Tab Menu

Followers

Thursday, June 2, 2011

Salam Semua...^^

Ilya tak berapa sihat sangat ni...sakit-sakit. Ilya perlu berehat untuk sementara waktu ^_^ bagaimanapun Ilya takkan hampa pembaca blog Ilya meskipun Ilya berrehat dalam bidang penulisan dalam tempoh 6 bulan nanti. Ilya akan update e-novel dalam blog Ilya untuk pembaca setia Ilya. Sayang korang semua! Coke and Sundae II akan stop sampai bab 25 je begitu juga dengan Queen Control yang bakal Ilya hantar pada penerbit nanti.

Terima kasih kerana menghayati dan menyokong karya-karya Ilya. Sungguh Ilya rasa terharu dengan pembaca sekalian yang tak putus2 memberikan komen dan kata semangat meskipun sering dikritik hebat. Jangan lupa undi Ilya untuk APPBH (Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian nanti. Coke and Sundae tercalon tanpa diduga sama sekali ^^ Ilya tak harapkan kemenangan atau pujian yang penting kepuasan untuk menulis dengan lebih baik. Sepuluh buku kategori fiksyen yang dipertandingkan pada kali ini ialah Lafazkan Kalimah Cintamu (Siti Rosmizah), 2x5 (Areila Sahimi), Cinta Sufi (Ramlee Awang Murshid), Cinta 3 Suku (Herna Diana), Pergilah Air Mata (Hanni Ramsul), Masih Setia (Aisya Sofea), Coke & Sundae (Ilya Abdullah), Sepupuku Suamiku (Lynn Allyna), Saat Kau Kata Cinta (Anis Ayuni) dan Bukan Tak Sudi (Mimie Affinie) yang akan berlangsung pada 3 Jun ini.

Jangan risau blog Ilya tidak akan bersawang, Ilya akan update novel-novel di dalam ni ^_^ Seronok menulis di blog ini. Segala cerita adalah rekaan dalam otak. Tiada syok sendiri just untuk releasekan tension. Di sinilah Ilya meluahkan segalanya.

4 comments:

  1. Ilya, semoga cepat sembuh dan lebih sihat drp sebelum ini... Semoga dipermudahkan Allah SWT semua urusan.. Take good care of urself... :-)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Seorg wanita :H: InsyaALLAH Ilya akan sembuh nanti. doakan ye

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh kak...

    ReplyDelete
  4. ilya sakit ape sebenarnya..ek..apa apa pun akak doakan untuk kesihatan adik..jgn lupa makan ubat tepat pd waktunya dan byk kan rehat dari segi minda..ok..all d best for U..

    ReplyDelete