Tab Menu

Followers

Sunday, November 25, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Bab 5,6

 Bab 5

"TIA...anak gadis kesayangan ayah!" Pak Mansor terus memeluk Tia sebaik anak gadisnya itu sampai di muka pintu rumah ibunya itu. Awal-awal lagi dia sudah bersedia berada di rumah ibunya itu kerana Tia semestinya tidak masuk masuk ke Singapura. Bukan dia tidak kenal dengan perangai anak bongsunya itu.

Tia cuak. Rancangannya tidak menjadi. Ayah macam tahu-tahu sahaja yang dia tidak akan terus ke Singapura. Fikirnya Pak Mansor tidak akan bertandang di rumah nenek. Ayah dengan nenek bukan sebulu.Halkecil pun mereka bertegang urat. Nenek selalu cakap yang ayahnya itu suka pilih kasih.

Absyar hanya menjadi pemerhati pertemuan antara ayah dan anak itu. Dia seperti menonton slot jejak kasih pula. Nenek Tia pula hanya bersilang tangan melihat gelagat anak lelakinya itu. Orang tua itu tidak banyak bercakap.

"Ehem..." Absyar berdehem kecil.
Tia dan Pak Mansor menoleh serentak. Tia mengulum senyuman. Kononnya senyuman malu. Dia tarik tangan ayahnya mendekati Absyar. 
"Ayah...kenalkan ini..."
"Absyar kan?" Pak Mansor pantas memintas.
Absyar anggukkan kepala.
"Boleh tahan. Pandai anak ayah cari pengganti." Pak Mansor meneliti Absyar dari atas hingga bawah. Sungguh tinggi lelaki ini.
"Ayah...Absyar ni kerja engineer tau sebab itu agak gelap sikit."
Absyar kerling Tia. Tia kenyit mata. Hantu punya perempuan. Tia sesuka hati dia mengatakan dia bekerja sebagai Jurutera.
"Bagus-bagus...terjamin masa depan anak pakcik." Pak Mansor menepuk-nepuk bahu Absyar.
Absyar tersengih. 
"Malam ini teman pakcik ke surau, solat berjemaah di surau. Lepas itu kita sambung berbual panjang." 
Kali ini Tia pula tertelan air liur. Itu taktik Pak Mansor untuk menjalankan kaji selidik.

Absyar baring keletihan dalam bilik yang disediakan. Panas punggung sepanjang hari dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru itu. Nasib baik enek Tia punya rumah sewa. Kebetulan rumah sewa yang didiami itu penghuninya sudah keluar maka dia tempat di rumah terbabit dalam masa dua minggu ini. Boleh dia buat kuak lentang di atas katil ini tanpa rasa segan silu. Absyar tersengih sendiri.

Tia itu boleh tahan juga manisnya. Tia takkan pandang lelaki yang kerjanya tidak menentu macam dia. Dia bukan kerja takat menjadi pelakon sambilan malah jual burger, jual ikan di pasar dan pelbagai kerja tambahan yang dia buat. Hanya satu kerja saja yang ditolak selama ini. Dia tak sanggup jadi anak ikan mak datin. Hehehehe...Sayang mahu jual body you. Tuhan marah!

Alamak, Pak Mansor sudah ajak dia berjemaah di surau Maghrib ini. Dia mesti tunjukkan dia seorang kekasih yang solehah. Ada ke kekasih solehah? Bantai sajalah. Ligat dia mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Mujur saja Asar sudah ditunaikan di dalam perjalanan tadi. Solat itu tiang agama. Tidak elok dilengahkan setiap waktunya. Pesan arwah ibu sentiasa tersemat dalam ingatan.

SEGAK Abysar memakai baju melayu dan kain pelikat yang dipinjamnya dari Pak Mansor. Kekasih siapalah kan kalau bukan kekasih kontrak Tia. Baju Pak Mansor banyak di rumah nenek. Ada yang sudah tidak boleh dipakai lagi oleh Pak Mansor. Saiz badan sudah berubah. 

"Hensemkan buah hati Tia walau dia gelap sikit dari Tia." Tia mengenyitkan matanya pada nenek.
"Hitam itu menawan Tia."
"Hitam-hitam gula jawa, biarpun hitam tetapi manis." Tia siap berperibahasa.
Terjongket kening nenek yang sudah memutih itu.

Absyar membonceng skuter milik nenek yang di bawa oleh Pak Mansor. Pak Mansor kata bawa skuter lebih molek dari membawa kereta yang susah untuk diparkir. Di kampung bukannya tempat untuk menunjuk kereta besar. Buat masa ini Absyar boleh melayan Pak Mansor kerana diktator berkuku besi yang dikatakan oleh Tia itu belum menyoal soalan sesusah matematik lagi. 

Lain pula difikiran Pak Mansor. Absyar ini boleh tahan juga juga orangnya. Tampak tenang dan bersahaja. Bila disoal tidak menggelebah. Tidak mengepa. Dia baharu uji sedikit. Dia akan lihat sejauh mana sikap 'cool' yang ada pada Absyar.

Tia cukup berpuas hati dengan lakonan Absyar. Absyar mampu menangani ayahnya itu tanpa bantuan dari dia. Bagus-bagus! Betul kata Wann,Absyar punya bakat lakonan yang cukup baik. Nenek kata Misha dan Amrish akan balik esok jadi Tia sudah bersiap sedia untuk bertemu dua mata dengan pasangan yang cukup-cukup sangatlah idealnya itu. 

Huh! Rasa benci pada Misha masih ada di hati Tia. Sakit sungguh hatinya dengan sikap Misha yang bermuka-muka di belakangnya. Misha memang jenis yang suka menang. Tia pula jenis yang keras kepala dan suka melawan.Kalau keduanya bertemu macam anjing dengan kucing. Mereka tidak menduga jatuh cinta pada lelaki yang sama. Siapa lagi kalau bukan Amrish, lelaki pujaan di kolej tempat mereka belajar. Namun Tia memainkan peranan terlebih dahulu untuk memikat hati Amrish. Lagipun Tia bersaing secara baik. 

Sakitnya hati Tia apabila mengetahui Amrish dan Misha berhubungan di belakangnya. Kenapa Amrish tidak mengatakan secara terangan dia mennyukai Misha? Kenapa mesti mempergunakan dia? Dia rela mengalah jika Misha adalah pilihan Amrish. Biar dia menangis dahulu dari dia menanggung sakit hati begini.

Kita undur ke belakang sekejap..

"Apa semua ini Rish?" Tia membulatkan anak matanya sebesar mata ikan emas.
"I'm sorry..."
"Senangnya awak ucap sorry?"
"Saya tahu saya salah pada awak. Saya mempermainkan perasaan awak.." Wajah serba salah Amrish ditenung tajam oleh Tia.
"Kenapa tak beritahu saya awal-awal lagi?" 
"Saya tersepit.."
"Ini tersepit awak!"
Buku lima melekap pada pipi kiri Amrish. Misha menekup mulut melihat perlakuan Tia. Segera dia mendapatkan kekasihnya gelapnya itu. 
"Jangan melampau Tia!" Tengkingnya.
"Siapa yang melampau? Aku atau kau?" Tia menunding jari ke muka Misha. 
"Soal hati dan perasaan, kau tak boleh paksa dia..."
"Habis dia boleh pula mainkan perasaan aku!"
Tia dan Misha bertekak kerana seorang lelaki spesis Amrish. berbulu hati Tia melihat Misha mengusap-usap pipi Amrish yang ditumbuknya tadi. Itu kali pertama dia menumbuk lelaki. Sakit juga buku limanya. Keras rahang muka Amrish...
"Go to the hell!

Kalau ikutkan amarah semuanya terlepas dari mulut. Semenjak itu dia sisihkan diri dari adik-beradik yang lain terutamanya Misha. Dari seorang yang banyak mulut dia menjadi seorang pendiam lalu dia mengambil keputusan untuk hidup berdikari sendiri. Mujurlah dia bertemu dengan Wann, Mek Kelantan yang tidak pandai sangat bercakap Kelantan itu. Ada juga teman untuk dijadikan penglipur lara...

Rindu pula pada Wann yang berada di Kuala Lumpur itu. Apalah yang sedang Wann buat sekarang. Agaknya sedang buat tahi mata atau menemankan Encik Adli makan malam bersama kaum kerabatnya. Rasanya kalau bab makan malam bersama itu Wann pasti akan menolak. Wann tu lebih kurang macam dia. Hati kering!
 

Bab 6 


MISHA dan suami kesayangannya sampai seperti waktu yang dijanjikan. Tia tidak kuasa mahu menyambut pasangan yang cukup romantik dan konon-konon ideallah sangat. Dia buat-buat sibuk membantu nenek menyediakan makan malam. Ayah dan Absyar masih tidak lagi batang hidungnya. Berkemungkinan besar akan pulang dari surau selepas Asar. Perutnya sudah berlagu dondang sayang ni. Kalau dia menjamu selera dulu maka dia akan melanggar peraturan keluarga yang dibuat oleh nenek.

Tia..."

Tia buat-buat tidak dengar. Dia menundukkan kepalanya menyusun pinggan di atas meja.

"Tia!" Panggil nenek kuat.

Tia mengangkat wajahnya. Mata bersatu dengan Amrish yang kebetulan berada di sebelah nenek. Tegang suasana seketika. Misha sudah mengerling Tia tajam. Patutlah ayah terus balik ke Johor sebab ayahnya tahu Tia akan terus ke Singapura. Majlis perkahwinan sepupu mereka akan buat besar-besaran di sini. Namun mereka akan mengadakan resepsi perkahwinan di Singapura. Segala yang diatur berubah di saat-saat akhir.

"Tia...salam dengan kakak kamu ni." Perintah berkuasa dari nenek.
"Tak bolehlah nenek. Batal air sembahyang nanti." Balas Tia selamba.
"Apa yang batal air sembayang ni? Kamu jangan nak merepek." Marah nenek.
"Telefon Tia berbunyilah. Agaknya orang pejabat call...." Tia bergegas melarikan diri masuk ke bilik.

Nenek gelengkan kepala. Alasan cukup tidak munasabah. Malam-malam begini masakan ada pekerja di pejabat lagi.

Tia pula menarik nafas lega.

BUNYI skuter nenek menambahkan lagi kelegaan di hati Tia. Ayah dan Absyar sudah pulang. Dia membuka pintu biliknya lalu meluru ke depan pintu. Nenek dan yang lain memerhatikan sahaja gelagat anak dara Pak Mansor yang seorang ini.

"Kalau sambut ayah tak mengapalah jugak." Pak Mansor menanggalkan kopiah putihnya di kepala.
Tia tersengih.
"Tia tengah praktis nak belajar sambut suamilah ayah." Balasnya.
Taktik berlakon yang cukup berkesan. 
"Eloklah tu. Jangan sehari dua saja rajin sambut nanti, esok-esok dah malas nak menghadap suami." 
"Ayah...kami pasangan sehati sejiwa tau. Betul tak Ab?" Tia melirik Absyar dengan pandangan manja.
"Azam Tia ni nak menjadi isteri mithali pakcik." Absyar mengiakan.
"Baguslah ada azam baik macam tu.Tapi toksah nak rapat-rapat sangat." Pak Mansor menyelit di antara Absyar dan Tia.
Absyar ketawa kecil. 

Misha mendekati nenek. Perlahan dia berbisik halus pada telinga nenek.

"Siapa lelaki tu nenek?"
"Bakal adik ipar kamu."

Ouch! Inilah lelaki teman lelaki Tia. Kenapa wajah dalam gambar dengan yang ini agak berbeza? Lihat gambar orangnya nampak selekeh sahaja.

"Kamu tak perlu risaulah Misha, Tia takkan rampas suami kamu tu? Dia pun dah tak kepingin dengan Amrish pujaan kamu." Tambah nenek lagi.

Berasap telinga Misha. Dia buat muka semasa makan malam bersama-sama. Tia pula berlagak seperti biasa. Mulut becok berbicara itu dan ini pasal kerja berbanding dengan Absyar yang cukup sopan menjamah makanan di depan mata.


Malam itu Tia tidur dengan lena memeluk teddy bear kesayangan yang di bawa dari Kuala Lumpur. Absyar juga lena tidur dengan tenang tetapi tidak pada Misha yang mula gundah gelana. Di meja makan tadi Amrish asyik memerhatikan sahaja gelagat tunjuk comel dari Tia. Apa tidaknya Tia sudah semakin cantik dan bergaya.

* Hope enjoy...

Saturday, November 24, 2012

Enjit-Enjit Semut - Bab 6




BERNYANYI-nyanyi kecil A’an mengira duit dalam tangannya. Senang betul hati dia bila Pak Ali kalah kes tadi. Tok Sidang sebelahkan dia dengan seadil-adilnya. Dia memang tabik dengan Tok sidang. Hakim yang bijaksana. Baru puas hati dia. Tidak kisahlah lembu-lembu Pak Ali dapat dibebaskan namun Pak Ali diberikan amaran keras dek Tok Sidang. Janji Pak Ali bayar ganti rugi. Padan muka! Ingat Tok Sidang akan berpihak pada dia saja ke? Tengok orang sikit. Ini Nurly Farhanlah. Bakal menantu tak jadi Tok Sidang tau. Bila teringatkan Aizam muka ceria A’an jadi sayu. Tak lama lagi Aizam bakal kahwin dengan Peah. Bergemalah lagu sedih menusuk kalbu menjadi latar belakang A’an. 

            Dalam tengah bersedih sempat dia melepak di pondok tepi sawah itu melayan perasaan. Harunya rasa hati ini. Sakit bagaikan dicarik-carik bulu ayam gitu. Dia menangis kemudiannya. Meraung seorang di tengah sawah yang terbentang luas itu. Tidak tahulah melodi apa yang disampaikan. Kalau masuk uji bakat drama air mata mesti A’an boleh terpilih. Apalah nasib badan. Kalau dapat berkahwin dengan Aizam kan senang. Tiadalah hari-hari dia pening kepala fikir pasal wang. Kebajikan Johnny juga lebih terjaga. A’an mengesat sisa air matanya. Sob..Sob…Sob…Bukan jodoh dia dengan Aizam.

            Suara lelaki terpekik terlolong mengganggu ketenteraman A’an yang baharu pulih dari kelukaan di hati. Lelaki manalah yang menjerit macam orang dirasuk histeria ni? Siang-siang buta begini mana ada hantu kalau nak terpekik macam tu. A’an bingkas bangun menyarung semula selipar jepun. Dia ingin juga melihat rupa paras empunya suara yang garau perkasa itu.

“EEEEIIIII…gelinya…pacat…pacat!!!” Jan sudah terkaku melihat dua ekor pacat memanjat naik lagi ke betisnya. 

            Safuan sudah ketawa mengekeh. tadi kata mahu kenal sangat dengan menatang bernama pacat ni. Sekarang dia sudah perkenalkan kepada Jan.

            “Kau tak payah jadi macam anak patung dan menjerit macam perempuan. Pacat tu hisap darah saja. Lepas dia kenyang tahulah dia jatuh sendiri.” Safuan sememangnya tidak menghiraukan keadaan Jan itu. Dia sibuk melihat anak-anak ikan di tepi parit kecil itu.

            “Tolong aku, Fuan. Aku tak nak dermakan darah aku pada menatang ni!!!” Jerit Jan.

            “Tak sampai satu sudu kecil pun darah kau dihisap. Buatlah amal jariah sikit.”

            Please help me!!!!” Jan melalak. Dia tidak sanggup mahu memenggang pacat yang sedang molek menjalankan misi menghisap darahnya itu.

            Safuan pekakan telinga. Dia biarkan saja Jan terjerit-jerit begitu. Dia sudah masuk ke dalam anak parit bermain dengan air. Tujuan asal untuk mencari ayah saudaranya telah dilupakan. Dia sudah main renang-renang meninggalkan Jan bersendirian. Jan lelaki pandai jaga diri. 

            “Ini apa kes melalak macam orang perempuan! Kena cabul ke?” A’an berdiri tegak di hadapan Jan dengan muka bengis.

            Jan yang ketakutan mengangkat kepalanya. Gadis berambut keringting tocang satu pandang dia dengan pandangan yang cukup tajam. Macam dia kenal saja muka gadis tersebut.

            “Pacat…pacat!” Dia menunjukkan makhluk yang melekat pada betisnya itu.

            A’an bongkokkan tubuhnya. Berkerut dahinya. Selamba dia menarik pacat yang sudah kekenyangan menghisap darah itu dari betis Jan. 

            “Lor…menatang ni ke yang telah cabul kau?” Ujar A’an.

            Jan mengangguk laju.

            A’an ketawa menekan perut. Lawak sungguh mamat depan mata dia tu. Pacat pun dia takut. Tak layak betul jadi lelaki idaman wanita. 

            Jan mengetap bibir. Berani gadis itu ketawakan dia. Seekor lagi pacat ditarik oleh A’an. Ada darah mengalir dari kesan gigitan pacat tadi. 

            “Awak sudah kehilangan darah tu, jadi eloklah pergi ke hospital atau klinik berdekatan untuk mendapat bantuan segera.” A’an sengaja mahu mengenakan Jan.

            What?!” Terlopong besar mulut Jan. Mukanya berubah menjadi pucat. Safuan kata tadi pacat tu tak hisap darahnya sampai satu kecil sudu kecil. Serta-merta dia pengsan di situ.
           
JAN membuka mata perlahan-lahan. Dia melihat di sekeliling. Bukan bilik tidurnya. Tapi dia berada di mana ya? Adakah gadis tadi telah menculik dia? Jan bingkas bangun. Jan mula cuak. Baju ditubuhnya pun sudah bertukar begitu jua seluar yang dipakai. Dia sudah kena rogol dengan gadis tadi ke? 

            Bunyi lelaki menangis di dalam bilik tidurnya itu membuatkan  A’an dan Opah merasakan sesuatu yang pelik. Agaknya lelaki tadi sudah sedarkan diri. Lelaki itu pengsan depan mata dia. A’an meminta beberapa orang pakcik untuk membawa lelaki itu pulang ke rumahnya. Entah anak siapa pun dia tidak kenal. A’an juga ada minta tolong pada pakcik-pakcik untuk bertanyakan pada orang kampung jika ada yang kehilangan anak sebesar anak gajah itu. A’an dan Opah bergegas ke bilik tidur tersebut.

            Jan sedang duduk menangis sambil kedua belah lututnya dipeluk erat. A’an dan Opah saling berpandangan.Apa kena dengan anak orang ini?

            “Kenapa nangis-nangis ni?” Tegur Opah.

            “Entah? Macam budak-budak…” Cebik A’an. Opah menyiku lengan A’an. Cucu yang seorang ini mulut tak tahu nak berlapik.

            “Awak mesti dah cabul kehormatan saya kan?” Jari telunjuknya di halakan pada A’an.

            Nenek pecah ketawa. Apa punya tuduhan yang lelaki itu tujukan pada dia. Tuduhan tidak berasas.

            “Saya nak cabul awak? Awak ingat saya kemaruk nakkan tubuh awak tu? Muntah hijau saya!” 

            “Baju saya pun dah lain tau!” 

            A’an tepuk dahi. 

            “Tak kepingin saya nak ratah awaklah. Saya yang pinta budak jiran sebelah tukarkan baju awak tu.” Bulat anak mata A’an.

            Jan terdiam. Dia gigit jari.

            Suara orang memberikan salam di luar rumah mematikan perbualan mereka. Opah menyahut salam terbabit. A’an membuntuti Opahnya ke ruang tamu. 

            “Osman rupanya…” Opahnya menjemput Pak Osman dan seorang pemudanya masuk ke rumah.

            “Aku datang ni pasal kawan anak saudara aku ni. Dia katanya ada di rumah kau Siah?” Pak Osman menyatakan tujuan kedatangannya.

            “Patutlah tak pernah tengok muka dia di kampung ni.” Opah mengusap dagu. 

            “Anak saudara aku ni bijak sangat tinggalkan kawan dia sendirian di sawah tu. Dengar dia pengsan pasal kena gigit pacat.” Terukir senyuman di bibir Pak Osman. Safuan menekup mulut menahan ketawa.

            “Nasib baik Pak Man kenal dia….kalau tidak memang saya buat laporan di balai polislah.” Celah A’an. 

            Safuan mengerling A’an yang berdiri di sebelah Opahnya itu. Dia seakan mengenali gadis itu. Ingat-ingat lupa pula.

            Hairan Safuan melihat mata Jan yang merah seperti orang baharu lepas menangis. Ingin bertanyakan apa puncanya rasa tidak sesuai ketika ini. Jan tampak bengang semacam. Dia pun tidak menjangkakan yang Jan hilang sebaik dia kembali  mencari temannya itu semula. Ingatkan Jan sudah kena sorok dek hantu. Nasib baik jumpa balik kalau tidak mahu teruk dia hendak menjawab pada Encik Mokhsin dan  Puan Rubiah nanti. Dia pun bersubahat dalam kes Jan melarikan diri ni.

            Hensem jugak budak tu, A’an. Kau tak terpikat?” Opah jongket kening.

            “Opah…kita tak pandang lelaki lembik macam perempuan. Pacat pun takut.” Balas A’an. Dalam hati ini masih terpahat nama Aizam tahu.

            “Tiada manusia yang perfect A’an…” Opah berlalu ke dapur.

            Aik! Opah pun sudah belajar speaking orang putih.

*Pssttt...A'an jangan cakap je...nanti mana tahu awak sangkut dengan Jan.

Saturday, November 17, 2012

Nilai Cintanya...NC 19



SUFI Alisha menerima kehadiran seorang wanita di hadapannya. Dia pernah jumpa dnegan wanita ini di pejabat Ameer Dylan. Kehadiran wanita itu disambut baik oleh Sufi Alisha. Ketika itu dia hanya bersendirian di rumah. 

            Delina hanya memandang sekeliling rumah Sufi Alisha. Rumah orang tidak berduit memang tidak selesa. Panas pula. Sofa pun jenis murah dan tidak tahan lama. tidak seperti kondominium miliknya. Selesa dan sentiasa sedap mata memandang. 

            “Duduk dulu…saya buatkan air untuk cik.” Tetamu tidak diundang itu tetap dilayan dengan baik.

            “Tak perlu. I takut you bubuh racun dalam minuman I nanti.”

            “Kenapa pula saya nak meracuni cik?” 

            Delina mengetap bibir. 

            “Masakan awak tidak tahu yang I ini perempuan simpanan bakal husband you itu?” Delina seakan tidak mahu akan status dirinya itu. Malah dia merasa lebih bangga.

            Sufi Alisha menggeleng perlahan. Perkara begini sudah diagak dari awal lagi. Dia tidak boleh cepat melatah. Dia cuba bertenang dan menghadapinya dengan cara yang lebih dewasa.

            “Kenapa cik tidak bernikah dengan Encik Ameer Dylan. Hubungan yang halal itu diredhai Allah. Hubungan ke arah zina itu dimurkai oleh Allah.”

            Delina ketawa besar mendengar kata-kata Sufi Alisha. Gadis ini adalah hati mahu memberikan nasihat padanya. Soal hukum halal dan haram bukan isu besar baginya. 

            “You fikir you sudah bagus untuk menasihati I. Cuba you tengok gambar you ini.” Delina membuka telefon bimbitnya lalu menayangkan gambar tersebut kepada Sufi Alisha. Gambar itu dicuri dari telefom bimbit Ameer Dylan.

            “Gambar ini…” Sufi Alisha tidak meneruskan butir bicaranya. Dia tersentak. Apakah Ameer Dylan yang memberikan gambarnya itu kepada Delina. Tak mungkin?

            “Perempuan seperti you lebih teruk dari I tahu. Tinggalkan Dylan.” Kata-kata Delina bagaikan satu arahan untuk Sufi Alisha.

            Sufi Alisha tersenyum. 

            “Jika saya tidak tinggalkan Ameer Dylan maka cik akan sebarkan gambar ini.” Sufi Alisha membalas.

            “You mesti tidak mahu lihat maruah you diinjak-injak. Gadis yang tampak alim di luarannya tetapi mempunyai gambar yang tidak senonoh.” Delina yakin Sufi Alisha akan termakan dengan kata-katanya.

            “Saya tahu saya bukan gadis yang sempurna. Dan pernah cik terfikir gadis seperti saya akan teraniaya. Saya mengerti yang cik tidak akan percaya saya teraniaya kerana sikap manusia itu sendiri lebih ke arah negatif dari positif. Cik akan kata saya berlakon dan tamakkan harta.”

            Delina terpukul dengan kata-kata Sufi Alisha.

            “You tidak perlu mengajar I. Gadis yang tampak alim di luar sana itu pun lebih teruk dari I malah bertudung itu adalah satu fesyen sahaja. Malah soal ada dara atau tidak bukan masalah lagi pada mereka.” Delina meninggikan suaranya.

            Delina tidak mahu mengalah. Padanya perempuan yang berlagak baik ini hanya mahu menutup keburukan diri sahaja.

            “Manusia sering menafikan kebenaran depan mata. Jalan yang songsang juga yang turuti. Mungkin saya ini tidak baik tetapi saya berusaha menjadi seorang yang baik. Kita tidak dapat mengelak hukuman di akhirat kelak.” tegas Sufi Alisha.

            So funny…bercerita tentang akhirat pada I. Kubur I dan you lain-lain so jangan you ingat you itu akan masuk syurga walau you itu beramal sangatlah konon.” Delina masih dengan egonya. 

            '“Cik tidak mahu masuk syurga?” Soal Sufi Alisha.

            “Itu bukan urusan you. Kalau I masuk neraka pun bukan masalah pada you.” Delina bingkas bangun lalu menunjal dahi Sufi Alisha dengan jari telunjuknya.

            Bila seseorang itu mengatakan sesuatu tentang kebaikan semestinya akan dipandang serong. Bila seseorang itu melakukan sesuatu yang mungkar akan dipuji melambung tinggi dan dibangga-banggakan. 

            “Sila bersikap sopan cik…” Sufi Alisha menepis tangan Delina.

            “Huh!” Delina mengaturkan langkah ke muka pintu.”I akan pastikan you dapat malu besar nanti.”

            Delina berlalu pergi. Dia nekad akan memberikan malu kepada Sufi Alisha. Hati memang tidak senang menerima perkhabaran perkahwinan yang sudah dihebohkan itu. Ada rasa cemburu menular di hati Delina sedangkan dia tahu Sufi Alisha itu sekadar barang permainan Ameer Dylan. Apa sudah jadi pada dirinya? Kebelakangan ini Ameer Dylan amat jarang sekali berhubungan dengan dia. Lelaki itu lebih menumpukan perhatiannya kepada Sufi Alisha. Gadis yang langusng tiada sebarang daya tarikan.

SATU tamparan hinggap ke pipi gebu Delina. Delina jatuh terduduk di atas lantai. Bucu bibirnya berdarah. Dia pandang wajah bengis Damien dengan pandangan tajam. Sama sekali dia tidak menyangka Damien berada di dalam kondominiumnya itu. Damien terus mengasari tubuhnya tanpa belas kasihan.

            “Siapa suruh you bertemu dengan Sufi Alisha?” Dagu Delina dicengkam kuat.

            “I tidak buat apa-apa pada dialah.” Rengus Delina. Dia tidak mengerti mengapa Damien baran begini sekali. Dan dia tidak menduga Damien mengupah orang mengawasi gerak-gerinya.

            “Habis?! Ini apa?” Gambar di dalam telefon Delina ditunjukkan.

            “I tidak rasa tindakan I adalah salah.” Delina membela dirinya.

            “You memang bodoh.” Mata Damien menyorot ganas. 

Delina sudah menggeletar. Dia sudah boleh mengagak tindakan Damien seterusnya. Dia tidak sanggup menerima kesakitan itu lagi pada tubuhnya.

            “Damien…please…” Delina merayu.

            “You kena tanggung akibat yang you buat.” Kali ini rambut Delina ditarik kasar oleh Damien. Delina diheret oleh Damien masuk ke dalam bilik. Tubuh Delina dihempaskan ke atas katil.

            Please…”

            Damien tidak menghiraukan pujuk rayu Delina. Dia rentap kasara pakaian yang membaluti tubuh Delina itu. Rambut Delina yang sudah tidak terurus ditarik. 

            “I tidak suruh you mendekati Sufi Alisha atau menyiarkan gambar itu kepada umum. Tugas you hanya tertumpu kepada Ameer Dylan.”

            I’m so sorry…lepaskan I Damien.” Wajah angkuh Delina sudah ketakutan.

            Why? Selama kini you tidak takut apabila bersama dengan I?”

            “Damien…” Wajah Damien semakin mendekatinya. Delina memenjamkan matanya rapat. Namun hembusan nafas Damien tidak kedengaran lagi.

            Delina memberanikan diri untuk membuka matanya. Damien sudah turun dari katil tersebut sambil memakai kotnya semula.

            “Ingat Delina, jika rancangan I gagal kerana you maka you yang akan menerima akibatnya. I akan cincang you sampai lumat.” 

            Damien menghempaskan pintu bilik itu dengan kasar. Delina menekup wajahnya. Air matanya sudah mengalir. Perempuan simpanan sepertinya hanya tempat melempiaskan hawa nafsu lelaki. Dia yang memilih jalan ini untuk mengecapi kesenangan hidup yang tidak perlu bersusah-payah mencari wanng.

            Damien melangkah masuk ke dalam perut kereta. Dia perlu lebih berwaspada dengan Delina. Perempuan itu bakal merosakkan segala rancangan yang telah dirancang dengan teliti. Perempuan bodoh!

            Wajah mulus Sufi Alisha terbayang di ruang mata Damien. Gadis itu bakal menjadi suri di dalam hidup Ameer Dylan. Gadis yang bodoh kerana memperjudikan hidup buat lelaki itu. Dia akan meracuni pemikiran Ameer Dylan agar jatuh cinta kepada Sufi Alisha. Kemudian dia akan melenyapkan Sufi Alisha dalam hidup Ameer Dylan. Biar lelaki itu terus jatuh rebah apabila orang kesayangannya meninggalkan dia. Dia mahu Ameer Dylan rasa apa itu keperitan dan pengkhianatan.

            Telefon bimbitnya berbunyi. Bibir Damien mengukir senyuman.

            “Helo, Dylan…” Damien membalas panggilan tersebut.



AMEER Dylan meraupkan wambutnya ke belakang. Apa semua ini? Siapa punya angkara yang menyebarkan gambar tersebut. Dia sudah bertanyakan hal ini kepada ibu tiri Sufi Alisha. Ternyata bukan kerja wanita itu. Tapi bagaimana gamabr itu jatuh ke tangan orang lain. Orang disekeliling mula mengatakan tentang Sufi Alisha. 

            “Dylan…” Tuan Haji Abbas perlukan pernjelasan dari Ameer Dylan tentang gambar-gambar tersebut. Dia yakin Sufi Alisha bukan gadis sedemikian. Soal malu itu ditolak tepi. Maruah Sufi Alisha perlu dibersihkan. 

            “Dylan bersummpah pada ayah yang itu bukan kerja Dylan.”

            “Gambar itu tidak ada jika ianya bukan kerja kau! Kau aniaya Sufi kan?” Tuan Haji Abbas meninggikan suara.

            Tersentak Ameer Dylan. 

            “Dylan akui Dylan yang buat itu semua tetapi Dylan tidak siarkan gambar itu kepada umum. Dylan hanya gunakan gambar itu untuk mengugut Sufi sahaja!”

            Satu kejutan buat Tuan Haji Abbas dengan pengakuan Ameer Dylan. Perlakuan Ameer Dylan memang sudah sampai ke satu tahap yang sungguh melampau. Telapak tangan  Tuan Haji Abbas terus melekap pada pipi Ameer Dylan.

            Ameer Dylan membisu. Dia menerima tamparan dari ayah angkatnya kerana semua itu berpunca dari dirinya sendiri.

            “Sufi itu gadis yang baik Dylan….Dia menerima Dylan dengan niat yang ikhlas. tergamak Dylan buat begitu pada dia. Apa salah dia pada Dylan? Cakap!”

            Ameer Dylan mengangkat wajahnya. 

            “Dylan akan bunuh orang yang siarkan gambar Sufi Alisha!” Riak muka Ameer Dylan itu tidak disenangi oleh Tuan Haji Abbas. Amarah Ameer Dylan boleh berada di luar kawalan.

            “Negara kita ada undang-undang Dylan…Jangan kau buat sesuatu yang tidak gunakan akal fikiran.” Tuan Haji Abbas memberikan peringatan kepada Ameer Dylan.

            Ameer Dylan membisu. Dia tidak melepaskan manusia tersebut. Dia akan siat-siat manusia yang sengaja mencari masalah dengannya itu.