BERNYANYI-nyanyi
kecil A’an mengira duit dalam tangannya. Senang betul hati dia bila Pak Ali
kalah kes tadi. Tok Sidang sebelahkan dia dengan seadil-adilnya. Dia memang
tabik dengan Tok sidang. Hakim yang bijaksana. Baru puas hati dia. Tidak
kisahlah lembu-lembu Pak Ali dapat dibebaskan namun Pak Ali diberikan amaran
keras dek Tok Sidang. Janji Pak Ali bayar ganti rugi. Padan muka! Ingat Tok
Sidang akan berpihak pada dia saja ke? Tengok orang sikit. Ini Nurly Farhanlah.
Bakal menantu tak jadi Tok Sidang tau. Bila teringatkan Aizam muka ceria A’an
jadi sayu. Tak lama lagi Aizam bakal kahwin dengan Peah. Bergemalah lagu sedih
menusuk kalbu menjadi latar belakang A’an.
Dalam tengah bersedih sempat dia
melepak di pondok tepi sawah itu melayan perasaan. Harunya rasa hati ini. Sakit
bagaikan dicarik-carik bulu ayam gitu. Dia menangis kemudiannya. Meraung
seorang di tengah sawah yang terbentang luas itu. Tidak tahulah melodi apa yang
disampaikan. Kalau masuk uji bakat drama air mata mesti A’an boleh terpilih. Apalah
nasib badan. Kalau dapat berkahwin dengan Aizam kan senang. Tiadalah hari-hari
dia pening kepala fikir pasal wang. Kebajikan Johnny juga lebih terjaga. A’an
mengesat sisa air matanya. Sob..Sob…Sob…Bukan jodoh dia dengan Aizam.
Suara lelaki terpekik terlolong
mengganggu ketenteraman A’an yang baharu pulih dari kelukaan di hati. Lelaki
manalah yang menjerit macam orang dirasuk histeria ni? Siang-siang buta begini
mana ada hantu kalau nak terpekik macam tu. A’an bingkas bangun menyarung
semula selipar jepun. Dia ingin juga melihat rupa paras empunya suara yang garau perkasa
itu.
“EEEEIIIII…gelinya…pacat…pacat!!!”
Jan sudah terkaku melihat dua ekor pacat memanjat naik lagi ke betisnya.
Safuan sudah ketawa mengekeh. tadi
kata mahu kenal sangat dengan menatang bernama pacat ni. Sekarang dia sudah
perkenalkan kepada Jan.
“Kau tak payah jadi macam anak
patung dan menjerit macam perempuan. Pacat tu hisap darah saja. Lepas dia
kenyang tahulah dia jatuh sendiri.” Safuan sememangnya tidak menghiraukan keadaan
Jan itu. Dia sibuk melihat anak-anak ikan di tepi parit kecil itu.
“Tolong aku, Fuan. Aku tak nak dermakan
darah aku pada menatang ni!!!” Jerit Jan.
“Tak sampai satu sudu kecil pun
darah kau dihisap. Buatlah amal jariah sikit.”
“Please
help me!!!!” Jan melalak. Dia tidak sanggup mahu memenggang pacat yang
sedang molek menjalankan misi menghisap darahnya itu.
Safuan pekakan telinga. Dia biarkan
saja Jan terjerit-jerit begitu. Dia sudah masuk ke dalam anak parit bermain
dengan air. Tujuan asal untuk mencari ayah saudaranya telah dilupakan. Dia
sudah main renang-renang meninggalkan Jan bersendirian. Jan lelaki pandai jaga
diri.
“Ini apa kes melalak macam orang
perempuan! Kena cabul ke?” A’an berdiri tegak di hadapan Jan dengan muka
bengis.
Jan yang ketakutan mengangkat
kepalanya. Gadis berambut keringting tocang satu pandang dia dengan pandangan
yang cukup tajam. Macam dia kenal saja muka gadis tersebut.
“Pacat…pacat!” Dia menunjukkan
makhluk yang melekat pada betisnya itu.
A’an bongkokkan tubuhnya. Berkerut
dahinya. Selamba dia menarik pacat yang sudah kekenyangan menghisap darah itu
dari betis Jan.
“Lor…menatang ni ke yang telah cabul
kau?” Ujar A’an.
Jan mengangguk laju.
A’an ketawa menekan perut. Lawak
sungguh mamat depan mata dia tu. Pacat pun dia takut. Tak layak betul jadi
lelaki idaman wanita.
Jan mengetap bibir. Berani gadis itu
ketawakan dia. Seekor lagi pacat ditarik oleh A’an. Ada darah mengalir dari
kesan gigitan pacat tadi.
“Awak sudah kehilangan darah tu,
jadi eloklah pergi ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapat bantuan
segera.” A’an sengaja mahu mengenakan Jan.
“What?!”
Terlopong besar mulut Jan. Mukanya berubah menjadi pucat. Safuan kata tadi
pacat tu tak hisap darahnya sampai satu kecil sudu kecil. Serta-merta dia
pengsan di situ.
JAN membuka mata
perlahan-lahan. Dia melihat di sekeliling. Bukan bilik tidurnya. Tapi dia
berada di mana ya? Adakah gadis tadi telah menculik dia? Jan bingkas bangun. Jan
mula cuak. Baju ditubuhnya pun sudah bertukar begitu jua seluar yang dipakai.
Dia sudah kena rogol dengan gadis tadi ke?
Bunyi lelaki menangis di dalam bilik
tidurnya itu membuatkan A’an dan Opah
merasakan sesuatu yang pelik. Agaknya lelaki tadi sudah sedarkan diri. Lelaki
itu pengsan depan mata dia. A’an meminta beberapa orang pakcik untuk membawa
lelaki itu pulang ke rumahnya. Entah anak siapa pun dia tidak kenal. A’an juga ada
minta tolong pada pakcik-pakcik untuk bertanyakan pada orang kampung jika ada
yang kehilangan anak sebesar anak gajah itu. A’an dan Opah bergegas ke bilik
tidur tersebut.
Jan sedang duduk menangis sambil
kedua belah lututnya dipeluk erat. A’an dan Opah saling berpandangan.Apa kena
dengan anak orang ini?
“Kenapa nangis-nangis ni?” Tegur
Opah.
“Entah? Macam budak-budak…” Cebik A’an.
Opah menyiku lengan A’an. Cucu yang seorang ini mulut tak tahu nak berlapik.
“Awak mesti dah cabul kehormatan
saya kan?” Jari telunjuknya di halakan pada A’an.
Nenek pecah ketawa. Apa punya
tuduhan yang lelaki itu tujukan pada dia. Tuduhan tidak berasas.
“Saya nak cabul awak? Awak ingat
saya kemaruk nakkan tubuh awak tu? Muntah hijau saya!”
“Baju saya pun dah lain tau!”
A’an tepuk dahi.
“Tak kepingin saya nak ratah
awaklah. Saya yang pinta budak jiran sebelah tukarkan baju awak tu.” Bulat anak
mata A’an.
Jan terdiam. Dia gigit jari.
Suara orang memberikan salam di luar
rumah mematikan perbualan mereka. Opah menyahut salam terbabit. A’an membuntuti
Opahnya ke ruang tamu.
“Osman rupanya…” Opahnya menjemput
Pak Osman dan seorang pemudanya masuk ke rumah.
“Aku datang ni pasal kawan anak
saudara aku ni. Dia katanya ada di rumah kau Siah?” Pak Osman menyatakan tujuan
kedatangannya.
“Patutlah tak pernah tengok muka dia
di kampung ni.” Opah mengusap dagu.
“Anak saudara aku ni bijak sangat
tinggalkan kawan dia sendirian di sawah tu. Dengar dia pengsan pasal kena gigit
pacat.” Terukir senyuman di bibir Pak Osman. Safuan menekup mulut menahan
ketawa.
“Nasib baik Pak Man kenal dia….kalau
tidak memang saya buat laporan di balai polislah.” Celah A’an.
Safuan mengerling A’an yang berdiri
di sebelah Opahnya itu. Dia seakan mengenali gadis itu.
Ingat-ingat lupa pula.
Hairan Safuan melihat mata Jan yang
merah seperti orang baharu lepas menangis. Ingin bertanyakan apa puncanya rasa
tidak sesuai ketika ini. Jan tampak bengang semacam. Dia pun tidak menjangkakan yang Jan
hilang sebaik dia kembali mencari
temannya itu semula. Ingatkan Jan sudah kena sorok dek hantu. Nasib baik jumpa
balik kalau tidak mahu teruk dia hendak menjawab pada Encik Mokhsin dan Puan Rubiah nanti. Dia pun bersubahat dalam
kes Jan melarikan diri ni.
“Hensem
jugak budak tu, A’an. Kau tak terpikat?” Opah jongket kening.
“Opah…kita tak pandang lelaki lembik
macam perempuan. Pacat pun takut.” Balas A’an. Dalam hati ini masih terpahat
nama Aizam tahu.
“Tiada manusia yang perfect A’an…” Opah berlalu ke dapur.
Aik! Opah pun sudah belajar speaking orang putih.
*Pssttt...A'an jangan cakap je...nanti mana tahu awak sangkut dengan Jan.
btl2... a'an jgn sbog sgt..nti xlena tdo krg... hehe hailah klakar lah ngn dorg nie...
ReplyDeleteHehehehehe...rehatkan minda untuk membaca cerita ni :)
Deleteakak, sambung la citer a'an ni..
ReplyDeletesmbungn cite ni xde ke akk ? klakar gile dgn bdk dua org ni .. sorg yg degil nk mmpus . yg sorg lgi heheheh ... jan jan .. terbaikk lha akk ..
ReplyDeleteSabar ye...akak sednag buat sambungannya...
Deletesambungan bab seterusnya xde ke? Lama dah tunggu..
ReplyDelete