Tab Menu

Followers

Saturday, November 17, 2012

Nilai Cintanya...NC 19



SUFI Alisha menerima kehadiran seorang wanita di hadapannya. Dia pernah jumpa dnegan wanita ini di pejabat Ameer Dylan. Kehadiran wanita itu disambut baik oleh Sufi Alisha. Ketika itu dia hanya bersendirian di rumah. 

            Delina hanya memandang sekeliling rumah Sufi Alisha. Rumah orang tidak berduit memang tidak selesa. Panas pula. Sofa pun jenis murah dan tidak tahan lama. tidak seperti kondominium miliknya. Selesa dan sentiasa sedap mata memandang. 

            “Duduk dulu…saya buatkan air untuk cik.” Tetamu tidak diundang itu tetap dilayan dengan baik.

            “Tak perlu. I takut you bubuh racun dalam minuman I nanti.”

            “Kenapa pula saya nak meracuni cik?” 

            Delina mengetap bibir. 

            “Masakan awak tidak tahu yang I ini perempuan simpanan bakal husband you itu?” Delina seakan tidak mahu akan status dirinya itu. Malah dia merasa lebih bangga.

            Sufi Alisha menggeleng perlahan. Perkara begini sudah diagak dari awal lagi. Dia tidak boleh cepat melatah. Dia cuba bertenang dan menghadapinya dengan cara yang lebih dewasa.

            “Kenapa cik tidak bernikah dengan Encik Ameer Dylan. Hubungan yang halal itu diredhai Allah. Hubungan ke arah zina itu dimurkai oleh Allah.”

            Delina ketawa besar mendengar kata-kata Sufi Alisha. Gadis ini adalah hati mahu memberikan nasihat padanya. Soal hukum halal dan haram bukan isu besar baginya. 

            “You fikir you sudah bagus untuk menasihati I. Cuba you tengok gambar you ini.” Delina membuka telefon bimbitnya lalu menayangkan gambar tersebut kepada Sufi Alisha. Gambar itu dicuri dari telefom bimbit Ameer Dylan.

            “Gambar ini…” Sufi Alisha tidak meneruskan butir bicaranya. Dia tersentak. Apakah Ameer Dylan yang memberikan gambarnya itu kepada Delina. Tak mungkin?

            “Perempuan seperti you lebih teruk dari I tahu. Tinggalkan Dylan.” Kata-kata Delina bagaikan satu arahan untuk Sufi Alisha.

            Sufi Alisha tersenyum. 

            “Jika saya tidak tinggalkan Ameer Dylan maka cik akan sebarkan gambar ini.” Sufi Alisha membalas.

            “You mesti tidak mahu lihat maruah you diinjak-injak. Gadis yang tampak alim di luarannya tetapi mempunyai gambar yang tidak senonoh.” Delina yakin Sufi Alisha akan termakan dengan kata-katanya.

            “Saya tahu saya bukan gadis yang sempurna. Dan pernah cik terfikir gadis seperti saya akan teraniaya. Saya mengerti yang cik tidak akan percaya saya teraniaya kerana sikap manusia itu sendiri lebih ke arah negatif dari positif. Cik akan kata saya berlakon dan tamakkan harta.”

            Delina terpukul dengan kata-kata Sufi Alisha.

            “You tidak perlu mengajar I. Gadis yang tampak alim di luar sana itu pun lebih teruk dari I malah bertudung itu adalah satu fesyen sahaja. Malah soal ada dara atau tidak bukan masalah lagi pada mereka.” Delina meninggikan suaranya.

            Delina tidak mahu mengalah. Padanya perempuan yang berlagak baik ini hanya mahu menutup keburukan diri sahaja.

            “Manusia sering menafikan kebenaran depan mata. Jalan yang songsang juga yang turuti. Mungkin saya ini tidak baik tetapi saya berusaha menjadi seorang yang baik. Kita tidak dapat mengelak hukuman di akhirat kelak.” tegas Sufi Alisha.

            So funny…bercerita tentang akhirat pada I. Kubur I dan you lain-lain so jangan you ingat you itu akan masuk syurga walau you itu beramal sangatlah konon.” Delina masih dengan egonya. 

            '“Cik tidak mahu masuk syurga?” Soal Sufi Alisha.

            “Itu bukan urusan you. Kalau I masuk neraka pun bukan masalah pada you.” Delina bingkas bangun lalu menunjal dahi Sufi Alisha dengan jari telunjuknya.

            Bila seseorang itu mengatakan sesuatu tentang kebaikan semestinya akan dipandang serong. Bila seseorang itu melakukan sesuatu yang mungkar akan dipuji melambung tinggi dan dibangga-banggakan. 

            “Sila bersikap sopan cik…” Sufi Alisha menepis tangan Delina.

            “Huh!” Delina mengaturkan langkah ke muka pintu.”I akan pastikan you dapat malu besar nanti.”

            Delina berlalu pergi. Dia nekad akan memberikan malu kepada Sufi Alisha. Hati memang tidak senang menerima perkhabaran perkahwinan yang sudah dihebohkan itu. Ada rasa cemburu menular di hati Delina sedangkan dia tahu Sufi Alisha itu sekadar barang permainan Ameer Dylan. Apa sudah jadi pada dirinya? Kebelakangan ini Ameer Dylan amat jarang sekali berhubungan dengan dia. Lelaki itu lebih menumpukan perhatiannya kepada Sufi Alisha. Gadis yang langusng tiada sebarang daya tarikan.

SATU tamparan hinggap ke pipi gebu Delina. Delina jatuh terduduk di atas lantai. Bucu bibirnya berdarah. Dia pandang wajah bengis Damien dengan pandangan tajam. Sama sekali dia tidak menyangka Damien berada di dalam kondominiumnya itu. Damien terus mengasari tubuhnya tanpa belas kasihan.

            “Siapa suruh you bertemu dengan Sufi Alisha?” Dagu Delina dicengkam kuat.

            “I tidak buat apa-apa pada dialah.” Rengus Delina. Dia tidak mengerti mengapa Damien baran begini sekali. Dan dia tidak menduga Damien mengupah orang mengawasi gerak-gerinya.

            “Habis?! Ini apa?” Gambar di dalam telefon Delina ditunjukkan.

            “I tidak rasa tindakan I adalah salah.” Delina membela dirinya.

            “You memang bodoh.” Mata Damien menyorot ganas. 

Delina sudah menggeletar. Dia sudah boleh mengagak tindakan Damien seterusnya. Dia tidak sanggup menerima kesakitan itu lagi pada tubuhnya.

            “Damien…please…” Delina merayu.

            “You kena tanggung akibat yang you buat.” Kali ini rambut Delina ditarik kasar oleh Damien. Delina diheret oleh Damien masuk ke dalam bilik. Tubuh Delina dihempaskan ke atas katil.

            Please…”

            Damien tidak menghiraukan pujuk rayu Delina. Dia rentap kasara pakaian yang membaluti tubuh Delina itu. Rambut Delina yang sudah tidak terurus ditarik. 

            “I tidak suruh you mendekati Sufi Alisha atau menyiarkan gambar itu kepada umum. Tugas you hanya tertumpu kepada Ameer Dylan.”

            I’m so sorry…lepaskan I Damien.” Wajah angkuh Delina sudah ketakutan.

            Why? Selama kini you tidak takut apabila bersama dengan I?”

            “Damien…” Wajah Damien semakin mendekatinya. Delina memenjamkan matanya rapat. Namun hembusan nafas Damien tidak kedengaran lagi.

            Delina memberanikan diri untuk membuka matanya. Damien sudah turun dari katil tersebut sambil memakai kotnya semula.

            “Ingat Delina, jika rancangan I gagal kerana you maka you yang akan menerima akibatnya. I akan cincang you sampai lumat.” 

            Damien menghempaskan pintu bilik itu dengan kasar. Delina menekup wajahnya. Air matanya sudah mengalir. Perempuan simpanan sepertinya hanya tempat melempiaskan hawa nafsu lelaki. Dia yang memilih jalan ini untuk mengecapi kesenangan hidup yang tidak perlu bersusah-payah mencari wanng.

            Damien melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia perlu lebih berwaspada dengan Delina. Perempuan itu bakal merosakkan segala rancangan yang telah dirancang dengan teliti. Perempuan bodoh!

            Wajah mulus Sufi Alisha terbayang di ruang mata Damien. Gadis itu bakal menjadi suri di dalam hidup Ameer Dylan. Gadis yang bodoh kerana memperjudikan hidup buat lelaki itu. Dia akan meracuni pemikiran Ameer Dylan agar jatuh cinta kepada Sufi Alisha. Kemudian dia akan melenyapkan Sufi Alisha dalam hidup Ameer Dylan. Biar lelaki itu terus jatuh rebah apabila orang kesayangannya meninggalkan dia. Dia mahu Ameer Dylan rasa apa itu keperitan dan pengkhianatan.

            Telefon bimbitnya berbunyi. Bibir Damien mengukir senyuman.

            “Helo, Dylan…” Damien membalas panggilan tersebut.



AMEER Dylan meraupkan wambutnya ke belakang. Apa semua ini? Siapa punya angkara yang menyebarkan gambar tersebut. Dia sudah bertanyakan hal ini kepada ibu tiri Sufi Alisha. Ternyata bukan kerja wanita itu. Tapi bagaimana gamabr itu jatuh ke tangan orang lain. Orang disekeliling mula mengatakan tentang Sufi Alisha. 

            “Dylan…” Tuan Haji Abbas perlukan pernjelasan dari Ameer Dylan tentang gambar-gambar tersebut. Dia yakin Sufi Alisha bukan gadis sedemikian. Soal malu itu ditolak tepi. Maruah Sufi Alisha perlu dibersihkan. 

            “Dylan bersummpah pada ayah yang itu bukan kerja Dylan.”

            “Gambar itu tidak ada jika ianya bukan kerja kau! Kau aniaya Sufi kan?” Tuan Haji Abbas meninggikan suara.

            Tersentak Ameer Dylan. 

            “Dylan akui Dylan yang buat itu semua tetapi Dylan tidak siarkan gambar itu kepada umum. Dylan hanya gunakan gambar itu untuk mengugut Sufi sahaja!”

            Satu kejutan buat Tuan Haji Abbas dengan pengakuan Ameer Dylan. Perlakuan Ameer Dylan memang sudah sampai ke satu tahap yang sungguh melampau. Telapak tangan  Tuan Haji Abbas terus melekap pada pipi Ameer Dylan.

            Ameer Dylan membisu. Dia menerima tamparan dari ayah angkatnya kerana semua itu berpunca dari dirinya sendiri.

            “Sufi itu gadis yang baik Dylan….Dia menerima Dylan dengan niat yang ikhlas. tergamak Dylan buat begitu pada dia. Apa salah dia pada Dylan? Cakap!”

            Ameer Dylan mengangkat wajahnya. 

            “Dylan akan bunuh orang yang siarkan gambar Sufi Alisha!” Riak muka Ameer Dylan itu tidak disenangi oleh Tuan Haji Abbas. Amarah Ameer Dylan boleh berada di luar kawalan.

            “Negara kita ada undang-undang Dylan…Jangan kau buat sesuatu yang tidak gunakan akal fikiran.” Tuan Haji Abbas memberikan peringatan kepada Ameer Dylan.

            Ameer Dylan membisu. Dia tidak melepaskan manusia tersebut. Dia akan siat-siat manusia yang sengaja mencari masalah dengannya itu.
 

8 comments:

  1. engatkan bad boy jahat... ada lagi yang jahat dari bad boy... damien

    ReplyDelete
  2. kesian sufi...napela damien ni jhat sngat...

    ReplyDelete
  3. best3.. tunggu lagi next entry ^^ nasib baik Sufi tak cepat melatah ngan apa yg terjadi..

    ReplyDelete
  4. nak lagix2. Hehe . Bestt !
    :D
    -hudarosaz-

    ReplyDelete
  5. Sian alisha....diapulak yg kena tanggung malu....mati la. Delina klu dylan tau....damien kawn mkn kwn...tikan dr belakang

    ReplyDelete
  6. sabar ye sufi?ramai plak org jht dlm citer ni ye?

    ReplyDelete
  7. kesian kat Sufi...
    Xkan la Damien pun suka dekat sufi...
    xpa sufi, banyakkan bersabar...apa pun saya tetap akan sokong sufi...ganbatte..

    ReplyDelete