Tab Menu

Followers

Saturday, April 7, 2012

Tuan dan Puan - Bab 7

“SELAMAT pengantin baru Aimy…Maaf sebab tidak hadir masa majlis perkahwinan you.” Ucap Raiyan agak bergetar. Hadiah tetap dihulurkan kepada gadis yang bertakhta di hatinya selama ini.

            “Bukan Aimy tapi Puan Aimy Najwa okay.” Tuan Aakif mencelah. Dia tidak senang dengan kehadiran Raiyan Gonzale ini. Tuan Aakif memeluk bahu Aimy erat. Isyarat matanya mengatakan yang Aimy itu sudah menjadi milik dia sepenuhnya.

            Raiyan mencebik. Sajalah tu Tuan Aakif mahu menunjuk-nunjuk depan dia. Menyampah betul. Sepatutnya Tuan Aakif yang berputih mata bukannya dia. Raiyan mencebik.

            “I tahulah.” Rengus Raiyan.

      Tuan Aakif tersengih. Dia tahu Raiyan sedang sakit hati. Raiyan sedang frust menonggeng dan tertonggeng sebab tidak dapat memiliki gadis pujaan hatinya itu. Aimy mengerling suaminya itu. Dia menghela nafas kecil. Perangai Tuan Aakif ada ketikanya macam budak bawah umur. Dan ketikanya cemburu tidak bertempat.

            “Jemput masuk Raiyan.” Ujar Aimay ramah. Tetamu yang datang masakan tidak dijemput masuk.

          Tuan Aakif buat muka tidak puas hati. Dia ingin bersenang-senang dengan si isteri datang pulak si penyibuk ini bertandang ke rumah ibu mertuanya itu.

            “Raiyan!” Bila masa pula Datin Amalia sudah terpacak di atas tangga. Bukan tadi wanita itu sudah beradu dalam bilik tidur kerana sakit kepala. Nampak Raiyan terus jadi sihat walafiat. Ada apa-apa ke?

            Bukan main ceria wajah ibu mertuanya itu menyambut kedatangan bakal menantu tidak jadinya. Tuan Aakif tidak mengambil kisah dengan lakonan mengada-ngada Datin Amalia itu.

            “Aimy! Buatkan tetamu kita ni air.” Laung Datin Aimy.

          Aimy menurut lalu melangkah ke dapur meninggalkan Tuan Aakif bersama Datin Amalia dan Raiyan. Ini tidak boleh jadi. Tuan Aakif turut bingkas bangun untuk membuntuti isterinya.

            “Kau nak ke mana pula Aakif?” Datin Amalia menegur menantunya itu.

          “Bantu Aimy buat air.” Balas Tuan Aakif bersahaja. “Ini contoh suami yang sayangkan isteri.” Ayatnya itu ditujukan khas kepada Raiyan. Tuan Aakif yakin sekali yang Raiyan masih ada hati pada Aimy.

            Datin Amalia mencebik. Menantu yang menjengkelkan hati tuanya. Tuan Aakif tidak seperti Raiyan yang sentiasa tahu mengambil hati dia.

         Tuan Aakif melihat Aimy sibuk menyusun biskut di atas pinggang. Dia merapati isterinya itu lalu memeluk erat pinggang Aimy. Dia memang suka dengan adegan romantis ni. Pipi Aimy yang putih gebu itu dikucup. Kalau Raiyan ada depan mata sekarang ini mesti mamat sengkek itu cemburu nak mati.

           “Abang…Aimy sedang buat kerja ni.” Aimy menepuk lembut lengan sasa Tuan Aakif.


         Tuan Aakif melepaskan pelukannya. Dia tersengih. Tuan Aakif terpandang pada jag air yang sudah siap dibancuh oleh Aimy itu. Aimy buatkan jus blackcurrant untuk Raiyan ya. Tuan Aakif memandang pada balang garam yang bersebelahandengan balang gula. Bibirnya mengukir senyuman nakal.

            Dia menoleh ke arah Aimy yang masih sibuk menyusun biskut. Tangan Tuan Aakif mencapai balang garam berkenaan. Dia masuk lima sudu besar garam di dalam air blackcurrant itu lalu di kacau bagi sebati. Dia mahu lihat Raiyan minum sampai tersembur di depan ibu mertuanya itu.

            “Abang buat apa tu?” Aimy menepuk bahunya.

            Tuan Aakif tersentak. Cepat dia mengurut dada.

       “Abang tolong Aimy angkat dulang air ya.” Tuan Aakif menawarkan diri untuk membantu secara sukarelawan.

            “Okay.”

          Air dihidangkan atas meja. Dengan baik hatinya Tuan Aakif menuangkan air ke dalam gelas untuk Raiyan. Semacam pula Raiyan melihat gelagat Tuan Aakif yang baik hati itu menuangkan air buatnya.

            “Jemput minum Raiyan. You suka jus blackcurrantkan.” Tuan Aakif duduk di sebelah Aimy. Tangannya mengelus rambut lurus Aimy.

            “Aimy tak pernah lupakan jus kesukaan Raiyan.” Raiyan mencapai gelas terbabit lalu meneguk dengan penuh maco.

            Wajahya yang berkerut membuatkan Tuan Aakif menahan tawa dari meletus. Datin Amalia turut berasa hairan dengan reaksi Raiyan yang seperti rupa orang tertelan cuka getah.

            “Kenapa Raiyan?” Datin Amalia bertanya. Dia lihat macam payah sangat Raiyan mahu menelan airnya.

            “Ada yang tak kena ke dengan air yang Aimy buat?” Giliran Aimy menyoal. Dia sudah menyukat dengan betul gula dalam  jus yang dibancuhnya itu.

            “Taklah…jus ni sedap sangatlah hingga tak terkata.” Raiyan berdalih.

            “Kalau sedap tambahlah lagi airnya.” Datin Amalia menuangkan lagi jus blackcurrant itu ke dalam gelasnya.

            Raiyan menelan air liur. Tuan Aakif tersenyum-senyum memandang wajah keruh Raiyan. Padan muka dengan kau Raiyan! Kau minumlah air kesukaan kau tu sampai habis.

“RAIYAN makan tengaharilah di sini.” Datin Amalia mengajak.

            “Tak mengganggu ke?” Dalam hati Raiyan melonjak gembira.

          “Apa salahnya. Lagipun auntie rindukan masakan Raiyan. Bolehlah Raiyan bantu Aimy memasak di dapur.” Datin Amalia mengerling Tuan Aakif dengan ekor mata.

         Panas pula telinga Tuan Aakif mendengarnya. Apa kes ni sampai nak memasak bersama isteri dia pula. Jangan harap dia akan biarkan Raiyan berdua-duaan dengan Aimy di dapur lagi-lagi Aimy itu ister dia.

            Raiyan bukan main ligat bila dapat lampu hijau dari Datin Amalia. Dia lupa agaknya yang Aimy sudah jadi isteri kepada Tuan Aakif Bin Tuan Aali ni. Tuan Aakif tidak kira. Dia akan menyibuk juga di dapur tu walau hakikatnya dia bukan jenis lelaki yang suka duduk dapur apatah lagi untuk memasak.

            “Pakai apron nanti baju isteri abang yang bersih tu kotor.” Tuan Aakif menyarungkan apron pada tubuh Aimy. Dia sengaja menunjuk-nunjuk di depan mata Raiyan.

            “Terima kasih abang.” Ujar Aimy lembut. Aimy tahu Tuan Aakif mahu menyakitkan hati Raiyan. Kalau tidak layanaTuan Aakif tidak sebaik ini tau.

            “Sama-sama sayang. Abang tolong sayang abang ni hiris tomato ya.”

              Tuan Aakif mengambil alih tempat Aimy.

            Aimy hanya tersenyum. Reti ke Tuan Aakif mahu menghiris tomato. Jangan terhiris tangan sudah. Ada pula yang kena dihantarkan ke hospital nanti.

            Raiyan makan hati. Namun dia tidak mengalah. Dia akan tunjukkan kepakaran memasak di depan Tuan Aakif yang angkuh itu. Laju dia memotong sayur di tangannya . Skil bertaraf chef tahu.

            “Raiyan buatkan puding buah untuk Aimy ya.” Raiyan cuba mengambil perhatian Aimy. Giliran dia pula untuk menyakitkan hati Tuan Aakif memandangkan semedang Tuan Aakif asyik menang di hadapan Aimy.

            Amboi! Ini sudah melebih ni. Apa yang Aimy suka pun si mamat sengkek ini tahu.

            “Buat susah-susah saja Raiyan.”

            “Apa pulak susahnya. Sekejap saja buat puding buah tu.” Apa saja kesukaan Aimy sudah dihafal oleh Raiyan. Cinta buta beb!

            “Aduh-aduh!” Tuan Aakif mengerang sambil memegang jari telunjuknya.

            Aimy jadi cemas dan segera mendapatkan Tuan Aakif. Wajah tenang itu menjadi gelisah melihat keadaan Tuan Aakif yang sudah tertinggung dengan wajah berkerut-kerut.

            “Tunjukkan pada Aimy jari abang yang luka tu.” Pinta Aimy.

            “Sakitlah sayang.” Lakonan mantap Tuan Aakif berjaya menarik perhatian Aimy kepadanya. Aimy mestilah sayang pada dia sebab dia suami Aimy.

             Raiyan melihat lakonan palsu Tuan Aakif itu dengan hati membara.

            “Bagilah Aimy tengok luka abang tu.” Aimy memujuk lembut penuh prihatin.

            “Suprise!” Tuan Aakif menunjukkan jari telunjuk pada Aimy.

            Aimy mengetap bibir. Tiada langsung luka pada jari telunjuk suaminya itu. Dia piat telinga Tuan Aakif. Tuan Aakif menjerit manja.

            Raiyan mula naik menyampah. Di dapur pun nak tayang adegan romantik juga ke? Raiyan buat tidak nampak gelagat suami isteri itu. Sakit hati sangat! Bukan setakat sakit hati saja, makan hati sekali. Nasib kaulah Raiyan.

            “Mari Aimy ajarkan abang hiriskan tomato tu.”  Aimy sudah mengambil alih tempat suaminya.

           “Kalau Aimy yang ajar abang seribu kali sudi.” Tuan Aakif menjongketkan keningnya. Ala manja-manja pun dengan isteri sendiri. Dia mahu orang itu cemburu.

            “Abang nak rasa sikit buah tomato tu sayang.” Tuan Aakif sudah membuka mulutnya.

            Aimy gelengkan kepala. Dia suapkan tomato yang sudah dihiris itu ke dalam mulut suaminya.

            “Ermmm…sedap.”

        Raiyan makin sakit mata. Jika tidak memikirkan perlawaan Datin Amalia dia sudah angkat kaki. Dia rindukan masakan Aimy. Dia pulak yang lebih-lebih. Sedarlah Raiyan yang Aimy itu sudah menjadi milik orang. Jangan dipasang angan-angan untuk memiliki Aimy.

           
“ROMANTIK betul abang tengok anak dan menantu kita tu.” Datuk Sharif Dol menyapa isterinya yang sedang khusyuk menghadap bunga-bunga kraftangannya itu.

            “Kus semangat! Bagilah salam dulu bang.” Datin Amalia mengurut dada.

         Datuk Sharif Dol tersengih. Dia suka melihat wajah kemerahan Datin Amalia menahan kemarahan. Comel…

            “Abang tak tahu pula rumah kita ada tetamu. Tetamu tu kacau pengantin baru pulak tu.” Datuk Sharif duduk di sisi isterinya.

            “Raiyan hanya datang melawat. Dia kan tak sempat hadir masa majlis kahwin Aimy.”

            “Aik mamanya…macam ada affair saja dengan Raiyan tu?”  Datuk Sharif Dol buat muka.
           
        “Abang…saya anggap Raiyan tu sudah macam anak sendiri tahu. Lagi-lagi bila dia sudah tak jadi menantu saya. Tiada maknanya mak datin macam saya nak simpan anak ikan. Setia hanya pada abang.”

            “Hahaha…” Datuk Sharif Dol ketawa.

            “Abang ni kenapa? Suka-suka hati usik saya.”

          “Mamanya masih manja macam dulu-dulu ya.” Datuk Sharif Dol menarik hidung Datin Amalia yang agak mancung itu.

            Datin Amalia menarik muncung panjang. Susah mahu melihat suaminya itu naik angin.

            “Saya ni memang berkenan sangat si Raiyan tu jadi menantu kita. Tapi si Tuan Aakif juga yang menjadi pilihan Aimy.” Keluh Datin Amalia.

            “Dah bukan jodoh Aimy dengan Raiyan. Mamanya kena terimalah. Lagipun Tuan Aakif itu tidak seburuk mana. Tampan dan berkerjaya.”

            Datuk Sharif Dol ni asyik menyebelahi anak musuh ketatnya itu saja. Bengkek hati Datin Amalia. Afina pun di sebelah pihak papanya. 3 lawan satu!  Afina pun lebih kurang degilnya dengan Aimy. 

7 comments:

  1. de rangkap y b'ulang....& typing error....harap amik perhatian.. (^_^)

    jln cite best...tp akak rs bhsa ny cm rngkas sgt...b'bnding ngn nvel coke&sundae,lbih nmpk mtang skit...

    ReplyDelete
  2. semakin menarik citer ni..
    cayalah la aakif...
    memang pasangan pengantin yang romantik...biar panas c raiyan tu...

    ReplyDelete
  3. Wah best.. trus kn usaha kak ilya. Seronok tgk raiyan panas hati+sakit hati..hahaha... trbaik tuan aakif.

    ReplyDelete
  4. Cerita ni memang best...rasanya penulis perlu perbaiki lg pada bab ni agak tidak begitu ringkas sangat :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas pandangan dan komen Kak Noor...Nanti saya ubahsuai dalam manuskrip asalnya :)

    ReplyDelete
  6. Cite ni mmg best.... akan di bukukan jugak ke?......

    ReplyDelete
  7. citer nie mmg best...tmbh lah lgi...PLS...

    ReplyDelete