Tab Menu

Followers

Friday, July 1, 2011

Queen Control - Bab 15

TIHRAN rasa mahu menjerit sekuat-kuat hatinya di dalam salon itu. Sampai hati Putri Tasnim mengecewakan hati lelakinya. Sedih yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Mengapa Putri Tasnim merahsiakan perkahwinannya. Siapakah lelaki yang telah berjaya mencuri hati wanita pujaannya itu. Jackie menggelengkan kepala melihat kekecewaan Tihran. Jackie tidak dapat berbuat apa-apa untuk Tihran. Dia hanya mampu tumpang simpati.


            Jackie menghirup perlahan air kosong di dalam gelasnya. Mata kecilnya tidak lari dari memandang raut wajah muram Tihran. Dia lihat air mata Tihran bergenang. Mungkin Tihran merana mengenangkan sikap Putri Tasnim. Selama ini Tihran menaruh harapan kepada wanita itu setelah kematian Tazriq. Tihran menggigit bibir.


            “Betulkah dia sudah berkahwin? Maybe Datin Khalida sengaja mahu mengenakan you.” Jackie cuba menyedapkan hati Tihran.


            “Khal tidak mungkin akan menipu I. Mereka sudah bertandanng ke rumah Tas dan berkenalan dengan suami Tas.” Tihran menghela nafas kecil.


            “Bagaimana kalau husband olok-olok? Dia cuba sekadar mahu bermain-main dengan Datin Khalida.”


            “Tas jenis perempuan yang serius dalam apa jua yang dia lakukan. I sudah lama kenal dengan dia, Jackie. Masakan dia akan membiarkan lelaki berada di dalam rumahnya.”


            Jackie terdiam. Kalau benar akan berita tersebut memang dia tidak dapat nak menolongnya. Dalam hati ada juga rasa lega apabila mendengar berita perkahwinan Putri Tasnim ini. Dia masih ada peluang untuk menyelami hati Tihran. Manalah tahu Tihran tersangkut dengan dia. Gadis yang beperwatakkan kasar sepertinya juga punya perasaan. Dia sudah lama memendam rasa.


            Lain pula dengan Tihran. Dia langsung tidak menyedari ada orang yang sedang menyimpan perasaan terhadapnya secara diam-diam. Keprihatinan Jackie dianggap seperti perhatian dari seorang teman baik. Tihran memang otak lembab!


            “You menangis Tihran.” Jackie mengerutkan dahinya. Biar betul! mamat seorang ini menangis kerana seorang wanita bernama Putri Tasnim. Wanita yang punya hati sekeras kelikir. Apa salahnya memberikan ruang di hatinya untuk Tihran.


            Tihran mengesat air matanya. Dia menangis kerana terlalu kecewa. Jackie menepuk lembut bahu Tihran.



            “Tihran...sudah tiada jodoh you dengan dia nak buat macam mana lagi. You kena terima hakikat ini.”


            “You don’t understand! I love her so much!” Tihran menekup mukanya. 


            “Of course I understand! I tahu you kecewa tapi boleh tak you jangan putus asa macam ini. Ramai lagi perempuan dalam dunia ini. You ada pakej untuk buat perempuan sukakan you.” Jackie tidak sesekali akan membiarkan Tihran bermuram durga. Dia tidak kisah jika Tihran jatuh cinta lagi walaupun gadis itu bukan dirinya.


            “I hanya cintakan dia.” Keluh Tihran.


            Jackie gelengkan kepala. Susah kalau orang sudah angau tahap gaban begini. Tihran kena faham yang soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa-paksa.


            Pintu utama Marble Salon terkuak perlahan. Seorang wanita berpakaian agak eksklusif melangkah masuk. Dia mengorak senyuman melihat Tihran dan Jackie. Jackie mencebikkan bibirnya. Siapa lagi wanita itu kalau bukan Putri Tasnim. Wanita yang telah merobek-robekkan hati Tihran. Putri tasnim tidak secantik mana? Wanita itu memiliki wajah yang sedang-sedang cantik sahaja.


            “What’s wrong with you, Tihran? You seperti sedang menangis?” Putri Tasnim menegur lembut.


            “Dia menangis sebab kecewa dengan buah hati dia. Buah hati dia berkahwin dengan lelaki lain.” Getus Jackie. Matanya tajam merenung wajah Putri Tasnim.


            “I tak tahu pula you ada buah hati. Diam-diam you bercinta ya.” Putri Tasnim memang tidak dapat menangkap maksud kata-kata Jackie.


            Geramnya Jackie dengan Putri Tasnim. Ikutkan hati mahu saja dia tendang Putri Tasnim keluar dari salon ini. Tihran pula bila ternampak perempuan seorang ini terus tak reti nak bersuara. Cakap sajalah yang dia sedang kecewa dengan Putri Tasnim. 


            “Buah hati dia tu adalah...” Belum sempat Jackie menyudahkan ayatnya, mulut dia telah ditekup oleh Tihran. Jackie meronta-ronta namun Tihran seakan tidak benarkan dia bercakap.


            “Kenapa ni?” Putri Tasnim kerutkan dahi.


            “Tiada apa-apalah.” 


            Jackie bengang. Dia gigit tangan Tihran hingga lelaki itu menjerit kuat. Tihran melepaskan tangannya yang menekup mulut Jackie. 


Putri Tasnim gelengan kepala. Ada-ada saja mereka berdua ini. Dia sudah duduk di atas kerusi lalu mencapai sebuah majalah fesyen rambut. Tujuan dia datang ke salon ini untuk mengubah fesyen rambutnya. Tiryaq kompelin yang rambut panjangnya merimaskan. Mungkin dia harus potong rambutnya sedikit pendek.


“Rambut awak selalu kena pada muka saya masa tidur. Kadang-kadang bersin pasal rambut awak mejalar dalam lubang hidung saya.” Komen Tiryaq malam itu.


Dia semakin menyampah dengan bebelan Tiryaq yang tidak kira masa. Tiryaq hanya tahu membuat kerja rumah bukannya bekerja di luar. Eh! Bukankah dia yang tidak beri Tiryaq bekerja dan hanya melukis di rumah. Hairan juga sebab suaminya itu sentiasa ada wang saku. Dia mana pernah bagi wang saku pada Tiryaq kecuali duit keperluan barang-barang dapur. Itupun Tiryaq tidak mengusiknya.


“Tas...” Suara Tihran mengejutkan Putri Tasnim dari lamunan.


Sorry...I mengelamun pula.” Putri Tasnim tersenyum malu. Boleh pula dia fikirkan tentang Tiryaq ketika ini. “Jackie...I mahu you gunting rambut I mengikut fesyen rambut ini.” Putri Tasnim menunjukkan gambar di dalam majalah itu kepada Jackie. Satu pilihan yang tepat pada Jackie.


Marahnya pada Tiryaq masih belum reda. Ini pasal teman-teman yang berkunjung di rumahnya kelmarin. Kemesraan Tiryaq melayan teman-temannya mengundang rasa sakit hati Putri Tasnim. Tiryaq lelaki berdahi licin!

“APPLE...ini hadiah khas buat awak. Lukkisan ini saya jual dengan harga paling murah sekali. Satu ribu bagaimana?” Sebuah lukisan potret diberikan kepada Apple. 


            Hari ini Tiryaq curi-curi keluar untuk bertemu dengan Apple. Itu pun atas sebab kerja di syarikat. Dia memakai topi dan berkaca mata hitam. Tiryaq tidak mahu dirinya dikenali.


            “Tuan Pengarah ingat saya ini pembeli lukisan cakar ayam ni.” Apple gelengkan kepala. Punyalah besar biji mata dia dilukisnya. Sebelah matanya senget pula.


            “Apple...lukisan ini hanya ada satu dalam sejuta tau. Veelu pun simpan potret dia buat kenang-kenangan.” Tiryaq tersengih. Dia amat seronok mengenakan setiausahanya itu.


            Apple hanya menjongketkan bahu. Dia semakin tidak faham dengan kerenah Tuan Pengarahnya ini. Ingatkan wayar dan fius sudah diperbetulkan rupanya masih banyak yang tertanggal. Apabila serius, Tiryaqlah yang paling menakutkan.


            “Macam mana kehidupan Tuan Pengarah dengan isteri kahwin khalwat tu? Tuan Pengarah bahagia tak?” Apple menyoal.


“Cukup bahagia. Malah saya boleh duduk goyang kaki di rumah. Otak tidak serabut. Awak tahu sekarang saya sudah pandai masak gulai lemak labu.” Tiryaq mengusap dagu. 


Apple mengerutkan dahi. Siapa suami dan siapa isteri ni? Kalau Tuan Pengarah yang duduk di rumah maka isterinya yang pergi bekerja. Apa muslihat Tuan Pengarah ini berbuat demikian? Apalah dosa wanita itu pada Tuan pengarah?


“Isteri Tuan Pengarah suka ke dengan gulai lemak labu tu? Tengok gaya isteri tuan itu seperti sukakan makanan western.” lukisan pemberian Tiryaq diletakkan di sebelah meja makan itu. Semak dia melihat lukisan berkenaan. Kalau tidak diambil Tuan Pengarah buat muka.


“Dia mesti makan masakan saya. Awak tahu dia makin tembam sekarang.” Tiryaq ketawa kecil. Baru-baru ini Putri Tasnim ada merungut tentang skirt yang sudah ketat. 


“Ada isi dalam perut kot? Berapa bulan Tuan Pengarah.”


Selamba Tiryaq mengambil menu atas meja itu lalu diketukkan pada kepala Apple. Apple menggosok-gosokkan kepalanya yang sakit. Kan sudah kena sebiji. Buat lawak tak kelakar lagi. Kalau Tuan Pengarah tidak mengapa.


“Jangan sibuk hal rumahtangga saya. Awak tu bila nak berkahwin?” Tiryaq mengangkatkan keningnya. Apple bukannya tidak cantik. Malah Apple lebih cantik dari Putri Tasnim. Apple ada bau-bau bacang dengan orang putih.


“Saya masih ada banyak perkara yang belum selesai Tuan Pengarah. Tiada masa mahu fikir pasal kahwin ini.” Balas Apple bersahaja. 


Tiryaq merenung gadis di hadapannya itu tajam. Dia mengorak segaris senyuman.


“Begitukah? Hal yang berat ke?” Ujar Tiryaq. Nada suara agak berlainan.


Apple tersentak. Dia tidak boleh gelabah. Dia kena sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan lelaki itu.


“Biasalah Tuan Pengarah, masalah keluarga.” 


“Masalah keluarga? Awak kena kahwin paksa ke?” 


“Tuan Pengarah!” Apple separuh menjerit. Apa Tuan Pengarah ingat ini zaman dahulu kala ke? Jodoh kita perlu orang tua yang membuat pilihan. Sesuka hati Tuan pengarah membuat kenyataan. “Tuan Pengarah keluar rumah ni dapat keizinan dari isteri ke?” 


Tiryaq ketawa besar. Apple buat lawak sungguh. Dia tidak takut dengan amarah Putri Tasnim. Putri Tasnim tidak boleh melakukan apa-apa pada dia. Isterinya itu hanya tahu membebel.


“Jangan buat pertanyaan yang tidak logiklah Apple. Senak perut saya ketawa. Lebih baik kita berbalik pada topik asal kita.” Tiryaq kembali bermuka serius. 


Apple menghulurkan fail-fail yang di bawanya kepada Tiryaq. Masalah dalaman TIR Holding’s kian meruncing. Tengku Tyea sudah memulakan langkah untuk meramas kedudukan Tiryaq di syarikat. Dia mahu menjatuhkan Tiryaq sebagai pengarah dalam TIR Holding’s.


Tengku Mirza bukannya boleh membuat apa-apa tindakan terhadap Tengku Tye yang sedang menunjukkan taringnya. Dia tidak mahu bertegang urat dengan Tengku Tyea memanjang sengketa. Erti kata lain, Tengku Mirza pun mati akal. Tiada cara lain selain mendapatkan bantuan secara senyap-senyap melalui Tiryaq.


“Kenapa peratusan syarikat merundum begini? Setahu saya Tengku Mirza mampu menjalankan urusan perniagaan dengan klien kita. Apa sudah berlaku?” Soal Tiryaq sebaik melihat laopran kewangan TIR Holding’s. 


“Ini yang perlu saya jelaskan kepada Tuan Pengarah. Tir Holding’s memerlukan Tuan Pengarah untuk mengatasi masalah gila kuasa Tengku Tyea. Klien sudah bising dengan pretasi syarikat kita. Pelbagai onar yang Tengku Tyea lakukan hingga sebahagian projek kita tergendala.” Jelas Apple.


Tiryaq membisu. Ini belum masa untuk dia tunjuk diri dalam Tir Holding’s semula. Dia punya agenda tersendiri.


“Saya mahu bertemu dengan Tengku Mirza. Aturkan pertemuan saya dengan adik tiri saya tu.” Tiryaq memberikan arahan. “Ingat ini pertemuan rahsia antara saya dengan Tengku Mirza. Jika pertemuan ini terbongkar maka awaklah orang pertama yag saya syaki.” Tambahnya lagi.


Apple hanya menganggukkan kepalanya.

9 comments:

  1. aduhai..lawak btl entry neh..dpt hubby mcm tiryaq mau pitam pale den..

    ReplyDelete
  2. Hehehehe...bukan takat pitam...lemah jantung pun ada.

    ReplyDelete
  3. hehehe...betul ke Tiyraq pandai masak gulai labu..sedap ke...nak rasa sikit boleh

    akhirnya akak masukkan juga n3 baru untuk QC..rindu rasanya...

    ReplyDelete
  4. Best! Makin suka kat Tiryaq ni... mesti dia bagi layanan "terbaik" buat Datin K n the geng ari tu sampai Tasnim jeles... :-)

    Hehehe..sbb Tiryaq komplen.. sanggup tu Tasnim g potong rambut... bilerlah dia nak jatuh cinta kat Tiryaq ni???

    * Tak suka dgn komplot Apple.. cuak jer bila dia dgn Tiryaq..
    ** Sian Tihran.. tapi acceptlah Tasnim x cintakan dia...

    ReplyDelete
  5. haha..terkesan gk ye tasnim ngn ape yg tiryaq ckp kt die...agak2 kalau tiryak kate die mkn tembam apela tasnim buat...haha...ish...btol2 ke apple ni jht?adoi...

    ReplyDelete
  6. semakin tidak sabar menantikan aksi2 tiryaq yg seterusnya....

    ReplyDelete
  7. adakah tiryaq akan kembali menerajui Tir holding?? hhmm.......
    x sabar nak tunggu entri yg seterusnya....
    mmg best la cerita ni... ;)

    ReplyDelete
  8. nak lagi...nak lagi...

    ReplyDelete
  9. hehehe...ske.ske.

    knp ske dgn tiryaq ni yek?
    haha...walaupun dia pemalas...dia nampak bergaya dan berkaliber. yes!

    ReplyDelete