Tab Menu

Followers

Thursday, June 16, 2011

Coke and Sundae II - Bab 22

GAMBAR Syakir diserahkan semula kepada Katrina. Katrina melirik senyuman sins di hujung bibir. Tidak lama lagi hajatnya untuk memiliki Syakir akan tercapai. Hahahaha! Katrina ketawa besar dalam hati. Syakir kau akan tunduk di bawah telunjuk aku! Isteri kau akan menangis tidak berlagu. Kalau boleh aku akan buat Syakir menceraikan Azyan. Minta maaflah aku mahu berkongsi suami dengan wanita hodoh kesayangan Syakir itu.

            Mak Esah turut menyerahkan sebotol kecil minyak wangi kepada Katrina. Ala macam minyak wangi yang kita calit pada pergelangan tangan tu. Katrina mengerutkan dahi. Apa hal pulak Mak Esah bagi dia minyak wangi. Dia ada minyak wangi berlambak dekat rumah. Cakap sahaja jenama apa. Paris Hilton? Jennifer Lopez? Setakat minyak wangi pasar malam tak mainlah.

            “Apa ni Mak Esah?” Sengaja Katrina menyoal. Dia membelek-belek botol minyak wangi berkenaan. 

            “Hihihihi…Kamu kena calitkan minyak wangi ini kepada lelaki yang kamu suka tu. Dia akan gila bayang pada kami nanti. Dia akan lupakan isteri dia.” Mak Esah merenung wajah Katrina. 

            Katrina menggigit jari. Dia kena calit Syakir dengan minyak wangi ini? Biar betul? Ingat senang ke nak calit Syakir. Dia mahu dekat dengan Syakir pun susah. Inikan pula mahu mencalit lelaki itu. 

            “Mak Esah….takkan tiada cara lain yang lebih mudah. Saya tak pandailah bab calit-calit orang ni.” rungut Katrina. Dia mengerling Leena yang duduk di sisinya itu. Leena sekadar tersengih.

            “Kamu mahukan dia?” Mak Esah menyoal. Laju Katrina anggukkan kepalanya. “Jadi ikut sahaja apa yang aku suruh.”

            “What? Apa hal I kena ikut cakap orang tua ini!” Katrina melenting. Leena pantas menyiku lengan temannya itu.

            “You jangan buat hal. Kalau you nak Syakir ikut saja kata Mak Esah.” Leena berbisik perlahan pada telinga Katrina. Katrina merengus kecil.

            Huh! Kalau tak mujarab benda yang kau kasi aku ni, nahas kau oranng tua. Teruk aku kerjakan kau cukup-cukup! Aku bakar pondok pondok buruk orang tua ini.

            Katrina dan Leena beransur setelah apa yang dihajati telah tercapai. Kini…Katrina perlu menjalankan tugasnya pula untuk mencalit lelaki yang digilainya itu. Katrina perlu mengaturkan rancangannya dengan teliti.

            “Kalau tak berjaya I akan cari you dengan Mak Esah sekali.” desis Katrina setelah mereka berada di dalam kereta.

            “I berani confirm yang ubat Mak Esah adalah mujarab seratus-peratus.” balas Leena dengan penuh keyakinan. Kalau tidak menjadi masakan da dappat memiliki suaminya sekarang.

            Katrina dan Leena saling berbalas senyuman.

ADUHAI sayang…rajuknya masih tak habis-habis lagi ke? Abang sudah penat memujuk ni. Abang boleh sudah boleh kira berapa lirik lagu yang abang nyanyikan untuk sayang. Kalau nak lagu Jepun tu memang abang tak pandai nak menyanyilah. Tapi rasanya sekarang orang demam drama Korean. Syakir mengusap dagu. Azyan suka tengok drama Korean ke? Setahu dia Azyan paling suka tengok cerita seram. Dekat rumah penuh dengan DVD hantu dia. Sampai si Ameerul pun terpengaruh sama dengan kegemaran ibunya itu.

            Syakir mengetap bibir. Dia menjeling Azyan yang sibuk melayan kerenah Ameerul yang sedang menonton animasi Upin dan Ipin di televisyen. Pak mertua pula sedang mebaca akhbar di tangan. Azuan…biasalah keluar bersama kekasih hati dia. Kalau dengan Ameerul bukan main mesra lagi Azyan. Tapi kalau dengan dia sebelah mata pun tak pandang. Huhuhu…Sedihnya hati bila isteri tidak melayan kita.

            “Ayang…’ Syakir memanggil lembut.

            Azyan menoleh. 

            “Buatkan abang kopi boleh?” sambungnya lagi.

            “Okay.” Azyan bingkas bangun menunggu ke dapur. Tidak sampai lima minit kopi sudah terhidang di atas meja khas buat Syakir seorang.

            Syakir tidak teragak-agak mengangkat cawan kopi berkenaan. Dengan lafaz Bismillah Syakir menghirup perlahan kopi tersebut. Wajah Syakir berubah serta-merta.Tersembur kopi yang diminumnya itu. Azyan ketawa menekan perut. Rasakan penangan kopi pahit dari Puan Azyan. Encik Idris gelengkan kepala. Syakir tersengih. Dia terkenangkan kisah kopi pahit Azyan suatu ketika dulu. Azyan memang sengaja mahu mengenakannya.

            “Bagaimana? Sedap tak kopi istimewa tu?” ujar Azyan.

            “Sedap hingga menjilat jari, sayang.” balas Syakir. Entah berapa senduk kopi yang Azyan bubuh kali ini. Pahit nak mampus.

“Iya ke sedap ayah? Meerul nak rasa sikit boleh?” Ameerul bangun merapati ayahnya. 

“Tak payah. Ibu buatkan Meerul milo nanti.” Azyan menegah. 

“Meerul nak rasa kopi ayah juga.” Ameerul buat muka. Kopi istimewa ayah mesti sedap sampai ibu tidak bagi dia merasai kenikmatannya.

“Ibu kata tak boleh!” Azyan mengeraskan sedikit suaranya.

 Ameerul mula mencebik. Air matanya mula bertakung. Ini yang buat Azyan lemah. Ingat air mata perempuan saja melemahkan lelaki ke? Air mata anak teruna ini memang melemahkan Azyan. Ala-ala macam gaya mata Puss In The Boot dalam animasi Shrek pulak. Comel…

“Ikut suka Meerullah. Apa-apa yang berlaku nanti jangan salahkan ibu.” desis Azyan. Dia berlalu menuju ke dapur.

Ameerul tersenyum lebar. Ibu pastikan akan lemah tengok nuka kesian dia. Dia rembat cawan kopi dari tangan ayahnya. Syakir tidak tahu mahu kata apa. Dia bangun dari sofa menuruti Azyan ke dapur.

Ameerul tidak tunggu lama. Perlahan-lahan dia meneguk cawan yang masih berisi air kopi itu. Wajahnya berubah serta-merta. Apa lagi tersembur air kopi dari mulutnya. Pahitnya…Ini air kopi ke? Atuk sudah ketawakan dia. 

“Sayang….sayang…sayang….” Syakir menyekat laluan Azyan. Azyan ni mengandungkan anak kedua asyik merajuk saja. Entah-entah anak perempuan.

“Kalau nak sangat pujuk ayang belikan ayang rantai berlian dekat Habib Jewel. Maka dengan itu ayang akan termakan dengan pujuk rayu abang.” 

Mak oi! demand tinggi nampak. Kalau setakat rantai emas Poh Kong mampulah lagi. In Habib Jewel. Syakir menggarukan kepala yang tidak gatal. Nasib baiklah mereka berada di rumah ayah Azyan. Kalau tidak sudah lama dia angkat Azyan masuk bilik.

“MONYOK nampak? Relakslah bro..” Syamil menepuk-nepuk bahu abangnya. Muka Syakir macam orang kehilangan bini. Itulah buat lagi perangai. Siapa yang susah? Diri sendiri juga yang susah nak memujuk bini.

            “Kau belum kahwin mana tahu hal ehwal semasa rumahtangga. Along ni sudah sakit kepala dengan rajuk kakak ipar kesayangan kau tu.” gerutu Syakir.

            Syamil ketawa kecil. Siapa yang bikin masalah. Itulah cemburu tidak kena tempat. Dia juga kena jadi orang pengantaraan.

            “Siapa suruh along yang cari pasal dengan Kak Yan. Sepatutnya along selidik dulu sebelum buat tuduhan. Gossip along dekat hospital lagi panas tau.” 

            Syakir kerutkan dahi. Ini mesti spekulasi dia dengan Katrina. Dia dengan Katrina hanya rakan sekerja mana ada sebarang perhubungan. Dia layan Katrina pun endah tak endah sahaja. Bukan dia tidak tahu Katrina sering ingin menarik perhatiannya. Mungkin pada pandangan orang lain dia rugi kerana tidak melayan Katrina. 

Lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang namun Syakir tidak berminat untuk mengisi kuota yang kosong di belakang. Lelaki sekarang berkahwin mengikut nafsu. Mengapa mereka tidak mengahwini wanita-wanita malang yang berada di luar sana? Contohnya ibu-ibu tunggal yang bersusah-payah membesar anak sendirian tanpa harta dan dihimpit dengan kemiskinan. Wanita seperti ini yang harus dibantu. Ini tidak…mereka memilih gadis-gadis muda yang sebaya dengan anak-anak mereka. Limpahkan gads-gadis muda itu dengan wang ringgit.

“Syam nak tolong along atau tidak?” soal Syakir.

“Okaylah…oleh sebab along sudah membantu Syam sebagai wakil membelasah Hana and the gang maka Syam akan membalas budi abang itu.”

“Itu yang abang nak dengar sangat.”

Puan Mahani memandang kedua anak lelakinya itu dengan penuh kehairanan. Apa pula yang dibincangkan oleh Syakir bersama Syamil. Dia teringin juga mahu turut menyertai perbincangan dua beradik itu. Syamil mahu berkahwinkah? Tak mungkin? Syamil masih belajar lagi jangan mengada-ngada nak berkahwin dulu. Ingat senang nak bagi anak dara orang makan.

“Assalamualaikum…kalau mak nak join sekali boleh ke?” Sebelum nak menyampuk kenalah bagi salam dulu.

“Waalaikumusalam…” Syakir dan Syamil menjawab serentak.

Emak sudah duduk di antara Syakr dan Syamil. Tersenyum sumbing emak mereka. Syakir mengeluh kecil. Habislah kalau emak campur tangan. Emak kalau membebel sudah serupa dengan Mak Timah Radio. Bezanya emak tidak buat mesyuarat dari tingkap ke tingkap.

“Azyan ada call mak tadi tanya laki dia ni.” Emak bersuara sambil mengerling Syakir.        

“Yan call mak?” Syakir macam tidak percaya. Biar betul.

“Ha’ah dia call bertanyakan laki dia yang lari dari rumah tak nak balik-balik.”


Syakir menelan air liur. Buat apa dia balik rumah kalau Azyan buat muka poyo dia. Dia tidur pula bertemankan dengan Ameerul. Azyan sudah awal-awal letak bantal dan selimut dia dalam bilik Ameerul. Sedih tau!


“Mak…pembetulan sikit. Laki dia bukan lari dari rumah tetapi mencari ketenangan.” ujar Syakir bersahaja. 


Syamil ketawa geli hati. Ayat Syakir menggelikan anak tekak. Mencari ketenangan konon! Puan Mahani gelengkan kepala. Anak dengan menantu sama saja peelnya.


“Sudah-sudah! Pergi balik rumah. Dah ada anak bini begini pun nak lari dari rumah.” Telinga Syakir dipulas perlahan. Degil!


Syamil semakin galak ketawa. Rajuk orang sudah dewasa ini lebih mengada-ngada dari budak kecil. Macam mana agaknya rumahtangga dia dengan Dania nanti kalau mereka berkahwin? Eh-eh…dia tersasul pulak sebut nama Dania. Ala cakap sajalah yang kau suka Daniakan. Kalau hendak meminang anak dara orang ini kenalah ada duit sendiri dalam tangan. Ada pekerjaan tetap. Masakan bagi anak orang makan pasir pulak! Macam yang Puan Mahani selalu cakap. Hehehehe…

7 comments:

  1. tak suka lah syakir berubah mudahan uubat dari si katrina tue tak dapat pakai...eeee geram nyeeeee...

    ReplyDelete
  2. alahai..katrina2,spesis ko lar yg mnjatuhkan maruah pmpuan lain!..hish,mencik tau.

    ReplyDelete
  3. Harapnya ubat guna2 yg Katrina dpt drp Mak Esah tu pun tak menjadi.. huhu.. tak mau.. tak mau...

    Bilerlah Ibu Ameerul ni nak hilang rajuknya... di hosptal ada dugaan oleh Kat, di rumah problem gan isteri kesayangan.. sian Dr Syakir... :-)

    ReplyDelete
  4. hope syakir x terpengaruh ngan perempuan jahat 2...

    ReplyDelete
  5. best2. sambung lagi buleh x?? kalau boleh nak cepat skit, x sabar benor ni nk tahu kisah selanjutnye...hrp2 x menjadilah ubat yg katrina guna 2.

    ReplyDelete