Tab Menu

Followers

Friday, November 9, 2012

Kekasih Atas Kontrak - Prolog

TIA berjalan mundar-mandir sambil mulutnya berceloteh sendiri. Butir katanya tidak difahami oleh teman-teman sekerja. Biasalah perempuan kan... ada yang naik rimas dengan gelagat pegawai pemasaran yang baharu naik pangkat itu. Apa agaknya yang Tia rungsingkan sangat tu?

Pak Mansor punya arahan yang buat Tia pening kepala. Kononnya adik sepupu dia mahu berkahwin. Alasan semata-mata. Ayahnya memang jenis suka memaksa itu dan ini. Dia sudah cakap yang dia tidak akan balik ke Singapura lagi. Dia malas mahu bertemu dua mata dengan kakaknya itu. Sakit di hati masih terasa.

"Wann... kau kena tolong aku." Tia mengoncang-goncang lengan Wann.
"Tolong apa ni Tia?" Wann kerut dahi berlapis-lapis.
"Tolong cari aku teman lelaki. Aku kesuntukkan masa ni."
"Apa?" Terlopong besar mulut comel Wann.
"Aku serius babe!"
Wann garu kepala. Buntu sekejap...

Tia mundar-mandir lagi. Sekejap dia garu kepala sekejap dia ramas rambut. Fiilnya sudah macam orang tidak siuman di rumah sakit jiwa. Wann pula gentik menengok gelagat Tia.


"Hah! Aku rasa aku boleh tolong kau untuk carikan teman lelaki ekspress." Tiba-tiba Wann memetik jari.
"Betul ni?" Tia seakan sudah boleh menarik nafas lega.
"Betullah. Mamat seorang ini selalu buat part-time pelakon tambahan walau dia sepatutnya layak menjadi pelakon utama." Wann tersengih.
"Lagi bagus..."
"Esok aku heret dia jumpa kau. Lagipun dia ni anak kawan baik papa aku." Wann menari-narikan keningnya.
"Kalau begitu aku buat surat kontrak dengan dia. Bayaran kau jangan risau. Aku boleh bayar berapa saja untuk dia, janji dia tolong aku." Setakat seminggu dua tiada masalahnya.
 "Orait!"

Selesai satu masalah dunia...



"KITA putus!" Gadis ayu bertubuh tinggi lampai itu menyimbahkan air ke muka lelaki yang sedang duduk bersama kekasihnya. Gadis di hadapannya itu termangu seketika. Dia menekup mulut. 

Si gadis tadi sudah beredar dengan amarah yang masih bersisa. Tak guna punya jantan! Kaki perempuan!


"Fuhh, lakonan dah berakhir..." Lelaki itu mengesat air di muka dengan sapu tangan. Dia tersenyum.

"Bagus lakonan awak, Absyar." Gadis di hadapannya itu menunjukkan isyarat 'good' dengan ibu jari.
"So, nanti kita bincangkan bayarannya."
"Boleh sahaja."

Gadis itu melirik senyuman. 

"Dulu dia mainkan bekas kekasih I, sekarang dia terima padahnya."
"Emmm... saya rasa bersalah pula tipu dia."
"Jangan risau. Ini pengajaran buat dia."

Absyar tersengih.


* rehat jap

3 comments: