Tab Menu

Followers

Monday, June 20, 2011

Coke and Sundae II - Bab 23

ABANG sudah tidak ingat nak balik rumah! Gatal ye pergi rumah mak buat aduan.” Azyan sudah mula membebel. Pot pet sana pot pet sini. Syakir menarik nafas panjang. Sudahlah Azyan kuat merajuk kini kuat membebel pulak. Habislah baka anak dalam perut.


            “Ayang dah masak ke?” Dia mengubah topik perbualan. Kalau dengar bebelan Azyan sampai esok pun tidak habis. Lagipun perut sedang lapar gila. Emak langsung tak kasi dia jamah makan nasi. Kejam sungguh!


            Puan Mahani berkata begini. “Engkau ada bini dekat rumah memasak jadi engkau balik makan di rumah. Kesian bini kau penat memasak kau makan di rumah mak pulak. Apa kau ingat mak ni bini kau yang kedua.” 


            Abah hanya diam tidak terkata. Sengih panjang orang tua itu. Tiada jalan lain selain balik rumah sendiri makan nasi.


            “Ayang masak lemak cili api pucuk paku, ayam goreng berempah dengan sambal tempoyak.” balas Azyan lembut.


            Gulp! Tertelan air liur. Masakan kegemaran dia tu. Ini sudah pasti dia tambah nasi lebih dari dua pinggan. Tunggu apa lagi. Kita serbu! Dia sedang kebulur ni. Apa-apa hal isi perut dulu sebelum fikirkan benda lain.


            “Tahu pulak lapar nak makan nasi!” suara Azyan sambil mencedukkan nasi ke dalam pinggan Syakir. Marah macam mana pun suami kita mesti dilayan.


            Syakir buat pekakkan telinga. Da mengerling si anak teruna yang sedang ligat menjamah nasinya. Ameerul makan sudah tidak pandang kiri kanan. Mungkin sedap tidak terkata agaknya. Kalau tidak mulut Ameerul yang kecoh di meja makan.


            “Meerul! Boleh makan tu elok-elok sikit. Kalau tercekik nanti ibu jugak yang susah nak hantar kau ke hospital.” Azyan membebel lagi.


            Ameerul tersengih. Hari ini hari ibu membebel satu dunia agaknya. Ameerul pun dah letih kena bebel dengan ibu. Ada sahaja yang tidak kena di mata ibunya itu. Ini semua salah ayah dia. Tak pandai nak pujuk hati ibu. Dia sudah bagi idea yang cukup bernas pun ayah boleh gagal. Ayah kena belajar lagi cara-cara untuk memikat hati isteri.


            “Pucuk paku lemak cili api ayang memang the best lah.” Syair memuji. Ikhlas tau.


            “Tak payahlah nak puji-puji masakan ayang. Setakat puji nak ambil hati lupakan sahaja.” desis Azyan.


            “Sayang…abang puji ikhlas tau.” Orang puji ikhlas pun Azyan tak percaya. Kalau dia puji masakan Emelda kang baru Azyan tahu. Jangan nak buat naya Syakir! Karang bertambah-tambah panjang muncung Azyan.


            “Ikhlas ke?” Azyan mengangkat keningnya. Jelingan ekor mata Azyan tajam sekali.


            Syakir menelan air liur. Jelingan Azyan macam ada maksud tidak baik sahaja. Dia kena menjalankan penyiasatan. Azyan kalau marah dan merajuk tidaklah sampai berpanjangan macam ini. Hairan pula rasanya.


            “Doktor Katrina Binti Tan Sri Kaif datang jumpa ayang.” ujar Azyan tenang. Siap menyebut nama penuh Katrina lagi. 


Tersembur nasi dalam mulut Syakir. “Apa!”

SIAPA menduga perempuan tidak tahu malu itu bertandang ke rumah Syakir sewaktu Syakir berada di rumah orang tuanya. Tanpa segan silu Katrina menyatakan perasaan kasih, sayang dan cintanya kepada Syakir. Tidak sedarkah dia yang Syakir itu laki orang. Tapi apa yang Katrina pedulikan. Dia sudah tangkap cintan segala jintan manis pada Syakir. Dia sanggup bertemu dua mata dengan Azyan. Dia mahu Azyan tahu yang dia akan merampas Syakir dari Azyan.


            Mula-mula Azyan buat muka blur dengan Katrina. Namun setelah Katrina menyatakan tujuan dia dan siapa dirinya maka seratus-peratus muka Azyan berubah. Dia buat takder perasaan dia. Oh! Inilah Katrina yang digosipkan dengan laki dia. Perempuan in memang jelta. Azyan membuat perbandingan dirinya dengan Katrina. Kalah dia kalau dari segi pemakaian dan solekan. Dia comel je tapi perempuan ini laksana pelakon Hindustan Kareena Kaapor. Seksa…sesak nafas. Ikutkan hati dia bagi pelempang sebiji pada muka Kareena Kaapor ciplak ini. Niat berkunjung di rumah orang sudahlah tidak baik. 


            “You ada apa-apa halangan tak if I mahu isteri kedua Syakir. I minta persetujuan cara baik dengan you.” Lancar sekali butir bicara Katrina membuat pengakuan di hadapan Azyan.


            Terketap-ketap bibir Azyan mendengar bait-bait bicara berani dari Katrina anak Tan Sri Kaif ini. Mentang-mentang bapak dia ada pangkat Tan Sri depan nama dah berlagak. Ayah aku lagi tererlah. Ada pangkat Mejar pun taklah semegah macam kau. kawan baik aku kahwin dengan anak Tengku pun tak berlagak nak mampus macam perempuan seorang ini.


            “Kalau saya buat halangan letak pagar depan Ck Katrina, Cik Katrina nak buat apa?” balas Azyan. Nada suaranya keras. Ada pulak yang mati kena cekkik dengan dia nanti. Paling dahsyat pun dia cincang Katrina jadi lumat lepas itu dia masak buat sedekah pada jiran-jiran sebelah!


            “You fikir I takut nak meroboh pagar you. Ini Kat okay! I tidak pernah kalah dengan perempuan macam you. Syakir itu tidak layak menjadi suami you! You dengan dia macam angsa dengan itik serati.” Katrina mengoyang-goyangkan jari telunjuk runcingnya pada muka Azyan.


            Perempuan seorang ini sudah lebih! Ada pulak yang minum racun tikus nanti. Berani dia samakan aku dengan Syakir macam itik serati dan angsa. Lagi sekali Azyan pasang nanti tidak baik dalam hati. Bawa bersabar Azyan…bawa bersabar…Istighfar banyak-banyak Azyan. Azyan mengurut dada. 


            “Pagar bukan sebarang pagar Cik Katrina. Pagar saya pagar berduri racun. Terkena sikit pasti akan mati. Kalau berani cubalah runtuhkan.” kata-kata Azyan berbaur cabaran. Apa kau fikir kau anak Tan Sri aku takut! Ini anak Mejar Idrislah. Pantang berundur sebelum bertempur. 


            Katrina memalitkan senyuman sinis. Dia sudah agak Azyan tidak bagi muka padanya. 


            “You fikir racun you boleh mengapa-apakan I? I sudah meminta Syakir dengan cara baik tapi you macam nak bermusuh dengan I.” Tegang muka Katrina. Dia cukup menyampah memandang wajah tenang Azyan.


            Tengkorak kau! Kata-kata itu hanya lahir dalam hati Azyan. Datang tidak berjemput lepas itu dengan selamba kau nak rampas laki aku. Apa kau ingat laki aku itu barang dagangan. Aku sayang laki aku tahu tak. Ingat sesuka hati aku nak bagi laki kesayangan aku pada perempuan lain. Minta maaf banyak-banyak ye.


            “Saya nak tanya Cik Katrina…suami saya sukakan Cik Katrina ke?” Azyan menyoal. Matanya merenung tempat ke dalam mata Katrina.


            Katrina terdiam sejenak. 


            “You tidak perlu tahu.”


            “Cik Katrina…muka cantik begini masakan suami orang juga yang Cik Katrina nak kebas. Setahu saya Malaysia in masih tidak kepupusan kaum lelaki lagi. Kalau mahu yang hensem macam Brad Pit pun ada.” Kita mesti bikin panas hati perempuan tak sedar diri ini. Persosak macam Katrina inilah yang menjatuhkan martabat kaum wanita.


            “I sudah suka husband you so nak buat macam mana?” Katrina memang jenis perempuan
yang tidak akan faham bahasa. Tidak tahulah bahasa apa yang dia akan faham.


            “Tapi husband saya tak sukakan Cik Katrina, macam mana pulak tu?” Sekali lagi Azyan mengenakan Katrina. 


            Katrina merengus kecil. Itulah masalahnya…Syakir tidak pernah pandang dia. Haram lelaki itu mahu menerima cinta dia. Dia tekad akan mencalit Syakir dengan minyak jampi Mak Esah. Biar Syakir angaukan dia! Dia mahu Syakir meninggalkan isterinya yang lancang ini. Katrina ketawa dalam hati. Tunggulah…Dia mahu Azyan merayu-rayu dan melutut padanya.


            “I akan buat dia tergila-gilakan I. Waktu itu dia akan tinggalkan you!” 


            Tersentap Azyan. Gila! Perempuan ini sudah gila. Apa yang Syakir buat sampai perempuan ini gilakan Syakir. Darah Azyan sedang mendidih dalam badan. Tunggu masa saja mahu meletup! 


            “Silakan keluar dari rumah saya Cik Katrina.” Azyan menunjukkan pintu utama rumahnya dengan sopan. Manalah tahu Katrina sudah lupa pintu masuknya tadi.


            Katrina bingkas bangun. 


            “Ingat pesan I baik-baik Puan Nur Azyan. I akan rampas Syakir dari you.” Dia melirik senyuman jahatnya.

14 comments:

  1. huih~~katrina yg saaaaaangt jahat..kalau bole sy nk cili mulut dy 2..ad ke ptot nk rmps suami org..ish..geram nie..

    ReplyDelete
  2. ya ampun,naper ko sgt2 la xtau malu Kat?!!..hish,mcm2..

    ReplyDelete
  3. KAT= kucing miang..hahaaaa...

    ReplyDelete
  4. Arggg...gerammnnyeerr... susah jumper pompuan giler mcm KAT ni... sanggup tu datang jumper Azyan semata-mata nakkan Syakir..siap ngata org "itik serati dgn angsa" ingat dia tu, burung merak?? masa cantik je boleh berlagak & sombong...

    ReplyDelete
  5. Sabar2 semua pembaca...jg emosi hehehehe :H:

    ReplyDelete
  6. wahh wahh wahh..selamba dia jer mintak laki orang macam mintak ayam dekat pasar ~~ woahh..baran baran...

    ReplyDelete
  7. ala..xske ar ngan kat!!!!!
    jgn ar jadi pape kat syakir n azyan..

    ReplyDelete
  8. uish...beraninya Kat jumpa Azyan..
    maaflah kalau azyan nak bagi syakir kat Kat...
    azyan...kiter sokong awak

    ReplyDelete
  9. emelda pun x teruk cam ni

    ReplyDelete
  10. Menjadi watak Katrina itu untuk dibenci :H:

    ReplyDelete
  11. heh!
    ssdap asam gelugor jew si Kat tu an!
    dsar ppuan x de muke....
    hrpkn muke cntek jekk, tpi prngai.. HANCUS!!!

    tpi, npE aZyAn x dush2 si gedik gile Kat???
    npe x karate dye??
    ala, rindu la zmn rmaje aZyAn dlu...

    ReplyDelete
  12. klau aku jadi azyan,,,bkn stkat pelempang aku bgi,,,ngan penumbuk,,,penyepak pown aku kasi,,nk tambah bgi sedap lagi hentak ngan helmet,,,mcm hana n the geng buat tu,,,huh!!! kasi panas jew,,,,geram gila nie,,,,,aku pown nk meletup dah nie,,,,sabar2,,,

    ReplyDelete