Tab Menu

Followers

Friday, April 13, 2012

Di Sini Cinta Itu - Bab 3

EIZLAN Yusuf memakukan matanya pada wanita ayu yang sedang duduk berhadapan dengannya itu. Janji temu yang diaturkan atas urusan kerja. Wajah serius Eizlan Yusuf buat Anatasia hampa. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan sebarang perasaan pada wajah tampannya. Apatah lagi melirikkan segaris senyuman pada orang di sekelilinginya. Anatasia menongkat dagu sambil mencuri pandang ke arah Eizlan Yusuf yang sedang meneliti dokumen yang diberikan. Argh! Lelaki itu cukup meruntun hatinya. Sayang… dia dingin seperti ais.

“I terima proposal you.” suara Eizlan Yusuf. Dia menyerahkan dokumen tersebut kepada Anatasia.

“Thanks.” Anatasia menyambut dari tangan Eizlan Yusuf. Semenjak syarikat papanya berurusan dengan syarikat gergasi milik Eizlan Yusuf, Anatasia kerap bertemu dengan Eizlan Yusuf. Anatasia akan tersenyum sendiri bila mengingati pertemuan pertama dia dengan Eizlan Yusuf. 

“Maaf!” Tangan Anatasia menahan pintu lif dari tertutup. Tercungap-cungap dia di buatnya. Bagaimana dia boleh terlupa mesyuarat ahli lembaga dengan A.A Holdings, salah sebuah syarikat gergasi di kota metropolitan ini. Papanya terpaksa outstation ke Brunei terpaksalah dia mengantikan tempat papanya itu. Papanya masih pemengang syer dalam syarikat terbabit walaupun sudah punya syarikat sendiri. Anatasia mengeluh kecil. Ikutkan hati dia memang tidak mahu menjadi pewaris papa. Dia lebih senang membuka syarikatnya sendiri. Anatasia amat meminati bidang fesyen. Ketika belajar dulu pun bidang itu yang diceburinya. Papa yang memaksa dia masuk ke dalam syarikat. 

“Ermmm….you ada tisu tak?” soal Anatasia pada lelaki di sebelahnya setelah teraba-raba mencari tisu dalam beg jinjitnya. Lelaki yang berdiri di sebelahnya itu menghulurkan sehelai sapu tangan.

“Thanks.” Anatasia mengangkat kepalanya memandang lelaki di sebelahnya itu. Matanya terpaku. Tampan sekali lelaki di sebelahnya itu. Smart dan bergaya sekali orangnya. Mungkin salah seorang pekerja di A.A Holdings.“Nanti I pulangkan semula sapu tangan you.” Segan mahu memulangkan sapu tangan yang sudah dicemari oleh peluhnya itu. Lelaki tampan itu menggelengkan kepalanya. Mereka berpisah apabila lelaki itu turun dari lif di tingkat 15.

Berdebar-debar hati Anatasia apabila berada dalam bilik mesyuarat. Mujur saja dia tidak terlewat sampai. Hari ini dia akan bertemu dua mata dengan pengarah A.A Holdings. Khabar yang dia dengar pengarah syarikat gergasi itu seorang lelaki yang baru mencecah usia 33 tahun. Entah bagaimanalah rupa pengarah A.A Holdings yang sering menjadi sebutan ahli-ahli dunia perniagaan ini. Sedang Anatasia bermain dengan perasaan sendiri, pintu bilik mesyuarat itu terkuak perlahan. Seorang lelaki segak diiringi dua pembantunya melangkah masuk. Anak mata Anatasia membulat besar. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

“It’s you?” Anatasia menekup mulut. Itu lelaki yang dia tersua di dalam lif tadi. Lelaki yang meminjam dia sapu tangannya.

“Assalamualaikum. I’m Eizlan Yusuf. Pengarah A.A Holdings.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Anatasia terkedu. Lama dia bertaut mata dengan lelaki itu akhirnya Anatasia menundukkan wajahnya. Rasa malu datang menerpa. Tidak sedar dirinya diperhatikan ahli lembaga lain. Tersipu-sipu Anatasia duduk di atas kerusinya ketika itu. Dalam masa dua tahun ini Anatasia memendam perasaan terhadap Eizlan Yusuf. Dia sudah tidak peduli pada minat dalam rekaan fesyen lagi. Tidak rugi dia bekerja di bawah syarikat papanya. Hari-hari dia boleh berurusan dengan lelaki itu. Apakah Eizlan Yusuf tidak tahu isi hatinya atau lelaki itu sengaja mahu mempermainkan perasaan yang terpendam ini. 

          Eizlan Yusuf membuang pandangan di luar. Orang yang lalu-lalang di luar itu menjadi pemerhatian anak matanya. Namun anak mata yang meliar itu tertacap pada seorang gadis yang sedang terhinjut-hinjut berjalan di kaki lima berdekatan dengan restoran tersebut. Gadis itu kelihatan merengus sendirian. Bengang kerana tapak kasut tumit tingginya patah. Bagaimana dia mahu menapak pulang dalam keadaan sebegitu. Di lihat si gadis membuka kasut tumit tingginya. Dengan rasa geram kedua belah kasutnya itu di lontar ke dalam tong sampah. Gadis itu membebel-bebel sendiri dan berlalu pergi tanpa berkasut. Tingkah laku Gadis itu diperhatikan oleh Eizlan Yusuf yang sedang duduk di restoran mewah itu. Eizlan Yusuf melirik senyuman di bibirnya. Gelagat gadis itu mencuit hati kecilnya.

“Eiz…Eiz… Eizlan Yusuf.” Panggil Anatasia lembut. Dia awang-awangkan tangannya pada mata Eizlan Yusuf. Eizlan Yusuf tersentak. Dia lupa akan Anatasia yang ada bersamanya.

“I’m so sorry.” ujarnya bersahaja.

“Pertama kali dalam hidup I…I lihat you tersenyum Eizlsn.” Anatasia. Aris Daniel membisu. “How about this tonight. Will you come to dinner with me Mr. Eizlan?” Harap kali ini Eizlan Yusuf tidak menolak. Papa juga memang berharap untuk bersua dengan Eizlan Yusuf. Papa tidak menghalang jika hubungan dia dengan Eizlan Yusuf menjadi. Papa memang sukakan lelaki seperti Eizlan Yusuf. Orangnya bersopan santun, baik hati dan berwibawa. Papa puji Eizlan Yusuf melangit tinggi. 

“I’m Sorry. Tonight…I have dinner with Mama Freda.” Anatasia hampa dengan jawapan yang Eizlan Yusuf berikan. Ajakan dia tidak pernah kena pada masanya. “May be next time.” Sambung Eizlan Yusuf.

“Okay…papa memang tak sabar nak jumpa you.” Anatasia mengukir senyuman. Sekurang-kurangnya dia punya peluang lagi. Dia tidak mungkin berputus asa. Dari kaji selidik yang dibuat, Eizlan Yusuf memang tidak pernah punya teman wanita. Lelaki hanya sibuk menguruskan syarikat peninggalan arwah ayahnya dari memikirkan soal peribadinya.

“I akan cuba. Tapi I tidak berjanji pada you.”

“Alright. I harap lain kali bila I ajak you, you tidak akan menolak lagi. Sesekali you kena bercampur gaul dengan orang luar juga Eizlan. Jangan terperap dalam pejabat dua puluh empat jam. Berilah sedikit masa you untuk enjoy.” Anatasia menongkat dagu. Tidak puas rasanya menatap wajah lelaki depan matannya itu.

“You terlupa satu perkara lagi Cik Ana?”

Anatasia kerutkan dahi. “What that’s?”

“Ibadat.” Anatasia terkedu. Dia terlupa yang Eizlan Yusuf agak warak orangnya. Solat tidak pernah tinggal walaupun sibuk mana dia bekerja. Lihat saja pekerja-pekerja di A.A Holdings. Perempuan-perempuannya berpakaian menutup aurat baik melayu mahupun cina. Tiada pakaian yang menjolok mata. Malah Anatasia juga tidak nampak Eizlan Yusuf menengking-nengking pekerja bawahannya. Dia melayan mereka sama rata. Ahli-ahli lembaga pengarah yang lain juga amat senang dengan perilaku Eizlan Yusuf.


Dari apa yang dia dengar ada pemusuhan dalam keluarga Eizlan Yusuf. Ahli keluarga arwah ayahnya tidak bersetuju Eizlan Yusuf memengang jawatan pengarah dalam A.A Holdings. Mereka tidak berpuas hati kerana segala harta diwarisi oleh lelaki ini. Puncanya tidak diketahui. Orang paling yang kuat menekan Eizlan Yusuf meletakkan jawatan sebagai pegarah syarikat adalah neneknya sendiri. Tiada sesiapa dalam keluarganya yang menyelebahi Eizlan Yusuf. Eizlan Yusuf berseorangan menghadapi tentangan keluarga sebelah arwah ayahnya. 

POTONGAN kecil steak itu dimasukkan ke dalam mulutnya. Sedangkan wanita berusia awal 50-an itu langsung tidak menyentuh hidangan steak depan matanya itu. Dia menyeringai dengan sikap Eizlan Yusuf yang sentiasa tenang dan bersahaja itu. Hidangan steak itu ditolak hingga jatuh ke lantai. Eizlan Yusuf behenti menyuap.

“Grandma…” ujarnya lembut. Dia sedikit pun tidak terkilan dengan perbuatan neneknya itu.

“Don’t call me grandma. Call me Mama Freda!” Pintas wanita tua itu. Dia tidak akan mengakui lelaki itu adalah cucunya. Cucu yang mewarisi segala harta peninggalan arwah suami dan anak lelakinya.

“Mak Tun…” panggil Eizlan Yusuf. Seorang wanita separuh baya dengan Mama Freda datang menghampiri. “Mama Freda tidak sukakan steak yang saya masakan untuk dia. Tolong kemaskan hidangan atas meja dan bawah lantai itu.”

“Baik Eizlan.”

“Terima kasih Mak Tun.”

Mama Freda mencebirkan bibirnya. Dia bingkas bangun dan berlalu ke ruang tamu. Eizlan Yusuf turut behenti makan. Perlahan dia meneguk gelas minuman berisi air kosong itu. Dia bangun dan membuntuti wanita itu dari belakang.

“It’s about Harry? Kenapa kamu bekukan kad kredit Harry, Eizlan? Bagaimana Harry nak bergerak tanpa duit. Kad kredit Harry, aku yang berikan bukan kamu!” Mama Freda masih berbahasa dengan kata diri aku dengan dia.

“I won’t talk about that Mama Freda. Saya tahu apa yang saya buat.” Eizlan Yusuf tidak akan membekukan sesuka hati akaun sepupunya itu. Harry terlalu boros menggunakan wang yang diberikan. 

“Kau makin berani melawan aku! Kau sepatutnya tidak berhak ke atas harta-harta itu. Harry lebih berhak dari kau!” Mama Freda mula meninggikan suaranya.

Eizlan Yusuf mengukirkan segaris senyuman. Dia sudah lali dengan tengkingan dan maki-hamun dari neneknya itu.

“Saya menjaga amanah arwah atuk dan ayah.” Balasnya. Dia masih tetap melembutkan suara.

Mama Freda menjegilkan biji matanya. Hatinya sudah rimas dengan amanah yang sering dibicarakan oleh cucunya yang seorang ini. Cucu yang langsung tidak diiktiraf oleh keturunan keluarganya. 

“Aku tak mahu dengar sebarang alasan lagi. Aktifkan semula kad kredit Harry. Aku akan bayar segala wang yang dia gunakan!” Mama Freda melangkah keluar dari bangle dua tingkat milik Eizlan Yusuf itu. Kereta mewahnya sudah setia menanti di luar pagar. 

Eizlan Yusuf sekadar menggeleng perlahan. Naum dia tetap menghantar neneknya itu hingga wanita itu melangkah masuk ke dalam keretanya.

“Musa…jalan!” Mama Freda memberikan arahan kepada pemandunya. Dia tidak memandang langsung ke arah Eizlan Yusuf.

Wanita itu hanya sudi menjejakkan kaki ke rumah jika ada hal berkaitan dengan syarikat atau hak berkaitan cucu kesayangan wanita itu, Harry Bakhtiar. Eizlan Yusuf tidak membenci Harry. Dia hanya mahu mengekang sikap Harry yang gemar berfoya-foya dan boros berbelanja.

“Eizlan…” Mak Tun menyapanya sebaik dia berada di ruang tamu rumahnya itu.

“Ada apa Mak Tun?”

“Eizlan mahu Mak Tun hidangkan nasi?”

Eizlan Yusuf ketawa kecil. Mak Tun sememangnya tahu yang dia lebih suka makan nasi berlauk dari makanan barat seperti steak itu.

“Saya pun masih lapar Mak Tun. Mak Tun temankan saya makan. Ajak sekali suami dan anak lelaki Mak Tun tu.” Eizlan Yusuf mengusap-usap perutnya.

“Itulah Mak Tun suruh kahwin tak mahu. Kalau ada isteri kan senang. Ada orang jaga makan minum Eizlan.”

“Ayat yang biasa saya dengar tu Mak Tun.” Eizlan Yusuf mengangkat keningnya.

“Mak Tun kagum dengan kamu. Apa jua yang keluarga arwah ayah kamu buat, kamu masih bersabar.” Mak Tun memang tidak berkenan dengan sikap-sikap ahli keluarga majikannya itu. Adakalanya mereka terlalu melampau. Lebih-lebih lagi wanita yang baru beredar tadi.

“Mak Tun…sabar itu separuh daripada iman…”

“Kamu terlalu baik Eizlan. Baik itu biar bertempat.”

“Mak Tun…cukup-cukuplah membebel tu. Perut saya sudah lapar. Kita sambung lepas makan ya.” Eizlan Yusuf sudah berjalan melepasi Mak Tun. 

Mak Tun menghela nafas kecil. Dalam hati Mak Tun sentiasa mendoakan kesejahteraan buat majikannya itu.

5 comments:

  1. Serius memang best!

    ReplyDelete
  2. besttttttttttttttt
    apapun, followwwwwwwwww

    ReplyDelete
  3. Terbaik...hope dibukukan :)

    ~Jue~

    ReplyDelete
  4. Suka dengan cerita ini ~Peminat Misteri~

    ReplyDelete
  5. Mmeang best citer ni...:)

    ReplyDelete