AWAL pagi itu Tiryaq tersenyum melihat sekeping kertas diletakkan atas meja makan itu. ‘JANGAN KELUAR RUMAH TANPA MEMAKLUMKAN KEPADA SAYA TERLEBIH DAHULU’. Itu ayat yang tercatat di atas kertas berkenaan. Putri Tasnim benar-benar mahu mengawasi tindak tanduknya. Queen Control! Dia bukan jenis lelaki yang bermain dengan perempuan lain di belakang isteri. Putri Tasnim boleh buat apa yang dia suka. Dia tidak kisah jika Putri Tasnim mahu ‘Queen Control’ dia. Dia mahu lihat sehebat mana wanita yang dipanggil Putri Tasnim itu. Rahsia perkahwinan mereka pun sudah terbongkar. Tapi rahsia pasal suaminya ini masih tersimpan kemas.
Tiryaq mengerling jam yang tergantung dinding. Awal pula Putri Tasnim keluar pagi ini tanpa sempat menjamah sarapan pagi. Agaknya Putri Tasnim ada kerja kecemasan di pejabat. Orang sudah ada projek besar katakan. Kalau tidak pun Putri Tasnim merajuk dengan dia pasal hal semalam? Boleh jadi juga.
Tiryaq menghela nafas panjang. “Tazriq...” Nama itu berulang-kali diseru oleh Putri Tasnim di dalam tidurnya. Tiryaq mengetap bibir. Dia tahu Tazriq adalah cinta pertama isterinya itu.
Masakan dia tidak kenal dengan Tazriq bekas suami kepada Tengku Tyea memerangkap adik iparnya. Mereka duduk makan semeja dan Tengku Tyea pernah menyerapkan Tazriq masuk ke TIR Holding’s. Namun Tazriq keluar dari TIR Holding's sebelum kemalangan maut menimpa lelaki tu.
Sebelum kemalangan berlaku, Tengku Tyea dan Tazriq bergaduh besar pasal isu orang ketiga dalam rumahtangga mereka. Tazriq tidak tahan dengan sikap cemburu buta Tengku Tyea. Tengku Tyea terlalu mengongkong. Tengok gaya pun Tiryaq tahu. Hal rumahtangga Tengku Tyea dan Tazriq tidak dia ambil pusing. Dia malas mahu campur tangan meskipun Tazriq ada mengadu kepadanya berkenaan Tengku Tyea.
Dia hanya sekadar memberikan kata nasihat. Terus terang dia mengatakan perempuan seperti Tengku Tyea tidak layak dijadikan isteri. Perempuan itu mementingkan status dan kedudukan. Tengku Tyea tidak pernah surut kebenciannya terhadap Tiryaq. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Tiryaq. Sikap tidak mahu komplot Tazriq membuat Tengku Tyea bengang.
Tengku Tyea memang licik tetapi ia belum cukup untuk menggugat Tiryaq yang sememangnya lebih licik darinya. Cubaan untuk membunuh Tiryaq tidak pernah mendatangkan hasil. Kawalan terhadap Tiryaq begitu ketat. Bukan mudah untuk Tengku Tyea menghapuskan Tiryaq.
“Tiryaq...Tiryaq...” Tengku Tyea menghentakkan tangannya di atas meja. Semua fail di atas mejanya itu dia campakkan ke bawah.
Jahanam! Jika Tiryaq tidak campur dalam urusan syarikat masakan projek yang hampir hancur itu dapat diselamatkan dalamm jangka masa satu hari sahaja. Di mana lelaki itu bersembunyi? Di mana Tiryaq Tengku Irsyad itu? Di mana dia?
Nafas Tengku Tyea turun naik. Janet kecut perut melihat amukkan Tengku Tyea. Masalah dengan Putri Tasnim masih berada di dalam separuh jalan kini Tengku Tyea menghadapi masalah dengan musuh lama pula. Janet teringin sekali mahu bersua dengan pengarah besar TIR Holding’s itu. Sebelum ini dia hanya melihat muka Tiryaq yang terpapar di muka akhbar dan peti televisyen. Dia teringin mahu melihat muka Tiryaq dengan kedua belah biji matanya. Lelaki yang cukup elegant di depan mata Janet! Bunyi telefon bimbit Janet mematikan lamunannya.
“Baik-baik. I akan sampaikan kepada Tengku Tyea.” Janet mematikan taliannya.
“Siapa?” Soal Tengku Tyea.
“Farizz...Farizz mahu bertemu dengan you.” Balas Janet.
Tengku Tyea melirik senyuman sinis di hujung bibir.
“Di mana?”
Janet menyatakan pertemuan yang diaturkan oleh lelaki bernama Farizz itu buat Tengku Tyea. Lelaki yang dikatakan oleh Tengku Tyea lebih memerbahaya dari Tiryaq. Siapakah Farizz ini?
Pintu bilik pejabat terkuak. Seoang wanita anggun dan bergaya melangkah masuk. Siapa lag kalau bukan Tengku Ratna, bonda kepada Tengku Tyea dan Tengku Mirza. Meskipun sudah berusia wanita ni masih menawan dan jelita. Tengku Tyea bingkas bangun dari kerusi eksklusifnya lalu memeluk bondanya. Dia kucup pipi bondanya. Tengku Tyea memberikan isyarat mata kepada Janet. Janet seakan memahami lirikkan mata Tengku Tyea itu melangkah keluar.
Tengku Tyea menjemput ibunya di atas sofa import yang telah tersedia di dalam bilik pejabatnya itu. Dia merasa cukup senang hati kerana ibunya datang melawatnya di pejabat. Tengku Ratna bukan seorang yang suka keluar rumah tambahan pula dengan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.
“Bonda lihat Mir tidak ada di bilik pejabatnya.” Suara Tengku Ratna.
“Bonda bukan tidak tahu yang adik itu sibuknya dua puluh emat jam. Dia kan kuli kepada Tiyaq itu.”
Tengku Ratna mengeluh kecil. Dia sedia maklum yang Tengku Mirza lebih rapat dengan Tiryaq dan ibunya.
“Tyea...hentikan saja permusuhan Tyea dengan Tiryaq. Tyea tidak akan memang.” Tengku Ratna memaut kedua belah tangan anak gadisnya itu.
Tengku Tyea mengetap bibir. Menngapa bondanya takutkan Tiryaq dan ibunya itu. Ahli keluarga mereka tidak pernah menerima kedua anak-beranak itu di dalam keluarga mereka. Dia cukup hairan kerana arwah ayahandanya menyerahkan TIR Holding’s sepenuhnya kepada Tiryaq. Malah harta arwah semuanya di wasiatkan atas nama Tiryaq. Ini memang tidak adil pada Tengku Tyea! Apa yang dia dapat? Bonda dan dia perlu berada di bawah telunjuk Tiryaq.
“Tyea tidak akan mengalah pada Tiryaq. Bonda...kita perlu dapatkan hak kita bonda. Kita lebih layak dari Tiryaq.”
Tengku Ratna menggelengkkan kepala.
“Tyea kena faham mengapa ayahanda menyerahkan semuanya kepada Tiryaq. Tyea tidak mampu menguruskan segala-galanya seperti Tiryaq. Tiryaq itu anak yang bak.” Tutur Tengku Ratna lembut.
“Sejak bila bonda berunah ini? Bonda juga sudah termakan hasutan mereka seperti Mir juga.” Tengku Tyea menjegilkan matanya. Bukankah bondanya juga amat bencikan Tiryaq dan ibunya? Apa yang membuatkan bondanya berubah hati?
“Tiada sesiapa yang mengubah bonda, Tyea. Usia bonda semkain meningkat. Bonda mahu melakukan sesuatu yang bermanafaat buat bonda.” Tengku Ratna mengelus lembut rambut Tengku Tyea. Dia sudah letih berhadapan dengan kemelut yang tidak berkesudahan ini.
“Bonda sudah mengalah?”
“Tyea...bonda...”
“Tyea kecewa dengan bonda!” Tengku Tyea bingkas bangun. “Tyea tidak faham kenapa semua orang takut dengan Tiryaq? Hebat sangatkah aura Tiryaq itu sampai semua orang kena dengar kata-kata dia?”
Tengku Ratna menarik nafas panjang. Sikap keras kepala Tengku Tyea memang sukar untuk ditangani. Tengku Tyea seorang anak yang tidak pernah mahu mendengar kata. Dia suka mengikut rentaknya sendiri. Sikap inilah yang menyebabkan rumatangga Tengku Tyea dan arwah Tazriq beretakkan. Tengku Tyea buta menilai cinta di depan matanya. Dia menyalahkan orang lain setelah dirinya gagal menakluki cinta itu.
Salahnya juga kerana memanjakan Tengku Tyea dan menyokong perbuatan anaknya sebelum ini. Bluh yang sudh keras sukar untuk dilenturkan kembali.
“MISS Tas! You berkahwin tidak jemput we all pun. Kahwin senyap-senyap saja.” Jamie mencebik.
Dahi licin Putri Tasnim berkerut. Cepatnya berita perkahwinan dia tersebar. Papa pasti sudah mendengar perkhabaran ini juga. Tidak lama lagi dia akan kena serbu dengan papa. Huru-hara hidupnya. Walaubagaimanapun dia harus menyimpan rahsia terbesar dalam hidupnya. Dia berkahwin kerana kena tangkap basah. Reputasi kena jaga. Jatuh air muka!
“I berkahwin secara sembunyi ada sebab I tersendiri. Perlukah I hantar kad jemputan dan buat majls besar-besaran yang membazirkan duit?”
“You mencetuskan kontroversilah Miss Tas. Bila mahu memperkenalkan your husband pada kami.” Jamie mengangkatkan kening.
Cherly dan yang lain anggukkan kepala bersetuju dengan kata-kata Jamie itu. Mereka teringin mahu berkenalan dengan lelaki yang mampu membuka pintu hati Putri Tasnim setelah kehilangan Tazriq. Kesian pada Tihran. Lelaki itu pasti sedang meraung.
“Ini mesti mulut mak datin seorang itu.” Rengus Putri Tasnim. Datin Khalida memang tidak boleh simpan cerita yang panas-panas ni. Sebelum jadi suam-suam kuku dia haruskan sebarkan seluas yang boleh! Kalau asyik menjadi ahli mesyuarat tingkap masakan suami tidak cari yang lain.
Jamie bercerita yang Datin Khalida datang bersama teman-temannya ke Elite kelmarin. Kecoh satu pejabat Elite. Mereka pun rasa was-was dengan cerita yang disampaikan oleh Datin Khalida. Mereka macam tidak percaya apabila Datin Khalida mengatakan Putri Tasnim sudah berkahwin. Terkejutlah beruk jadinya. Jamie siap buat mulut ternganga luas-luas. Mula-mula mereka ingatkan Putri Tasnim kena kahwin paksa dengan papa dia. Papa Putri Tasnim itu boleh tahan garang orangnya. Tapi anak gadisnya ini hati kering.
Baguslah Putri Tasnim sudah berkahwin. Diam-diam ubi berisi. Mereka hanya terkilan kerana Putri Tasnim rahsiakan perkahwinannya. Benda baik pun main sorok-sorok. Dua bulan lebih Putri Tasnim sudah melayari bahtera rumahtangga. Putri Tasnim pula buat muka bersahaja.
“Miss Tas...kenal-kenalkan husband you pada kami.” Jamie meminta lagi.
Putri Tasnim pandang Jamie tajam. Apa hal nak kecoh sangat pasal perkahwinan dia lagi? Kalau sudah tahu itu sudahlah. Buat apa nak berkenalan dengan suami dia pula? Tiada apa yang menark dengan Tiryaq itu. Dia hanya seorang pelukis jalanan yang miskin. Miskin? Sudah nasib dia mendapat suami yang miskin macam Tiryaq. Mujurlah Tiryaq itu boleh dipergunakan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tidaklah lelaki itu duduk goyang kaki makan di rumahnya.
‘Lain kalilah I kenalkan husband pada you all.” Balas Putri Tasnim acuh tidak acuh.
“Ala...Miss Tas...” Jamie buat memek muka.
“Sudah-sudah! Buat kerja masing-masing. Jangan menyibuk urusan peribadi I.” Putri Tasnim mengetuk satu-persatu kepala pekerjanya dengan kerta yang sudah digulung menjadi seperti kayu baseball itu.
“Miss Tas ni memang tidak sporting langsung.” Jamie menjuihkkan bibir. Dia sudah kembali duduk di mejanya semula.
Putri Tasnim sudah masuk ke bilik pejabatnya semula. Pintu bilik itu dihempaskkan dengan kuat. Hatinya ini tidak henti-henti rasa tidak tenang. Lepas satu masalah maka akan timbul lagi satu masalah untuknya saban hari. Tiryaq ini memang pembawa nasib tidak baiklah. Orang cina kata suwey. Huhuhuhu...Putri tasnim meraung lagi.
bez~~~bez~~
ReplyDeleteexcited bace!:)
ReplyDeleteHahaha! Best!
ReplyDeleteAperlah Tasnim ni... bukannya nak siasat siapa suami dia tu... bukannya Tiryaq tu glamer gak, kan? dia yg "buta"kan mata dan "buta"kan hati.. padan muka!! :-)
Camnolah dia nak perkenalkan husband dia tu, gamaknya? x sabar nak tau... :-)
hahaha...
ReplyDeleteTiyraq kena perintah berkurung
ooo..rupanyanya Tazriq tu bekas suamni Tengku Tyea...
hmm..menarik kali ni..
nak lagi....:-)
best la... smbg cpt2.... v\xnk wt novel ker?????
ReplyDeletebest!!!!
ReplyDeletebut ade something yg xbrape nk phm..
klau tengku tyea tu anak tengku ratna dgn org lain sblm tngku ratna kwin dgn ayah tiyraq camne lak tngku tyea blh jdik adk tiyraq..bkn sptutnye jdik kakak ke? sbb mum tiyraq tu isteri keduakn...