Tab Menu

Followers

Friday, February 18, 2011

Coke and Sundae II

 FOR CNS II WITH LOVE!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah CNS II bakal terbit nanti. Sungguh tak ku percaya mendengar perkhabaran ini. Terkejut. So far novel ini sedang ditulis separuh. InsyaALLAH kali ini akan di sajikan dengan cerita CNS II yang lebih panjang dari sebelumnya. Harap lebih sukses gitu dengan jalan cerita yg lebih hidup dan seASLI-ASLInya sebab muak juga telinga ni dengar pembaca yg kritik macam2  pasal CNS  pertama dulu. Sekadar ada masukkan sedikit olahan macam komik sudah dituduh ciplak! Biarlah kata mereka, yang penting akan dibuktikan keASLIAN dlm CNS II. Dalam menulis kita ada rujukan. Ada juga novel yg lebih kurang samakan. Ada juga yg ada unsur-unsur sama dalam citer2 korean mahupun jepun yg penting olahan kita. Kita mengolahnya menjadi versi Melayu yg menarik. Tidak kiralah dari bahan mana kamu perolehi. Saya pun pembaca novel tegar bukan tidak banyak my koleksi novel dah beratus pun dari Creative Enterprise meletup dulu sampailah KAKI NOVEL. Kaki Novel the best! :)

Harap pembaca dapat menilai utk CNS II ini. Jalan cerita yg lebih dewasa dari CNS pertama. Kisah  rumahtangga Syakir dan Azyan bergoyah apabila muncul orang ketiga, keempat dan seterusnya. Kita dah biasa dengar genre sebegini tapi sy cuba olahkan untuk kelainan. Penyampaian cerita itu penting! Dalam sibuk pun buat research jugak. Rempah ratus kena cukup. Bagaimana Azyan mahu menyelamatkan rumah tangganya, menyelamatkan suami tersayang dari gangguan anasir perempuan gedik (Bukan Emelda dah). Perlukah dia menjadi Wonder Women atau Super Girl? Atau Syakir yang perlu menjadi Superman dan Ultraman kepada Azyan sebab segala kontroversi berpunca dari diakan :) Kita tunggu CNS II nanti!

2 comments:

  1. :h: Tunggu kemunculan novel CNS II di pasaran nanti!

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tunggu CNS ii dipasaran ...... harapnya lebih panjang.... bi ar tak tidur malam membacanya...

    ReplyDelete