PADA malam yang kian larut di kota metropolitan. Sebuah kelab malam di lorong-lorong gelap. Rentak muzik yang membingitkan telinga. Rentak mabuk yang sama. Your plase? My plase? Andai cinta dapat dijalin dalam satu malam…Dan dapat berganti pasangan tanpa perasaan….berangkat pulang setelah bersua pasangan idaman. Madunya dihisap, sepahnya di buang…inilah tempat yang dikenali syurga alam dalam Night Club Franz.
“Melly…how long I cannot see you.” David menerpa dan memeluk erat tubuh Melly. “I missed you so much.” Pipi gadis itu dicium bertalu-talu.
Melly hanya melirik senyuman manja dan membalas pelukkan David. David adalah pelanggan tetap di kelab malam itu. Lelaki itu tidak kisah menghabiskan wang untuk mendapatkan khidmat Melly. Melly adalah pelacur kelas atasan yang menjadi rebutan jantan-jantan berhidung belang. Bukan calang-calang lelaki yang ingin dapatkan khidmat Melly untuk menemani mereka satu malam. Melly tidak sewenang-wenangnya melayan lelaki yang melanggani. Jika pulus tidak penuh dalam kocek jangan haraplah Melly akan berada dalam pelukkan mereka. Siapa yang tidak kenal dengan Melly. Kejelitaan dan bentuk tubuh yang dimilikinya menjadi igauan setiap lelaki yang berkunjung di situ. Melly juga menjadi perempuan kesayangan tuan punya kelab. Oleh itu, Melly dicemburui oleh rakan-rakan sekerjanya terutamanya Sally. Wanita yang tidak kurang cantiknya itu amat bencikan Melly. Sejak kemunculan Melly, dia berada di bawah. Hanya Melly dapat menjinakkan lelaki kacukan india- Inggeris itu.
“Tonight…I mahu you bersama I. I mahu melepaskan rindu pada you, sayang.” Bibir David sudah mula menjalar di leher jinjang Melly. Melly ketawa kegelian. Lelaki yang gelojoh. Franz yang melihat gelagat David dan Melly memerhati dengan riak wajah tidak puas hati. Melly seakan sengaja menaikkan api cemburunya. Bermesra-mesraan dengan David depan matanya.
“I tak mahu ke rumah you.” Suara Melly manja. Dia sudah memaut leher David. “I sudah jemu ke rumah you. Hari-hari mengadap muka orang gaji you bila I bangun pagi. Orang gaji you banyak mulut. Dia kata I kotor! Dirty!” renggek Melly.
“So you mahu I bawa you ke mana sayang.” Bibir David sudah behenti dari bermain di leher Melly.
“Hotel.”
“Hotel?”
“Ya. Tapi I tidak mahu hotel yang tidak ada class. I mahu you bawa I ke hotel taraf lima bintang.”
“You memang nakal sayang. Baiklah, asalkan you menemani tidur I malam ini I sanggup buat apa saja untuk you.” David ketawa. Dia angguk-anggukkan kepalanya. Melly melepaskan pautan di leher David. Kotak rokok atas meja kecil itu dicapai. Sepuntung rokok dikeluarkan. Melly menyalakan puntung rokoknya. Dia menyedut dan menghembuskan asap rokok keluar. Melly bingkas bangun dari ribaan David. David membetulkan kot yang dipakainya. David meraih pinggang ramping Melly. Mereka beriringan keluar dari Night club Franz. Franz menyeringai. Minumannya dicampakkan atas lantai. Tingkah-lakunya itu mengejutkan pengunjung lain. Franz bingkas bangun masuk ke bilik pejabatnya. Sally membuntuti bossnya itu dari belakang.
“Jika you tidak suka Melly dipeluk lelaki lain you tidak patut biarkan dia bekerja, Franz.” Sally sudah duduk bersilang kaki di depan meja Franz.
“Dia ikan emas I. kalau I tidak lepaskan dia, I akan bankrap. You pun tahu bisnes I makin meningkat kerana dia!”
“So untuk apa yang you nak jealous kalau Melly memeluk lelaki lain. Lagipun bukan Melly seorang saja dapat menemani you. You ada banyak anak ikan yang lain. Mereka boleh melayan you.” Sally sudah berdiri di belakang Franz sambil mengurut-urut perlahan bahu lelaki itu. Franz merengus lalu menepis tangan Sally.
“Jangan bodek I. Baik you buat kerja you baik-baik.” Franz bingkas bangun. Dia bangun keluar dari pejabatnya. Sally mengetap bibir. Franz makin hari makin dingin dengan dia. Ini semua kerana Melly jahanam itu!
DAVID menghempaskan tubuh Melly di atas katil. Dia menindih tubuh Melly yang masih berpakaian itu. Rakus dia mencumbui wajah Melly. Melly membiarkan saja kelakuan David itu.
“I love you.” Bisikan halus David pada telinga Melly. Melly tersenyum sinis. Dia menolak muka David.
“You tahukah apa itu cinta David?” soalnya. David mengerutkan dahi. Lantas dia bingkas bangun dari tubuh Melly. Melly betulkan zip bajunya yang sudah dilonggarkan oleh David. “Lelaki kaya seperti you mencintai pelacur seperti I. I tidak boleh imagingnya David. Sungguh melucukan.” Melly ketawa halus.
“You merosakkan mood I.” Desis David. Dia mengenakan butang baju kemejanya kembali. Melly duduk di sisi David. Diusap-usap lembut wajah lelaki itu.
“Tiada istilah cinta dalam hubungan you dengan I. Perhubungan kita hanya berlandaskan business satu malam David. You puas maka I dapat bayaran I.”
“Ha…ha…ha…ha…Patutlah lelaki seperti I tergila-gilakan pelacur seperti you, Melly. You bijak berkata-kata. You memahami I Melly lebih dari wife I sendiri. Perempuan itu tidak pernah tahu apa yang I inginkan. Dia hanya tahu menghabiskan wang I melancong ke sana ke sini. I ditinggalkan kesepian.” Ada nada kecewa di situ.
“You cintakan wife you?” Melly menduga.
David mengangguk lemah. “I cintakan dia tapi cinta I mati kerana sikap dia. Dia sudah tidak layak untuk I cintai.”
“Jangan jadikan itu sebagai alasan untuk berlaku curang di luar.” Melly tersenyum. Dia kucup lembut pipi David. “Apa kata malam ini kita berbual David. Perhubungan antara kita tidak semestinya hanya bilik tidur. I juga boleh jadi pendengar setia you.”
David terkedu. Kemudian dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Melly sudah menirap dan menyilangkan dua kaki sambil menongkat dagu. David duduk di birai katil. Ada keluhan kecil di bibir lelaki kacukkan itu.
“I rasa David sudah jatuh cinta pada you.” Franz mengeluarkan puntung rokok. Dicapai pemetik api yang berada atas meja sisi katilnya itu. Asap kepul-kepul keluar dari bibir lelaki itu. Rasa cemburu menjalar di hati Franz apabila mengingati kemesraan David dengan Melly. Melly tersenyum. Dia sandarkan tubuhnya pada bantal. Selimut satin itu ditarik hingga ke paras dada.
“You cemburu. Come on Franz. David hanya salah seorang dari pelanggan tetap I. Pelanggan night club you juga.” Melly menarik puntung rokok dari bibir Franz. Rokok yang baru sedikit disedut itu beralih ke bibir basahnya. Melly menghembuskan asap rokoknya pada wajah Franz. Lelaki itu tersenyum.
“Of course! I cemburu bila you bermesraan dengan pasangan-pasangan you. You perempuan I.”
Melly ketawa. Bapa ayam seperti Franz boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian. Sungguh melucukan hatinya.
“I bukan milik sesiapa Franz. Mahupun you atau David atau yang lain-lain itu. I ini ayam tambatan you mengaut keuntungan. I sama taraf dengan perempuan-perempuan yang you simpan itu.” Melly terus-terusan menyedut puntung rokoknya. Lampu dalam bilik tidur jelas menerangi wajah Melly. Franz menelan air liurnya. Melly sememangnya sungguh jelita. Hatinya bergelora ketika ini. “I hanya tempat untuk lelaki-lelaki seperti you melempiaskan nafsu.”
“Hmmmmm.” Franz tidak dapat membalas kata-kata Melly. Dia merenung wajah Melly dengan penuh nafsu. Sejak gadis ini hadir dia tidak pernah memandang gadis-gadis lain. Melly adalah segala-galanya.
“Your husband an idiot sebab melepaskan you pada I. Baguslah dia sudah mampus!” Franz mengeluarkan sebatang lagi puntung rokoknya. Dia meneguk laju gelas minuman keras itu.
“I tak mahu dengar fasal orang tua itu lagi. Kalau dia mampus pun bukan urusan I.” Melly menenyeh-nenyeh puntung rokoknya pada bekas abu rokok. Orang tua tidak sedar diri itu memang patut mati!
Franz tersengih.
“Darling…I tidak suka bila you pamerkan wajah cemberut depan mata I. I hanya mahu melihat senyuman manis menghiasi bibir seksi you ni.” Fraz menyentuh bibir Melly.
Melly memaut leher Franz manja.
“Apakah you juga sudah jatuh cinta dengan I?” bisiknya halus pada telinga Franz.
“Kalau I katakan ‘YES’”
Melly ketawa. Tandan dahi Franz berkerut seribu.
“You dengan David memang melucukan hati I.” Melly menggelengkan kepalanya. Apakah kedua lelaki ini sudah buta agaknya?
“Melly….”
“Layakkah perempuan kotor macam I dicintai?” Melly merenung wajah Franz yang begitu hampir dengan wajahnya.
Renungan mata Melly yang memukau itu membuatkan air liurnya ditelan berkali-kali. Melly menolak wajah Franz lembut. Dia bingkas bangun dari katil empuk itu.
“I nak mandi.” Sambungnya lagi.
Franz tidak berkelip mata melihat langkah Melly. Franz meraupkan wajahnya. Sungguh hatinya tidak keruan apabila bersama Melly. Melly memberikan perasaan luar biasa kepadanya. Melly agak lain dari gadis-gadis yang mendampinginya selama ini. Hati Franz mengingini Melly. Hatinya mahu menjadikan Melly perempuannya seorang tanpa diratah oleh pelanggan-pelanggan kelab malamnya.
“Shit!”
Franz menghela nafas panjang.
Melly mengenakan pakaian yang mengikut lurah bentuk tubuhnya. Melly tersenyum sambil berposing di hadapan cermin. Dia cukup berpuas hati melihat dirinya yang cantik dan menjadi kegilaan ramai. Sedikit gincu dicalitkan pada bibirnya yang masih tidak cukup merah itu. Franz hanya memerhatikan gelagat gadis itu. Wajahnya suram. Dia bingkas bangun turun dari katil dengan hanya memakai seluar pendek. Melly dipeluk dari belakang. Bau perfume di tubuh Melly cukup buat nafsunya bergelora. Melly sentiasa menggoda.
“Boleh tak you stay dengan I di sini?” Franz berbisik.
“I perlu pergi kerja Franz. Seharian suntuk I memerap dengan you di sini.” Desis Melly. Dia menolak wajah Franz yang mula menjalar di lehernya.
“I boss you….”
“Pelanggan I menanti I Franz. Mereka duit buat you kan? Kalau you sunyi you boleh pinta Sally…May dan yang lain-lain temankan you.”
“Mereka tidak sama seperti you. You adalah yang terbaik.”
“Tapi mereka tetap anak-anak ayam you. Buat duit untuk you. Jangan lupa itu Franz. You juga pernah manjakan mereka seperti I.”
Franz mengetap bibir tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Melly. Melly sering-kali merosakkan suasana romantiknya. Franz menjarakkan tubuhnya dari Melly.
“Jumpa you di kelab.” Melly menarik beg tangannya dan berlalu pergi. Pintu bilik itu dihempaskan perlahan.
kak ilya, cemana akak buat cover animation 2 ek? akak pakai apa? ke akak lukis then scan. Tlg gitau ek? Tq.Btw.. cerpen2 & novel2 sume terbaik. :)
ReplyDeleteNovel baru ke ni.. menarik.. teruskan berkarya =)
ReplyDelete-Dynaz-
mnarik larh cite nie. hehehe.
ReplyDeleteaja aja fight it kak ilya. huhu
menarik lah citer ni...
ReplyDeletelain dari manuskrip akak yang lain...
tahniah kak
Cerita yg menarik...next chapter please ya..
ReplyDelete~Jue~
Serius suka dengan siri e-novel ni sebab tampak lain dari lain :P
ReplyDeleteTerima kasih atas komen-komen yang diberikan...Akan buat yang terbaik :)
ReplyDelete