Tab Menu

Followers

Sunday, February 27, 2011

'Queen Control' - Bab 3

MR. Don hanya membisu melihat visual iklan yang ditayangkan melaui skrin putih itu. Diam tidak berkutik. Reaksi Mr. Don menimbulkan kegelisahan hati Putri Tasnim. Apakah lelaki berhidung mancung itu akan menolak proposal iklan dari Elite? Kalau Mr. Don tidak menerima proposal iklan Elite maka Elite akan gulung segala tikar. Hutang-piutang Elite sudah mencapai ratusan ribu ringgit di bank. Putri Tasnim terpaksa merahsiakan masalah kewangan Elite dari pekerja Elite yang lain. Dia sanggup menanggung risikonya memilih kerjaya dalam bidang pengiklanan ini.

            Putri Tasnim sudah sedia maklum kerjaya di dalam bidang pengiklanan ini memerlukan individu yang kreatif, aktif, serta mempunyai idea yang mampu menepati kehendak klien dan orang ramai agar apa yang hendak disajikan kepada masyarakat itu mampu menarik minat meneka seterusnya membeli keluaran produk tersebut. Bidang ini juga memerlukan  individu yang mahir berkomunikasi serta mampu menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan baik. Apa yang paling penting konsep iklan yang ingin disampaikan. Siapa kata tiada iklan yang tidak pada kena konsep dan agak mengarut? Iklan sebegini tetap ada.

            “Miss Tas...my concept is a woman’s beauty is for men’s eyes, not women but actually I’m wrong here. This product for the women beauty not men.” Mr. Don mengalihkan pandangan mata pada Putri Tasnim. 

            “If so, based your judgement, how many marks will you give for my visual?” Putri Tasnim sudah mengulum senyuman. Dia sudah nampak nilai RM di matanya.

            “I’ll give you 85 above. Congratulation’s!” Mr. Don menghulurkan tangannya. Putri Tasnim menyambut mesra. “Should  we sign a contract?

            “Of course!” Hati Putri Tasnim berbunga riang.

MATA Jamie agak-agak mirip dengan mata panda. Sepanjang malam Jamie berjaga untuk menyiapkan proposal iklan tersebut. Penampilan Jamie juga sudah serupa seperti pengemis di tepi jalan itu. Selekeh! Serabai! Semuanya adalah. Beza di sini Jamie mandi pagi dan pakai minyak wangi semerbak. Kalau proposal tersebut ditolak matilah dia kena cekik dengan perempuan itu. Cherly menepuk lembut bahu Jamie. Teman sekerja yang lain juga memahami situasi yang dialami oleh Jamie. 

            Jamie asyik menggoyangkan tubuhnya di atas kerusi. Resah dan gelisah bercampur baur. Dup! Dap! Dup! Dap! Jantung ni. Rasa macam nak terjun bangunan setinggi 20 tingkat ini. Gulp! Berkecai jasad pulak. Huhuhuhu...Jenuh ahli bomba nak mengutip cebisan dagingnya nanti. Kalau gantung diri, lidah terjelir pulak. Dia akan jadi hantu yang mengerikan. Tak hensem! Tak mahu! Tak mahu! Jamie menggeleng-gelengkan kepalanya. Cherly kerut dahi. Apa kena pula dengan teman sekerja ini. Semacam dia tengok. Tak mungkin sudah kena gangguan mental kot! Semalam elok lagi.  Cherly mula berbahasa cina dengan Jamie. Pot pet! Pot pet! Mereka berlawan kata. Teman sekerja hanya menadah telinga. Tidak faham sepatah haram.

            Derapan kasut tumit di luar pintu pejabat itu mengejutkan seisi warga Elite. Susuk tubuh yang dikenali sedang berdiri di hadapan pintu kaca itu. Jami dan Cherly behenti bertekak. Mereka memaku pada pintu kaca yang sudah ditarik. Putri Tasnim melangkah masuk. 

            “What wrong?” Soalan pertama keluar dari dari bibirnya. Staf-staf  Elite mula mengerumuninya. Jamie menyelit di tengah-tengah.

            “Miss Tas, how’s the proposal?” 

            “You’re lucky. We got a contract!” Putri Tasnim masuk ke biliknya. 

            Jamie menarik nafas lega.

            “Thanks god!” 

            Putri Tasnim bersandar pada kerusinya. Malam ini bolehlah dia bermimpi indah. Satu beban masalah telah selesai. Lusa dia akan ke studio Mr. Don memulakan penggambaran iklannya. Masa adalah emas bagi Putri Tasnim. Dia mencapai sebuah majalah di atas mejanya. Satu-persatu dia menyelak helaian muka surat majalah tersebut. Mata terhenti pada satu isu yang tertera di dalamnya. ‘Queen Control’!

            Setahu dia ‘Queen Control’ wanita yang mengongkong kehidupan si suami. Dan suami terpaksa mengikut telunjuk isteri. Isu yang menarik. Putri Tasnim teruja untuk membaca fakta yang terdapat isu yang ditulis dalam majalah itu. Jika wanita bersikap ‘queen control’ kerana kegagalan suami berperanan sebagai ketua keluarga, lelaki takkan rasa jemu malah tidak mustahil lelaki akan rasa lega dan berlapang dada dengan pertolongan besar si isteri.

Namun, jika control si isteri dengan hasrat mengawal pergerakan suami supaya tidak mengulangi kesilapan lalu, memang lelaki akan rasa jemu dan bosan. Sebabnya, lelaki akan mula rasa segala pergerakannya tidak bebas dan terkawal. Sama juga dengan sikap wanita yang memang sejak awal gemar mengawal dan bila bersama dengan teman lelaki atau suami, dia tidak dapat membuang sikap suka mengawal tersebut ditambah pula dengan kegagalan si lelaki mengawal wanita tadi, lelaki pasti rasa jemu dan bosan. Bahaya juga ni? 

             Kalau sebagai teman lelaki, tidak mustahil wanita tadi akan ditinggalkan dan jika sebagai suami, tidak mustahil juga si suami akan mula pasang mata mencari wanita lain yang boleh memberikan ketenangan kepadanya. Paling buruk, lelaki akan mengambil pendirian keluar daripada perkahwinan. Putri Tasnim mengetap bibir. Dia mula membayangkan di dalam kepalanya. 

            Best! Best! Aku jadi Madam besar dalam rumah. Tukang bagi arahan. Suami kena ikut telunjuk aku. Hehehehe... Putri Tasnim tersenyum sendiri.

            “Apa kena dengan Miss Tas tu? Dia senyum sorang-sorang.” Cherly melirikkan mata ke arah Jamie. Dalam diam mereka menghendap cik puan seorang tu.

            “I manalah tahu.” Getus Jamie.

            “Aik! Rambut you sudah tersusun rapilah.”

            “Hati sudah tenang so kenalah kembali kemas. I makin bersemangat nak kerja. I tak jadi bunuh diri.”

            Ini lagi seorang bengong. Bila kena tekanan meracau yang bukan-bukan.

PASAR Seni. Panasnya cahaya matahari di atas kepala. Veelu sudah berpeluh satu badan. Dia asyik mengikut langkah Tiryaq. Dia tidak faham mengapa Tuan Pengarahnya berpakaian santai sedemikian. Seluar jeans koyak rabak dan memakai T-shirt yang lusuh. Tiada pakaian berjenama tersarung pada tubuh sasa Tuan Pengarah. Veelu juga terpaksa mengikut kehendak Tuan Pengarah. Berpakaian biasa sepertinya. Rasa janggal pula tanpa sut hebatnya itu. 

            Tiryaq bertemu dengan lelaki separuh usia. Mereka seakan membincangkan sesuatu sebelum sampul surat besar berwarna coklat itu bertukar tangan. Veelu menjadi pemerhati. Tiryaq menyuruhnya menunggu berdekatan restoran KFC itu. Tiryaq berlari-lari anak menghampiri Veelu. Wajahnya tampak berseri. 

            “Kalau awak nak bekerja lama dengan saya maka awak wajib merahsiakan hal ini dari orang lain kecuali Deen dan Apple.” Bicara Tiryaq seperti satu ugutan.

            “Tuan nak berkahwin dengan anak pakcik itu ke?”

            Tiryaq menjentik dahi Veelu. 

            “Saya akan melukis potret di sini.” 

            “Hah!” Mulut Veelu ternganga luas. Betul kata Apple. Tuan Pengarah sudah sakit mental. Tuan Pengarah sudah punya segala-galanya. Apa hal pula mahu melukis potret di tempat sesak begini. Pandai ke Tuan Pengarah melukis? Lukis anak ayam pun tidak lepas. Inikan pula mahu melukis muka orang. Lain jadinya.

            “Awak meragui kehebatan seni saya ye.” Tiryaq menjeling Veelu tajam. 

            “Tidak tuan...” Dia membalas. 

            “Saya tetap merasakan yang awak meragui kemampuan saya. Saya nak lukis muka awak sebagai percubaan pertama. Awak setuju atau tidak!”

            “Err...setuju tuan...setuju...” Veelu menelan air liur. 

            “Bagus!” Tiryaq membawa Veelu ke sebuah gerai yang agak kecil. Segala peralatan lukisan telah tersedia di situ. Tiryaq telah membuat persiapan awal. Namun tiada lagi lukisan-lukisan tergantung di dalamnya. 

            Tiryaq duduk di atas kerusi lipatnya. Dia memengang pensil dan kertas lukisan. Dia memberikan isyarat mata agar Veelu duduk berhadapan dengannya. Veelu hanya  menurut arahan Tuan Pengarah.

            “Awak duduk menongkat dagu. Ingat! Jangan bergerak walau lalat hinggap di hidung patah awak tu.” 

            “Baik tuan.” Dia kena betul-betul jadi patung bernyawalah ni.

            Tiryaq mula melakar. Pelbagai aksi yang dipamerkan oleh Tiryaq bagaikan pelukis profesional. Veelu yang merasa sesak nafas. Berapa jam lagi lukisan potretnya akan siap. Dia sudah lenguh menongkat dagu begini. Peluh pun dah memercik di dahi. Panas! Nasib baiklah kulit dia sudah sedia hitam. Kalau putih seperti Tuan Pengarah mahu sudah berbelang muka dengan badannya. 

            “Tuan...” 

            “Setengah jam lagi.” Balas Tiryaq. 

            “Tuan saya rasa nak terbakar.” Omel Veelu. 

            “Apa salahnya awak jadi daging panggang. Bukan selalu awak dapat berjemur di bawah cahaya matahari. Baik untuk kesihatan.”

            Tengahari buta begini dia kata baik untuk kesihatan. Bijak sungguh Tuan Pengarah aku ini. 

            “Okay! Sudah siap!” Tiryaq tersenyum girang melihat lukisannya. 

Dia menayangkan lukisan tersebut kepada Veelu. Berubah wajah Veelu. Veelu gelengkan kepala. Dia sudah cakap. Lukis anak ayam pun Tuan Pengarahnya itu tidak lepas. Dia tidak tahulah makhluk apa yang dilukis oleh Tuan Pengarah. Dia tidak boleh terima lukisan tang hidung yang berlubang besar itu. Ada rupa macam lubang hidung katak dalam kartun majalah UJANG pulak. Bibir terlebih tebal macam orang kena sengat tebuan. Mata sebelah besar sebelah kecil. Bila masa pulak dia berambut keriting meggi. Ingat dia Bob Marley ke? Berjam-jam Tuan Pengarah melukis, dan inilah hasilnya. Hancus!

“Tuan...lebih baik tuan duduk semula pada kerusi ekslusif tuan. Bukan senang tuan mahu mencari makan dengan melukis potret di sini.” Veelu cuba memujuk Tuan Pengarah. 

“Saya sudah bosan menghadap muka-muka dalam TIR Holding’s. Saya mahukan pembaharuan. Anggap saja saya pergi holiday.” Dia ada tujuan tertentu. Bila tiba masanya dia kembali ke kerusi itu semula. 

“Lambat-laun mereka akan tahu tuan di sini.”

“Ada saya peduli kalau mereka tahu.” Tiryaq mengoyakkan kertas lukisannya lalu diberikan kepada Veelu. “Simpan dan gantung dalam frame. Buat kenangan. Jangan buang. Kalau saya datang ke rumah awak potret ini tiada, saya pecat awak.” Kata-kata ugutannya pasti ada. Tiryaq mengusap dagu. Selepas ini dia akan melukis potret Apple dan Deen. Pasti Apple dan Deen akan terharu seperti Veelu. Jangan sia-siakan bakat terpendamnya ini. Dia puji diri sendiri.

Potret cakar ayam ini mahu digantung dalam rumahnya. Seisi keluarganya akan ketawakan dia. Terer sungguh Tuan Pengarah kesayangannya melukis. Gantung gambar neneknya lagi baik.

26 comments:

  1. hihihihi..
    best..best..sgt best..
    trus kan ek, ntuk next entry n post laju2 tau..^^
    n trima kseh ntuk entri ni..

    ReplyDelete
  2. wahahaha....tiryaq!!oh my...u notty boy!

    ReplyDelete
  3. hahaha...lwk lah tiryaq tuh....best2...

    ReplyDelete
  4. best tp tiryaq tu tatau melukisn nk melukis jugak..tak ke pelik? di awat pe ek kat situ? hmmmm..

    ReplyDelete
  5. kihkihkih.. Tiryaq, Tiryaq... (sambil geleng kepala)..

    best kak ilya! kalau keluar novel nanti, insyaAllah hany beli ^_^

    ReplyDelete
  6. ade2 aje ugutan yg kuar dari mulutnyer...huhu..best2

    ReplyDelete
  7. haha...miss tas tu boleh tahan lagi...

    tapi yang tiryaq ni...main lukis-lukis pulak...

    haha...

    macam mana ya dua org ni nak jumpa....

    ReplyDelete
  8. Tq...hehehehe bab 2 mereka dah jumpa secara kebetulan dan lepas ni hari-hari mereka akan bersua hinggalah Tasnim dan Tiryaq kene tangkap basah :H:

    ReplyDelete
  9. hidup ai sentiasa ceria biler bacer novel u....congtraz :))

    ReplyDelete
  10. Hehehehe...tq lady...moga ceria selalu...:H:

    ReplyDelete
  11. lawak sangat..pecah perut sebentar.....^_^..

    ReplyDelete
  12. bca time kat triyaq pnya cita gelak smpai skit prot,,,slmba gilew mamat sowang nie,,,hahahah

    ReplyDelete