Tab Menu

Followers

Monday, April 19, 2010

566 Hari Mencari Cinta_7


“KENAPA jadi begini! Ibu tidak patut buat kami begini!” jerkah Datin Kalsom. Nenek yang duduk atas kerusi goyang itu sekadar tersengih-sengih. Tidak kisah pun jika anak-anaknya itu mengetahui dia membuat perjanjian sulit dengan Firdayu. Mereka memang tidak sukakan Firdayu dan babahnya. Takut harta Nenek tidak jatuh dalam tangan mereka. Bila Nenek berbaik-baik dengan dua beranak itu? 

            “Fatin anak kami lebih layak jadi pewaris ibu dari Firdayu tu. Ibu tahu tak betapa jahatnya Firdayu itu!” suara Dato’ Nasrin pula. Bukankah Fatin cucu kesayangan ibunya.

            “Beritahu apa sebabnya ibu buat perjanjian mengarut itu dengan Firdayu? Kenapa ibu singkirkan Fatin jadi pewaris?” Datin Kalsom memakukan mata pada ibu mertuanya itu.

            Nenek ketawa. Macam mata anak ikan emas bila Datin Kalsom jegilkan biji matanya besar-besar. Ingat dapat takutkan Nenek ke? Tentulah tidak. Mereka yang takutkan Nenek adalah. Nenek yang berkuasa atas harta-harta yang mereka miliki.

            “Som…Fatin anak kamu itu memang tidak layak jadi pewaris aku.” Nenek sudah membuka mulutnya.
            “Datin Kal tau. Bukan Som. Datin Kal lah ibu.” Datin Kalsom cuba membetulkan panggilan Nenek padanya itu. Tidak glamour panggilan Som itu. Macam orang kampung.

            “Ikut suka hati akulah nak panggil kau apa, Som.” Nenek jegilkan matanya pada Datin Kalsom. Datin Kalsom menundukkan kepala. Mulutnya mengomel-omel. Nenek tersenyum. Anak-anak yang lain ketawa. Mereka tidak berani buka mulut jika Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom bersuara. Mereka amat kerdil dibandingkan dengan pasangan suami isteri itu.

            “Ibu…saya tetap bangkang perjanjian yang ibu buat dengan Firdayu. Yue bukannya wanita yang baik. Teman lelaki keliling pinggang. Keluar lekai sana keluar lelaki sini. Entah-entah wang yang dia dapat hasil dari lelaki-lelaki yang dia dampingi tu. Fahrin memang tak tahu didik anak dia!” bentak Dato’ Nasrin. Sempat Dato’ Nasrin mencerlung mata pada Encik Fahrin yang duduk tidak jauh darinya. Lelaki itu sekadar mengukir senyuman di bibir.

            “Aku tahu. Aku tahu apa cucu aku yang jahat sangat itu buat di luar sana. Tapi dia tidak hipokrit seperti kamu semua. Dia terang-terangan mengatakan perasaan bencinya pada aku. Itu yang aku suka dengan dia. Tidak bermulut manis macam korang.” Nenek ketawa lagi. Kalau terbayangkan wajah Firdayu pasti ada kelucuan di hatinya. Firdayu tak ubah seperti dia muda-muda dulu. Wanita rebutan lelaki. Firdayu lebih banyak mengikut acuan sikapnya dari anaknya Farisa, ibu Firdayu.

            Dato’ Nasrin dan Datin Kalsom saling berpandang dengan adik-beradik lain. Apa yang mereka takutkan sudah terjadi. Mereka tidak mungkin akan membiarkan Firdayu membolot harta Nenek. Firdayu tidak layak! 

            “Kami tidak bersetuju!” Dato’ Nasrin sebulat suara dengan adik-beradik yang lain. Mestilah menentanng punya. Siapa yang tidak dengan Firdayu. Kalau Firdayu bolot semua harta dah jadi kes naya pada mereka. Mereka boleh bayangkan macam mana rupa Firdayu ketika itu. Tentu menggerunkan! 

            “Apa yang aku buat tidak perlukan persetujuan dari korang semua. Harta aku, jadi aku punya suka nak bagi siapa.” Nenek menjuihkan bibir. Suka-suka hati mereka nak membantah.

            “Kalau orang lain boleh juga kami terima. Tapi ini Firdayu si poison ivy tu! Nenek nak lingkupkan kami semua ke?” celah Bakhtiar adik kepada Dato’ Nasrin. 

            Poison ivy? Tak tahu pulak si Firdayu tu ada gelaran yang cukup menarik. Nenek mengusap-usap dagunya. Gelaran yang amat sesuai untuk cucu yang seorang itu. Nenek ketawa besar hingga mengejutkan semua anak-anaknya yang hadir pada hari ini. Buat perbincangan pasal pindah milik pewaris. Dato’ Nasrin dan binilah yang gatal-gatal sangat suruh adik-beradiknya balik bersemuka dengan Nenek. Nenek tak suruh balik pun. Bukan berita tergempak sangat.

            “Amboi! Meriahnya nenek ketawa ya.” Firdayu terpacul di muka pintu ruang tamu vila keramat Nenek. Semua mata terarah kepadanya. Firdayu mengaturkan langkah. Ramai jemputan makan malam ini hari. Pipi babah dikucup. Yang lain dia buat tidak nampak. Dia duduk menyilang kaki di sisi babahnya.

            Berpeluh-peluh muka mereka. Ini mesti Nenek yang menjemput Firdayu balik. Firdayu nak balik ke vila keramat Nenek. Minta maaf banyak-banyak. Orang tua itu memang sengaja. Tak berkerdip mata mereka memandang Firdayu yang seksi meksi itu. Siapa yang tidak terliur tengok tubuh Firdayu yang langsing dan menggoda Firdayu. Tergugat iman. Si ibu masing-masing menutup mata sang suami dan anak-anak lelaki mereka. Tak boleh anak dara ke Fahrin itu pakai baju yang cukup kain sedikit.

            “Ada yang teringin nak masuk dalam calon kekasih I ke?” suara Firdayu manja. Babahnya geleng kepala. Dia tepuk bahu anaknya lembut. Bukan dia tidak menegur cara Firdayu berpakaian. Tapi nak gadisnya itu degil dan liat dengar nasihat.

            “Belum sampai makan malam lagi dah meleleh air liur. Dahsyat aura cucu nenek ni. Betul-betul sesuai dengan gelaran poison ivy tu.”

            “Well…biasalah nenek kalau dah popular macam Yue ini. Wanita rebutan lelaki so ada saja yang iri hati.”

            “Ya…sampai ada yang meraung-raung sebab ditinggalkan kau. Kalau sudah yang dikacau pulak semuanya laki-laki orang. Kekasih-kekasih orang. Wanita mana yang tak sengsara.”

            Firdayu dan Nenek saling bertentangan mata. Kedua-dua wanita mengorak senyuman. Tidak lama kemudian tawa mereka meletus membingitkan telinga tetamu-temau yang lain.

            “Cucu dengan nenek sama saja.” cebik Datin Kalsom.

            “Darah daging aku jugak Som. Mestilah sama.” laung Nenek. Dasar telinga lintah. Tajam Nenek menjeling Datin Kalsom.

            Firdayu bangun merapati Datin Kalsom. Lama tidak bertemu makin gemuk gedempul mak datin seorang ini. Mujur saja Fatin Nadira tidak ikut saiz badan mamanya. Dikerling Dato’ Nasrin. Suami Datin Kalsom masih tampak segak dan mantap. Boleh tahan juga papa si Fatin itu. Nasib baik bapa saudara sendiri. Jika tidak menangis Datin Kalsom sebab Dato’ Nasrin tu boleh tahan juga gatalnya.

            “Auntie Som. Mana Fatin tak datang bersama ke?” Firdayu memeluk bahu wanita itu. Datin Kalsom menepis pautan Firdayu.

            Ini lagi seorang. Suka sangat panggil dia dengan nama tidak glamour itu. Nak memerli dialah tu. Kalau depan kawan-kawan datin dia mesti dia malu punyalah. Mana nak letak muka.

            “Hah! Itu pun Fatin!” Datin Kalsom memuncungkan mulutnya pada Fatin yang baru turun dari tangga itu. Lebar senyuman Firdayu melihat Fatin. Memang Fatin yang dia tunggu-tunggu. 

            “Firdayu…” suara Fatin agak terkejut. Maklumlah bertahun-tahun dia tidak bertemu dua mata dengan Firdayu sejak peristiwa itu. 

            “Hello Cik Fatin Nadira. Lama kita tak berjumpa ya. Masih kekal ayu macam dulu tapi hidung kemek yang patah tu dah diperbetulkan. Wah! Tampak lebih mancung gitu.” sinis kata-kata Firdayu untuk Fatin. Siapa lagi yang patahkan hidung Fatin kalau bukan dia. Pengajaran untuk perempuan yang tidak sedar diri macam Fatin. 

            Fatin mengetap bibir. Bencilah kalau bertemu dengan musuh ketatnya di sini. Ingatkan Firdayu tidak menjejakkan kaki di rumah Nenek lagi. Cis! Perempuan seorang ini kian cantik pulak. Ini yang buat dia makin jealous ni. Bukan mudah mahu menandingi Firdayu dari pelbagai aspek. Sudahlah jelita otak pun licik nak mampus. Firdayu memang memerbahaya. 

            “Mulut jahat kau memang tak berubah. Masih berbisa macam dulu jugak. Agak-agak ramai dah kau kumpul musuh-musuh kau.” 

            “Hahahaha. Aku mana pernah berubah. Biasalah orang jahat macam aku memang selalu dimusuhi ramai. Tapi itu yang aku suka. Kau pun lebih baik berjaga-jaga dengan aku. Aku dengar kau nak bertunang dengan Ruzair yang kononnya lelaki idaman wanita abad ini.” Firdayu mengangkat keningnya.

            “Kau jealous sebab Ruzair tak pandang kau.”

            “Aku jealous. Minta maaflah. Aku takut kau nak ternganga nanti sebab Ruzair adalah calon teratas untuk senarai mangsa kali ini. Dia lelaki yang menarik perhatian aku. Handsome dan berkaliber. Love first sight.” Firdayu separuh berbisik. Wajah Fatin berubah. Mata membulat besar. 

            “Yue! Jangan kau cuba menggoda Ruz aku! Aku tidak akan lepaskan kau!” getus Fatin. Terketap-ketap giginya. Firdayu sekadar tertawa sinis. Dia suka lihat cemberut di wajah Fatin Nadira Dato’ Nasrin. 

            “Siapa yang hebat dia yang menang. Antara aku dan kau agak-agaknya siapa yang Ruzair akan pilih nanti. Aku rasa aku pasti akan menang. Kau tak cukup kuat untuk mengalahkan aku sekarang.” Firdayu memetikkan jarinya di muka Fatin. Dia berlalu melepasi Fatin yang masih menahan  debaran di hati.

TERKETAR-ketar tangan Jimmy mahu menghulurkan lauk kepada Firdayu. Tak tahan dengan panahan mata Firdayu yang cukup kuat menggoda naluri hati lelakinya. Mama asyik menjeling saja. Payah kalau ada poison ivy di sini. Serba tak kena di buatnya.

            “Kau takut aku makan kau ke Jimmy? Aku tak ngap lelaki selekeh macam kaulah.” desis Firdayu. Dia capai dengan kasar hidangan lauk yang Jimmy hulurkan. Jimmy tersengih macam kerang busuk. Mat rock macam dia memanglah Firdayu takkan pandang sebelah mata. Duit pun selalu pokai. 

            “Betul tu Jimmy. Kakak sepupu kau ini hanya ngap lelaki-lelaki yang poket penuh. Yang kosong dia tak mau.” Ada saja ayat Nenek nak menyampuk.

            “Yang kaya itu saya boleh pulun sampai kering. Tak perlu bazirkan duit saya sendiri. Siapa suruh mereka yang bengap tergoda dengan saya.” Firdayu meneguk gelas yang berisi air kosong itu. 

            “Memang keturunan nenek.” Nenek melambakkan tawanya. Tidak sudah-sudah mahu ketawa. Makin senak perut Nenek. “Hari itu nenek call Yue, ada lelaki yang   angkat. Dia cakap dia PA Yue. Bukan main seksi suara dia. Mesti hensem ni.” 

            Tersedak Firdayu dan yang lain-lain. Babah saja yang buat muka biasa. Tak ada rasa apa-apa dengan kata-kata Nenek. Steady abis. Buang tabiat apa pulak orang tua ini bertanyakan soal Kid. Dah tua-tua ada hati nak menggatal pulak.

            “Nenek ingat Kid tu seksi ke. Mamat tu skema habis. Tiada taste langsunglah di mata Yue. Kalau nenek nak sangat Yue boleh carikan datuk-datuk yang baya nenek.”

            “Iyer ke? Atau kau takut nenek kebas dia.” 

            “Nenek…gelilah Yue dengarnya. Tak padan dengan tua menaruh hati pada lelaki muda macam Kid. Sedarlah nenek yang nenek tak sesuai lelaki macam Kid.”

            “Nenek masih cantik lagi Yue. Kau tak tengok muka nenek masa muda-muda dulu. Ramai lelaki tergila-gilakan nenek tapi arwah atuk kau juga yang berjaya menambat hati nenek.” Nenek sudah mula bercerita perihal dulu kalanya. Membosankan.

            “Nenek pilih arwah atuk sebab arwah atuk kaya raya.”

            “Yue!” Dato’ Nasrin meninggikan suara.

            “Betullah tu apa yang dia cakap. Tak perlu kamu semua nak marah dia.” Nenek membela Firdayu yang buat mereka makin tak tahan. Ini mesti aturkan rancangan sinngkirkan Firdayu dalam memwarisi harta Nenek.

            “Tentu kau orang semua sakit hati dengan aku dan babahkan. Aku sekarang kan bakal memwarisi semua harta orang tua ini. Tapi kau orang jangan risau. Kalau aku dapat bolot harta nenek aku takkan pulaukan kau orang. Aku bukannya kejam sangat pun. Aku  akan bagi seorang sedikit tapi dengan syarat kau orang kena bekerja di bawah telunjuk aku jadi orang gaji.” Cukup bagi seorang demi seorang makan hati.

            “Banyak kau punya cantik Yue. Apa kau ingat kami ni apa? Jangan haraplah kami nak ikut telunjuk kau!” bentak Datin Kasom.

            “Eeeeeeiiii takutnya Auntie Som marah.” Firdayu memeluk tubuh.

            “Datin Kal bukan Auntie Som.” gerutu Datin Kalsom bengang. Rasa nak sumbat mulut Firdayu ni dengan sambal belacan atas meja ni. 

            “Tunggu syarat perjanjian terlaksana dulu Yue.”

            “Heh! Yang pasti harta nenek akan menjadi milik Yue kesemuanya.” Firdayu mendepangkan kedua belah tangannya. Bibirnya  memalit senyuman. Satu persatu dia memandang sinis tetamu-tetamu di meja makan antik milik Nenek itu.

3 comments:

  1. hohohoh....
    adeh si firdayu ni....
    ego sungguh lak...
    mst ada sbb dis brubah ni...
    mst dia ada sej silam ngn si fatin...
    siap2 la ko fatin...
    pprangan baru brmula..

    ReplyDelete
  2. dasyhat sungguh watak firdayu ni..... tapi akak dapat rasakan, kid yg akan jadi pasangan yue nanti!!!!!!!!apapun, akak follow..........

    ReplyDelete
  3. hehehe...sukanya akak....
    kelakar lak bila nenek 1 kepala ngan Firdayu...
    Kid pun dia nak usha.....hahaha

    Su...10/10 bintang **********....

    ReplyDelete