Tab Menu

Followers

Thursday, August 4, 2011

Awek Skuter! - Bab 1


ADLLEA Binti Abd. Rashid itu nama penuh aku yang tertera di dalam kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai My Kad. Warna My Kad aku adalah warna biru maka aku adalah warganegara Malaysia. Teman-teman sekerja aku memanggil aku Lea. L-E-A! Aku bekerja sebagai budak penghantar pizza. Al-maklumlah aku hanya ada SPM sahaja dan tiada diploma mahupun PHD. Aku lulus cukup-cukup makan. Saiz badan aku pun cukup-cukup makanlah juga. Aku dilahirkan pada tahun 1988. Kalau ikut kalendar cina tahun apa ya? Entah aku sudah lupa. Pada penghujung bulan Januari 2010 ini umur aku genap 22 tahun. Alhamdulillah…22 tahun aku sudah bernafas di atas muka bumi ini. Aku hidup sebatang kara. Aku tidak punya ibu dan tidak punya bapa. Aku hanya ada seorang pakcik dan anaknya Tuty yang bermata duitan tetapi baik hati. Itulah serba sedikit salah silah latar belakang aku.

            Aku bukan tidak teringin untuk bekerja sebagai seorang eksekutif di pejabat. Namun permohonan aku sering-kali ditolak sebab aku tidak berkelayakan sama sekali. Hehehehe…orang ada SPM macam aku berangan hendak menjawat jawatan sebagai eksekutif? Kau bermimpi disiang harilah Adllea. Bahasa Inggeris pun GAGAL!

            Aku pergi kerja naik skuter. Aku hantar pizza pun naik skuter lalu teman-teman aku mengelarkan aku, awek skuter. Tiada apalah mahu dibanggakan dengan gelaran awek skuter. Lainlah dapat gelaran Datin Adllea Abd. Rashid, boleh juga dibanggakan. Hari-hari kembang- kempis hidung aku dibuatnya. Supervisor aku Kak Mona pun gerenti tidak berani angkat muka dengan aku lagi. Karang tak pasal-pasal kena penampor dengan Datin Adllea kan.

            “Kenapa kau tersengih macam kerang busuk tu Lea?” Entah bila masa Kak Mona tercongok depan matanya. Terkejut beruk Adllea.  Popcorn di tangan jatuh berterabur atas lantai.
            “Makan sajalah kerja kau ni Lea. Patutlah badan kau tak slim macam aku.” Sambung Kak Mona lagi. 

            Tersembur popcorn dalam mulut Adllea mendengar kata-kata perah santan dari bibir gigitan tebuan Kak Mona itu. Serius bibir Kak Mona besar mengalahkan bibir seksi Angelina Jolie. Adllea ketawa besar dalam hati. Adllea mengaku yang dia tidaklah lawa seperti Angelina Jolie tetapi dia ada juga rupa yang boleh tahan ayu. Adllea kenalah puji diri sendiri. Kalau Adllea mahu  mengharapkan Kak Mona mahu memuji dia? Rasanya sampai musang berjanggut pun  belum tentu Kak Mona puji dia.

            “Ala Kak Mona, berat badan saya baru naik 5KG semalam. Doktor cakap lagi kena naikkan lagi 10KG. Doktor cakap berat dengan tinggi saya ni tak seimbang. Kurus kering sangat!” Balasnya. Orang tidak cukup makan macam dia memang kurung kering macam papan. Tiada bentuk badan langsung. Sekeping! Lainlah dengan pakcik dia dan Tutry! Badan mengalahkan tong drum.

            “Kau tu tak cukup vitaminlah Lea. Tapi aku heran tengok kau lalu bekerja 24 jam. Semedang muka kau yang ambil overtime. Kau makan ubat kuat ye?”
            “Saya minum kacip Fatimah.” Siap Adllea buat gaya Linda On dalam iklan di televisyen itu.
            “Elok sangatlah minum kacip Fatimah. Lea…aku ada kerja untuk kau. Last order untuk kau malam ini.” Kak Mona menyerahkan sekeping kertas kepadanya.

            Berkelip-kelip mata Adllea melihat alamat yang tertera di situ. Ala ini yang malas hantar pizza dalam kawasan black area di Wangsa Maju. Kalau mahu bagi tugas akhir untuk malam ini bagilah kawasan safe area!

            “Saya mahu buat talian hayat boleh tak?” Adllea sengaja menjeling Hidayat yang duduk tidak jauh darinya. Mamat seorang itu sedang melantak bekalan mi segera dalam cawan.
            Kak Mona laju menggelengkan kepala.
            “Tiada talian hayat dibenarkan. Apa kau ingat ini rancangan who wants to be a millionaire?” Kak Mona sudah bercekak pinggang ala gaya macam mak tiri dalam cerita Cinderella.
            “Hamba menurut perintah.” Adlleamalas mahu memanjangkan cerita yang sudah semakin panjang maka dia menurut sahaja arahan dari Kak Mona.

            Adllea mencapai topi keledar dan menanti pizza yang akan dia buat penghantaran malam ini dengan skuternya yang berwarna pink itu.

ADLLEA meneliti nombor rumah berkenaan dengan nombor yang ada tercatat pada atas kertas di tangannya. Sudah tidak syak lagi. Nombor rumah 702! Inilah rumahnya! Adllea segera mengetuk pintu dan seperti biasa dia memberikan salam.

            “Assalamualaikum! Ada orang ke takder orang? Saya datang nak hantar pizza.” 

            Senyap!

            Adllea mengetap bibir. Masakan tuan rumahnya sudah tidur? Adllea mengetuk pintu
rumah itu sekali lagi dengan memberikan salam. 

            Takder orang saya baliklah!” Gerutu Adllea.

            Pintu rumah itu terbuka. Seorang lelaki berkaca mata putih dengan hanya memakai t-shirt dan seluar pendek paras lutut berdiri di hadapannya. Tingginya lebih kurang macam dia salahnya lelaki itu tinggi lebih sikit saja. Lelaki itu mengaru-garukan rambutnya yang serabai. Rupa dia macam orang baru bangun tidur. Pandang dia macam hendak menelan dia hidup-hidup!

            “Pizza hut encik.”
            “Saya tidak order pizza?” Raut wajahnya keruh. “Awak mengganggu ketenteraman saya saya tengah tidur tahu tak!” Dia membulat anak matanya.
            Adllea menelan air liur.
            “Kalau bukan encik yang order maka hantulah yang order? Encik boleh tengok alamat dan nombor telefon encik di sini.” Desis Adllea. Adllea hulurkan kertas pesanan itu kepadanya.
            Wajah lelaki itu makin berkerut.
            “Abang Rith!” Suaranya memetir. 

            Kus semangat! Adllea mengurutkan dada. Nasib baik dia tidak melatah depannya. Jatuh reputasi dia sebagai seorang gadis ayu.Ceh! Ayulah konon. Dia ni boleh tahan juga melatahnya. Seorang lagi lelaki dilihat terpacak di depan pintu. Zup! Ada anak panah menembusi hati Adllea. Ya Allah! Kacaknya makhluk Tuhan yang dipanggil lelaki ini? Dia memandang Adllea dengan segaris senyuman yang hampir buat gadis ayu ini jatuh pitam. Senyuman sepekat susu lemak manis cap teko!

            “Maaf…maaf…saya yang order pizza ni. Berapa semuanya dik?” Ujarnya lembut.

            Allea sudah terpaku. Mulut Adllea sudah tidak bisa mengaturkan bicara.

            “Berapa semuanya dik?” Dia mengulangkan semula ayatnya. Senyuman sepekat susu lemak manis cap teko itu masih tidak lekang dari bibir basahnya. Lelaki yang tidak merokok. Bibirnya merah kebasahan. Adllea suka jenis lelaki ini…
            “Er...er...er…” Adllea sudah menjadi gagap.
            “RM 36.50!” Lelaki yang berkaca mata putih itu menjawabkan bagi pihaknya.

 Dia merenung Adllea tajam. Tengok dari segi renungan matanya macam tidak sukakan Adllea. 

Ini mesti dalam hati dia berkata-kata yang gadis seperti aku tidak boleh tengok lelaki kacak! Ada mata pandangkan. Lagipun teman serumah kau memang kacak! Bisik hati kecil
Adllea.

“Terima kasih encik.” Ucap Adllea setelah menerima wang pembayaran darinya.
“Sama-sama.” Lelaki itu jua yang membalas.

Adllea mencebik. Pintu rumah itu dihempaskan dengan kuat. Adllea kaget seketika. Sahlah lelaki itu ada masalah hormon dalam badan. Agaknya sedang datang bulan kot! Tugas Adllea tamat di sini untuk malam ini.

ADLLEA pulang ke rumah dengan tubuh yang keletihan. Tempat pertama yang dituju adlaah meja makan. Sebaik dia membuka tudung saji yang bentuk tiga segi itu haram ada sebarang lauk-pauk. Pakcik dan Tuty langsung tidak meninggalkan sisa makanan untuknya. Adllea paling malas hendak memasak mi segera dalam kabinet di dapur itu. Kalau tidak memikirkan perut yang berkeroncong irama rock kapak  ini memang dia mahu terus mandi dan buat tahi mata.

            Adllea membuka peti ais satu pintu itu. Kalau makan mi segera celup dengan air panas tak sedap. Adllea suka menambah rencah di dalam mi segeranya. Dia tersenyum melihat sayur sawi yang masih tersimpan di dalam peti ais. Dia ambil sebiji telur telur gred B dan sayur sawi yang masih tampak segar. Adllea menunjukkan kepakaran menyediakan mi segera untuk makan malamnya ini. 

            Bau masakan yang cukup menyelerakan tekak sendiri. Adllea sudah tidak sabar mahu mengadap mangkuk yang sudah berisi mi segera bercampur dengan telur dan sayur sawi. Sebaik sahaja dia menyuapkan mi segeranya ke dalam mulut…emmm sedapnya…aku memang pandai memasak. Pujian ikhlas untuk diri sendiri. Licin satu mangkuk dia bedal, dia tambah lagi satu mangkuk. Adllea memang berada di dalam tahap kelaparan. Dia jenis manusia suka ikat perut. Dia bukannya mahu berdiet tetapi masalah kewangan sedang berada tahap yang boleh dikatakan berada paras di ambang maut. Stok mi segera adalah penyelamat Adllea. Itu pun dia terpaksa sembunyikan stok mi segeranya secara senyap-senyap. Kalau dijumpai oleh pakcik dan Tuty memang selamat masuk mulut mereka.

            Alhamdulillah…perut sudah kenyang hati pun berlagu riang. Bukan kenyang sampai tidak larat untuk bangun. Kalau sudah sampai ke tahap itu memang dia  tidak akan solat Isyak jawabnya. Solat itu tiang agama maka dia kena menjaganya. Dia tidak akan lupakan pesanan ustazah ketika di sekolah dulu. Ini pun dia  sudah melengah-lengahkan solat. Apa-apa hal kena mandi dulu. Bau badan sudah semacam. Bernyanyi –nyanyi Adllea dalam bilik air. 

            Aku dah bosan…Aku dah bosan…telefon bimbit cikai yang Adllea beli dari Minaci sudah berlagu. Adllea merengus kecil ketika melipat sejadahnya. Dia melihat nama pemanggil pada skrin telefon. Apa yang Mohd Hidayat hendak sampai menelefon aku di tengah malam ini? Masakan Mohd Hidayat mahu meluahkan perasaan pada aku pula! Mampus aku dikerjakan oleh Nana kekasih awal dan akhir Mohd Hidayat.

            “Assalamualaikum.” Adllea memberikan salam.
            “Waalaikumusalam. Lea…aku nak minta tolong kau. Esok aku EL.” Cemas semacam suara Hidayat.
            “Apa itu EL?” Adllea menyoal. Dia mana tahu ayat-ayat singkatan ini.
            “EL itu emergency leave kalau dalam Bahasa Malaysia cuti kecemasanlah ngok.” 

            Amboi! Sudahlah minta tolong dengan aku. Dia boleh cakap aku ngok! Aku tahulah kau nak mahu ambil cuti kecemasan sebab kau nak bertemujanji dengan Nana kekasih awal dan akhir kau itu. Hati teman baik kau tak hendak mahu jaga. Hati Nana juga yang kau jaga. Aku ini teman baik kau dunia dan akhirat tahu! Adllea mulalah merungut-rungut dalam hati. Kalau tidak memikirkan Hidayat teman baik dia dunia dan akhirat memang dia tidak beri muka. Adllea saja asyik kena berkorban demi teman baiknya ini! Bilalah Hidayat akan berkorban untuk dia pula?

            “Nenek kau sakit ke Dayat?”
            “Nenek aku sudah meninggal tiga tahun yang lepas.”
            “Allah aku terlupa!” Adllea menepuk dahi.
            “Kau banyak sangat makan mi segera. Rambut belum gugur sudah jadi pelupa.”
            “Kau pun sama Dayat!”
            “Kau boleh tolong aku tak?”

            Adllea mengusap dagu. 

            “Kau tahu tak esok aku cuti?”

            “Aku tahu. Tolonglah aku, Lea.” Suara Hidayat separuh merayu. Inilah yang susah kalau bercinta dengan peremuan cerewet dan kuat merajuk macam Nana. Dia juga yang menjadi mangsa keadaan.

            “Syaratnya cuti kau yang minggu depan itu kau kena bagi kat aku sebagai pertukaran. Kau setuju?” Buah fikiran bernas muncul dalam otak Adllea. Sesekali tidak boleh bagi orang pijak atas kepala kita walaupun dia itu teman baik kita.

            “Okay! Apa yang penting kau tolong aku.” 

            Sah-sah Hidayat memang terdesak. Adllea mengorak senyuman. Akhirnya dia merasa juga bercuti hari Ahad. Hari minggu untuk dia  bersuka-ria di luar menghirup udara segar. Kuala Lumpur ini ada udara segar ke? Tidak kisahlah janji dia bercuti. Dia akan tuntut janji Hidayat! Maka dengan itu Adllea kena buat perjanjian hitam putih dengan Hidayat. Hidayat kalau pasal Nana sanggup menukar gantikan fikirannya. Itu yang dia tidak suka dengan Nana. Perempuan seorang itu suka main psikologi. Adllea sendiri tidak faham mengapa Hidayat boleh bertahan dengan Nana. Perempuan secantik Nana itu masih berlambak-lambak di luar sana. Hidayat boleh pilih yang mana dia suka. Kalau Hidayat tidak tahu memilih dia boleh tolong pilihkan calon teman wanita yang sesuai buat Hidayat.

            Tamat saja sesi perbualan dengan Hidayat, Adllea meloncat atas katil bujangnya. Tilam nya tidak seempuk mana. Tilam murah katakan. Dia tidak mampu mahu beli tilam ada spring. Dia tidak berani ambil hutang di court mammoth. Kalau lambat bayar macam mana? Semestinya ‘bunga’ akan bertambah. Biarlah dia  berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Betul tak?

6 comments:

  1. bestlah n3 ni...
    citer lain dari lain..
    ganbatte...sis

    ReplyDelete
  2. bestla..hope dapt smbg cepat..hehe..

    ReplyDelete
  3. wah,, kak ilya,,,, best laa permulaan yg menarik,,, hope yang seterusnya jangan lupa tag saya lagi,,, tahniah,,,

    ReplyDelete
  4. mmg best..awek penghantar pizza lak..
    kira nya..semua ceta ilya best2 laa..

    ReplyDelete