Tab Menu

Followers

Friday, February 12, 2010

Coke And Sundae_10

“KAK NANI mana cicak kobeng kesayangan kak Nani tu?” Kepala Azyan terpacul di muka pintu bilik kelab teater. Kak Nani yang sedang menyusun pakaian dalam beg galasnya mengurut dada. Azyan macam Syakir. Suka muncul cara mengejut. Dahlah kepala saja terpacul dulu sebelum badan.

“Tak bagi salam kau main sergah akak je Yan. Kau nak bagi akak sakit lemah jantung ye.”

“Aik! Kena sergah sikit dah kena penyakit orang kaya tu. Mana akak dapat info tak munasabah tu? Kat sini kan ada bakal doktor bertauliah kenapa tak rujuk kat dia dulu kak.” Azyan ketawa. Dia rapati Nani. “Cicak kobeng tu mana?”

“Itu ha…” Jari telunjuk Nani dihala pada sofa panjang yang terletak pada sudut dinding bilik kelab tersebut. Mata Azyan mengikut pergerakkan jari Nani. Sekujur tubuh terbaring lesu atas sofa tersebut. Matanya terpenjam rapat. Siapa lagi kalau bukan Syakir! Wajah Syakir tampak tenang bila tidur. Tiada aura yang gelap yang menyelubungi bila dia lena begini.

“Dia keletihan. Kelam-kabut dia pasal kau tak sampai tadi. Bergegas dia keluar mencari kau merata tempat. Dia risaukan kau.”

“Cicak kobeng ni risaukan saya. Kak Nani buat lawak tak kelakar langsung.” Azyan ketawa kecil. Dalam hati berdebar-debar tahu. Tak tahu kenapa perasaan ini mula lain macam dengan Syakir.

“Betullah. Akak tak tipu Yan. Kau tahu kaw-kaw Emelda kena marah dengan Syakir. Tak sangka Emelda buat aniaya dengan kau. Merayu-rayu kucing miang tu minta maaf dengan Syakir. Tapi nasiblah…Syakir tu bukan senang nak dipujuk rayu orangnya. Kau tahu dia tak nak tengok lagi muka Emelda dalam kelab teater dah! Dihalaunya Emelda.” Bersungguh-sungguh Nani bercerita dengan Azyan.

“Ish! Kejam betul. Saya tak kisah sangat pasal Emelda kasi aniaya sama saya kak. Tak simpan dalam hati pun. Tak perlulah buang dia dalam kelab teater. Lagipun diakan dah lama duk kelab ni. Ada bakat dalam teater. Saya ni pula orang baru. Saya bukan minat sangat dengan teater. Masuk sini pun pasal kena ugut dengan mamat cicak kobeng tu.” Azyan mengerling Syakir yang masih terlena.

“Hehehehe….tapi lakonan kau tadi hebat gila Yan. Kau lagi hebat dari Emelda. Kau ada bakat. Kalau dikembangkan bukan takat jadi pelakon teater malah boleh jadi pelakon filem. Itu pasal kita boleh menang.”

“Tak berminatlah kak. Yan tak suka kejar glamour ni. Tak bestlah jadi orang glamour. Cerita luar dan dalam kain semua nak kena siasat. Tak privacy. Bukan macam si cicak kobeng tu memang dah glamour. Muka pun dah pernah keluar televisyen katakan. Peminat keliling.”

“Betul jugak tu. Kau tak nak try ke isi kekosongan di hati Syakir.” Terangkat-angkat kening Nani. Saja nak uji isi hati Azyan. Manalah tahu kot-kot Azyan ada hati sikit pada Syakir.

“Orang hensem gitu awek mesti dah ada keliling pinggang. Lagipun saya tak berminatlah jadi salah seorang dalam senarai awek dia.” Azyan menjuihkan bibir. Buruk rupanya. Tapi Azyan tak kisah kalau memburukkan rupa jika nama Syakir disebut.

“Akak satu jurusan dengan Syakir akak tahulah siapa dia Yan. Seorang awek pun tiada yang berkenan di hati dia Yan. Yang datang memang berduyun dan yang lari pun berduyun-duyun tak tahan dengan mulut laser dia.” ujar Nani sambil ketawa kecil.

“Iyerlah tu. Entah-entah awek ada sana sini. Dahla perasan. Dia ingat muka dia dah masuk televisyen dah masuk majalah boleh buat kita ternganga dengan dia. Tak hinginlah kita nak terkejar-kejarkan dia. Mulut dahlah suka fire orang. Diktator pulak.” Selamba saja Azyan mengutuk Syakir. Ala bukan mamat tu dengar pun. Kalau dah penat mesti dia tidur mati punyalah.

“Amboi! Cakap langsung tak bertapis. Jaga-jaga takut si cicak tidur-tidur ayam Yan.” Nani mengoyang-goyangkan jari telunjuknya. Azyan tersengih. “Dah lewat ni. Akak nak beransur. Jom kita balik Yan. Sufi dan Hamidi ada dalam bilik stor susun barang. Biarlah mereka gerak Syakir nanti.”

“Orait gak.” Sebelum keluar Azyan sempat sekali lagi mengerling Syakir dengan ekor matanya. Dia mengulum senyuman. Tak tahu mengapa dia boleh berikan senyuman ayu gitu.

“Kalau kau boleh beri senyuman manis kat aku begitu hari-hari kan bagus. Ini tidak menyinga saja tahunya.” suara Syakir mengejutkan Azyan dan Nani. Syakir yang disangka tidur lena itu membuka matanya perlahan-lahan.

Ingatkan dah tidur tak sedar diri dah. Betul kata Nani tadi Syakir tidur-tidur ayam. Nasiblah dia dengar aku kutuk dia. Ala nak takut apa pada mamat seorang ni. Dia tidak akan berani apa-apakan aku punya. Nak jadi kes naya ke dikerjakan oleh dua orang abang kesayangan aku tu. Jangan memain dengan Khairul Azuan dan Khairil Anuar.
“Jangan kau nak perasanlah encik Syakir.”

“Aku bukan perasan tapi aku terperasan. Sedap betul mulut kau kutuk aku di belakang ye Yan. Macam-macam rencah kau taruh bila memasak.”

“Setakat rencah kari cap Alagapas tak ke mananya. Kalau nak rencah lebih sedap aku boleh tanyakan pada Muthu Samy dekat Mamak Corner tu. Bukan cetak rompak tau yang original. Kari dia paling kaw-kaw.” Azyan membalas. Nani sudah mengelengkan kepala entah yang ke berapa kali bila lihat Azyan dan Syakir bertegang urat.

“Hahahaha…” Syakir ketawa besar. “Cakap saja kau jealous dengan kehenseman aku yang meruntun jiwa awek-awek kampus ini.”

“Dengar pantun dua kerat dari Nur Azyan Idris ini. Kak Senah pergi menarah. Porahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!”

Makin besar tawa Syakir memecah keheningan dalam bilik teater itu. Panas-panas Azyan kalau dia buat kelakar mahu pecah perut dibuatnya.

MUNCUNG mulut sedepa Azyan menerima Syakir sebagai tetamu malam itu. Entah apa niat mamat seorang ini bertandang ke rumahnya. Tengok muka Syakir yang tersengih-sengih itu meluatkan hati Azyan. Azyan berlalu menuju ke dapur. Itupun setelah diarahkan oleh Azuan untuk membuat air. Tetamu bertandang mestilah kena sediakan minumankan. Takkan mahu dihidangkan dangan air liur saja.

Malas-malas Azyan menjerang air di dapur. Gelagatnya itu diperhatikan oleh Anuar yang sibuk menyusun biskut dalam piring. Bukan tak kenal dengan sikap anti Azyan pada Syakir. Entah bilalah mereka boleh berdamai. Dua-dua tidak mahu kalah kalau bertekak.

“Banyaknya kau taruh kopi Yan.” Bulat mata Anuar melihat sserbuh kopi yang dibubuh Azyan ke dalam teko.

Azyan tersengih dengan pertanyaan abangnya itu. Sudahlah bubuh serbuk kopi sampai lapan sudu besar. Azyan tidak bubuh sedikit gula pun dalam kopinya. Berkerut
seribu dahi Anuar. Ada saja motif adiknya seorang ini.

“Kenapa tak taruh racun tikus sekali? Sedap sikit kopi kau tu.” sambung Anuar lagi.

“Nanti mati pulak anak orang Yan tak nak tanggungjawablah.”

“Habis yang kau buat kopi pekat nak mapus ni dah hilang akal ke?” marah Anuar.

“Kalau Yan hilang akal Yan tak duduk sinilah abang Nuar. Yan duduk kat tanjung rambut tu.” selamba tutur kata Azyan. Senyumnya kian meleret.

“Kau memang sengaja cari nahaslah Yan. Syakit tu tak teruk mana pun. Kau saja yang anti sangat pada dia.” Anuar merampas botol kopi dari tangan Azyan. “Tapi kalau sekali sekala kenakan orang apa salahnya kan.” Lima susu besar serbuk kopi ditambah lagi ke dalam adunan. Terbeliak biji mata Azyan.

“Hehehehe….abang pun otak jahat juga kan.”

Azyan menatang dulang dibawa ke ruang tamu. Penuh dengan sopan santun dia menuangkan air ke dalam cawan. Namun dalam hati Azyan ketawa berdekah-dekah. Tidak sabar mahu melihat wajah Syakir selepas ini.

Hairan Syakir melihat tingkah laku Azyan yang lembut. Ini mesti ada udang di sebalik batu. Azyan bukan boleh dipercaya sangat. Ada saja agenda tersembunyi.

“Jemputlah minum. Aku buat kopi special khas buat kau.” suara Azyan lembut. Berdengup kencang jantung Syakir dengar suara halus Azyan. Pertama kali Azyan bercakap begitu lemah lembut dengan dia.

“Ada apa-apa ke ni?” soal Syakir.

“Biasalah kalau tetamu datang rumah aku mestilah aku layan baik-baik. Takkan aku nak menghalau pulak. Apa kau ingat aku bubuh racun dalam minuman kau.” desis Azyan lembut.

“Kau tu kalau baik selalunya ada makna Yan. Abang bukannya percaya sangat dengan kau ini.” sampuk Azuan.

“Apalah abang ni dengan adik sendiri pun tak percaya.” Azyan cebik bibir.

“Macam mana abang nak percaya. Kau selalu buat perangai gila meroyan kau itu. Bukan abang tak tahu perangai kau Yan.” Azuan tunjal jari telunjuknya pada muka Azyan.

“Huh! malaslah nak bertekak dengan abang ni. Bazirkan air liur Yan saja.”

Azyan bingkas bangun meninggalkan Azuan dan Syakir di ruang tamu. Dia tidak terus masuk ke biliknya di tingkat atas sebaliknya dia menyorok di balik pintu dapur. Anuar berada di belakangnya. Teringin mahu lihat Syakir menelan kopi ‘special’ adunan sejati dari mereka.

“So apa fikiran kau tentang posisi kau itu. Kau setuju tak Kir?” Azuan menyambung semula perbualan yang tergantung. Syakir mengusap dagu. Tidak sampai hati pula ingin menolak permintaan Azuan. Seharian Azuan mencari dia di kolej semata-mata ingin memminta bantuan dari dia.

“Kau pun tahu aku main bola sepak sekadar untuk suka-suka. Aku sudah lama tak main secara serius sejak aku tinggalkan sekolah. Aku tak tahu sama ada skill permainan aku masih power macam dulu atau tidak.” Itu kenyataannya. Syakir tidak mahu Azuan menaruh harapan yang tinggi kepadanya. Sekalipun dia pernah menjadi pemain terbaik antara sekolah-sekolah.

“Aku tak kisah Kir. Janji pasukan aku lengkap untuk menyertai perlawan itu. Kalah atau memang lain kira. Aku bermain bola sepak bukan semata-mata mahu kejar kemenangan. Aku mahukan kepuasan bermain satu pasukan.”

“Kalau kau sudah cakap begitu rasanya tiada masalah bagi aku menggantikan tempat ahli pasukan kau yang sakit tu.”

“Thanks. Kau memang kawan yang boleh aku harapkan.” Azuan menepuk-nepuk lembut bahu Syakir. Selesai satu masalah. “Kau tak cuba kopi special yang Yan buat untuk kau itu.” Terangkat-angkat kening Azuan.

“Kau rasa dia bubuh racun tak?”

“Mengarut betul kau ni Kir. Tapi kalau dia bubuh minyak dagu aku percaya. Mana tahu dia sudah jatuh hati pada kau. Habislah kau Kir.” Azuan ketawa kecil.

“Kalau Yan yang calit aku…aku tak kisah punyalah. Lagi aku suka.” Syakir ketawa besar.

Meluat Azyan mendengar tawa Syakir. Perasan betul mamat seekor ni. Tak kuasa aku nak calit-calit kau! Dari aku calit kau balik aku calit Encik Henry pensyarah kacukan Inggeris-Indian tu. Kih…kih..kih…Mahu terbeliak biji mata budak-budak perempuan dekat kolej jika aku couple dengan Encik Henry. Sudahlah handsome baik hati pula. Perempuan mana tak cair. Kalau aku gatal sudah lama aku tackle Encik Henry. Biar
Syakir berbulu tengok aku dengan Encik Henry.

Bibir Azyan menguntum senyuman melihat Syakir mengangkat cawannya. Tidak sabar dia menanti Syakir meneguk minuman itu ke dalam mulutnya. Itulah saat yang ditunggu oleh Azyan dan Anuar.

Perlahan-lahan Syakir menghirup minumannya setelah mengucapkan bismillah di dalam hati. Wajah Syakir berubah serta-merta. Tersembur air kopi itu dari mulutnya. Dia terbatuk-batuk kecil memengang leher. Celaka! Dia mesti kerja Azyan. Kopi ‘special’ konon. Entah berapa sudu sebuk kopi yang Azyan agaknya. Pahit nak mampus. Mahu hitam susunan giginya yang putih itu. Syakir tidak berani buka mulut. Dia mengangkat kepala memandang Azuan di depan. Syakir mengetap bibir. Azuan merengus kasar. Syakir menekup mulut menahan tawa dari meletus. Apa tidaknya. Hitam muka putih Azuan dengan air kopi yang tersembur dari mulutnya. Rupa Azuan tak ubah macam orang negro pula. Azuan bingkas bangun. Dia tahu siapa yang empunya angkara kalau bukan Azyan!

Azyan dan Anuar sudah pecah ketawa. Tidak tahan melihat gelagat Syakir menelan kopi ‘special’ yang dibuatnya itu. Namun gelak tawa mereka hanya seketika. Azyan dan Anuar rasa tidak sedap hati. Kedua-duanya berpaling ke belakang. Dilihat wajah Azuan menyeringai dengan senyuman yang cukup mengerikan.

“Bala sudah datang!” jerit Azyan sebelum bertempiaran lari bersama Anuar.

2 comments: