Tab Menu

Followers

Monday, June 20, 2011

Coke and Sundae II - Bab 24

“SAYANG…abang berani bersumpah yang abang tiada apa-apa hubungan dengan Katrina. Tapi kalau sayang nak abang nikah lagi pun abang setuju.” Beria-ia Syakir menyakinkan Azyan.


            “Apa dia? Cuba ulang ayat terakhir itu sekali lagi.” Azyan menadahkan telinganya. Bukan dia tidak dengar apa yang Syakir cakapkan. 


            “Abang gurau je.” Syakir tersengih macam kerang busuk.


            Azyan mengetap bibir. Gurau pun macam ada niat nak tambah lagi seorang. Syakir mahu kahwin lain boleh. Tapi dia mahu dilepaskan. Siapa kata madu itu manis. Pahit macam hempedu. Azyan pandang Syakir atas hingga bawah. Suaminya ini memang segak dan bergaya. Lihat dari segi penampilan pun dia tahu. Syakir sebenarnya tidak berapa sesuai menjadi seorang doktor. Wajar sekali Katrina Kaif itu tergila-gilakan Syakir. Kalau tidak masakan perempuan itu berani datang bertemu dengan dia.


            “Abang sayang Yan seorang saja. Yan tak percayakan abang ke? Dulu masa Azyan jadi gorilla pun abanf tak pandang gadis lain.” Dia perlu memberikan kepercayaan pada Azyan. 


            Cis! Berani Katrina mahu merosakkan perhubungan dia dengan Azyan. Jaga kau perempuan! Aku mesti kena ajar kau sikit! Sakit mental punya perempuan.


            “Manis hanya di mulut tapi lain pula kata hati.” 


            Syakir terkedu. Bila pula Azyan pandai bermadah cinta ini. Perempuan tidak terluka apabila ada perempuan secara terang-terangan menyatakan ingin merampas suaminya. Siap membuat kata cabaran pada isteri dia yang comel ini. Dia usap lembut pipi gebu Azyan. Dia mahu Azyan tahu yang suaminya lelaki pencinta setia bukan lelaki pencinta wanita seperti lagu Irwan Syah itu.


            Apa yang Katrina pada lelaki seperti dia. Kalau dia Putera Raja ada juga faedahnya Katrina mahukan dia. Dia hanya seorang doktor! Doktor Muhammad Syakir anak kepada Cikgu Ilyas yang sudah pencen jadi pengetua. Dia tidak menyangka sama sekali yang Katrina lebih dahsyat dari Emelda. 


            “Ayang boleh operate dada abang. Ayang boleh lihat nama siapa yanga da pada hati abang.”


            “Betul…abang tak kisah ayang operate dada abang pastu ayang makan hati abang mentah-mentah. Anak dalam perut ni memang sedang teringin nak makan hati.” Azyan memalitkan senyuman di hujung bibir.


            “Makanlah…kalau ayang yang makan dada abang semestinya abang rela.” Syakir menayangkan dadanya pada Azyan.


            Ala…dada doktor cicak kobeng manalah mantap mana. Azyan pun tidak berselera nak merobek dada dan makan Syakir. Ingat dia manusia kanibal ke?


            “Azyan nak tanya abang?” Jelingan mata Azyan tetap tajam menikam kalbu.


            “Soalan Matematik Tambahan abang tak pandai jawab. Soalan pasal bedah siasat abang boleh jawab.” Syakir buat loyar buruk. Azyan mencebik. Ada pulak yang kena sumbat dengan cili api nanti. Lawak tak kelakar!


            “Abang ada hati ke dengan Doktor Katrina Kaif tu?” Soalan cepu emas. 


            “Adalah sikit kot.” Balas Syakir selamba.


            Apa lagi meletup terus bom atom! Syakir memberikan jawapan yang sukup meretakkan hati Azyan menjadi kepingan kristal. Air mata sudah tidak boleh di tahan lagi. Hari ini juga dia mahu balik rumah Mejar Idris. 


            “Hantar Yan balik rumah mejar Idris! Yan tak nak tengok muka abang dah!” getus Azyan. Bergema suara Azyan dalam rumah. Ameerul yang menonton televisyen itu turut berpaling. Ameerul tepuk dahi. Ayah buat perangai lagi!


            Sudah! Azyan sudah membentak. Syakir jadi tidak tentu arah. Dia paut lembut bahu Azyan. Ala sayang dia sekadar bergurau saja. Azyan ambil serius kata-katanya itu. Itulah Syakir bijak sangat bikin masalah.


            “Sayang…abang gurau saja. Just kidding kata orang putihnya.” 


            “Yan nak balik rumah Mejar Idris.” Azyan menjegilkan biji matanya. Dia langsung tidak bagi muka pada Syakir. Hati tengah Syakir. Fikiran sudah blank dengan ayat Syakir tadi.


            “Yan….” 


            “Meerul!” Azyan memangil anak terunanya. “Meerul pilih antara dua. Meerul nak ikut ayah ke? Meerul nak ikut ibu? Kalau ikut ayah maka jangan harap ibu nak masakkan lauk kegemaran Meerul dan belanja Meerul aiskrim sundae lagi.” 


            Amboi! Ayat berbaur ugutan habis. Ameerul menjongketkan bahu. Kalau sudah ibu bercakap sedemikian maka dia haruslah memilih  untuk mengikut ibu. Minta maaflah ayah, perang teluk tercetus pun sebab gurauan terbaik dari ayah jugak. Bijak sangat menjawab soalan cepu emas dari ibu. Ini yang susah apabila berada di tengah-tengah.


            Syakir menarik nafas panjang. Azyan seakan tekad mahu meninggalkan rumah. Dia memarahi diri kerana membuat gurauan tidak berfaedah. Itulah Syakir..,kalau sudah tahu isteri sedang angin kus-kus yang hang pi bakar lagi apasal. Huhuhu…Azyan...jangan tinggalkan daku! Syakir meraung!


SYAKIR merenung pak mertuanya, Mejar Idris. Seram sejuk pula badan ni. Rasa hendak demam pun ada bila tengok muka serius Mejar Idris. Orang tua itu hanya membisu menatap akhbar di tangannya. Hal budak dua ini tidak sudah-sudah ada onar. Beberapa hari elpas Azyan merajuk kerana sikap cemburu Syakir. Hari ini apa lagi yang Syakir buat pada anak perempuan tunggalnya. Tembak dengan senapang gajah baru tahu! 


            Azyan pun satu suka ikutkan hati. Suami ingin bergurau sikit pun dia ambil serius. Apa salahnya berbincang baik-baik. Perkara kecil kata orang yang dibesarkan. Kalau tak berpihak pulak, Azyan tarik muncung panjang sedepa. Dikata nanti tak sayangkan anak. Susah-susah! Yang sebelah kiri menantu dan sebelah kanan pula anak perempuan. 


            “Biarlah Azyan dengan Meerul duduk di rumah ayah beberapa hari ini. Angin dia reda nanti saya angkut dia dan Meerul bawak balik.” Syakir membuka butir bicara permulaan. Tuan Mejar asyik membisu saja. Biarlah yang muda mulakan dulu. Orang muda kena hormatkan yanng tua.


            “Ayah tak kisah Kir. Apa yang penting kau bincang elok-elok dengan Yan. Ayah tak suka kamu berdua berperang teluk begini. Nasib baik tak angkat senapang. Kau nak ayah bantu kau tak?” Sempat juga Encik Idris buat lawak dalam bermuka serius.


            Syakir hanya mampu tersengih. Nasib baik Azyan tak baling pisau dan segala barang-barang di daput tu. Kes naya jadinya. Silap haribulan dia pula yang masuk hospital. Azyan kalau buat meroyan bukan boleh dijangka. Jangan pandang rendah pada wanita yang mengayunkan buaian ini.


            “Masalah salah faham saja ayah. Kecil macam kuman.” Syakir menyembunyikan keadaan sebenar. 


Mati dia kena bunuh dengan Mejar Idris kalau tahu yang dia buat gurau tahap bangang. Semua ini pasal Katrina sewel itulah datang rumah jumpa Azyan. Perempuan gila! Sakit mental! Ikutkan hati dia tanam Katrina anak Tan Sri Kaif itu hidup-hidup dalam tanah. Menyusahkan hdup orang! Syakir menyumpah seranah Katrina dalam hati.


            “Kalau kecil sebesar kuman Azyan takkan lari bawa beg punya besar rumah ayah, Kir. Nampak sangat rajuknya anak ayah tu.” Orang tua lebih mengerti. 


            “Saya berani bersumpah ayah. Saya tiada apa-apa dengan peremuan tu. Azyan salah sangka. Dalam hati saya hanya ada anak ayah seorang itu.” Syakir angkat sebelah tangannya.


            “Ayah percayakan kau, Kir. Kau pun lelaki setia macam ayah.” Encik Idris mengangkat keningnya. “Tapi…kalau kau sakiti Azyan, anak ayah tu…ayah tidak akan memaafkan kau.” Sambungnya lagi.


            Amaran tu! Syakir menelan air liurnya.


            “InsyaALLAH ayah…” Dia perlu berusaha gigih untuk memujuk hati isterinya. Dalam soal ini dia perlu mempergunakan Ameerul sepenuhnya.


            Malam ini Syakir akan tidur berteman bantal peluk. Apa lagi berdendanglah lagu jiwang karat Doktor Muhammad Syakir. Tiada penyakit dia cari penyakit. Padan muka!

11 comments:

  1. hahah..
    padan muka syakir...
    gurau xkena tmpt..~
    ~aki~

    ReplyDelete
  2. ishh, kena beli novel ni...tak puas hati kalu baca cam gini...hehehe...

    ReplyDelete
  3. Syakir ni... masih nak kidding2 dgn Azyan yang tengah menggelegak tu... huhuhu.. bilolah nak aman bila dia p jawab lagu tu.. Meerul gak yg kena buat pilihan terpaksa... :-)

    ReplyDelete
  4. cepat lah sambung Ilya... dah tak sabar lagi nie.... adui napa lah ceta nie jadi begini.... sambunng ye.... plezzzz

    ReplyDelete
  5. Azureen Yazid 20 June at 21:27
    “Abang sayang Yan seorang saja. Yan tak percayakan abang ke? Dulu masa Azyan jadi gorilla pun AYANG tak pandang gadis lain.” Dia perlu memberikan kepercayaan pada Azyan.

    KAK ILYA, zureen rasa ada error sikitlh..bukan sepatutnye ABANG ke kat situ?

    ReplyDelete
  6. hehehe...tu lah syakir..
    xde penyakit cari penyakit..
    kat dah merajuk azyan...

    akak nak lagi

    ReplyDelete
  7. agk2nye lme agy ke CNS II nie nk kuar..x sabo dh ni nk bace smpai abes..

    mesti best punyer...

    bak kte iklan di tv3.. LAGI BEST

    ReplyDelete
  8. InsyaALLAH bakal terbit thn depabn hehehehe

    ReplyDelete
  9. apa!!!!????? terbit taun depan??? jdi musang berjanggut la dok tggu nak kuar novel jew pown,,,huhuhu

    ReplyDelete
  10. Nia...sabar ye...ikut giliran penerbitan, jgn risau InsyaALLAH akan menjanjikan yg terbaik untuk pembaca sekalian... ^_^))

    ReplyDelete