Tab Menu

Followers

Wednesday, April 11, 2012

Di Sini Cinta Itu - Bab 2


MELLY meneguk minuman yang terakhir. Wajahnya sudah berubah menjadi kemerah-merahan. Paul mengelengkan kepala. Melly seorang yang gemar minum dan juga merokok. Dua perkara itu boleh menjejaskan kesihatan Melly. Puas Paul menasihati gadis itu namun menasihati Melly umpama mencurah air ke daun keladi. Melly seorang yang keras kepala.

            Melly tertawa sambil mengayun-ayunkan gelas minumannya di muka Paul. Dia mengajak Paul minum bersamanya namun lelaki itu menolak lembut. Melly mencebik.

            “Berikan I satu gelas lagi.” Ujarnya pada pelayan terbabit. Pelayan itu mengangguk dan memberikan minuman yang dipinta oleh Melly.

            “Melly…you sudah minum banyak.” Gerutu Paul. Dia rampas gelas minuman itu dari tangan Melly. Melly mendengus.

            “Paul…I mahu minum lagi. Berikan I gelas itu.” Rengek Melly manja. Melly mahu melupaikan segala masalah yang beselirat dalam kepalanya.

            “Melly …you sudah mabuk teruk. I tidak akan benarkan you minum lagi.” Paul tidak akan benarkan Melly meneguk air itu lagi.

            “I mana mabuk lagi Paul. Tengok I masih berdiri dengan betul.” Terhoyong-hayang Melly berjalan menghampiri Paul. Paul menghela nafas panjang. Mujur saja dia sempat memaut tubuh Melly sebelum jatuh.

            “Ini bayarannya.” Paul menjelaskan bil kepada pelayan terbabit. “Keep the change.” Pelayan itu tersenyum.

Paul memapah Melly keluar dari pub tersebut. Sampai di luar pub Melly menolak tubuh Paul. Dia mula memuntahkan segala isi dalam perutnya. Bau busuk menusuk ke dalam lubang hidungnya. Melly mula rasa pening lalat dan tidak selesa. Paul menghampiri dan memapah tubuh itu kembali.

            I boleh pulang sendiri.”

            Paul menggelengkan kepala.

            I tidak akan biarkan you pulang sendiri.” Paul membawa Melly masuk ke dalam keretanya. Melly terduduk lesu. Tiba-tiba dia menangis. Tersedu-sedu di bahu Paul. Paul membiarkan saja. Bila mabuk Melly akan berkelakuan begitu. Selepas puas menangis Melly akan ketawa.

            “Jantan-jantan itu hanya mahukan tubuh I termasuklah Franz dan David yang menyatakan cintanya pada I itu. Mereka itu tidak tahu apa itu erti cinta.” Melly memandang Paul dan tersenyum.

            “Hanya you tidak seperti jantan-jantan itu Paul. You menjaga dan melindungi I biarpun I selalu berkasar dengan you.” Melly mengayunkan jari telunjuknya pada muka Paul.

            “You sebenarnya gadis yang baik Melly. I terhutang budi dan nyawa pada you. I sudah berjanji akan melindungi you sampai mati.”

            “Kalau I baik I tidak jadi perempuan jalang.” Melly ketawa. Biar beratus kali Melly mengingatkan dia perempuan jalang bagi Paul…Melly  sebenarnya gadis yang baik hati budinya. Jika bukan kerana Melly, dia pasti sudah mati lorong gelap itu. Mati dibelasah oleh konco-konco lintah darah yang mencarinya hingga ke lubang cacing. Melly telah menyelamatkan dia. Melly yang melunaskan hutang-piutangnya.

            Dalam keaadan Melly yang mabuk itu Paul rasa tidak wajar menghantar Melly ke banglo Franz. Dia mengubah haluan destinasinya. Dia akan membawa Melly ke rumahnya. Paul mematikan enjin kereta. Dia menghela nafas panjang. Melihat Melly yang sudah terlena, Paul tidak jadi untuk menggerak bangun gadis itu. Apa yang perlu Paul buat adalah mendukung tubuh gadis itu masuk ke dalam rumah sewanya.

            Berhati-hati Paul membaringkan tubuh Melly di atas katilnya. Paul mengusap-usap pipi gebu Melly. Melly seorang gadis yang jelita. Matanya berkalih pada tubuh Melly yang menggiurkan itu. Pakaian Melly agak terdedah dan hampir memperlihatkan separuh bentuk tubuhnya. Paul memejamkan matanya. Jika lelaki lain yang membawa Melly pulang tentu saja sudah meratah tubuh yang menggoda itu. Kucing mana yang tidak menolak lauk enak depan matanya. Paul tidak mahu dilabelkan lelaki jenis itu. Paul menarik selimut menutupi bahagian tubuh Melly yang terdedah. Paul berlalu ke bilik air. Beberapa saat kemudian dia muncul membawa semangkuk air dan tuala kecil. Paul mencelupkan tuala kecil itu ke dalam air. Tuala kecil itu diperah airnya lalu dia mengelap wajah Melly.

            “Paul….” halus gemersik Melly memanggil nama Paul. Dia membuka separa matanya. Wajah Paul masih bertindih-tindih dalam ruang mata jernih itu.

            You perlukan rest, Melly. Don’t worry I akan temankan you.”

            I rindukan family II rindukan mereka Paul.” Melly merintih.

Paul tersentak. Sebelum ini tidak pernah bibir Melly menyebut tentang keluarganya. Tidak banyak yang Paul tahu tentang latar belakang Melly. Apa yang dia tahu Melly dijual oleh suaminya sendiri menjadi pelacur. Dari dipaksa Melly menyerah dengan penuh rela. Melly seakan membuang identiti lamanya. Dia membiarkan hidupnya terus bergelumang dengan noda dan dosa. Bibirnya akan mengukir sennyuman dengan wang ringgit yang ditaburkan hasil dari khidmat yang diberikan kepada lelaki-lelaki yang melangganinya.

            “Siapa sebenarnya you Melly?” Paul baring di sisi Melly. Fikirannya merewang. Dia memeluk tubuh Melly erat. “I akan bantu you keluar dari tempat kotor itu Melly. I’m promise. I’m promise…” Akhirnya Paul turut terlena.

“SUDAH pinjam tidak mahu bayar ya. Lu jangan main-main sama gua Paul.” Lelaki bertubuh gempal itu menarik kolar baju Paul. Dua orang pengawalnya sudah mengunci segala pergerakkan Paul. Paul tidak dapat melepaskan diri kali ini. Kedua-dua wajah pengawal lelaki bertubuh gempal itu menggerunkan Paul.

            “Gua tidak ada wang sekarang Lim. Bagaimana gua mahu bayar hutang-hutang lu. Kerja pun gua tidak ada sekarang.”

            “Itu gua tidak peduli! Lu kena langsaikan hutang gua atau gua yang langsaikan lu!” Lim tidak memberikan muka kepada Paul. Dia memberikan isyarat kepada kedua pengawal untuk membelasah Paul. Separuh nyawa Paul dikerjakan oleh kedua lelaki itu. Lim tersenyum puas. Dia rentap kasar rambut Paul yang berwarna keperangan itu.

            “Gua mahu wang gua ini hari juga. Kalau tidak lu mati!” Bulat mata Paul mendengar kata-kata Lim. Apakah hidup dia hanya sampai di sini?  Mati di tangan lintah-lintah darat ini. Nyawanya ibarat berada di hujung tanduk.

            Stop it!” Satu suara telah menyelamatkan Paul dari maut. Seorang gadis seksi berdiri angkuh sambil bercekak pinggang. Gadis itu tidak nampak takut dengan Lim dan konco-konconya.

            “Siapa lu?”

            Gadis itu tersenyum. Lenggang lenggok langkahnya merapati lelaki bertubuh gempal itu. Jari telunjuk yang halus runcing itu menyentuh dagu licin Lim. Berdengup kencang jantung Lim bila haruman tubuh gadis itu menusuk ke rongga hidung kemeknya.

            You tidak perlu tahu siapa I.” Gadis itu berbisik pada cuping telinga Lim. Suara yang cukup menggoda. Lim menelan air liur berkali-kali. Terbeliak biji matanya melihat dada gadis itu yang separuh terdedah. Gadis itu melirik senyuman sinis. Dasar lelaki!

            “Berapa hutang dia pada you? I akan settle kan untuk dia.” Bibir gadis itu masih melekap pada telinga Lim.

            “Mampukah lu mahu bayar hutang-hutang dia?”

            Gadis itu ketawa kecil. “You tidak percayakan I? Kalau you takut I tipu you…you boleh cari I di alamat ini.” Sekeping kad diberikan kepada Lim. Lim berpeluh. Dahinya berkerut seribu. Gadis jelita ini ada perhubungan dengan Franz. Lebih baik dia jangan cari pasal. Franz berbahaya orangnya.

            “Berapa hutang dia?” Gadis itu mengulangi kata-katanya lagi.

            “Seratus ribu ringgit termasuk bunganya sekali.”

            You jumpa I di night club Franz. Ambil duit you di sana nanti. Don’t worry urusan I dengan you tidak perlu dicampuri oleh Franz. You mahukan duit you bukan?”

            Deal! Gua jumpa lu di sana! Mari kita pergi!” Kedua lelaki itu melepaskan tubuh Paul. Mereka membuntuti ketua mereka dari belakang.

            “Hmm! Tahu takut.” Gadis itu bersuara agak angkuh.

            Paul tesandar lesu pada dinding. Terkedip-kedip dia memandang gadis jelita itu. Siapakah gerangan gadis yang telah menyelamatkan nyawanya dengan hanya bermain kata-kata. Gadis itu terlalu muda. Paul mengagak usia gadis itu dalam lingkugan 20-an. Lim pula nampak takut dengan nama Franz itu. Siapa Franz agaknya? Gadis itu membongkokkan sedikit tubuhnya yang tinggi itu lalu menghulurkan tangannya.

            “Mari I hantarkan you ke klinik. Luka-luka you perlukan rawatan.” Ujarnya lembut.

            “Terima kasih. You tidak kenal I mengapa you bantu I?”

            “Mudah saja. Sebab you bukan orang jahat.” Paul terdiam. Alasan yang tidak munasabah.

            I’m Paul.” Paul memperkenalkan dirinya.

            Just call me Melly.”

PAUL terjaga bila terasa bahang cahaya matahari masuk ke biliknya. Dia merba-raba di sisinya. Melly sudah tiada. Paul bingkas bangun. Matanya terarah pada sekeping kertas yang di letakkan atas bantal itu.

            Thanks kerana menemani I.
                                                                                                                        Melly….

MELLY mengelus rambut lurusnya yang melepasi bahu. Dia duduk bersandar pada sofa empuk itu. Hatinya rawang seketika. Kepalanya masih pening-pening lalat. Melly sudah menelan dua biji panadol yang di ambilnya dari kotak first aid di rumah Paul.

            Rasa bosan pula duduk di rumah. Dia sudah menelefon Sally yang dia tidak bekerja malam ini. Biarlah Franz mahu mengamuk. Dia juga perlukan rehat. Melly bingkas bangun menuju ke bilik air. Dia mahu keluar untuk merayau-rayau di ibu kota. Adakalanya dia ingin juga ingin menjadi burung merpati yang terbang bebas.

            T-shirt dan Jeans adalah pakaian yang paling ringkas Melly kenakan pada tubuhnya. Bibirnya dicalitkan dengan warna gincu yang agak terang. Melly memakukan mata pada perhiasan-perhiasan mewah yang berada di dalam laci meja soleknya itu. Segala perhiasan itu adalah hadiah dari pelanggan-pelanggannya.

            Perhiasan itu tidak pernah Melly kenakan pada tubuhnya. Dia hanya menerima dan menyimpannya sebagai satu koleksi sahaja.

            Melly memandang wajahnya pada cermin. Sungguh dia begitu berbeza dengan dirinya suatu ketika dulu. Melly mengusap-usap wajahnya di balik cermin itu.

            “Ikmal Ridzuan…” Nama lelaki itu terpacul di bibirnya.

            Lelaki itu lelaki itu yang mengubah segala hidupnya. Lelaki yang mulutnya manis berbicara tentang cinta. Lelaki itu yang mengajar dia erti rindu tetapi lelaki itu jua meninggalkan dia terkapai-kapai sendiri. Semua kerana status dirinya seorang….. Hati Melly pedih mengingati kisah pahit yang lalu. Dia begitu bodoh menjerumuskan diri dalam kancah cinta.

            “Aku bukan lagi bunga yang ada haruman sewangi mawar berduri. Aku bunga yang cantik tetapi berbau busuk!”

            Tubir matanya berair. Bukan begini hidup yang ku pinta Ikmal. Aku jua impikan sebuah hidup yang bahagia. Aku fikirkan kau yang akan berikan aku bahagia itu kepada ku. Sayangnya…Kau jua jijik dengan diriku ini.

7 comments:

  1. Tertarik dengan jln cerita ni :)

    ReplyDelete
  2. Harap cepatkan sambungkan...sebab tertarik dengan jln citer ni..

    Nampak berlainan dengan novel sebelum ini...

    ReplyDelete
  3. Menarik...

    Peminat setia :)

    ReplyDelete
  4. Seius best e-novel ini, Jalan ceritanya memang menarik...tak sabr nak tahu bab seterusnya

    ReplyDelete
  5. Cepat sambungkan...cerita ini menarik perhatian saya

    ~Akma~

    ReplyDelete