Tab Menu

Followers

Tuesday, November 13, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Bab 1,2

* Ingat mahu bersara dalam bidang penulisan lepas e-novel ini ^^

Moga kisah Absyar dan Tia mencuit hati anda. Bukan sekadar buat anda tersenyum sahaja saya mahu buat anda menangis jua...(^________^)



Bab 1

SURAT kontrak yang siap bercetak itu diletakkan atas meja. Siap ada salinan penduanya sekali. Absyar merenung wajah gadis manis di hadapannya itu. Bukan main serius lagi riak gadis yang bertocang satu itu. Wann ada memberitahunya yang dia perlu berlakon menjadi kekasih atas kontrak kepada teman baiknya,  Athiya selama 2 minggu sahaja. Ala kacang je tu. Apa yang penting pada bayaran yang akan diberikan. Masyuk bulan ini. Tidak sia-sia dia berbakat dalam bidang lakonan ini.

Tia tidak berkelip mata merenung lelaki maco di depan matanya itu. Boleh tahan walau tidak sekacak Ben Affleck tetapi kacak seperti Remy Ishak. Kalau serius dalam bidang lakonan pasti boleh menggantikan tempat Remy Ishak kelak. Apa yang kau melalut ni Tia. Tia menggelengkan kepalanya sendiri. Adakala gelagatnya itu  macam ada dua personaliti pula.
Wann menyucuk pinggang Tia selamba. Mujur saja Tia bukan jenis melatah. Jika tidak entah apa perkataan yang keluar dari bibirnya. Tia jeling Wann tajam. Fiil dua gadis itu bagaikan tidak kena pada mata Absyar. Surat kontrak sudah ada depan mata tapi butir bicara sepatah pun belum keluar dari mulut Tia.

“Baca semua syarat yang termaktub dalam kontrak ni.”

Hah! baru hendak keluarkan suara. Laju Absyar mencapai surat kontrak tersebut. Dia baca segala syarat yang dinyatakan dengan teliti. Ada juga syarat yang buat Absyar tersenyum simpul. Dia tengok gadis bernama Tia itu boleh tahan seksinya tapi masih juga jaga bab sentuh-menyentuh ni. Baguslah.

“Saya Absyar Bin Arif bersetuju untuk menandatangani kontrak yang diberikan.” Absyar sengaja menyebut sebaris ayat yang tertera dalam kontrak terbabit. Dia ketawa mengekeh.

Tia ketap bibir. Berani Absyar ketawakan dia. Gigit telinga karang baru tahu.

“Awak ni sanggup ke tak sanggup. Kalau tak sanggup jadi kekasih atas kontrak saya, saya cari orang lain.” Tia mencemik muka.
“Saya setuju. Bukan apa ayat dalam kontrak awak ni buat anak tekak saya gelilah.”
“Jangan banyak songeh!”
“Okay-okay…komen sikit pun tak boleh awak ni.” Absyar menjongketkan sebelah keningnya.
“Kau setuju sila tandatangan surat perjanjian yang tertera. Saya akan buat pembayaran penuh setelah awak selesai menjalankan tugas awak. Saya bagi wang muka dulu.”
“Awak ni macam mahu beli kereta pula ada wang muka.” Absyar mengusik lagi.
“Lebih kuranglah…” Tia membalas. Mana aci dia saja yang kena.

Dua puluh ribu ringgit Malaysia yang akan ditawarkan menjadi kekasih atas kontrak selama dua minggu. Banyak juga wang gadis ini. Kalau nak dikatakan Tia itu anak Tan Sri atau Dato’ tidak pula. Mana dia dapat wang ya? Keluar duit simpanan agaknya? Tidak kisahlah janji lepas beban untuk bayar sewa rumah tiga bulan. Wang yang dia perolehi sebagai pelakon sambilan pun bukan banyak sangat. Al-maklum kerja tetap belum ada.

“Surat kontrak saya sudah sain. Ada apa-apa lagi tak?” Abysar kerling jam harga sepuluh ringgit Malaysia di tangan. Dia ada temujanji lain selepas ini.
“Ermmmm…” Tia gelengkan kepala.
“Kalau begitu saya beransur dulu. Air saya, awak yang belanja kan?’
“Iyalah saya belanja.” Setakat air tiada masalah buat Tia untuk tolong membayarnya. Bukan mahal mana pun.

Absyar beredar dengan langkah deras. Entah apalah yang dikejarkan oleh lelaki seorang itu. Wann menarik surat kontrak dari pegangan Tia. Cantik sain Absyar. Tulisannya pun cantik. Mama dia ada cakap lelaki tidak hensem ini tulisannya cantik. Orang hensem pula tulisan macam cakar ayam macam ketua tempat mereka bekerja itu. Absyar bukannya tidak hensem, kulit dia hitam manis.

“Beres satu masalah hidup aku.” Lega sungguh lega hati ini.
“Nasib baik beres kalau tidak masak kau kena kuarantin dengan Pak Mansor. Menangis Encik Adli hilang pekerja terbaiknya.” Sampuk Wann.
“Biarlah Encik Adli tu menangis. Dia tahu buli aku saja.”
“Sebab kau pandai buat kerja. Straight to the point…”
“Kau kira berapa hari aku pernah cuti? Berapa banyak cuti aku yang bertambah dari tahun ke setahun.”
Wann usap dagu.
‘Tahun ini kau belum ambil cuti lagikan. Molek sangat kau ambil cuti panjang.”
“Memang inilah masanya untuk aku berehat sepuas-puas hati.” Tia meramas-ramas tangannya.

“SEPUPU you nak berkahwin sampai dua minggu you minta cuti.” Adli mengetuk-getuk jari telunjuknya pada meja.
“Majlis besar-besaranlah Encik Adli. Lagipun baru ini I nak minta cuti. Bertahun juga I tidak menjenguk father dan adik-beradik I.”
“Habis siapa mahu teman I nanti. Kerja you siapa yang akan uruskan?”
“Encik Adli…Wann kan ada. Kalau Encik Adli tak mahu berikan I cuti maka I akan hantar surat perletakkan jawatan dua puluh empat jam.” Ini sudah macam kes mengugut orang atasan.

Berubah riak muka Adli. Senyum meleret Tia apabila melihat Adli meluluskan permohonan cutinya itu. Alhamdulillah…satu lagi masalah selesai.

“Jangan pula lepas cuti you tidak masuk kerja terus.” Pesan Adli.
“I janji I takkan lari dari syarikat ni.” Tia memberikan jaminan.
“I takut kehilangan pekerja yang cekap macam you. Manalah tahu you tak tahan kena buli dengan I?”
“Tahu tak apa..”
“Apa you cakap?”
“I tak cakap apa-apa pun Encik Adli.” Tia berikan reaksi yang bersahaja.

Berkerut tandan dahi Adli. Agaknya telinga dia salah dengar.

Bab 2

BAJU ni tak mahu bawa. T-shirt berwarna kuning itu Tia campakkan atas katil. Kebanyakkan baju yang dibawa berwarna pink dan hitam. Kalau dulu dia memang suka warna kuning sekarang dia sudah anti sama itu warna sebabnya…? Adalah sejarah tersendiri. Wann geleng kepala. Ada warna kuning sikit pun sudah tak suka. Apalah si Tia ni? Anti tidak bertempat.

Tia sumbat segala pakaian yang ingin dibawa esok masuk ke dalam bagasinya. Bercuti dua minggu mestilah bawa bagasi. Pasportnya juga sudah siap sedia dalam beg tangan. Laptop juga kena bawa bersama begitu jua dengan Galaxy Tab kesayangan. Kalau ada internet di Singapura boleh main facebook atau twitter.

“Kau tak bawa baju kurung Tia?” Soal Wann
“Rumah nenek aku di Johor ada banyak baju kurung dan kebaya. Lagipun majlis kahwin sepupu aku dibuat di rumah nenek aku. Resepsi perkahwinannya saja di Singapura.” Jelas Tia. Dia melepaskan ikatan rambutnya yang ditocang satu itu.
“Kau ada suruh ammat tu bawa baju melayu tak?”
“Ya, Allah lupa pula aku. Kau mesej dekat nombor telefon dialah.”
“Aku jugak.” Wann mengeluh kecil.
“Aku tak pandai mesej-mesej lelaki ni.”
“Ceh!”

BUNYI pancuran air jelas kedengaran bercampur- aduk dengan suara sumbang di dalam bilik air itu. Suara nyanyian cukup merdu dari Absyar. Syampu Dove sudah penuh satu kepala. 
Selangit ( 5X )
Ada engkau milikku
Ada aku milikmu
Saling cinta...
Selangit ( 5X )
Ada rindu punyaku
Ada rindu punyamu
Saling cinta
Ohoo... saling rindu
Ohoo... saling cinta
Selangit ( 5X )
Lagu chorus Selangit itu yang diulang beberapa kali. Lirik yang lain dia tidak hafal. Dia bukanlah peminat tegar lagu dangdut. Sengaja menyanyi untuk menghilangkan stress. Jiran tetangga yang mendengar radio percuma itu masing-masing menutup telinga dengan kapas. Tom-Tom kucing kesayangan dia juga menyorokkan kepala dalam karpet.

Absyar nyaris terpijak Tom-Tom sebaik keluar dari bilik air. Kucing pun seram sejuk mendengar suara garau dia. Nasib badan. Dia tiada kelayakan untuk masuk mana-mana pertandingan nyanyian.

Absyar memeriksa telefon bimbit yang terbaring di atas katilnya. Ada dua mesej terpapar di skrin. Bibirnya mengulum senyuman apabila membaca mesej terbabit. Telefon bimbitnya hampir saja terlepas dari pegangan sebaik berlagu irama dondang sayang itu. Pucat sekejap raut wajahnya.

“Assalamualaikum Cik Puan Saleha..”
“Absyar sayang…”
Gelilah dengan perkataan sayang itu.
“Cik Puan ada hal apa ya?”
“You berminat berlakon dalam filem tak? I mahu tawarkan watak hero untuk you.”
Wah! Peluang baik tapi…
“I tak berminatlah Cik Puan..lagipun I sudah dapat tawaran berlakon jadi hero.” Laju Absyar menolak.

*pssttt saya suka nama Absyar...

6 comments:

  1. Salam, walaupun jalan citer kahwin kontrak sume orang boleh agak mcmana citernya nanti tapi pengenalan citer ni sangat menarik.

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam...Seri Ayu...tq atas komen ^^ sebetulnya dalam citer ni tiada kahwin kontrak ^^

    ReplyDelete
  3. knape tia x suke wana kuning?

    ReplyDelete
  4. hehehehe.... tersengih baca entry nih..

    ReplyDelete
  5. wahhhh... tia... itu .... nama... kita!!! hiksss.. terperasan jadik heroin kejap.. :P

    ReplyDelete
  6. kak ilya..mane ending???baru tngah tersengih2 ni..bace citer dy...

    ReplyDelete