Tab Menu

Followers

Monday, February 21, 2011

Coke and Sundae II - Bab 3

SYAKIR mengukir senyuman di bibir. Senyuman Syakir mampu buat jururawat dan doktor wanita di situ hampir pengsan. Merah jambu warna pipi gebu masing-masing. Nasib baiklah doktor kesayangan mereka itu telah berumahtangga. Kalau tidak…faham-faham sajalah. Siapa yang tidak tergoda dengan doktor ala supermodel itukan. Doktor Muhammad Syakir Bin Ilyas seorang doktor yang peramah dan tidak lekang senyuman manis di bibirnya bila berkata-kata. Boleh dikatakan para jururawat dan doktor pelatih wanita berebut-rebut mahu bekerja dibawahnya.

            Populariti Syakir buat doktor lelaki lain agak rasa iri hati. Ada seorang doktor ini memang tidak boleh menerimalah kehadiran Syakir. Dia anti sekali dengan Syakir. Asal nampak saja kelibat Syakir dia pasti akan mengelakkan diri dari bersua muka dengan lelaki itu. Apa tidaknya, doktor wanita yang diminatinya secara terang-terangan menolak cinta dia. Semuanya pasal Syakir. Doktor yang dimaksudkan adalah Doktor Izmi. Orangnya boleh tahan. Tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap. Bertubuh agak tegap serta punya kumis nipis ala kumis Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

            Izmi patah hati apabila Musliha menolak lamaran cintanya. Dia tidak tahu apa yang kurang pada dirinya. Musliha pula membandingkan dirinya dengan Syakir. Apabila makan bersama saja, Musliha pasti akan menyebut perihal Saykir di depannya. Syakir itulah! Syakir inilah! Macam tiada doktor lelaki lain yang lebih hebat dari Syakir. Ingatkan orang sudah berkahwin ini tidak ramai peminat. Izmi silap besar. 

            “Wow! Kareena Kaapor!” Seorang kakitangan hospital bersiul kecil ke arah wanita yang sedang melenggang jalan ke kaunter pertanyaan itu.

            Izmi mengalihkan pandangan matanya. Dia turut terpukau melihat wanita berkenaan. Cantik! Sungguh cantik. Ada iras Kareena Kaapor. Solid habis tubuhnya. Mungkin wanita ini mahu melawat temannya yang sakit di sini. Kemudian wanita itu melangkah masuk ke dalam lif. 

            “Doktor Izmi…” Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Izmi tersentak. Dia segera berpaling. Syakir tersenyum memandangnya. 

            “You nak apa?” soalnya. 

            “Doktor Musliha cari you. Dia tunggu you di kantin.” balas Syakir. Dia kenyitkan mata. Izmi menjuihkan bibir.

            Musliha mahu bertemu dengan dia? Bukankah Musliha meluat mahu tengok muka dia. Izmi menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apa muslihat Syakir agaknya. 

            “Doktor Izmi…I tiada apa-apa perhubungan dengan Doktor Musliha. I sayangkan isteri dan anak I lebih dari nyawa I sendiri.” suara Syakir lembut. Dia berlalu pergi. 

            Doktor Izmi terpegun dengan kata-kata Syakir. Jarang Syakir serius begini. Dari kejauhan dia melihat seorang wanita menghampiri Syakir. Syakir mengucup pipi wanita berkenaan. Barangkali itu isteri Syakir. Wanita itu memalingkan wajahnya ke arah Izmi. Sekuntum senyuman menghiasi bibirnya. Izmi terpesona. Warna mukanya kemerahan. Isteri Syakir memang comel. Syakir mengangkatkan keningnya.

            Azyan menongkat dagu memandang wajah suami tercinta. Mekar senyuman di bibir comelnya melihat Syakir bersantap dengan selera sekali. Syakir jarang sekali makan di kantin hospital. Dia lebih suka menjamah bekalan makanan yang disediakan oleh isteri tersayang. Kebetulan hari ini Azyan datang ke hospital untuk melawat abangnya, Azuan. Azuan kemalangan motorsikal. Mujurlah keadaan Azuan tidak parah. Patah kaki kiri. Kes langgar lari. Hampir pitam juga Azyan bila ayah menelefon yang Azuan kemalangan. Bergegas dia hospital setelah meninggalkan Ameerul di rumah mertuanya.

            Pintu wad persendirian itu dikuak perlahan. Wajah comel Azyan tertonjol di muka pintu. Azyan tersengih melihat tangan Azuan yang sedang menjamah makanan itu. Syakir turut berada di belakang isterinya itu. Mereka merapati Azuan. Azuan sekadar tersengih sambil menunjukkan kakinya yang berbalut macam mumia itu. Celaka punya Mercedes! Bawa kereta macam pelesit. Lepas itu masuk jalan orang lain. Mujur dia tidak meninggal. Desis hati kecil Azuan.

            Azyan gatal tangan menyentuh kaki kiri Azuan yang berbalut. Keras semacam. Ini mesti kena simen ni. Azuan menyeringai. Tajam dia menjeling adiknya itu. Azyan buat muka tidak selamba dia. Dia pandang kiri dan kanan. Tidak nampak pula kelibat ayahnya, Tuan Mejar terhormat itu. Ke mana pula menghilangnya.

            “Azuan…I sudah belikan you buah epal…” Tiba-tiba sahaja Emelda meluru masuk. Azyan dan Syakir tersentak dengan kehadiran Emelda. Bila masa pula Emelda kenal dengan abang dia? Azyan mengerling Azuan. Emelda gigit bibir. Dia tidak menduga Azuan ada pelawat. 

Azuan tepuk dahi. Alamak! Kantoi! Apa yang dia nak berikan alasan pasal kedatangan Emelda. Lihat pada raut wajah Azyan dan Syakir mereka seakan perlukan perjelasan dari mulutnya. Azuan dan Emelda saling berpandangan.

            “Ada apa-apa yang kami ketinggalan ke? Baik Abang Zuan cakap cepat!” Azyan sudah menepuk-nepuk kaki kiri Azuan. Azyan tersengih panjang. Azuan menelan air liur. Ingatkan dah jadi bini orang aura gorilla adiknya itu sudah terhapus sama sekali.

“ABANG Zuan kau dan Emelda bercinta!” Terlopong mulut Salwa apabila mendengar kata-kata Azyan tadi. Perempuan menggeletis itu boleh jatuh cinta dengan Azuan. Macam tak percaya pulak. Tapi Emelda tidak seteruk seperti Emelda yang dulu. Gediknya tetap ada. Manusia boleh berubahkan. Kalau Azuan kahwin adalah orang menjaga makan dan pakai abangnya itu. Tidaklah menyusahkan Mejar Idris lagi. 

            “Boleh tak volume suara kau slow sikit. Sakit telinga aku tau.” gerutu Azyan. Salwa tersengih malu. Tabiat yang satu ini masih tidak berubah.

            “Tapi kalau Emelda sudah jodoh Abang Zuan, aku terima sahaja. Mereka suka sama suka. Aku rela biarkan mereka bersama.”

            “Aik! Macam drama televisyen pula kata-kata kau itu, Yan. Terharu nampaknya.” 

            “Mestilah. Akhirnya abang aku akan menamatkan zaman bujangnya.” 

            “Belum confirm lagi kau dah excited. Tunggu confirm dulu.”

            Azyan pernah nak menyatukan dia dengan Azuan. Salwa menolak keras-keras. Hatinya sudah lama bertaut dengan Tengku Kudin yang kini sudah menjadi suami dan ayah kepada anak-anaknya. Sayang Salwa pada Tengku Kudin tidak pernah berbelah bagi tahu!

            “Okaylah! Kita tukar topik sekarang. Yan kau bila nak tambah anak?”

            Tersembur air oren di mulut Azyan. Apa tiada soalan lain yang diajukan pada dia. Azyan menghela nafas panjang. Dia tahulah Salwa sudah punya tiga orang hero. Comel-comel belaka. Ikut baka ayah mereka. Itu dalam perut itu sudah ada lagi seorang. Tunggu masa saja perut temannya itu membulat besar. Azyan tersenyum sendiri.

            “Kau ni tiada benda lain nak tanya aku.” Azyan menyeringai.

            Salwa sekadar melirik senyuman. Ala baru gurau sedikit. Sedang mereka berbual rancak telefon di rumah Salwa berdering. Salwa bingkas bangun mengangkat ganggang telefon. Dahinya berkerut. Dia pandang muka Azyan. Salwa segera menghampiri Azyan. Wajah teman baiknya blur semacam. 

            “Aku tengok muka kau macam ayam tertelan kapur. Ada khabar tak baik ke?” soal Azyan.

            “Khabar tak baik buat kau! Bukan buat aku.” Salwa memandangnya serius.

            “Untuk aku. Eh! Setahu aku…atuk aku dah lama meninggal. Ayah aku okay lagi. Takkan Abang Zuan aku kot. Tadi dia baik-baik saja aku tengok.” Berubah riak muka Azyan. Berdebar hati ini. Janganlah berlaku apa-apa pada keluarga kesayangannya.

            “Mulut comel kau memang cabullah Yan. Bagilah aku habiskan kata-kata kat mulut aku dulu!” getus Salwa.            

“Lain kali terus straight to the pointlah kawan.” marah Azyan. Dia ketuk pulak karang kepala Puan Salwa ni.

“Mak mertua kesayangan kau call. Anak kau gigit telinga makcik sebelah rumah. Mak mertua kau suruh kau datang sana sekarang. Anak kau ada menurun ilmu dengan kau ye.”

“Hah!” Azyan buat muka terperanjat dia. Sudah! Ini mesti Puan Kesom yang mencari pasal. Bukan dia tidak tahu yang anak terunanya itu tidak suka dikenankan dengan anak gadis Puan Kesom. Puan Kesom itu over acting! Budak kecil pun nak ditunang-tunangkan. Ingat ini cerita Hindustan ke?

“La…buat muka terperanjatlah konon. Dah-dah! Jom kita pergi rumah mak mertua kau. Aku takut makcik tu putus telinga je. Naya kau kena saman.” Salwa menarik tangan Azyan. Terkocoh-kocoh Azyan mengikut langkah Salwa.
 
Boleh tahan juga teman baiknya itu memandu kereta. Ada bonggol pun Salwa main redah. Memang perempuan seorang ini tak sayang kereta. Al-maklumlah menantu Tengku katakan. Orang banyak duit. Rosak boleh beli yang baru. Kita ni dari kolej lagi hanya pakai skuter. Bawa kereta pun sekejap saja. Itupun fobia lepas terlibat dalam kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Lemah jantung Syakir masa itu. Bercalar sikit pada tubuh isterinya pun Syakir sudah mengalirkan air mata. Siapa tak sayang binikan. 

Apa tidaknya isteri tersayang nyaris kehilangan nyawa kerana mahu menyelamatkan nyawa yang lain. Bagaimana kalau kereta yang dipandu Azyan Berlaga lori? Duda anak seoranglah Doktor Muhammad Syakir. Minta dijauhkan. Budak-budak sekarang melintas tidak mematuhi lampu isyarat. Bahaya! Azyan tidak melupakan babak-babak insiden terbabit. Insiden itu masih segar dalam ingatannya. Bukan setakat fobia malah trauma pun ada. 

Ternganga jiran sebelah tengok BMW masuk pengarangan rumah Cikgu Ilyas. Lepas ini mesti bergosip punyalah. Biasalah kalau duduk berjiran tetangga ini. Gosip itu satu kemestian. Buat menambah dosa dari pahala. Nasiblah Azyan bukan jenis suka bertenggek rumah jiran

sebelah menjaja cerita. Minta dijauhkan benda-benda tak baik ini. Tiada faedahnya mengumpat orang. Kalau bersembang setakat isu semasa ke? Pasal jual-beli pinggang mangkuk ke? Adakalanya Azyan akan turut serta. Bosan juga duduk rumah seorang diri. Tapi bila topik gosip diutarakan Azyan angkat kaki dulu. 

            Ameerul terus memeluk Azyan sebaik saja melihat ibunya itu turun dari kereta. Dia mulalah berceloteh itu dan ini. Azyan sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Tidak dilayan coleteh anak terunanya itu merajuk pula. Salwa menggelengkan kepala. 

            “Maaf  menyusahkan abah dengan mak.” Azyan bersalaman dengan kedua mertuanya. 

            “Budak kecil Yan, memanglah nakal sikit. Ala lebih kurang sama dengan Syakir kecil-kecil dulu.” balas Puan Mahani. “Jemput masuk Salwa.” sambungnya lagi.

            Ameerul duduk di atas ribaan Azyan. Dia tidak mahu langsung berenggang dengan ibunya itu. Puan Mahani hidangkan minuman di atas meja. Dia hulurkan biskut chipsmore kegemaran Ameerul. Laju Ameerul itu mencapai biskut chipsmore dari tangan neneknya.

            “Teruk ke Puan Kesom kena gigit dengan Meerul, mak?” soal Azyan. Dalam hati dia ketawa bagai nak rak. Padan muka! Mulut Puan kesom lebih kurang saja dengan Mak Timah Radio. Jangan harap Azyan nak berbesan dengan Puan Kesom.

            “Lukalah sikit, Yan. Tapi kau faham-faham sajalah mulut Puan Kesom tu. Riuh satu jiran tetangga.” omel Puan Mahani.

            “Tidak mengapalah mak. Nanti Yan pergi minta maaf dengan Puan Kesom.” suara Azyan. Dalam hati tidak ingin dia nak terhegeh-hegeh minta maaf pada Puan Kesom tu kalau tidak fikirkan air muka mertuanya

            “Tak payah Yan. Benda kecil saja. Lainlah putus telinga si Kesom tu. Bolehlah bagi ganti rugi.” desis Puan Mahani. Cikgu Ilyas hanya mengerling isterinya. Dia bukan tidak tahu yang isterinya itu tidak sukakan Puan Kesom. Apa tidaknya jiran sebelah mereka menunjukkan lagak kerana bermenantukan anak orang besar-besar. Menantu dia hanya anak seorang Mejar pencen. 

            “Meerul…Lain kali duduk rumah atuk dan nenek, jangan nakal-nakal sayang. Kenapa gigit telinga makcik Kesom? Tak baiklah sayang.” lembut Azyan menuturkan kata pada anak terunanya itu. 

            Ameerul buat muka tidak bersalahnya. Makcik tua itu yang menggatal dulu. Dia tahulah dia pun hensem macam ayah dia. Apa ingat dia ada hati dengan cucu perempuan makcik tua itu. Ada ke patut budak lelaki diajak main kahwin-kahwin. Main paksa orang pula.

            “Jangan dimarah cucu mak tu Yan. Budak kecil, manalah tahu apa-apa.” Tampaknya Puan Mahani lebih memihak pada Ameerul. Orang baru ada cucu seorang katakan. 

            “Mak…Meerul ni tak boleh dimanjakan sangat. Nanti naik lemak. Kalau Abang Syakir tahu ni mahu dia piat telinga Meerul. Dengan saya masih ada excuse lagi.” Konon-konon buat tidak senanglah dengan tingkah-laku nakal Ameerul. Pandai Puan Nur Azyan Binti Idris berlakon. Salwa sudah tersenyum panjang. Bukan dia tidak kenal dengan teman baiknya itu. 

            “Sudahlah tu Yan. Budak kecil memanglah nakal.” Puan Mahani saja yang bersuara. Cikgu Ilyas membisu. Bapa mertuanya itu ada emas dalam mulut agaknya. Payah sangat mahu mengeluarkan suara dia. Lebih kurang dengan Mejar Idris juga. 

            Lepas solat Asar, Azyan dan Salwa mohon diri. Lagipun skuter Azyan masih bertandang di rumah mewah Salwa. Salwa mahu hantarkan balik terus ke rumah Azyan menolak. Siapa mahu hantar skuternya ke rumah kalau Salwa hantar dia dan Ameerul balik.

AMEERUL melonjak-lonjak gembira mendapatkan si ayah yang sedang membaca surat khabar di ruuang tamu. Topi keledar masih melekat atas kepala. Biarlah Syakir bukakan untuk Ameerul. Awal pula laki dia pulang ke rumah. Azyan mengerutkan dahi. Ada apa-apa ke? Dia belum masak makan malam lagi ni. Azyan terus menuju ke dapur. Sayur sawi dan mangkuk berisi ayam Azyan keluarkan dari peti ais. 

            “Ayang tak payah masak malam ini.” Syakir sudah terpacak di belakang Azyan. Terlepas sayur dan ayam di tangan.

Kus semangat! Laki aku ni memang nak bagi aku lemah jantung ke? Syakir ketawa kecil melihat gelagat Azyan. Azyan memanjangkan leher mencari Ameerul. Anak terunanya itu sudah duduk menghadap cerita kartun. 

“Kenapa pulak tak bagi ayang masak? Ada apa-apa ke?” Azyan kerling Syakir dengan ekor mata. Syakir senyum meleret.

“Ayang buat-buat lupa ye.” Pinggang ramping Azyan dipaut. Menjerit kecil Azyan. Dekat dapur pun laki dia mahu buat babak romantik ke? Tunggulah dalam bilik kalau nak romantik de’ amor. Kalau Ameerul nampak, apa pulak kata anak teruna mereka itu. Budak itu sudahlah keletah. 

“Lupa apa pulak ni bang? Setahu ayanglah...ayang mana ada penyakit lupa ni. Uban pun pun belum ada atas kepada ni.” desis Azyan.

“Abang tahulah Yan ada jumpa uban sehelai dua atas kepala abang ni. Tapi abang tak pernah lupa tarikh lahir isteri kesayangan abang ni.  Dan hari ulang tahun perkahwinan kita.” bisik Syakir penuh romantis. 

Ya Allah! Macam pula aku boleh terlupa hari ini hari lahir aku dan ulang tahun perkahwinan aku dengan Syakir. Azyan menepuk dahi. Dia malu sendiri. Hari perkahwinan mereka dilangsungkan pada hari lahir Azyan. Itu pun atas desakan Azyan. Syakir tak boleh melawan. Kalau melawan memang melepaslah. Dia ikutkan sahaja kehendak buah hati pengarang jantungnya itu.

“Abang…”

“Aik! Sudah bertukar manja pulak. Ini yang abang tak tahan ni.” Semakin erat pelukan Syakir. Azyan mengetap bibir. Apa lagi ketamnya pun menggigit lengan sasa Syakir. Pedih lengan Syakir kena cubit dengan isteri tersayang. Azyan sudah melepaskan diri dari pelukan Syakir.

“Jangan nak menggatal di sini ye.” marah Azyan. Laki aku ni kalau nak menggatal pun ikut-ikutlah tempatnya. 

Syakir tersengih. Dia bukan peduli dengan marah Azyan. Dia tarik semula isterinya itu dalam pelukan. Ubun kepala Azyan dikucup lembut. Azyan melirikkan senyuman. Mereka tidak sedar kehadiran Ameerul yang sudah berdiri di pintu dapur. Berkelip-kelip mata si kecil itu melihat adegan romantik de’ amor ibu dan ayahnya.

“Ehemm…ehemmm…” Ameerul berdehem kecil. Sengaja nak kacau. 

Azyan dan Syakir segera meleraikan pelukan. Muka Azyan sudah kemerahan. Syakir bersiul kecil. Ameerul tersengih. Dia rapati kedua ibu bapanya. 

“Meerul pun nak kena peluk jugak.” ujarnya. Azyan dan Syakir saling berpandangan. Mereka tersenyum. Lantas keduanya memeluk si kecil itu.

5 comments:

  1. hrmm.. so, sweet.. cian ameerul.. takde adik...

    bila lah agaknye meerul dapat adik iye?

    keseorangan meerul..takde teman...

    ReplyDelete
  2. :h: ada rezeki nanti adalah Ameerul adik

    ReplyDelete
  3. sweetnyer..xsabar nak tggu apa yg akan jd lepas nie ^^

    ReplyDelete
  4. sweett semanis setong gula..eh,kalau letak banyk gula dlm minuman bahayaaa..one more,jangan x sabar nk tunggu ape yg jadi pasni..babak 2 sedih akan datangg..pasni korang akan rase nak numbok aje syakir

    ReplyDelete