“ADUHHHHHH!” Sebiji bola hentam tepat-tepat atas kepala Azyan. Terduduk kawan tu dibuatnya. Timbul bintang-bintang atas kepala Azyan. Macam dalam cerita kartun dalam TV. Salwa mencangkung di sisi Azyan sudah hangin satu badan. Kesian pada teman baiknya itu. Entah siapalah yang bermain hingga bola boleh melantun ke luar kawasan. Tepat kena target pulak tu. Nasib baik tak kena nyonya-nyonya tua atau makcik-makcik. Kalau tidak mahu ada yang pengsan tepi jalan.
“Nasib baik kepala kau keras Yan. Kalau tak mahu ada kesan bengul free gitu.” suara Salwa.
“Ya nasib baik aku dilahirkan dengan kepala yang tahan lasak gitu. Siapa yang punya kerjalah ni. Sepak bola target kepala orang!” gerutu Azyan.
“Agaknya ada orang berkenan dengan kau Yan.”
“Berkenan kepala hotak kau! Mana ada orang yang suka kat perempuan sepak bola target kepala orang yang dia suka. Gila ke!”
“Mana tahu taktik mengorat alaf baru.” Salwa tersengih.
“Ini bukan mengorat tapi mahu cari bala!” Azyan mendengus. Salawa jungkit bahu. Baran Azyan datang lagi.
Seorang pemuda berlari ala-ala pelari marathon menghampiri mereka berdua. Dia bercekak pinggang sambil memandang kedua gadis yang cun-melecun terbabit. Salwa membantu Azyan bangkit. Azyan menyapu-yapu kotoran yang melekat pada belakang seluar yang dipakainya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam.” Azyan menjeling tajam pemuda terbabit. Dia pandang pemuda itu atas bawah. Sah! Memang sah! Sesah…sah…sahnya…ini bukan sah lepas angkat nikah tahu. Ini sah yang bola bedebuk atas kepala dia milik pemuda depan matanya itu. Kalau sudah pakai jersi Chelsea FC dengan seluar pendek paras lulut, stoking hampir paras lulut dan kasut yang dipakainya memang dah sah-sahnya kasut bola maka bola ini adalah milik mamat yang tengah buat muka poyonya tu.
“Sakit ke?
“Apa yang sakit?”
“Kepala awak tu?” Jarinya ditundingkan pada kepala Azyan. Sengal punya mamat. Kalau dah bola itu hentam kuat pada kepala ni tentulah sakit. Boleh pulak dia bagi soalan bodoh.
“Taklah! Sedap sangat. Rasa macam kena ciuman dengan Dennis Oh je. Rasa macam nak kena lagi sekali!” Untuk pengetahuan semua, aku memang suka dengan hero Korean ni. Hensem sebab dia anak kacukkan. Melelah air liur dibuatnya…salah satu calon lelaki yang bakal jadi boyfriend aku selain The Rock. Susah nak cari lelaki pilihan aku ni.
“Oh! Baguslah kalau bola itu sedap kena kepala cik adik ni. Tak perlulah saya risau sangat tadi.” Pemuda itu ketawa kecil. Kurang asam! Tak reti ayat aku ayat ada maksud mendalam. Merah menyala muka Azyan. Salwa jungkit bahu. Tak tahu nak kata apa. Begini nak jadi gadis yang penuh lemah-lembut dan penuh kesusilaan. Azyan…Azyan…mana azam baru kau tu. Kata nak jadi lebih feminin. Makin mengganas adalah. Patutlah kau dapat gelaran gorilla masa sekolah dulu.
“Apa yang awak pandang-pandang saya. Nak kena bedal ke?”
Mak oii! Kasarnya bahasa. Muka je cun awek seorang ni! Tertelan air liur pemuda itu. Dia tunjuk pada bola yang berada dalam tangan Azyan. Azyan baru perasan yang bola mamat tu ada dalam tangannya. Ini peluang nak balas dendam. Azyan memalit senyuman di bibir. Ada saja rancangan jahatnya.
“Awak nak bola awak ye?” Akal mula menjalar. Siaplah kau mamat sengal.
“Iyerlah cik adik oiiii.” Apasal minah ni sengih semacam je aku tengok. Seram sejuk di buatnya. Macam aku pernah tengok senyuman macam tu kat bibir dia. Tapi di mana ya? Pemuda itu mengusap-usap dagu yang licin.
“Yan…sudahlah. Maafkan aje dia.” Salwa berbisik halus pada cuping telinga Azyan. Risau bila lihat muka Azyan senyum menakutkan gitu. Ingat lagi kisah dua budak lelaki yang kononya ala-ala nakal di sekolah mereka dulu. Budak-budak junior tu mereka. Diaorang lemparkan batu pada kepala Azyan hingga berdarah sebab marahkan Azyan yang report pada guru displin kerana merokok dalam tandas. Azyan siap boleh kasi senyuman manis kat mereka lagi. Tapi mereka tak tahu itu senyuman untuk membalas dendam. Balik sekolah memang budak dua orang tu kena hentam teruk dengan Azyan. Langsung tidak berani mahu pandang Azyan lepas itu. Tiada sesiapa yang tahu hal tersebut kecuali dia. Budak dua orang tu pun tidak berani buka mulut lepas kena ugut dengan Azyan. Layak sangat dia pegang jawatan ketua pengawas di sekolah dahulu. Ramai pelajar yang takutkan dia.
“Kau ke tepi Wawa. Aku nak kasi ajar mamat sengal ni. Bebintang kepala aku kena bola tahu.”
“Jangan rosakkan program kita Yan. Kaukan nak jadi feminin. Nanti lari pulak buah hati pengarang jantung kau bila dia lihat kau ganas macam ni. Kau pun tahu Haziq selalu jogging dekat kawasan sini.” Salwa cuba memujuk Azyan. Harap-harap menjadilah. Bila gorilla mengamuk ingat senang ke nak kasi dia cool balik. Payah…
“Emmmmmm…betul jugak kata kau. Malu aku jika Haziq lihat aku jadi gorilla depan mata dia. Melepaslah aku nanti. Aku kan dalam proses dan nak jadi awek dia. Turun peratusan markah aku nantikan.” Termakan juga Azyan dengan kata-kata Salwa. Salwa menarik nafas lega. Keadaan sudah selamat. Sebut nama Haziq akan buat Azyan menukar fikiran. Apalah yang menarik sangat pada Haziq yang nampak baik pada pandangan mata perempuan itu. Hipokrit adalah. Azyan pun boleh tersangkut. Gagah ke Haziq tu depan mata Azyan? Rasanya Azyan lagi gagah dari mamat yang konon perasan macho tu.
Si pemuda masih terkebil-kebil melihat gelagat gadis cun depan matanya itu. Entah apalah yang dibincangkan oleh kedua-dua gadis cun itu. Bola dia masih belum dipulangkan. Teman-teman sepermainan tengah menunggu. Games masih berjalan.
“Cik adik…bola saya.” Dia sudah menadah tangannya.
“Ambiklah…” Azyan melontar kasar kepada pemuda terbabit. Ganasnya gadis cun ni. Pemuda itu berbisaik dalam hati. Dia masih cuba mengingati gadis cun itu kerana mereka seakan pernah berjumpa. Otaknya tidak berfungsi dengan baik. Arial masih kabur tak dapat line.
“Wawa…jom blah.” Azyan menarik lengan Salwa.
“Awak bernasib kali ini.” suara Salwa perlahan sewaktu melepasi pemuda terbabit. Pemuda itu mengarukan kepala. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Salwa itu. Bola sudah berada dalam tangan. Dia berlari mendapatkan kawan-kawannya semula.
“Handsome kan mamat tadi tu.” Salwa bersuara ketika mereka sedang mengadap
teh tarik di kedai mamak.
“Handsome ke?” balas Azyan acuh tak acuh. Hatinya sedang bengkak. Wajah Haziq tidak nampak ini hari. Ponteng pulak mamat tu berjogging. Penat saja dia bersiap cantik-cantik untuk menarik perhatian Haziq.
“Handsome la dia. Aku suka kat rambut dia yang ala-ala Korean tu. Kaukan suka hero-hero citer Korean tu. Dia lebih handsome dan cute dari Haziq apa.” desis Salwa. Alahai…awat kau buta sangat Azyan oiii! Mamat tadi memang lebih handsome dari Haziq. Ada iras-iras dengan Eiji Wentz tu. Bertuah kalau sapa-sapa yang jadi girlfriend dia. Berdengup kencang jantung ku.
“Kau ni kenapa Wawa. Merah muka kau. Dah mula naik mianglah ni. Aku tengah tension kau boleh buat muka menggatal kau tu.” Azyan menarik cuping telingan Salwa. Menjerit kecil temannya tu. Muncung sedepa mulut Salwa. Kemudian dia tersengih.
“Relaks Yan. Mengapa nak tension-tension gini. Kau takut sangat tak dapat pikat si Haziq tu naper. Kau tu lebih cun dari Mel la. Peluang kau lebih cerah Yan. If kau Risau sangat kau bagilah surat cinta kau pada Haziq. Bak kata pepatah siapa cepat dia dapat.” Salwa menghirup perlahan gelas teh tarik mamak kegemarannya. Kalau dah sejuk tak rasa dah nikmat teh sudah ditarik-tarik oleh mamak tu tadi. Azyan menongkat dagu. Tak berkerdip mata dia pandang cara Salwa menghirup teh tarik. Control ayu si Salwa ni. Aku tahulah kau tengah curi perhatian mamat duk selang dua meja dari kita tu. Menggatal betul kau Salwa!
“Mamat bermisai lebat tu pun kau berkenan Wawa.” komen Azyan.
“Tu taste akulah Yan. Aku suka. Lagi-lagi kalau ada misai melentik macam ayah kau. Macho….”
“Suka hati kaulah Wawa.” Azyan memulas botol coke yang dipesan. Minuman kesukaan sejak azali lagi. Wajah kacak Haziq terbayang di ruang mata Azyan. So Azyan mulala imbas-imbas kembali pertemuan pertama dia dengan si Haziq tu. Jika tidak kerana peristiwa dia selamatkan kucing dari dilanggar motorsikal Haziq, dia tidak berpeluang berkenalan dengan mamat tu.
“Awak tidak apa-apa?” suara yang ada nada kerisauan itu buat hati Azyan cair. Haziq tidak kisah dengan motorsikalnya yang sudah terbabas masuk ke dalam longkag. Dia lebih pentingkan keadaan aku tu yang best. Juga tidak hiraukan luka-luka kecil di-
tubuhnya. Itu buat Haziq nampak gagah dalam mata Azyan. Azyan bingkas bangun sambil memaut kucing yang diselamatkan tadi. Apa lagi buatlah muka yang lemah lembut seorang gadis ayu.
“Tak apa-apa. Sikit je.” balas Azyan dengan selembut-lembut suaranya. Ala Azyan tidak kisah sangat dengan luka takat gitu. Diakan gadis yang gagah. Tak rocklah luka sikit dah menangis beb. Ini Nur Azyan anak Encik Idris.
“Sikit awak cakap. Tengok lengan awak tu berdarahlah.” Haziq keluarkan sapu tangan dari poket seluarnya. Berhati-hati dia membalut luka pada lengan Azyan. Aduh! Hati Azyan dah dicuit dek keprihatinan Haziq. Timbul simbol love dalam anak mata Azyan.
“Terima kasih.”
“Saya yang patut ucapkan terima kasih pada awak. Kalau bukan kerana awak pasti saya sudah langgar kucing yang comel ini.” Haziq tersenyum. Dia usap lembut bulu kucing yang berada dalam pegangan Azyan itu. Memang cantik senyuman Haziq. Merah padam wajah Azyan. Kelu lidah Azyan nak bersuara.
“Awak pun comel macam kucing ni.” sambung Haziq lagi. “Alamak! Saya nak lewat ni. Saya kena gerak dululah ye.” Dia berlari-lari anak ke arah mortorsikalnya. Mengangkat motorsikal yang jatuh. Seketika Haziq hilang dari padangan mata Azyan. Azyan sudah terpaku. Rasa terawang-awang dengan pujian Haziq tadi. Dia kata aku comel….Yes! aku dah jumpa! Aku dah jumpa bakal menjadi permaisuri hatiku! Apa pulak permaisuri hati kau Cik Nur Azyan oiii! Raja hatiku lah. Azyan tersenyum-senyum sampai lupa coke yang dituang sudah berbuih-buih keluar dari gelasnya. Salwa gelengkan kepala. Berangan teman seorang ni. Dia ketuk perlahan kepala Azyan.
“Adoiiii! Kau nak kena belasah ngan aku ke Wawa?” gerutu Azyan.
“Kau tu berangan sampai ke benua Afrika. Tengok air kau dah tumpah atas meja ni.” desis Salwa. Azyan tersentak. Cepat-cepat dia behenti dari menuang. Basah lapik meja kedai mamak tu. Azyan tarik nafas panjang.
“Kau berangan Haziq lagi ya.”
“Sibuklah kau ni Wawa.”
“Yan…Yan….” Salwa menciut-cuit bahu Azyan.
“Apa lagi ni.”
“Abang Zuan kau and the gang.”
“Lantak pi dengan dialah. Abang Zuan memang penduduk tetap di kedai mamak corner ni. Kau nak hairan apanya.”
“Yang aku hairan sebab mamat tadi tu ada dengan abang kau sekalilah.” Salwa tudingkan jari ke arah Azuan dan geng-gengnya. Lantas Azyan berpaling. Memang betul kata Salwa. Mamat tadi tu satu kumpulan dengan abangnya, Azuan. Azyan hentak tangan atas meja. Dia bingkas bangun tak puas hati! Bukan dengan mamat tu tadi tapi dengan abangnya. Kebelakangan ini Azuan tidak lagi ajak dia main bola bersama.
“Yan…” Salwa menurut langkah Azyan merapati meja Azuan and the gang.
“Ehemmm…ehemmmm…” Azyan berdehem kecil. Azuan yang asyik berborak angkat kepala. Azuan buat muka poyo. Adik kesayangannya ada minum di sini jugak. Dia pandang Salwa di sebelah Azyan. Salwa tersengih sambil jungkit bahu.
“Ya…ada apa yang abang boleh bantu adik kesayanganku?” soal Azuan. Azyan mencebik.
“Jangan buat-buat tidak tahu ya.” Azyan menunjukkan jari atas kepala. Azuan menjuihkan bibirnya.
“Ala kena sikit je tu. Kepala Yan kan keras. Takder hal kan.”
Mamat tadi tu hanya membisu sambil mencekik mee goreng yang telah terhidang atas meja sebentar tadi. Malas nak ambil port dalam perbualan adik-beradik tu. Tak duga pulak jumpa minah cun tu lagi. Dan lebih tak sangka minah tu adik Azuan teman sefakultinya.
“Orang main bola tuju tiang gol bukan tuju kepala orang. Reti ke tak ni main bola. Kalau tak reti Yan boleh ajarkan.” Azyan seakan memerli. Mamat tu senyap je. Ligat menyuap mee gorengnya.
“Yan bukan main bola tapi hentak kaki orang. Itu sebab abang dah tak ajak Yan main bola dengan abang dah. Abang boleh kira berapa orang member abang yang kakinya lembam Yan tackle.” Teman-teman Azuan ketawa. Mamat tu masih senyap sambil meneruskan suapan. Kenal sangat mereka dengan adik Azuan ni. Cun tapi ganas. Nak mengorat kena fikir dua tiga kali.
“Argh! Sapa suruh diaorang kawal Yan ketat-ketat. Salah diaoranglah bukan salah Yan tau!” protes Azyan.
“Memang dah sahlah ni.” Mamat yang tadi tu diam bersuara. Dia angkat kepala. Lebar senyuman di bibirnya. Mee goreng satu pinggan dah habis dia pulun kasi licin. Lapar lepas main tadi. Tak berkerdip mata Azyan melihat pemuda itu. Betul kata Salwa yang mamat ni ada stail ala-ala Korean. Kacak pulak tu. Apa ni Yan. Kau nak menduakan Haziq ke? Azyan cepat-cepat membuang anasir yang ingin meracuni fikirannya. Haziq tetap yang terbaik. Hanya Haziq bertakhta di hati.
“Apa yang sahnya Syakir?” soal Azuan. Oooo….mamat ni namanya Syakir. Aik! Macam pernah ku dengar namanya ini. Tapi di mana ya? Azyan mengaru-garukan kepala. Seketika…dia bulatkan biji mata sebulat-bulatnya. Alamak! Syakir yang itukah? Azyan sudah menyorotkan mata. Mereka saling bertentangan anak mata tanpa berkelip. Azuan kerutkan dahi begitu jugak dengan yang lain. Apa hal pulak ni. Syakir dan Azyan saling mengenalikah?
“Cicak kobeng!” lantang suara Azyan. Azuan dan yang lain tersentak. Syakir genggam penumbuk. Dunia ini memang kecil. Patutnya muka awek cun ni familiar semacam. Hampir dia tidak dia kenali kerana imej awek ni dah banyak berubah.
“Gorilla tak sangka kau dah banyak berubah ye. Patutla aku tak beberapa cam mula-mula jumpa kau tadi.” Syakir tersengih.
“Apa kau peduli cicak kobeng. Itu aku punya pasallah.”
“Elok kita dah berjumpa ni maka aku akan menuntut balik barang yang kau dah curi dari aku dulu. Setahun aku menunggu untuk bertentang dua mata dengan kau tahu! Kita memang ada jodoh!” Terangkat-angkat kening Syakir. Azyan cebikkan bibir. Ada jodoh! Sorilah Encik Muhammad Syakir Bin Ilyas oiii! Hatiku sudah berpunya. Lagi satu aku tidak pernah mencuri barang milik kau. Sedap-sedap hati je tuduh aku curi barang dia. Dasar cicak kobeng. Hidup lagi rupanya. Ingatkan dan melingkup entah ke mana lepas STPM. Tak pun dah meninggal! Cik Nur Azyan…tak cakap begitu. Ya Allah! Jahatnya mulut aku ni.
“Hey! Aku tak pernah curi-curi apa dari kau tahu! Kau ingat aku kebuluran nak ambik barang berharga kau itu! Ayah aku berduit tau! dia tak ajar aku mecuri! Porrahhhh!” Dengan cicak kobeng ni bahasa Azyan memang tidak pernah elok. Bahasa kasar je yang sesuai. Pastinya cicak kobeng ini satu universiti dengan abang-abang aku termasuklah dengan aku sekali. Parahhhhhhh!
“Kau kenal dengan adik aku ni ke Syakir?” Azuan mencelah. Agaknya Syakirlah yang dok selalu Azyan yang cerita masa Azyan sekolah menengah dulu. Kalau bercerita tak pernah yang baik-baik. Asyik mengutuk je kerjanya.
“Lebih dari kenal. Musuh ketat aku masa form six dulu.” balas Syakir.
“La…kau ke Syakir. Makin hensem kau ye. Dulu kat sekolah kau selekeh je. Selalu buat hal dengan Azyan. Budak paling nakal katakan.” Salwa menyampuk pula. Banyak perubahan dilihat pada Syakir. Dulu kurus melidi sekarang dah tough. Handsome nya…
“Budak nakal terhormat. Nakal-nakal aku tetap number one dalam carta sekolah. Mana gorilla boleh challenge.” Dia menjeling Azyan dengan ekor matanya. Seram sejuk Azyan. Jelingan yang boleh menegakkan bulu roma Azyan.
“Yan…tak perlulah kau susah-susah nak cari jejaka tampan lagi gagah. Depan mata kau dah ada dah. Syakir ni punya ciri-ciri yang kau inginkan. Budak pintar ni.” Azuan menepuk-nepuk bahu Syakir. Uwekkkk! Nak muntah aku. Geli-geleman aku dipadankan dengan si Syakir ini. Dulu aku ada gak menaruh hati pada Syakir tapi bila dah tahu siapa Syakir minta maaflah. Syakir lelaki yang merbahaya. Kalau boleh dia mahu menjauhikan diri dari Syakir. Arghhhhhhhhh! Mengapakah aku harus dipertemukan dengan lelaki ini semula! Azyan menjerit-jerit dalam hati. Lelaki inilah yang aku paling nak elakkan.
No comments:
Post a Comment