meletup. Mahu cemburu Syakir nanti kalau Azyan dikelilingi pangeran-pangeran kacak gitu.
“Encik Hang Tuah…Cik Tun Teja awak dah siap! Cantik tau!” laung Nani.
“Iyer ke. Cantik sangat ke gorilla aku tu!” balas Syakir yang sedang membetulkan tengkolok di kepala dan keris di pinggangnya. Tampan sekali.
“Kalau tak cantik orang tak puji aku tahu.’ Azyan terpacul di depan mata Syakir dengan lagaknya. Tak sangka dia boleh ayu begini pakai baju kebaya. Nak tahu Azyan seumur hidupnya tidak pernah mengenakan baju kebaya. Baju kurung pun dia pakai masa sekolah dan Hari Raya Aidilfitri. Hari lain minta maaflah. Dia lebih selesa mengenakan seluar jeans dan kemeja labuh.
“Cantiknya kau Yan….” Terbeliak biji mata Hamidi.
“Ha’ah! Boleh jatuh cinta aku dibuatnya.” sampuk Mat Karan
“Jangan nak mengada-ngada. Gorilla ini aku yang punya. Kau orang seorang pun tak boleh dekati dia!” Syakir menarik Azyan ke sisinya. Tersentak Azyan mendengar kata-kata Syakir. Wajahnya merona merah. Dia rasa telinganya tak salah dengar. Lagipun dia kerap korek telinga. Ini mesti Syakir mahu mengenakan dia lagi.
“Apa kau merepek ni cicak kobeng. Kau ingat aku nak percaya cakap kau.” Azyan bercekak pinggang. Masa sekolah Syakir dah malukan dia sekali. Dia tidak akan biarkan Syakir malukan dia lagi.
“Dahlah….sekarang bukan masa nak bertekak. Giliran kita dah sampai.” Nani menjadi orang tengah. Tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh.
Azyan menjelirkan lidah. Syakir mencebik. Bengap betul. Masih tak faham-faham isi hati aku! Sabar Syakir sabar. Masih ada masa lagi. Azyan akan faham perasaan kau satu hari nanti juga.
“Berusahalah Syakir.” Sufi menepuk bahu Syakir dikuti oleh Mat Karan, Hamidi dan yang lain. Syakir meleret senyuman. Syakir turut mengatur langkah seiring.
“I akan uruskan dengan you setelah pementasan ini selesai.” suara Syakir sebaik saja melintasi Emelda. Wajah Emelda berkerut. Sudahlah rancangannya gagal kini Syakir buat muka pula dengan dia. Menakutkan renungan Syakir. Budak-budak yang diupah untuk menyekat Azyan itu memang tidak boleh diharap langsung.
sambung2.. bez la.. xsabar bah...
ReplyDeletebest.. best.. tak sabar nak tau kesudahannyer...
ReplyDelete