Nota berwarkah pilu.
14 November 2002
Hai hati! Gembiranya aku pada hari ini kerana Lan telah meluahkan segala perasaannya pada ku. Tidak sia-sia perkenalan kami selama tiga tahun ini. Rupanya Lan juga menyimpan perasaan sepertiku. Kiranya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Masihku ingat perkenalan pertama kami. Lan mengenaliku di dalam majalah sekolahku. Apa tidaknya adik Lan adalah juniorku. Ketika itu aku di tahun akhir tingkatan enam sedangkan Lan menuntut di Uitm Sri Iskandar. Telefon menjadi perhubung setia antara kami. Dia tidak betah menelefon saban malam. Kami akan berbual-bual panjang dengan topik berlainan. Ucapan selamat malam adalah penghujung perbualan kami. Tapi sayangnya…selepas keputusan STPM ku di keluarkan aku tidak dapat mana-mana tawaran universiti walaupun keputusanku agak elok. Aku hampa. Ada juga aku mendapat tawaran belajar di kolej namun memandangkan kos perbelajaan aku pendamkan saja niatku. Keluargaku bukannya orang senang. Maka aku ambil keputusan untuk bekerja. Ku fikirkan perhubungan kami dipertengahan jalan tapi aku silap. Lan masih cuba menghubungiku hinggalah pada 14 November 2002 Lan meluahkan isi hatinya yang dia mencintaiku.
14 Disember 2002
Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Lan memberikan satu pesanan ringkas yang cukup mengecewakan hatiku. Aku menanyakan mengapa dia mahu berpisah dengan ku. Apakah salahku? Lan tidak menjawab pertanyaanku. Lan hanya menyuruh aku menjaga diri baik-baik. Katanya dia tidak layak untukku gadis sebaikku. Dia akan mengirimkan sepucuk surat kepadaku untuk memberikan penjelasan segala-galanya. Itu kata-kata terakhirnya padaku.
Kemudian Lan menghilangkan diri tanpa khabar berita. Surat yang ku tunggu jua tidak kunjung tiba. Hatiku pasrah. Mungkin tiada jodoh antara kami. Keadaan syarikat tempat kerjaku yang tidak beberapa stabil membuatkan aku terpaksa behenti kerja. Aku mencari pekerjaan baru. Aku ingin melupakan kedukaan di hati.
Alhamdulillah aku sudah punya kerja baru walaupun hanya sekadar sebagai pembantu kedai alat tulis. Gaji yang kecil tidak mematahkan semangat aku untuk menjalani kehidupan ini. Aku tetap berusaha mendapatkan pekerjaan yang stabil. Namun masih belum ada rezeki untukku.
14 Febuari 2003
Ku fikirkan cinta itu tidak lagi hadir dalam hatiku. Aku silap buat pengiraan. Kehadiran lelaki itu membuka pintu hati ku untuk bercinta lagi. Dia hanya menggelarkan namanya R pada ku. R lelaki yang kacak dan bergaya. Aku pula gadis simple dari pelbagai segi. Kami berkenalan melalui sms. Permulaan dari seorang kawan kami menjadikan hubungan kami lebih serius. Kami mengaturkan pertemuan untuk bersua muka.
14 April 2003
Pertemuan kami membingitkan hubungan cinta yang sudah terjalin melalui sms. Aku mula menyenangi dirinya. Dia seperti Lan. Dia tampak seperti lelaki yang bersopan. Dia tidak kisah akan perihal diriku yang serba sederhana ini. Siapalah aku jika dibandingkan dengan dirinya. Dia seorang pramugara yang kacak sedangkan aku hanya seorang gadis pembantu kedai alat tulis. Kami bagaikan langit dengan bumi. Usaha ku mencari kerja baru berhasil bila mana aku di tawarkan sebagai Project Secretary dalam sebuah syarikat lanskap. Itupun atas desakkan R yang tidak mahu aku terus-terusan menjadi pembantu kedai.
14 November 2007
Permulaan cinta semuanya manis. Lama-kelamaan aku nampak dia mula berubah setelah hampir lima tahun kami bercinta. Janji yang dimeteraikan R khiantai dengan mudah. Aku malu mengadap orang tuaku. R sedikit pun tidak menunjukkan perasaan bersalah saat dia membatalkan majlis pertunangan kami di saat akhir. Hubungan aku dengan keluarga menjadi keruh. Ibuku bermasam muka dengan ku. Aku masih mempertahankan dia ketika itu hinggalah aku menyedari R tidak lagi ikhlas mencintaiku. Pelbagi alasan dia berikan bila aku menyebut tentang janji kami. Aku pasrah. Dan aku nekad untuk menamatkan perhubungan kami. Tiada lagi gunanya aku meneruskan percintaan dengan lelaki yang tidak pernah tetap pada pendirian. Mudahnya dia bertukar-tukar fikiran. Aku tidak perlu kisah dengan wang yang aku pinjamkan pada R. Pada barang kemas yang aku gadaikan pada R ketika saat dia perlukan pertolonganku. Teman-teman ku mengatakan aku terlalu bodoh dan terlalu baik hati. R lelaki yang tidak tahu menghargai cintaku. Aku pula mudah memaafkan dia bila kami bergaduh. Hubungan kami sudah sampai kemuncaknya.
14 Mac 2008
Aku dengan keputusan nekad memutuskan perhubunganku dengan R. Hatiku sakit kerana R mengatakan dia tidak mati jika berkahwin dengan ku di saat aku pintakan perpisahan. Aku menangis sendiri.
14 Oktober 2008
Aku mula berjinak-jinak dengan Ym. Satu-persatu aku mengenali lelaki di dalam YM. Aku berikan kejujuran namun aku dibalas dengan penipuan berkali-kali. Hatiku hancur sama sekali. Aku sudah puas menangis. Untuk apa aku menangisi demi lelaki-lelaki yang berhidung belang.
Dalam mengubat kelukaan di hati aku mula kembali berjinak-jinak dalam bidang penulisan yang sudah aku ceburi ketika di sekolah menengah dahulu. Aku caritkan sebuah kisah percintaan di atas kertas. Aku kembali mengingati impian ku menjadi seorang penulis.
14 Disember 2008
Tidak ku duga Lan dan R kembali dalam kamus hidupku. Menagihkan cinta yang tidak pernah mereka hargai sebelum ini. Lan mengirimkan surat kepada ku. Memberikan penjelasannya kerana meninggalkan aku dahulu. Lan terpaksa demi pilihan yang diberikan oleh arwah ibunya. Mengahwini gadis yang sudah dijodohkan untuk dia. Lan mengatakan keluarganya banyak terhutang budi pada keluarga gadis itu. Lan tidak punya pilihan lain. Lan memberitahu dia tetap mencintaiku. Sukar untuk melupakan ku. Lan pinta aku kembali semula padanya. Aku bukan wanita perosak rumahtangga orang. Aku nyatakan pada Lan cintaku sudah tiada lagi untuknya. Aku ucapkan salam perpisahan yang tidak sempat ku ungkapkan dulu. Maafkan aku…aku juga punya keegoaan. R pula ingin menjernihkan kembali hubungan yang terputus. R memohon maaf berkali-kali kepada ku. Dia lupa bagaimana dia memalukan ku! Menghancukan hatiku! Dia lupa! Seperti Lan kemaafan aku berikan pada R tapi untuk kembali semula kepada R…pintu hatiku sudah tertutup buat insan bernama lelaki. Cintaku sudah mati. Aku sukar untuk mempercayai lelaki lagi.
Bukan aku membenci lelaki tapi luka di hati sudah bernanah. Biarlah aku melihat kebahagiaan orang lain di mataku. Aku tidak tegar lagi untuk melihat kebahagiaan aku sendiri. Aku pulihkan kembali hubungan keluargaku yang keruh. Pada ibu aku mohonkan kemaafan. Sungguh pun cintaku acap kali berakhir dipertengahan jalan tapi aku bersyukur kerana impian aku menjadi seorang penulis terlaksana. Novel pertamaku telah diterbitkan. Kegembiraan ku kongsikan bersama keluargaku. Ku pendamkan segala kedukaan di hatiku dengan senyuman di bibir. Tidak mudah aku melupakan betapa pahitnya cinta yang hadir dalam hidupku hingga ke saat ini. Mungkin sudah ditakdirkan cinta itu bukan milikku.
1 januari 2009
Aku tidak kisah orang mengatakan aku andartu. Mereka tidak tahu kelukaan dalam hatiku ini. Aku sudah fobia dengnan cinta. Namun sesekali…aku iri hati melihat teman-teman yang sudah berumahtangga. Melihat kakak, abang dan adikku. Mereka punya keluarga dan anak-anak. Aku kini hanya menumpang kasih sayang mereka…..mungkin aku tetap keseorangan dan kesunyian hingga sampai saat aku penjamkan mata ini untuk selama-lamanya.
Ila…
Entah mengapa air mata Adrin menitis setelah menutup diari tersebut. Dia pandang wanita yang terbaring di atas karil serba putih itu. Saban hari dia berada di sisi wanita itu sambil membaca catatan diari wanita itu yang di ambilnya secara curi-curi. Kebetulan dia menjumpai diari terbabit yang dicicirkan oleh salah seorang ahli keluarga wanita itu. Di situ dia mula mengenali wanita ini. Seawalnya dia mahu memulangkan diari tersebut namun dia matikan niatnya. Dia tertarik dengan catatan wanita itu. Hingga kini wanita itu masih berada dalam koma meskipun tiada lagi alat penafasan disalurkan. Dua bulan dia menemani wanita itu di sini. Malah seluruh ahli keluarga wanita itu juga dia sudah kenali. Dialah punca wanita ini terbaring di atas katil. Sungguh kemalangan itu bukan disengajakan. Dia tegar untuk menerima hukuman namun ahli keluarga wanita ini telah memaafkan kesalahannya.
Jauh di sudut hati Adrin ingin mengenali Lan dan R yang diceritakan dalam diari wanita ini. Mengapa mereka harus menyakiti hati wanita ini? Mengapa mereka menyeksa perasaan wanita ini? Wanita yang bernama Ila Amylia seorang penulis berbakat yang sering menceritakan kisah duka lara di dalam novelnya.
“Abang Ad…” Ada sentuhan lembut di bahunya.
“Adik…” Dia mengulum senyuman pada gadis di belakangnya itu.
“Adik tahu abang sukakan dia. Tapi abang bakal menjadi suami orang. Kesian pada Kak Tania.”
Adrin membisu. Dia tidak pernah lupa yang dia sudah menjadi tunangan orang. Perkahwinan yang didambakan itu adalah direncanakan oleh kedua orang tua mereka. Dia hanya menurut. Tiada sekelumit perasaan kasih dan sayangnya pada Tania. Wanita anggun itu hanya dianggap tidak lebih dari seorang sahabat untuk berbicara.
“Adakalanya kita tidak sedar yang cinta akan hadir dalam hati kita. Abang menerima Tania atas desakan papa dan mama. Abang tidak mahu melukakan hati mereka. Tapi kini….” Adrin merenung wajah tidur Ila. Hidup ini seperti coretan novel. Ada suka, ada duka, ada tangisan dan ada tawa.
“Abang langsung tidak mengenali dia bang. Abang hanya membaca novel dia. Bagaimana abang boleh jatuh cinta pula dengan dia.” Adik bertanya penuh keraguan.
Adrin menjongketkan bahu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan adiknya itu. Adrin tersenyum hambar.
“HAMPIR 3 bulan kak Ila koma. Ada seorang mamat tu rajin menemani Kak Ila di sini tau.” Azie mula berceloteh. Dia mengemaskan pakaian Ila mauk ke dalam beg.
“Siapa dia? Akak kenal dia ke?” Ila mengerutkan dahi.
“Dialah yang langgar Kak Ila masa melintas jalan. Dia siap sujud pada mak dan abah minta maaf. Dia tidak perasan Kak Ila melintas sebab masa itu sebab dia sedang bergaduh dalam telefon dengan tunang dia.” Azie bercerita.
Ila melihat diari yang diletakkan di sisi katilnya itu. Itu diari miliknya. Catatan kisah cinta silamnya. Bagaimana ia boleh berada di sini? Ila mencapai diari tersebut. Dia selak satu-persatu helaian muka surat diarinya. Di akhir muka surat itu ada catatan untuknya.
5 Mei 2009
Ila Amylia…nama itu tidak asing lagi di dalam dunia penulisan. Hasil karyamu menjadi tatapan saya. Saya suka dengan coretan kisah-kisah dalam novel awak. Seakan dunia novel itu adalah realiti. Adakalanya saya menangisi watak-watak dalam novel awak. Mengapa begitu kejam awak lakarkan kisah hidup mereka. Adakah ianya terhasil dari kisah duka lara hidup awak bersama Land an R? Saya berfikir sejenak. Wajarkah saya memarahi awak sedangkan pentas realiti kehidupan kita tidak semestinya berakhirnya dengan kisah kebahagiaan. Ada juga yang di luar sana bermuram durga.
Ila Amylia…maafkan saya kerana tidak bersemuka dengan awak setelah awak terjaga dari lena yang panjang. Saya takut tidak mengawal perasaan yang bergelora di hati saya ini. Biarpun saya tidak mengenali awak dan awak tidak mengenali saya tapi kita tidak boleh menghalang perasaan yang hati dari hati kita.
Adrin…
Ila menarik nafas panjang. Adrin…mungkin ini lelaki yang diperkatakan oleh Azie itu. Ila bingkas bangun dari katil. Hari ini dia bukan lagi penghuni di hospital yang membuatkan dia tidak tahan dengan bau ubat-ubatan. Ila mengaturkan langkah mengikut jejak Azie. Dia tidak sabra mahu ebrtemu dengan ahli-ahli kerluarganya.
ILA tersentak menerima manuskrip yang telah dituliskan untuknya itu. Tajuk manuskrip itu menarik perhatian Ila. ‘Nota Berwarkah Pilu’…siapa penulisnya? Mengapa manuskrip setebal ini diserahkan kepada dia. Ila merenung gadis ayu di hadapannya itu. Sayunya wajah gadis itu…
“Abang minta adik sampaikan pada kakak. Dia mahu kakak olahkan semula manuskrip ini sebab abang kata dia bukan penulis.” ujar gadis itu lembut.
“Tapi ini hak milik abang saudari…akak tak boleh ambil.” Ila menolak. Dia
masih tidak kekurangan idea lagi meskipun selama tiga bulan dia terlantar atas katil.
“Please kak Ila….ini hajat terakhir dari abang walaupun manuskrip ini belum siap sepenuhnya.” Gadis itu merayu. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya.
“Tapi saudari…”
“Jika Kak Ila tidak mahu terima bermakna akak tidak memaafkan abang. Abang amat sayangkan Kak Ila. Dia sanggup batalkan perkahwinan kerana Kak Ila. Dia cintakan Kak Ila. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kakak. Semua karya Kak Ila dijadikan koleksi peribadinya hingga dia sanggup marahkan adik kerana hilangkan novel Kak Ila” Tersedu-sedu gadis itu menangis.
Ila menjadi kaget. Adakah manuskrip ini dari lelaki bernama Adrin itu? Bagaimana lelaki yang tidak dikenali itu mencintai dirinya. Hatinya bergentar. Siapakah Adrin ini?
“Boleh akak jumpa abang saudari?” Dia renung gadis itu. Dia sudah lama mengindamkan pertemuan dengan Adrin. Mungkin surat-surat misteri yang diterimanya selama ini adalah dari Adrin. Seorang peminat yang sentiasa memberikan semangat untuk dia bangkit dari kenangan lama.
“Abang…abang…” Gadis itu tidak dapat meneruskan bicaranya. Dia anggukkan kepalanya lemah.
ADRIN terbaring lemah di atas katil. Wajahnya cengkung dan pucat namun dia masih mesra memberikan senyuman untuk Ila. Dia inikah orang itu? Lelaki yang bernama Adrin. Lelaki yang menemaninya tiga bulan lalu. Lelaki yang menyerahkan ‘Nota Berwarkah Pilu’ miliknya.
“Maafkan saya kerana membaca coretan diarimu Cik Ila.” ucapnya perlahan.
Ila hanya tersenyum. Tiada perkataan marah untuk lelaki itu.
“Adakah ilham dari ‘Nota Berwarkah Pilu’ dari catatan diari saya?” Dia sudah membaca hampir separuh dari manuskrip tersebut. Adrin anggukkan kepalanya.
“Hanya saya ubah watak di dalamnya menjadi watak seorang lelaki. Dan saya tidak sempat untuk mennyudahkan cerita ini lagi. Lihatlah keadaan saya yang terbaring lesu di sini.” terang Adrin. Dalam keadaan dirinya yang tidak berdaya, dia masih mahu menyiapkan manuskrip tersebut untuk Ila.
Hati wanita Ila tersentuh dengan ketulusan Adrin. Ya Allah…kenapa lelaki sebaik ini harus menerima takdir yang cukup menyakitkan. Mengapa kau tidak pertemukan aku dengan dia lebih awal? Tanpa sedar Ila mengalirkan air matanya.
“Boleh saya tahu nama awak. Kalau boleh dalam masa yang cukup singkat ini saya ingin mengenali awak. Kita habiskan cerita ini bersama-sama.” suara Ila tenang.
“Nama saya Syed Adrin. Cik Ilya Amylia boleh panggil saya Adrin.”
Mata mereka saling bertaut. Hak milik manuskrip itu adalah kepunyaan Adrin. Ila akan menunaikan segala permintaan Adrin.
“Adrin….jangan panggil saya Cik Ilya Amylia. Awak boleh panggil saya Ila.” Ila tersenyum.
GELAK dan tawa Ila menyenangkan hati Adrin. Sepanjang tiga hari ini Ila sentiasa meluangkan masa untuk menemaninya. Papa dan mama juga tidak menghalang kehadiran Ila. Adik orang yang paling gembira mellihat Ila bersamanya. Ila gadis yang baik tetapi sering dikecewakan oleh lelaki. Dia juga bakal mengecewakan Ila. Air mata Adrin menitis. Ini semua suratan dari DIA. Dia redha….redha dengan ketentuan Ilahi jika hari ini adalah nafas terakhirnya di muka bumi Allah ini.
Adrin membelek helaian manuskrip tersebut yang telah sempurna sepenuhnya. ‘Nota Berwarkah Pilu’ hanya menunggu menjadi senaskhah novel. Ila telah berusaha keras untuk menyiapkan manuskrip ini. Ila mahu dia orang yang pertama membaca manuskrip yang sudah diolah itu. Dia sungguh gembira! Badannya terasa amat letih. Adrin membaringkan diri semula di atas bantal sambil memeluk manuskrip tersebut. Dia ingin tidur dengan tenang malam ini. Adrin memenjamkan matanya rapat.
“Ya Allah…terima kasih kerana menunaikan hajat dan impianku.” ucapnya perlahan.
Ila…
Saya amat gembila sekali bertemu dengan awak…berbual-bual dengan awak. Maafkan saya kerana saya tidak mampu untuk hidup bersama lebih lama dengan awak. Kanser tulang saya dihidapi sudah berada di peringkat akhir. Tiada peratusan untuk saya hidup. Tiada kata-kata harapan untuk saya terus bernafas lagi.
Ila…
Saya tidak takut untuk mati tapi saya takut amal dan ibadat saya tidak cukup untuk mengadap Ilahi. Ila…ini permintaan terakhir saya. Tunaikan permintaan ini. Berjanjilah dengan saya yang ‘Nota Berwarkah Pilu’ ini diletakkan atas nama Ila Amylia.
Setahun kemudian…
‘NOTA Berwarkah Pilu’ menjadi novel paling laris di pasaran malah bakal dijadikan sebuah drama di televisyen. Nama Ila Amylia menjadi sebutan ramai kerana novel tersebut. Kisah novel itu cukup menyentuh perasaan seakan ianya seakan satu kisah realiti. Ila secara terang-terang menjelaskan karya itu hanya olahan dari dia tetapi ditulis oleh seseorang yang amat penting di dalam hidupnya. Orang itu sentiasa berada di hatinya. Siapa agaknya orang itu? Pihak wartawan ingin mecungkilnya di dalam sidang akhbar untuk promosi drama ‘Nota Berwarkah Pilu’.
“Cik ila masih belum menjawab soalan kami.” Wartawan itu masih sabar menunggu.
Ila memalit senyuman di bibir.
“Dia seperti seorang teman, dia juga seorang kekasih meskipun kami hanya berkenalan selama 3 hari. Hairan bukan? Dia menemani dan mencintai saya selama 3 bulan tetapi saya mencintai dia hanya selama 3 hari.” Tenang Ila mengungkapkan kata-katanya.
“Maksud Cik Ila?” Wartawan itu bertanya lagi.
“Syed Adrin Syed Idrus telah menghembuskkan nafas terakhir di pangkuan kekasihnya pada tanggal 15 Mei 2009. Dia hanya meninggalkan secebis nota berwarkah pilu untuk watak sang kekasih. Itu kesudahan yang anda baca di dalam novel ini.” Mata Ila mulai berkaca. “Tapi realitinya Syed Adrin pergi menghadap Ilahi dalam tidur.” Sambungnya lagi.
“Jadi jika karya ini adalah milik arwah Syed Adrin…mengapa Cik Ila tidak menggunakan nama arwah?”
“Arwah mahu karya ini menggunakan nama pena saya. Itu permintaan terakhirnya.” Setitis air mata jatuh membasahi pipi gebu Ila.
Adrin….
Mungkin ini adalah catatan terakhir diari saya. Saya tidak betah untuk menulis lagi di sini. Terima kasih Adrin kerana menemani saya sepanjang saya terlantar di katil putih itu. Dan terima kasih kerana memberikan saya sebuah manuskrip yang hebat kepada saya. Kisah yang awak coretkan ini sentiasa membuatkan air mata saya mengalir. Awak sebenarnya boleh menjadi seorang penulis yang terbaik.
Adrin….
Bersemadilah dengan aman di sana. Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk awak. Jangan bimbang saya akan sentiasa menjenguk keluarga awak. Saya akan sentiasa berhubung dengan adik awak. Dia sentiasa menceritakan perihal awak pada saya. Juga kisah awak dan Tania. Tania…saya ada bertemu dengan dia. Dia tidak pernah menyalahkan awak dan dia bahagia dengan suaminya kini. Adrin….terima kasih kerana menyintai saya….
Ila…
sedihlah pulak. tak pasal2x menanggis kat ofis ni.
ReplyDeletegood work, Ilya.
Terima kasih farah
ReplyDeletekarya ni sgt menyentuh hati smp air mata mengalir...
ReplyDeletemmg superb !tahniah kak ilya !
keep it up ! ;)
kak ilya buat ayu nangis nangis pagi2 buta nie......uwaa
ReplyDelete๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
ReplyDelete๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Kalau selain dr penyakit kanser pon blh sgt2 dirawat mcm :
*-Denggi, Kencing Tikus, Batu Karang, Gastrik, Gout .*
7) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. *sel kanser sudah tiada.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring