“BUATKAN I air. Tekak I haus!” Putri Tasnim mengarahkan Tiryaq yang sedang sibuk melipat kain baju itu. Rasa janggal pula tengok lelaki melipat kain baju. Nasib baiklah Tiryaq bukan jenis lelaki macam sotong. Kalau tidak pasti Putri Tasnim akan termuntah melihat gelagat lembut Tiryaq.
Letihnya badan ni. Kepala pun sedang berserabut memikirkan masalah yang kian menimpa. Dia perlu memperkenalkan suaminya kepada Datin Khalida dan yang lain. Putri Tasnim mengerling Tiryaq dengan ekor mata. Tiryaq memang punya daya tarikkan tersendiri. Jantungnya berdengup kencang.
“Merah jambu muka awak?” Entah bila Tiryaq mendekatinya. Suara seksi Tiryaq buat Putri Tasnim menjauhi lelaki itu.
Tiryaq ketawa kecil melihat reaksi Putri Tasnim.
“Mana air I.” Putri Tasnim cuba menyembunyikan perasaan gementar di hati. Dia berlagak serius.
“Atas meja tu.” Tiryaq memuncung mulutnya pada minuman yang sudah terhidang atas meja tamu itu.
“Thanks.” Balas Putri Tasnim sepatah.
Tiryaq bingkas bangun menyudahkan kerja yang tertangguh.
Mengapa Tiryaq begitu sabar dengan kerenahnya yang umpama seperti ‘Queen Control’ itu? Bila diteliti gaya Tiryaq seperti arwah Tazriq. Ada sedikit persamaan antara mereka dari segi penampilan dan wajah. Baru kini dia perasan.
Putri Tasnim membuka laci almarinya. Dia mengeluarkan sebuah album yang telah lama tersimpan. Agak lama dia tidak menatap album yang memberikan dia kenangan terindah itu. Putri Tasnim menyelak satu-persatu album gambar tersebut. Gambar Tazriq hanya ada satu di dalam simpanannya. Dia keluarkan gambar Tazriq dari album.
Putri Tasnim menghela nafas kecil. Dia yang asyik berfikir yang bukan-bukan. Tazriq anak tunggal. Masakan Tazriq punya saudara kembar seperti lelaki blur macam Tiryaq itu. Mungkin kebetulan saja penampilan dan tingkah-laku Tiryaq agak serupa dengan Tazriq.
Mata Putri Tasnim terpaku pada sekeping gambar yang agak sudah kabur. Gambar dia bersama papa dan arwah mama. Gambar tersebut di ambil ketika dia masih berusia enam tahun. Jelas kebahagiaan di wajah mulus arwah mama ketika itu. Kenapa kaum wanita sahaja yang perlu dikhianati dalam percintaan. Tidak cukup baikkah mama pada papa hingga papa sanggup berpaling cinta dengan wanita lain!
“I hate you papa!” Putri Tasnim bertentangan mata dengan Encik Johari. Hatinya membara apabila mengetahui papa telah menikahi wanita itu.
“Tasnim...” Encik Johari berusaha memujuk. Sebolehnya dia tidak mahu kehilangan Putri Tasnim. Dia sudah terlanjur dan tidak mampu untuk berpatah semula. Tiada niat untuk dia mengkhianti ibu Putri Tasnim.
“Tas...mahu keluar dari rumah ini. Tas takkan duduk serumah dengan perempuan jalang ini!” Pekik Tasnim. Dia menundingkan jari ke arah ibu tirinya.
Pang! Satu tamparan hinggap pada pipi gebu Putri Tasnim. Inilah kali pertama Encik Johari mengasari anak perempuannya. Dia tidak suka dengan perkataan ‘Jalang’ yang keluar dari bibir Putri Tasnim itu. Wanita anggun di sebelah Encik Johari mengulum senyuman sinis. Dia gembira kerana suaminya itu berpihak kepada dia.
“Fine! Tas takkan jejakkan kaki di rumah ini lagi!” Putri Tasnim membuat keputusan drastik. Dia masuk ke bilik mengemaskan segala pakaiaannya. Itulah kali terakhir Encik Johari memandang wajah anak perempuan tunggalnya. Putri Tasnim berhati batu. Dia langsung tidak mahu menjenguk papanya ini. Panggilan telefon Encik Johari jarang sekali dijawab. Bercakap endah tidak endah. Adakalanya Putri Tasnim mematikan talian terus.
Encik Johari mengusap wajahnya. Entah bila Putri Tasnim akan memaafkan papanya ini. Puas dia pujuk namun Putri Tasnim tetap berdegil tidak mahu bersua muka. Putri Tasnim seakan melarikan diri dari dia.
“Encik Johari...you tak apa-apa?” Soal setiausaha di hadapannya itu.
“I’m fine.” Balasnya lemah.
“You fikirkan pasal Tasnim ke?”
“Sudah bertahun-tahun Tasnim hidup bersendirian di luar sana itu. Walaupun dia seorang yang berdikari dan punya kerjaya sendiri tapi saya tetap risaukan dia, June. Saya tahu silap saya menyebabkan dia berjauh hati.”
June seorang pendengar yang setia. Dia tidak tahu mahu bercerita masalah peribadinya pada siapa. Pada Puan Hanni, isterinya itu....24 jam sibuk dengan aktiviti luarnya. Tiada masa langsung untuk rumahtangga mereka. Anak-anak pun terabai.
“Perlahan-lahan Encik Johari. I yakin Tasnim akan memaafkan you suatu hari nanti. Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan.” June memberikan kata-kata perangsangnya.
Encik Johari sekadar melirik senyuman nipis di bibir. Dia tidak pernah lupa berdoa agar Tuhan melembutkan hati Putri Tasnim yang sekeras kelikir itu. Salahnya juga kerana membiarkan Putri Tasnim sendirian mengharungi hidupnya di perantauan orang. Jika bukan atas pujukan arwah Tazriq anak perempuannya itu tidak akan pulang ke tanahairnya. Sayangnya Tazriq juga dijemput Ilahi dalam usia yang begitu muda.
DING dong! Bunyi loceng di luar mengejutkan Putri Tasnim dari mimpi buruknya. Rasa lenguh seluruh tubuh badan ini kerana mimpi yang haru-biru itu. Sungguh menyeramkan. Bagaimana dia boleh mimpi bersama dengan Tiryaq. Boleh pulak dia jadi vampire ayu yang jatuh hati pada seorang lelaki kacak bernama Tiryaq tu. Bukan main romantik lagi. Ala-ala macam Underworld pulak. Dia jadi Selene dan Tiryaq jadi Micheal. Pasangan perfect together gitu. Dia kerling Tiryaq yang masih lena di sebelahnya. Macolah gaya Tiryaq tidur. Aksi Tiryaq sering menggoda naluri wanitanya.
Tiryaq selalunya bangun awal untuk melakukan kerja rumah. Agaknya Tiryaq sambung tidur selepas solat subuh tadi. Hari ini dia tidak menjenguk Elite. Malam tadi dia sudah menelefon Cherly yang dia tidak akan ke Elite. Segala urusan di Elite dia serahkkan kepada Cherly dan Jamie. Dia ingin berehat di rumah. Buat masa ini tiada apa yang perlu dia risaukan pasal Elite. Semuanya telah berjalan seperti yang dirancangkan. Putri Tasnim turun dari katil. Dia mengerling jam loceng di sisi katil. Jarum pendek sudah menunjukkan tepat pukul lapan pagi. Siapa pula yang datang mengacau? Dengan tubuh yang masih dibaluti baju tidur, Putri Tasnim melangkah keluar dari bilik.
Ding dong! Loceng masih dibunyikan. Putri Tasnim merengus kecil. Kenapa ada saja yang menganggu tidurnya. Agaknya ada Aci tersalah rumah mahu hantar susu kot? Dengan rambut yang serabai Putri Tasnim membuka pintu.
“Aci...I tak minum susulah.” Desisnya dengan mata yang masih mamai. Sungguh buruk rupa bangun tidur Putri Tasnim, tidak nampak seperti wanita yang bekerjaya. Putri Tasnim menguap kecil sambil menutup mulutnya.
“Suprise!” Tiga wanita anggun di hadapannya itu bersuara.
Macam kenal sahaja suara ni. Terpisat-pisat Putri Tasnim menggosokkan matanya. Mulut yang masih tidak berkumur dan barisan gigi yang belum diberus dengan ubat gigi Colgate itu ternganga luas. Balanya sudah datang!
Siapa lagi yang datang bertandang kalau bukan Datin Khalida, Puan Mustika dan Pun Sri Lamia. Wanita anggun alaf 21 katakan. Tanpa perlu dijemput ketiga-tiga wanita itu terus melangkah masuk. Terpinga-pinga Putri Tasnim menggaru kepala yang tidak gatal. Dia ada jemput tiga wanita pingitan ini ke? Putri Tasnim menyilangkan tangan.
Lenggang-lenggok Datin Khalida memerhatikan setiap genap ruang dalam rumah Putri Tasnim itu. Nampak gayanya perempuan seorang ini sudah pandai menghias rumah. Tiada habuk pada almari perhiasannya. Datin Khalida menjuihkan bbir. Setahu dia, Putri Tasnim seorang yang malas dalam bab kemas-mengemas ini.
“Apahal bertandang rumah orang pagi-pagi begini. Sudah tiada kerja di persatuan ke? Atau nak buat majlis mesyuarat tingkap di sini pulak.” Getus Putri Tasnim.
Datin Khalida ketawa kecil. “Well...kami tak boleh nak tunggu sampai hujung minggulah Tas. Kami tak sabar nak tengok laki you.” Datin Khalida sudah duduk menyilangkan kaki.
Puan Mustika dan Puan Sri Lamia anggukkan kepala mengiakan kata-kata Datin Khalida memerangkap ketua antara mereka bertiga. Putri Tasnim mencebik. Siapa yang tidak ingin mrlihat suami bakal perempuan cerewet sepertinya. Kata orang bukan calang-calang lelaki dapat menakluki hati wanita bernama Putri Tasnim ini.
“Sudah-sudah jangan nak buat perangai gila meroyan korang di sini. Pergi balik rumah masing-masing. Layan laki korang lagi baik dari menyibuk tepi kain I.” Putri Tasnim sudah membuka pintu utamanya dan mempersilakan ketiga tetamu terhormatnya itu keluar.
“Tas...tak baik tau halau we all. We all just nak berkenalan dengan husband you. You takut ke nak tayang husband you. Tas...tekak I hauslah. Buatkan I air. I nak just buah-buahan.” Datin Khalida sudah mempamerkan lagak gedik santainya.
Putri Tasnim merengus kecil. Sudah datang tidak berjemput buat rumah dia macam rumah sendiri! Tajam renungan matanya mencerlung Datin Khalida.
“Kawan-kawan awak datang bertandang ke?” Belum sempat da membuka mulut ada suara garau sudah menegur di depan pintu bilik.
Datin Khalida dan dua rakannya berpaling. Muncung bibir Datin Khalida melhat wajah Tiryaq yang sekadar memakai t-shirt dan tracksuit. Berdengupp kencang jantung ini. Lelaki inikah suami kepada Putri Tasnim. Sungguh tampan sekali! Hot and sexy kata orang putihnya. Tidak boleh tahan tengok hidung yang terletak mancung dan bibirnya itu. Mahu pengsan mereka dibuatnya.
Pantas Datin Khalida meluru mendekati Tiryaq. Dia mula membelek-belek Tiryaq dari atas hingga bawah. Gelagat Datin Khalida menjengkelkan hati Putri Tasnim.
“Wow! Husband you sungguh gorgeous and sexy! Laki I tidak begini handsome.” Memandailah jika Putri Tasnim liat mahu memperkenalkan suaminya kepada mereka. Datin Khalida senyum malu-malu kucing. Terkedip-kedip matanya yang berbulu mata palsu itu. “I Datin Khalida.” Tanpa segan silu dia memperkenalkan diri kepada Tiryaq.
“I Puan Mustika.” Puan Mustika juga tidak mahu ketinggalan memperkenalkan diri. Mana boleh Datin Khalida seorang saja nak berkenalan dengan si handsome ini.
“I pula Lamia...Puan Sri Lamia.” Seorang lagi wanita turut mahu menonjolkan diri.
Tiryaq sekadar tersenyum. Putri Tasnim mengetap bibir tanda kegemaran. Nampak sangat peremuang tiga ekor itu miang keladi. Tumbuh telinga kucing atas kepala.
“Saya Tiryaq.” Balas Tiryaq lembut. Siap dia tayang senyuman lemak manisnya pada ketiga-tiga wanita itu.
Aduh! Senyuman Tiryaq memang cukup memukau. Mereka bertiga hampir jatuh pengsan sekali lagi. Sesak nafas dibuat. Putri Tasnim sekadar menjeling. Boleh tahan juga gatalnya teman-temannya itu. Mereka mengata bagai nak rak suami yang gatal tengok perempuan cantik. Mereka pun apa kurangnya. Kata orang dua kali lima saja!
Putri Tasnim menarik Tiryaq ke sisinya. Kalau dibiarkan mahunya mahunya teman-temannya itu angau tahap gaban. Tiryaq pulak jenis melayan. Bahaya! Bukan cemburu tetapi mahu menjaga imej.
“You simpan husband you dalam rumah ye? Lelaki handsome ni banyak dugaan tau. Jaga-jaga Tas.” Datin Khalida mengenyitkan sebelah matanya pada Tiryaq. Tiryaq ketawa kecil. Menarik juga wanita anggun seorang ini. Sungguh berani bermain mata dengan laki orang.
“I tak simpan husband I dalam rumah! Husband I ini pelukis so dia perlukan ketenangan dan I tidak mahu mengganggu kerja seni dia.” Dalih Putri Tasnim. Sempat dia mencubit pinggang Tiryaq. Tiryaq segera menganggukkan kepala.
“Husband you pelukis so bolehlah lukis muka I yang jelita ini.” Datin Khalida mula menayangkan muka pada Tiryaq. Tiryaq menekup mulut. Nasib baik tidak tersembur tawanya.
Uwek! Nak muntah dengar ayat ‘Jelita’ itu. Perasan! Sudah muka Datin Khalida tegang semacam. Bukan Putri Tasnim tidak tahu temannya itu pakai Botox! Perempuan mana yang tidak takut pada kedutan di muka.
“I rasa lebih baik you all pulang ke rumah masak nasi. Laki I pun you all dah tengok kan. So tunggu apa lagi…berambus!” Mak aih! Ayat yang tidak ada kesopanan langsung.
Namun ketiga-tiga temannya itu pekakkan telinga. Mereka sudah duduk rileks di atas sofa tamu. Putri Tasnim menjegilkan biji mata. Geram sungguh dengan perangai gedik perempuan tiga ekor itu. Tak faham bahasa betul!
“Biar I buatkan air untuk mereka.” Suara Tiryaq. Dia merapati tetamu isterinya yang tidak diundang itu.
Bukan main manja lagi perempuan tiga ekor itu membuat pesanan dengan Tiryaq. Terbakar Putri Tasnim satu badan. Tiryaq pun bukan lemah-lembut melayan. Terketap-ketap giginya. Cemburu ke?
hahahaha...adakah putri tasnim cmburu?????
ReplyDeletewah2!! semakin menarik ni.
ReplyDeletecepat sambung ya kak ilya.. :)
saya menunggu ni.. ^^
Alahai..gediks sungguh mrk semua ya..tak tahan akak..apa kata Putri tu just halau je mrk..bukan effect dia dlm alam kerjanya pun..sweet pulak tiryaq..nampaknya Putri cemburula..
ReplyDeletehmmm..gedik,xtau malu n cam lawak plak.hihiii..
ReplyDeletehehehe...jeles ke Tas..
ReplyDeleteXpe Tiyraq tetap setia dan sayang punye lah kat Tas...
3 dara pingitan tu jenis x tau malu datang rumah orang pepagi buta lak tu...hmmmm...ada juga manusia macam dorang
tapi bestlah kak...
next chapter...hehehe
ahahaha..tergugat suda si tas.
ReplyDeletensib la pasni msti kwn2 die kacau husband die
nak lagi sambungan QC...x sabar tunggu nieeee
ReplyDeleteHahahaha..seronok sungguh kita bacer citer ni drp awal ari ni... :-) (recommended by my younger sister..)
ReplyDeleteGediks sungguh kawan2 Tasnim ni... hehehe..
Memang sesuai sgtlah Tasnim & Tiryaq ni...
Ilya, biler nak sambung citer ni? Best!!! Nak tau citer seterusnya... :-)