Tab Menu

Followers

Friday, February 19, 2010

Coke And Sundae_11



BERKELIP-kelip mata Azyan menerima jambangan bunga ros yang harum semerbak itu. Seumur hidup dialah…dia tidak pernah menerima jambangan bunga sebegini. Macam tak percaya pula dia dapat bunga. Bermimpikah dia? Tapi bila dia cubit pipi kirinya rasa sakit. Jadi tak bermimpila tu. Tidak menduga ada juga peminat yang diam-diam ubi. Kata orang putih ‘secret admire’.
            “Siapa bagi. Haziq ke?” Salwa bertannya sebaik saja melabuhkan punggung di sisi Azyan.
            “Malam sikit. Bukan Haziqlah. Aku pun tak tahu siapa pemberinya.” Azyan menyerahkan kad kecil yang terlekat pada jambangan bunga itu kepada Salwa.
            Salwa membelek-belek kad tersebut. Tiada apa-apa yang ditulis dalam kad tersebut. Kosong! Peminat misteri ni.
            “Orang gila agaknya yang bagi kau bunga. Hati-hati sikit Yan.” Salwa menunjukkan wajah kegusaran. Azyan menggaru kepala yang tidak gatal. Ada betulnya juga kata-kata Salwa itu. Sebelum ini dia tidak pernah punya peminat misteri.
            “Ermmm…Tapi…” Pasti ada tapinya. “Orang gila mana pandai hantar bunga Wawa. Orang gila duduk dekat tanjung rambutan.”
            “Betul juga tu.” Salwa pula menggarukan kepala. “Lupakan pasal pengirim bunga kau ni. Esok ada perlawanan bola antara kolej. Kau tak nak ikut aku tonton perlawanan bola. Setahu aku abang kau wakil kolej kitakan. Aku dengar Syakir pun turun padang gantikan tempat salah seorang striker yang tercedera masa perlawanan persahabatan.”
            “Syakir main bola? Hahahahaha…” Azyan gelak sakan.
            “Kenapa kau gelak?”
            “Aku tak percaya yang cicak kobeng tu boleh main bola. Takkan kau dah lupa aku pernah kalahkan dia masa sekolah dulu.”
            “Kau ni tak habis-habis panggil dia cicak kobenglah Yan. Dia bukannya kurus melidi macam dulu. Dia sudah bertubuh sasa tau. Ada otot-otot menonjol gitu walaupun tak sebesar otot Arnold susah nak eja pelakon Terminator tu.” Salwa mencebik. Kadang-kadang dia tak puas hati juga dengan sikap Azyan yang terlalu anti dengan Syakir. Syakir taklah sejahat mana. Nakalnya tetap ada.
            “Azyan….” Lima kepala tertonjol di balik pintu. Muka-muka jambu pulak tu. Azyan sudah mengeluh panjang. Gadis lima sekawan itu tidak sudah-sudah mahu mengacau hidupnya sejak seminggu yang lalu. Semuanya pasal Syakir yang perasan handsome sangat tu.
            “Kau orang nak apa lagi.” balas Azyan acuh tak acuh.
            Gadis-gadis itu tersenyum. Mereka merapati Azyan sambil menyerahkan sebuah beg kertas kepada Azyan. Hadiah untuk Syakir lagilah tu. Rimaslah bila ada gangguan begini. Terutamanya bila melibatkan si hantu itu.
            “Tolonglah Yan.” Yang tinggi lampai merayu. Hanya Azyan yang boleh membantu mereka kerana Azyan saja dapat merapati jejaka pujaan ramai itu.
            “Korang boleh minta tolong pada Kak Nani. Kak Nani satu kelas dengan Syakir pujaan hati korang.”
            “Kami dah minta tolong. Tapi Kak Nani demand tinggi. Tak laratlah.”
            “Apa korang ingat aku ni rapat benar dengan Syakir! Aku masuk kelab teater hanya kerana dipaksa tahu tak! Aku ulang sekali lagi dipaksa!” Azyan merenung tajam kelima-lima gadis itu.
            “Oklah…oklah….lepas ini kau berlima jangan ganggu aku lagi tahu! Aku akan tolong korang.” Azyan mengalah. Tak larat nak berlari menyorok dari budak perempuan berlima itu lagi. Makin lari makin dikejar.
            “Terima kasih Yan.” ucap budak perempuan berlima itu serentak.
            “Tak perlu ucap terima kasih. Anggap saja aku beramal.” desis Azyan. “Dah….dah… sakit mata aku tengok muka korang ni lama-lama kat sini. Baik korang blah sebelum aku tukar fikiran.”
            Sepantas kilat kelima gadis itu ghaib dari pandangan mata Azyan. Ternganga mulut Salwa hingga Azyan terpaksa menutup mulut teman baiknya itu.
            “Itu baru lima orang…” ujar Azyan seraya memasukkan buku-buku ke dalam beg. Dia mahu ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan. Tesis Encik Tamdan tidak boleh dilengah-lengahkan. Lagipun Azyan tidak suka buat kerja bertangguh macam Salwa.
            “Kau nak ikut aku pergi library tak?” soal Azyan. Dia sudah bersiap untuk bergerak. Salwa terkebil-kebil merenung Azyan.
            “Nak ikut ke library tak?” ulang Azyan lagi.
            “Aku ikut.”

“AZYAN!” Ekor kuda Azyan direntap. Meyeringai gadis itu. Siapa lagi punya kerja kalau bukan Syakir. Suka-suka hati tarik ekor kuda orang! Salwa ketawa kecil. Syakir kalau menyakat Azyan mesti tarik tocang rambut Azyan.  Kak Jue penjaga perpustakaan meletakkan jari telunjuk di bibir. Isyarat menyuruh mereka diam.
            “Kurang ajar!” gerutu Azyan. Warna muka sudah bertukar menjadi merah.
            “Hehehehe…Apa hal nak jumpa aku? Kau nak bagi surat cinta juga ke?” Syakir
melirik senyuman.
            “Tak kuasa aku nak bagi surat cinta pada kau. Kau ingat aku kemaruk sangat dekat kau. Pleaselah….geli-geleman aku!” Azyan buat muka. Syakir ketawa.
            “Jangan…Aku calit kau nanti buat kau gila sama aku. Siang malam tak boleh tidur.”
            “Eloklah tu buat kerja syirik. Tuhan marah tahu!”
            “Hmmmm…oklah. Apa tujuan kau cari aku ni.”
            “Ini…” Azyan hulurkan beg kertas kepada Syakir. Syakir rasa dia sudah boleh agak kandungan dalam beg kertas tersebut.
            “Hadiah untuk aku lagikah?” soalnya.
            “Ya. Dari peminat fanatic kau! Kau tahu tak peminat-peminat kau itu menyusahkan hidup aku! Cepat-cepatlah kau cari girlfriend Syakir.”
            “Apa kata kau yang jadi girlfriend aku.” tutur Syakir selamba.
            “Apa kau kata tadi? Aku tak dengarlah.” Azyan menyuakan telinganya. Syakir mendengus kecil. Pekak betul perempuan seornag ni.
            “Apa kata kau jadi girlfriend aku!” jerit Syakir. Suara Syakir yang kuat menarik perhatian pengunjung di perpustakaan itu.
Semua mata memandang ke arah mereka bertiga. Kak Jue yang asyik memerhati gelagat tiga pelajar itu menghampiri. Jari telunjuk Kak Jue menghala ke pintu keluar. Salwa menjungkit bahu.
            “Oklah…oklah…” Syakir mengatur langkah bila melihat wajah Kak Jue yang sudah menyinga. Kak Jue membuntuti Syakir. Azyan menarik tangan Salwa. Mereka melangkah keluar tanpa menghiraukan Syakir dan Kak Jue yang sedang bertekak. Mereka ketawa bila melihat Kak Jue menarik telinga Syakir. Padan muka!
            “Kau ni makin nakalah Kir. Dah dekat tahun akhir pun masih buat perangai lagi.” gerutu Kak Jue.
            “Nakal saya hanya pada Yan seorang saja kak. Kat orang lain tak.”
            “Kalau begitu gaya kau mengorat Kir, sampai bila-bila pun kau tak dapat.” Kak Jue gelengkan kepala. Syakir ketawa kecil.
            “Apa pun saya akan pastikan Azyan berada dalam genggaman saya, kak.”
            “Ayat kau buat akak meremang bulu roma Kir. Macam ayat Yakuza. Kau ni memang tak romantis langsung. Cakap suka main lepas. Akak kadang-kadang tak faham kenapalah budak-budak perempuan suka pada kau kecuali budak nama Azyan tu.”
            “Yang tak suka saya tu yang saya suka kak. Sebab dia pandang saya dari sudut lain. Perempuan macam Azyan yang saya cari. Dengan dia saya tak perlu jadi orang lain. Nak cakap pun kena jaga hati si pendengar. Kalau tidak muncung panjang sedepa. Rimaslah saya, kak.”
            “Tak faham akak dengan kau, Kir.”


4 comments:

  1. best...best...
    sambung2..
    nak n3 azyan jatuh cinta kat shakir huhuuhu
    :)

    ReplyDelete
  2. Ilya...betul ker nnt Azyan ngan Syakir bercouple...

    ReplyDelete
  3. hehhehe..yan nie teruk la...
    slow... hehhhee
    nice story kak ya, kan kak ct kan..?

    ReplyDelete