Tab Menu

Followers

Tuesday, February 9, 2010

Coke And Sundae_8

LANTAKLAH! Kali ini aku tidak mahu lari lagi. Aku sukakan Azyan. Maka aku mesti selamatkan dia dari budak-budak berguna itu. Aku tidak mahu kalah dengan Syakir. Begitulah kata hati Haziq. Dia mengumpul segala kekuatan ala-ala macam siri ultraman rancangan kegemaran kanak-kanak. Ala orang dewasa pun tonton jugalah. Ultraman kalau dah lemah lampu kat dada tit tot tit tot bunyinya. Masa itulah Ultraman akan bertambah kuat dan sekaligus menghapuskan raksasa. Cerita Ultramanlah pulak.

Setelah mengumpul kekuatan, Haziq membuka langkah besar. Langkah yang cukup mengegarkan taman bunga itu konon-kononnya. Namun kerlingan tajam pengunjung di situ tidak terarah kepada Haziq sebaliknya bulat mata mereka menyaksikan adegan tumbuk-menumbuk Azyan dengan kelima pemuda yang hanya watak kecil dalam cerita ini. Cukup ganas dan mengerikan. Boleh dilabel 18SG kalau disiarkan dalam peti televisyen. Ada yang menutup mata anak-anak mereka dari menonton keganasan seorang gadis yang selama ini kononnya mahu berubah menjadi feminin.

Syakir memerhati dengan senyuman tapi Nani dan yang lain sudah mengangakan mulut masing-masing. Tak berkelip mata mereka dibuatnya. Sukar nak percaya apa yang mereka lihat. Sadis sekali keadaan kelima pemuda nakal itu. Wajah Azyan sudah menyinga macam gorilla yang kehilangan anak. Lebih menakutkan dari raksasa Ultraman.

“Betul ke apa yang mata ku lihat ni?” Sufi bertanya pada dirinya sendiri. Sufi menggosokkan matanya berkali-kali. Nak percaya atau tidak? Tapi kalau tak percaya tak logiklah pula sebab memang realiti.

“Kuatnnnnnnnnyaaaaaaaaa….” Mat Karan sudah memaut leher Hamidi. Diusap-usap rambut pendek Hamidi ala-ala Mawi itu.

“Aku dah cakap tiada sesiapa yang dapat mengalahkan gorilla kalau dia dah mengamuk. Dia orang yang patut menjaga keselamatan diri jika bertemu dengan gorilla yang terlepas dari kandang.” ujar Syakir. Syakir membuka langkah. Baru setapak melangkah ada ribut taufan telah mendahului Syakir terlebih dahulu. Siapa lagi kalau bukan Haziq.

Haziq yang tercungap-cungap seperti orang kena penyakit asma. Seketika dia sudah mampu mengatur kembali penafasannya. Dia angkat kepala. Matanya membulat
besar sebesarnya. Kelima-lima pemuda itu sudah terlentang atas rumput dengan muka yang penuh lembam sana sini. Apakah dia sudah terlewat. Syakir terlebih dahulu menunjukkan heronya depan Azyan.

Azyan menyorot pandangan ganas ke arah Haziq. Lelaki tidak berguna. Berani meninggalkan dia bersama sampah yang luaran punyalah nampak hebat tapi hampeh! Lembik! Seorang perempuan yang cantik lagi comel ini pun tidak mampu mereka nak kalahkan. Malulah mereka menjadi kaum lelaki.

“Yan…awak tidak apa-apa?” Haziq meluru mendapatkan Azyan. Memeriksa keadaan Azyan yang sememangnya sedikit pun tidak punya sebarang kecederaan.

“Lelaki pengecut!” getus Azyan. Kolar baju Haziq direntap kasar. Haziq tersentak. “Berani kau biarkan aku bermain-main dengan lima ekor budak lembik nak mampus ini! Kau memang sengaja cari nahas dengan aku!” Azyan sudah menayangkan buku limanya pada muka Haziq. Sikap yang disembunyikan terpapar luas menjadi tatapan penonton-penonton siri drama tidak popular ini.

Tertelan air liur Haziq. Mak oiiii! Garangnya! Sahlah kelima-lima pemuda itu Azyan yang mengerjakan mereka dan bukannya Syakir. Ketakutkan menyelubungi hati Haziq. Tidak menduga Azyan perempuan yang begitu gagah dan lebih kuat dari dia. Azyan tak ubahlah macam watak Shu Qi dalam filem My Wife Is a Gangster.

“Maafkan aku Yan. Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau. Aku…aku…” Haziq bersuara terketar-ketar. Berpeluh-peluh satu badan.

“Dia memang pengecut tapi itu bukan salah dia. Sejak kecil lagi dia memang selalu kena buli dengan sampah lima ekor ini. Akulah penyelamat dia ketika dia dibuli.” Syakir dan ahli-ahli kelab teaternya tunjuk muka depan Azyan dan Haziq. Terkejut beruk Azyan. Kurang asam! Syakir dan budak-budak kelab teater menghendap dia dating rupanya!

“Kau menghendap aku ya!” Azyan makin berang. Kolar baju Haziq dilepaskan. Dia pergi mengadap Syakir yang duk tersengih memperlihatkan gigi-gigi putihnya. Geng kelab teater menyorok belakang Syakir. Masing-masing berdoa agar tidak dibelasah oleh Azyan.

“Kau ingat aku teringin sangat nak mengendap kau berdating dengan Haziq! Minta maaflah. Dari aku menghendap kau baik aku pergi Zoo tengok beruk yang bergayut atas pokok tu.”

Nani menepuk dahi. Ke situ pulak si Syakir ni.

“Habis kalau kau pergi melawat kawan kau yang suka bergayut atas pokok tu mengapa kau ada kat sini pulak!”

“Kau pun satu kaum dengan kawan aku yang bergayut dalam Zoo tu jugak. Bezanya kau terlepas dari kandang je. Itu aku datang nak jinakkan kau balik masuk kandang.”

Celaka punya Syakir. Berani dia samakan aku dengan beruk-beruk dalam Zoo itu. Ini boleh lebih mendatangkan marah! Azyan dan Syakir mula saling pandang-memandang. Tunggu masa saja Azyan akan menerkam Syakir.

“Tapi Azyan…awak memang lebih kuat dari saya ye.” suara Haziq buat kepala Azyan berpaling. Haziq melemparkan senyuman yang selalu buat Azyan angau berhari-hari itu tapi tidak pada hari ini.

“Kenapa? Salahkah saya kuat macam lelaki? Awak takut?” Azyan menyeringai.

“Saya suka. Saya tak kisah awak lebih kuat dari lelaki. Saya memang sukakan awak….Yan. Pada saya awak tetap ayu dan comel.”

Wajah ganas Azyan berubah sekelip mata. Telinga dia tidak salah dengar ke? Mata Syakir terbeliak. Kata-kata yang tidak disangka keluar dari mulut adik sepupunya itu. Bila pulak budak seorang ini tukar selera suka pada perempuan kuat! Aduh! Masalah ini! Dia tidak boleh biarkan Haziq mengorat buah hati pengarang jantungnya itu.

KALAU petang tadi Azyan menyeringai malam itu pulak wajah Encik Idris yang menyeringai hingga buat bulu roma ketiga-tiga anak tersayangnya menegak. Azuan dan Anuar tak tahu nak kata apa dah. Berat juga kes yang diterima hari ini. Sampai di bawa masuk ke dalam balai polis. Mujur saja salah laku itu berpunca dari budak-budak jahat lima ekor itu. Kalau tidak masalah berat jadinya walaupun memang dah jadi berat.

Azyan yang diberi nasihat itu menundukkan kepala. Entah dengar entah tidak nasihat yang berbuih-buih keluar dari mulut ayahnya itu. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Insaf hari ini esok buat lagi. Biasalah tu.

“Kata nak jadi perempuan lemah lembut dan ayu jelita. Tapi bertukar jugak jadi gorillanya. Kalau nak belasah pun jangan sampai budak-budak itu tak boleh bangun Yan. Belasah ala kadaar sudah! Kau nak robakkan poket duit ayah ke? Sudahlah sebelum ini ayah dah robakkan poket menanggung kos perubatan budak Fadhil anak Mak Timah radio tu.”
Azyan ketawa. Ayah pun dah gelarkan mak kesayangan budak Fadhil tiga suku Mak Timah radio juga. Dah terikut dengan anak daranya ini.

“Yan….” Azuan menyiku lengan Azyan. Azyan menekup mulut.

“Itulah Nuar…ayah dah cakap jangan mengajar adik kau jadi kuat. Tapi kau degil. Biarkan saja dia masuk seni mempertahankan diri. Dah kuat begini siapa yang susah! Rosak satu-satunya anak dara ayah tahu.”

“Ala ayah dah lupalah tu. Ayah pun setuju juga masa Nuar usulkan mahu ajar Yan jadi kuat. Masuk kelab takewando. Ayah kata senang tak adalah susah sangat nak jaga anak gadis ayah macam jaga lembu satu kandang.” Anuar membalas.

“Telajak perahu dah tak boleh berundur dah ayah. Lagipun Yan just mempertahankan diri dari budak-budak lembik nak mampus tu. Siapa suruh mereka menjolok sarang gorilla di hutan.” celah Azuan. Azyan tersengih. Terima kasih abang-abang ku kerana membela adikmu yang agak nakal ini.

“Itulah abang dah cakap jangan nak jadi feminin sangat! Nak cantik! Kan dah susah bila jadi comel gini. Lelaki mulalah naik miang.” Anuar menarik telinga Azyan. Azyan mendengus kecil.

Apa ni main-main tarik telinga orang! Anuar berbeza sikitnya dari Azuan. Anuar agak garang dan tegas dengan Azyan. Azuan berlembut sikit. Suka manjakan Azyan. Itu sebab Azyan lebih rapat dengan Azuan berbanding Anuar. Ala dua-dua Azyan sayang cuma sayang sikit lebihnya pada Azuan. Azuan understanding.

“Apa salahnya dia nak jadi cantik. Dulu dahlah jadi budak nerd ke hulur-hilir tak lekang dengan buku. Bukan setakat gorilla dapat gelaran bahkan digelarkan ugly duckling dekat sekolah. Itu sebab Azyan menjadi seorang gadis yang amat menakutkan. Renung orang macam nak makan orang.” bidas Azuan. Encik Idris di depan mata tidak dihiraukan lagi oleh dua beradik itu. Azyan pun begitu. Encik Idris bagaikan sudah tidak wujud dihadapan mereka. Baik punya anak.

“Buat apa nak jadi cantik. Aku lebih suka Yan yang lama. Lagi comel dan cantik. Kalau lelaki tak pandang pun tak apa. Nak tengok perempuan bukan dari luarannya tapi dari dalam ni hah.” Anuar tetap tak mahu mengalah.

“Hmmmm. Sampai ke tualah adik kita tak kahwin. Penampilan pun kena jaga jugak. Ini tidak hodoh sangat penampilan yang kau syorkan dulu buat Yan. Aku bukan apa Nuar. Sesekali biarlah ada imej pada adik kita ni walaupun dia terlalu ganas dan menakutkan. Dah ayah muka ganas, kau dan aku pun muka ganas. Adik yang comel pun kau nak jadis ganas. Patutlah seram sejuk bebudak lelaki dan perempuan nak kawan dengan Azyan. Nasib ada si Wawa tu.”

Azuan dan Anuar mula berdebat. Azyan pulak ikut join sekaki. Terangguk-angguk kepala menyokong Azuan. Encik Idris gelengkan kepala. Boleh pulak mereka tukar topik berbual. Perlahan-lahan dia berdehem kecil. Ketiga-tiga anaknya berpaling kepala memandang si ayah yang sudah tersengih penuh makna.

“Amboi meriahnya. Langsung tak pandang ayah ye.” suara Encik Idris.

“Maaflah ayah. Kitaorang terover pulak.” balas Azuan dengan sengihan di bibir. Tangan kanan mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Yan.”

“Ya ayah.”

“Ayah nak Yan janji dengan ayah satu perkara.” Mungkin ini saja caranya Encik Idris dapat menyekat sikap baran Azyan.

Lama Azyan berdiam barulah dia anggukkan kepala. Biarlah kali ini dia mendengar sikit cakap ayah. Siapa suruh dia degil sangat.

“Dalam masa satu bulan ini ayah tak mahu Yan guna langsung kekuatan yang ada dalam diri Yan itu. Sedikit pun tidak boleh. Berjanji dengan ayah…Yan.” Encik Idris merenung tepat ke dalam anak mata Azyan.

“Dengan lipas pun tak boleh.” Azyan mulalah buat lawak bodohnya.

“Nur Azyan….” Encik Idris keraskan suaranya. Azyan ketawa kecil. Suka benar kalau tengok wajah ayahnya marah. Merah satu muka.

“Okaylah…okaylah…Yan berjanji dengan ayah.” Azyan megangkat sebelah tangannya. Tidak sampai hati mahu mengecewakan ayah tersayang. Setegas-tegas ayah dia tetap sayangkan ayahnya. Selama ibu tiada ayahnya yang menguruskan keluarga. Ayahlah ketua keluarga dan ayah jugaklah suri rumahtangganya. Kesian ayah. Anak-anak pula degilnya tak usahlah nak cakap. Terutamanya Azyan.

Bunyi telefon membuatkan ayah terpaksalah meminta diri dahulu. Sah-sahlah panggilan itu dari orang yang dikenali ayah. Kalau tak kenal masakan dia nak telefon ayah kan.

“Yan boleh ke tunaikan janji pada ayah tu.” bisik Azuan halus.

“Ermmmm…InsyaALLAH….Yan rasa Yan boleh tunaikan janji pada ayah. Lagipun sebulan tu bukannya lama. Pejam celik dah sebulan.”

“Harap-harap begitulah. Kali ini Yan akan dapat pengajaran sewajarnya. Itulah ikutkan sangat sikap panas baran Yan.” Azuan menepuk-nepuk bahu adiknya. Azyan mengulum senyuman.

“Tak mengapa. Kalau Yan dibuli laungkan saja nama abang Nuar.”

“Tak payahlah Nuar. Sebelum itu kau selesaikan dulu problem kau dengan awek psycho kau itu dahulu. Kau pun dah berada dalam keadaan genting tu.” desis Azuan.
“Sibuklah kau. Hal aku tahulah aku uruskan.”

“Hehehehe…apa susahnya. Abang terima saja lamaran awek psycho tu. Lagipun dia cun lah. Yan suka.”

“Sah kau orang berdua menghendap aku ye.” Anuar mengetap bibir.

“Memang dah sah pun kami menghendap abang Nuar. Lagi pun Abang Zuan yang ajak tumpang sekaki dengan dia. Kalau dapat tengok babak yang panas pastinya kami dah rakamkan untuk abang Nuar tau.” Azyan mula ketawa mengekeh. Diikuti oleh Azuan. Ayah yang berada diruang hanya menjeling anak-anaknya. Entah apalah yang diusik oleh Azyan dan Azuan pada Anuar.

No comments:

Post a Comment