Tab Menu

Followers

Sunday, April 1, 2012

Tuan dan Puan - Bab 6


KATA orang kalau sudah jodoh tidak ke mana. Walaupun perbincangan sebelum ini macam tidak menjadi namun berkat usaha untuk Tuan Aakif dan Aimy ingin bersama menjadi kenyataan. Tidak lupa jua pada jasa baik Amsyar, pakcik kepada Tuan Aakif yang sentiasa menjadi orang tengah.

Datin Amalia tarik muncung panjang. Sakit hati! Sakit jiwa! Dia yang mulanya mengharapkan perkahwinan Aimy gilang-gemilang tidak menjadi kenyataan. Tiada artis jemputan, tiada majlis resepsi. Datuk Sharif Dol pula ikutkan sahaja kata anak gadis mereka. Malu! Dia malu mahu menghadap teman-teman dan wartawan di luar sana. Anak gadis Datin Amalia berkahwin begini ringkas sekali. Majlis perkahwinan Aimy macam majlis kahwin orang biasa-biasa saja.

            Wajah kelat Datin Amalia diperhatikan oleh Datuk Sharif Dol. Tahu sangat isterinya itu sedang buat tunjuk perasaan padanya. Abaikan sahaja. Hari ini adalah hari bahagia Aimy. Lagipun dalam agama tidak elok jika membuat majlis perkahwinan yang besar-besaran ini. Riak namanya. Aimy bakal diijabkabulkan dengan Tuan Aakif tidak sampai dalam masa satu jam lagi. Anak keduanya, adik kepada Aimy sudah melonjak gembira. Afina pun sudah lebih kurang dengan kakaknya. Anak bongsunya ini juga jenis keras kepala.

         “Hensem betul abang ipar Fina ya papa?” Afina memuji sebaik melihat Tuan Aakif melangkah masuk bersama rombongannya. Kakaknya dan Tuan Aakif memang bagai pinang di belah dua. Merpati dua sejoli.

          “Memang hensem.” Datuk Sharif Dol mengiakan.

          “Fina pun mahu cari suami macam Abang Aakiflah. Elegant.”

         Panas telinga Datin Amalia mendengarnya. Ini apa fasal Afina pun mahu cari suami macam Tuan Aakif? Macam tiada sepsis lelaki lain dalam dunia ini.

        “Jodoh Fina nanti mama yang tentukan.” Datin Amalia mencelah perbualan anak bongsu dan suaminya itu.

        “Tak mahulah. Fina tak mahu lelaki yang menggeletis macam Abang Raiyan tu. Gelilah. Mama…zaman Ibu Mertuaku dah tamat tau.” Afina mencebik.

          “Amboi-amboi mulut tu sedap betul berbicara ya.” Datin Amalia mencubit pipi Afina. Afina menyeringai.

        “Sakitlah mama.” Desisnya. Mama suka sangat paksa ikut cakap dia. Mama memang suka mengongkong anak-anak gadis yang dua orang ini. Sayangnya kakak dia itu otak bergeliga.

 Kahwin-kahwin paksa sudah tidak berkesan untuk zaman sekarang. Dan dia tidak mahu dijodohkan pulak nanti dengan Raiyan si kaki bodek itu. Ngee…negerinya! Afina Akma dan Raiyan Gonzale. Tak sesuai langsung!

“Jangan buat kelat kau dengan mama?” Datin Amalia menegur.

“Tak nak kawan mama.” Muncung Afina panjang sedepa. Dia bingkas beredar naik ke tingkat atas. Ke mana lagi hala tujuannya jika bukan ke bilik pengantin. Baik dia melepak dengan kakaknya.

“Budak bertuah.”

“Anak-anak kita memang bertuah semuanya, sayang.”

“Abang ni sengajakan mahu sakitkan hati saya?”

“La…terasa ke?”  Datuk Sharif Dol menjongketkan kening. Datuk Sharif Dol tersengih panjang. Wajah Datin Amalia tetap cantik di matanya biarpun wanita kesayangan itu masam mencuka.

Datin Amalia kalau sudah merajuk lebih buruk dari budak-budak kecil. Kalau mahu memujuk kena pada gayanya.

“Saya selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya mama mereka dan saya sayangkan mereka. Saya tidak kisah dengan pilihan hati mereka tapi kenapa mesti anak si botak tu?”  Musuh ketat tetap musuh ketat.

Datuk Sharif Dol ketawa kecil.

“Awak ni macam budak-budak. Hal yang lepas buat apa nak ingat atau awak sebenarnya ada hati pada Tuan Aali tu” Sengaja Datuk Sharif Dol menguji hati isterinya. Nada sedikit cemburu.

“Apa abang merepek ni? Bila masa pula saya sukakan si botak tu? Abang tahu yang si botak itu suka cari fasal dengan saya.” Tiada makna dia mahu jatuh hati dengan Tuan Aali. Tapi kalau Tuan Aali ada rambut memang Tuan Aali lebih segak dari Datuk Sharif Dol. Tapi yang hairannya bapa botak tetapi si anak ada rambut pula.

“Awak ni langsung tak boleh bawa bergurau sikit.” Datuk Sharif Dol memaut bahu isterinya.

“Abang kalau nak bergurau jangan gurau yang menyakitkan hati saya. “ Datin Amalia menepuk lembut bahu Datuk Sharif Dol. Tepuk-tepuk manja gitu.

Datuk Sharif Dol gelengkan kepala. Isterinya itu memang pantang kalau nama Tuan Aali dikaitkan dalam perbualan mereka. Cepat panas hati.

Datin Amalia tetap memaniskan muka melayan rombongan pihak pengantin lelaki. Dia tidak menafikan yang Tuan Aakif cukup kacak dengan baju melayu yang dikenakan pada tubuh sasa lelaki itu. Hati Datin Amalia dipagut rasa  sedih. Seorang ibu tidak mungkin tidak akan mendoakan kebahagiaan anaknya. Aimy akan menjadi tanggungjawab Tuan Aakif selepas ijab dan kabul dilafazkan.

“SAH!” Sebaik lafaz sah diucapkan Aimy sudah sah menjadi isteri kepada Tuan Aakif.

           Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Tangan Tuan Aakif disalami dan dia kucup lembut. Wajah Aimy merona merah sebaik Tuan Aakif mencium dahinya. Segak suaminya itu dengan baju melayunya. Kalah Adi Putra pelakon kegemaran Aimy. Apa diherankan Tuan Aakif memang selalu segak dan bergaya di mana jua.

            Ayu Aimy di depan mata Tuan Aakif. Aimy kalau buang cermin mata memang cantik. Tidaklah nampak sangat wajah skemanya. Ini yang buat tidak sabar angkut isteri itu masuk bilik. Hahahaha…nampak sangat gatalnya tu.

            Amsyar menyiku lengan Tuan Aakif. Apalah yang diangankan oleh anak saudaranya ini? Dari tadi dilihat asyik sangat merenung Aimy yang sibuk melayan tetamu yang hadir. Gaya macam harimau kelaparan pun ada. Ketara sangat gelagat Tuan Aakif itu.

            “Kot iya pun kawallah sikit. Aimy tu dah sah-sah jadi puan kau dah, Aakif.” Bisik Amsyar perlahan.

            Tuan Aakif tersengih.

            “Aku ada nampak gelojoh sangat ke, Amsyar?”

            “Ehem-ehem…Amsyar?

            “Sorry…pakcik.” Terkedip-kedip mata Tuan Aakif memandang pakciknya itu.

            “Ala-ala. Comel anak saudara pakcik ini.” Amsyar menarik kedua belah pipi Tuan Aakif. Dari Tuan Aakif kecil lagi dia suka mencubit pipi anak saudaranya itu.

            “Pakcik…saya bukan kanak-kanak Ribena okay. Saya ni dah jadi suami orang dan bakal bapak orang pulak.” Rengus Tuan Aakif. Amsyar suka melayan dia macam budak kecil!

            Amsyar pecah ketawa.

            “Hahahaha! Sudah ada perancangan besar nampak?”

            Riak muka Tuan Aakif berubah.

         “Ala-ala makin comel anak saudara pakcik ni. Bagusnya kalau Aimy nampak muka Aakif yang sedang malu-malu kucing ni.” Sakat Amsyar.

            Tuan Aakif menjegilkan matanya. Mata yang dibesar menjadi kecil semula sebaik Aimy merapatinya bersama adik iparnya Afina.

            “Abang…”

            Panggilan mesra dari Aimy.

           “Mama tanya bila kita nak pindah masuk ke rumah sebelah?” Sambung Aimy.

          Mulut Tuan Aakif ternganga sedikit. Dia terlupa pula tentang perjanjian bodoh-bodoh dengan mama Aimy.

          “Mama awak tu memang tak tahu bersabar langsung.”

            “Mama saya dah jadi mama abang jugak. Lepas ini abang rasa kasih sayang seorang mama.” Aimy mengenyitkan sebelah matanya.

            Afina ketawa kecil.

          “Habislah Abang Aakif kena baham dengan si singa tu. Singa tu kalau mengaum habis bergegar satu rumah tau.” Afina pun gelarkan mamanya ‘singa’.

            “Fina…” Aimy menjeling adiknya. Afina menekup mulut.

       “Ala…abang tak takut dengan singa tu.” Tuan Aakif mengangkatkan sebelah keningnya. Setakat mama singa masih boleh diatasi. Jangan ada bapak singa sudah!

            “Mak mertua kau mama singa dan abah kau pulak bapak singa.” Amsyar menokok tambah sedikit. Baru padan kan.

            Wajah Tuan Aakif cemberut. Aimy hanya tersenyum. Rasanya abah Tuan Aakif lebih bertimbang rasa sedikit dari mamanya.

            “Pakcik terlupa pula ingin memberitahu sesuatu kepada kamu, Aakif. Ada berita berita sangat buat kamu tau.” Amsyar ni asyik meleret saja senyuman di bibirnya.

            “Apa dia pakcik?” Tuan Aakif rasa tidak sedap hati pula.

            “Abah kamu beli rumah kosong di sebelah rumah kamu tu.” Tuan Aali memang sudah merancang dari awal. Amysar tidak dapat menegah kehendak abangnya itu. Erti kata lain Tuan Aali sukar berjauhan dengan anak kesayangannya tambahan pula, apabila dia tahu anak dan menantunya berjiran dengan si singa itu.

            Tuan Aakif terlopong. Abah pun mahu duduk berjiran sekali. Sebelah kiri rumah mak mertua Tuan Aakif dan sebelah kanan rumah bapa mertua Aimy. mereka duduk ditengah-tengah. Masak ni! Tuan Aakif mengurut dahi. Aimy menjongket bahu. Amsyar dan Afina hanya tersenyum lebar.  Huru-haralah mereka selepas ini.

            “So…bersiap sedialah untuk membina benteng pertahanan.” Amsyar menepuk-nepuk lembut bahu Tuan Aakif. Peringatan besar tu.

AKHBAR Metro itu dicampakkan atas atas lantai. Hatinya sakit cukup sakit melihat pasangan pengantin yang menjadi tajuk utama akhbar berkenaan. Mengapa bukan dia yang berada di sisi lelaki itu? Mengapa? Mengapa? Jawapannya memang tidak diketahuilah. Mengapa Tuan Aakif memilih perempuan nerd itu? Mengapa Tuan Aakif tidak memilih Zahnita Binti Megat Zainudin ini menjadi pasangannya? Mengapa? Bukan ke sudah dikatakan tadi tiada jawapannya.

“Bencinya....” Zahnita meraung. Tuan Aakif sudah menjadi milik orang. Sampai hati Tuan Aakif menolak cintanya dan berkahwin dengan perempuan nerd itu. Zahnita tidak menerima perkhabaran itu sebaik dia menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini.

         Julia mengusap-usap belakang temannya itu. Dia faham perasaan Zahnita yang sangat gilakan Tuan Aakif yang angkuh nak mampus itu. Dia sudah nasihatkan Zahnita berkali-kali agar melupakan lelaki itu. Zahnita degil ya amat.

            “I merana Jue. I merana sangat!” Tangis Zahnita.

        Banyak lagi lelaki maco macam Tuan Aakif di kota ni Nita?” Julia memujuk.

            “Tapi hati I hanya pada Aakif.”

            “Siapa suruh you serah hati you pada Aakif. Pergi ambil balik hati yang you dah bagi pada dia.”

            “Apasal you bongok sangat ni Jueojo?” Zahnita mendegus. Susah kalau bercakap dengan Julia yang suka buat-buat tidak faham ni.

            “Betullah apa yang I cakap tu. Kalau sudah serahkan hati you pada you maka you kenalah ambil balik.” Getus Julia. Dia melirik senyuman.

            “Arghhh! Ini mesti mereka kena kahwin paksa. I tak percaya Aakif semudah itu akan jatuh dalam tangan perempuan nerd tu!” Zahnita membuat andaian.

           “Paksa apa ke bendanya Nita. Mereka kahwin sebab suka sama sukalah.” Julia membalas.

            “No, Imposible! Setahu I keluarga Aakif dan keluarga Aimy itu bermusuhan sejak zaman nenek dan atuk mereka lagi. Masakan mereka dah berdamai?” Tandan dahi Zahnita berkerut seribu.

            “Cinta boleh mengatasi segala-galanya Nita. You pun kenal dengan si angkuh itu. Dia tidak punya prinsip main kahwin-kahwin paksa ni.” Julia seakan menambahkan sakit di hati Zahnita. 

            “Benci! Benci!” Zahnita sudah gila meroyan agaknya. Habis bersepah biliknya itu. Apa punya perangailah penyanyi popular yang seorang ini. Fasal seorang lelaki pun nak kecoh sebegini.

            Salah satu perangai Zahnita yang cukup Julia tidak berkenan sejak menjadi teman rapat gadis cantik itu.

            “Baik you tackle Fahrin Ahmad tu, Nita. Fahrin Ahmad lagi tough dari Tuan Aakif tu.”

            “Tak mahu! Tak mahu! I nak Aakif jugak.” Zahnita merengek-rengek kecil.

           “Getik pula I tengok you macam ni. Patutlah si Tuan Aakif tu tak pandang you.” Omel Julia.

            “Jue!” Segala alat solek atas meja itu dibaling pada Julia. Julia mengelak.

            Julia menggelengkan kepala melihat persekitaran bilik Julia yang sudah bersepah itu. Satu sikap buruk Zahnita yang Julia tidak gemari.

            Zahnita sudah terduduk menyilangkan tangan. Nafasnya turun naik. Kenyataan yang sukar untuk dia terima.

            “I akan dapatkan Aakif dari Aimy.”

            “Suka hati youlah Nita. You yang nak sangat bermain dengan api. I jadi penonton percuma saja. Kalau you kalah I tepuk tangan tau.” Julia memulas tombol pintu. Sebelum diapa-apakan oleh Zahnita baik dia cabut lari dahulu.

            “You ni kan Jue…” Geram betul Zahnita dengan Julia. Julia sudah angkat kaki. Lesap dari pandangan matanya. Teman baik tidak boleh dipakai guna langsung. 

Bersambung pulak...

3 comments:

  1. Superb...suka dengan tuan aakif walaupn dia agak menjengkelkan hati :P

    ReplyDelete
  2. wpun Taun Aakif tu menjengkelkan...tp dia tetap romantis dgn wife si Aimy....:D

    ReplyDelete