AZYAN rasa bengang asyik dikerumuni oleh gadis-gadis yang meminati Syakir. Macamlah dia kawan rapat sangat dengan Syakir. Tanya itu dan ini padanya. Naik menyampah Azyan. Kalau tak tolong tak dikawan pulak. Nak tak nak terpaksalah Azyan curi-curi menyelidik tentang lelaki pujaan ramai itu. Dan orang yang terpaksa tapi sebenarnya dipaksa menjadi pembantu utamanya mestilah Salwa. Tiada orang lain dah yang boleh diharapkan. Salwa mengikut saja. Tiada bantahan langsung dari mulutnya. Katanya elok sangat untuk Azyan mengenali Syakir. Sajalah tu nak kenankan dia dengan Syakir. Huh! Tak mungkinlah hati aku akan terpikat dengan Syakir.
Azyan begitu tekun menulis di atas buku catatannya. Bukan buat catatan untuk belajar tapi buat catatan mengenai Syakir. Salwa di sebelah menjeling saja ke khusyukkan teman baiknya itu. Encik Tamdan sedang bersyarah di hadapan dia boleh buat kerja lain di belakang. Pelajar yang baik betul. Salwa menyiku lengan Azyan. Azyan mendengus kecil.
“Nak apa?” soalnya separuh berbisik.
“Sekarang time kelaslah bukan buat kerja tak senonoh kau tu.” balas Salwa separuh berbisik jugak. Lagi perlahan suara dari Azyan.
“Kerja tak senonoh apa bendanya. Aku hanya buat untuk tolong oranglah. Aku bukan pervert!” Tak sedar langsung si Azyan yang dia sudah meninggikan suaranya. Salwa menekup mulut. Alamak! Azyan ni tak control volume suara dia pulak. Mati…mati…mati…
Encik Tamdan yang sedang memberikan penerangan itu menghala pandangan pada Azyan. Azyan tersengih. Salwa punya pasallah ni. Mujur saja Encik Tamdan tidak menuju ke mejanya. Kalau tidak kantoi tadi. Mahunya dia kena basuh cukup-cukup dengan Encik Tamdan yang straight the point itu. Jangan memain.
“Nasib kau tak kantoi.”
“Kau punya pasallah banyak sangat soalnya. Walaupun aku student favourite dia, kau ingat Prof Tandan tu akan bagi muka. So sorrylah…” Azyan mencebik bibir. Salwa ketawa kecil.
Beberapa ketika kemudian, Azyan dan Salwa menarik nafas lega. Kelas EncikTamdan tamat dengan jayanya. Budak-budak kelasnya yang lain mula menyibukkan diri. Riuh satu kelas kerana esok ada ujian gempak dari Encik Tamdan. Kurang asam gelugor betul Encik Tamdan ni. Last minute baru nak cakap esok ada ujian. Malam ni kena sekang mata mengadap buku. Tak lulus semestinya akan kena denda.
“Kau boleh buat muka blur macam ni. Kau dengar tak Prof Tandan cakap esok ada ujian!” Salwa menepuk bahu Azyan.
“Aku dengarlah. Ingat aku pekak! Yang kau risau sangat kenapa?”
“Gila kau! Mahu aku tak risau. Esok ujian baru dia nak cakap hari ini. Sudahlah Prof tu suka bagi soalan maut. Tak lulus dia kasi pancung sorang-sorang.”
“Dia tak pancung aku pun.”
“Kau tak pernah gagal kertas dia macam mana dia nak pancung kau!” Salwa mengetuk kepala Azyan. Azyan tersengih. Mestilah sebab aku takut kena pancung dengan ayah aku. Kau orang mana tahu. Ayah aku lagi dahsyat dari Encik Tamdan.
“Muhammad Syakir Bin Ilyas. Umur 23 tahun. Tinggi 180 cm. Berat 63 kg. Bekerja sebagai model sambilan. Adik-beradik dua orang. Adiknya masih berada di sekolah menengah rendah. Ayahnya bekerja sebagai pengetua sekolah manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. Warna kegemaran biru. Makanan dibenci sekali Carrot. Minuman kegemaran Sundae. Cita-cita nak jadi mekanik tapi terpaksa ambil jurusan kedoktoran. So bakal doctor bertauliah walaupun sebenarnya muka dia tak layak langsung jadi doktor.” Panjang lebar Salwa baca isi kandungan yang dicatit oleh Azyan dalam buku notanya. Entah bila dia ambil buku itu dari meja Azyan. Azyan sendiri tak sedar tindakan pantas Salwa. Salwa ketawa besar.
“Yang kau seronok sangat kenapa? Aku debik kang baru tahu!” Azyan mengepal buku limanya. Salwa menutup mulut. Namun tawanya masih bersisa.
“Kau cakap ada perlawanan bola antara kolej. Aku rasa aku nak pergilah.”
“Aik! Hari itu cakap tak mahu pergi. Kau kan menyampah nak tengok muka musuh ketat kau tu.” Salwa mengusap-usap dagunya. Ini mesti ada niat lain di hati Azyan.
“Mulalah tu syak kat aku! Apa kau ingat aku suka sangat nak pergi tengok Syakir main kalau bukan kerana peminat fanatic dia tu.” Panjang muncung bibir Azyan.
“Ala…bukan sehari dua aku kenal kau, Yan.”
“Betullah aku nak pergi tonton bukan ada niat jahat kat dia. Aku cuma nak ambil gambar dia untuk peminat fanatic dia sajalah.”
“Pervert!”
“Aku bukan pervert lah!”
APA kena dengan anak daranya seorang ini. Sejak kebelakangan ini Azyan suka tarik muka masam. Kalau disuruh buat kerja sikit jelingan punyalah tajam. Kalau ditegur sikit mulalah muncungnya panjang sedepa. Sakit kepala Encik Idris memikirkan perangai Azyan. Bila ditanya pada Anuar dan Azuan. Kedua-dua anak lelakinya itu gelengkan kepala. Azuan juga sudah seperti Azyan. Asyik berkurung dalam bilik. Apa nak jadilah dengan anak-anaknya ini. Anuar pula memanjang sibuk dengan latihan bolanya. Jarang benar lekat di rumah.
Lihat sajalah hari ini. Hanya Encik Idris seorang makan sendirian. Rasa sunyi pula jika tidak mendengar suara riuh rendah anak-anaknya. Encik Idris behenti menyuap bila melihat Azyan menuruni anak tangga. Anak gadisnya itu tersengih lalau menarik kerusi duduk berhadapan ayah tersayang. Laju Azyan menyenduk nasi ke dalam pinggannya.
“Ingatkan puasa sunat.” desis Encik Idris. Azyan tersengih.
“Yan tak boleh tahan kalau sudah terhidu bau kari ayah ni.”
“Aik! Selalunya Yan hanya puji kari Abang Ravi mamak corner tu. Ini mesti ada apa-apa ni yang Yan nak dari ayah kan.” Sekilas Encik Idris menjeling Azyan yang sedang laju menyuap nasi di pinggannya.
“Hehehehehehe….ayah memang bijak baca apa yang terkandung dalam otak anak ayah ni.” Azyan mengangkat-angkatkan keningnya.
“Yan nak mintak duit belanja lebih ke? Atau Yan nak ayah belikan skuter baru?” Encik Idris sekadar menembak. Rasanya dua perkara itu yang penting pada Yan. Skuter Azyan pun sudah nampak semput-semput sekarang ini. Maklumlah skuter pun sudah kian dimamah usia. Sebab faktor usia skuter itulah Azyan jarang nak merempit.
“Dua-dua bukan.” balas Azyan siap dengan gelengan kepala. “Yan nak pinjam kemera digital ayah. Yan nak buat photographer sikit.”
“Bila masa pulak anak gadis ayah minat photographer? Ini mesti ada apa-apa ni?
Yan nak ambil gambar siapa? Syakir ke?”
Alamak! Kali ini ayah memang tepat menembak. Tapi anakmu terpaksa ayah. Terpaksa buat kerja mengarut tu! Ingat anakmu ini hingin bangat nak ambil gambar cicak kobeng tu!
“Taklah. Yan saja mahu ambil gambar Abang Nuar main bola nak buat kenangan terindah dalam koleksi album Yan.”
“Ayah rasa gambar Syakir lebih terindah di simpan dalam album Yan tu. Apa ingat ayah tak tahu ke.”
Serta merta wajah Azyan berubah. Sahlah ni ayah spot check bilik dia. Apa ni ayah ganggu hak peribadi anak gadis sendiri. Tak patut. Memang tak patut. Habislah ayah tahu yang dia menghendap si Syakir. Nota-nota yang dia buat tentang Syakir. Dia pula jenis suka selerakkan bilik.
“Tak baik menghendap anak teruna orang. Kau tu orang perempuan. Kalau dah berkenan sangat ayah pinangkan Syakir untuk kau. Apa salahnya kan.” Selamba saja Encik Idris menutur kata.
“Siapa nak pada Syakir! Yan sekadar buat kaji selidik tentang sebab orang mintak tolong. Itu aja. Kalau untuk diri sendiri tak hingin Yan. Ingat dia Lee Min Ho ke?” Azyan membela bagi pihak dirinya. Ala-ala berdebat dalam court! Ayah pendakwa raya dia penguam bela.
“Mengaku sajalah Yan. Yan suka Syakir ya…”
“Kalau ayah tak nak bagi pinjam tak mengapa. Yan boleh pinjam kat orang lain.” Azyan buat muka merajuk. Bencinya kalau dikaitkan dengan mamat sengal tu!
“Baru usik sikit dah tarik muncung panjang. Buruklah Yan. Macam muncung Woody Woodpecker pulak ayah tengoknya.” Meletus tawa di bibir Encik Idris. “Okaylah ayah bagi pinjam.”
Azyan tersenyum. Selesai satu masalah. Lepas ini taubatlah dia nak tolong orang buat tesis buang masa ini pasal Syakir. Lebih baik dia buat tesis Prof Tan-dan apa juga berfaedah! Sebut pasal Prof Tan-dan, dia baru teringat yang esok ada ujian maut. Bersengkang matalah malam ini Azyan oiiii!
Apa-apahal kena telefon Salwa yang dia tidak dapat buat kelas tuisyen malam ini. Syamil dan budak-budak yang lain sudah diberitahu. Lepas makan laju Azyan menuju ke arah telefon di ruang tamu. Bukan mahu menolong ayahnya mengemaskan meja makan dulu. Bertuah punya anak dara. Sudahlah masak pun malas! Melantak saja yang dia tahu. Apalah nak jadi dengan Azyan ni.
“Hello makcik!”
“Kot ya pun bagilah salam dulu. Ini main terjah saja. Apa kau ingat sini negara orang putih!” desis Salwa di talian.
Mengekeh Azyan ketawa. “Mak Timah Radio naik lori…so sorry lah Wawa. Asslamualaikum…salam sejahtera.”
“Waalaikumsalam. Hah ada apa mengganggu ketenteraman orang ni?” Orang sedang sibuk menghafal point-point untuk exam esok dia kacau pula. Satu apa pun masih tak masuk dalam kepala otak. Masak kau esok Salwa.
“Eh! Garangnya kau hari ini Wawa. Tahulah kau sedang study maut untuk exam esok. Aku call ni just nak beritahu yang malam ini aku cancelkan kelas tuisyen kita.”
“Eloklah tu. Boleh aku concentrate pada exam esok. Aku tengah biol ni.” Salwa mengaru-garukan kepalanya. Lihat saja buku rujukan sudah sakit biji mata.
“Hahahahaha…kawan baik aku dah biol rupanya. Kau nak aku hantar kau dekat mana? Hospital tampoi atau tanjung rambutan.”
“Kau hantar aje aku dekat Tanjung Rambutan. Sekurang-kurangnya aku merasa makan rambutan dekat situ.”
Azyan dan Salwa sama-sama ketawa.
“Okaylah. Aku call sebab nak beritahu itu aje. Good luck! And go! go! power rangers! Assalamualaikum…” Azyan meletakkan ganggang telefon.
kelakar 2 sahabat nih...sehati & sejiwa....hehehe
ReplyDeletebest ooo dpat sahabat gni...
ReplyDeleteteringat teman2 rapat...rindu pd dia org...